Saturday, 16 October 2010

BiLa aKu BeGiNi

Alhamdulillah aku menjadi sopan...hehe perasaan lebih la plak...bukan ape, kena la kan dgn post aku kali ni~~BiLa aKu BeGiNi~~yela ...bunyi cam nak gambarkan sesuatu je~huhu...erm, tak de la sgt sebenar nak cite je smlm buat kali pertamannya Syazwani Mohamad mengenakan pakaian Muslimah yang amat digemari iaitu jubah...hehe aku suka sekali~~ (^_^) nak ikutkan aku dah lama nak pakai jubah then tertangguh2 je coz aku rase lebih elok nak pakai cam ni kena la mengikut keadaan...bukan tak elok or tak suka tapi....yela sye ni kan seorang yang kasar huhu... bukan wanita ayu..nak jadi cite semalam ade jamuan untuk blok aku waktu malam..so aku rase nak pakai..so terus pakai la... sgt3x ske...haaa...sape rase nak tengok sye berpakaian begini lihat la~~hehe... nak post la plak...bila aku begini macam2 la komen org~~so nak perasan kejap yew...
  • wah3x, ayunya die...
  • cantik la wani pakai cam tu...
  • wanita muslimah sejati nampak...
  • sukanya tengok die pakai cam tu sopannya...
dah la cukup2 dengar komen org...ini plak luahan rase aku sebenarnya aku amat suka bila berpakaian cam ni,tapi aku rase lebih baik diri aku yang agak kasar ni perlu berubah dulu untuk menampilkan keayuaan wanita muslimah sejati yang sebenar...ni nanti berpakaian dah sopan dan ayu semua namun sikap kasar2 dan gler2 plak..ke tak pelik tu...nanti orang mengata plak kan...jadi Insya-Allah la doakan aku untuk terus berusaha untuk ke arah menjadi muslimah sejati dgn penuh keikhlasan hati ini ...




me with lala~my housemate di jamuan blok



miza,me n jiha selepas meeting MPP
terus nak bergambar dengan wanita ayu ni
~~hehe nk perasan jap~~



sempat juga bergambar selepas meeting MPP
bersama hadiah yg aku dapat dalam jamuan




pic lepas sampai rumah walaupun org len
dah tidur pun hehe (^_^)


Blogger Templates

Wednesday, 13 October 2010

DuGaAn

apabila di saat akhir2 ni, macam2 perkara berlaku...Ya Allah aku kena kuat untuk tempuhi dugaan ini... segala ujian dari-Mu... tanda sayang-Mu pada aku hamba yang kerdil ini...apa yang telah berlaku sudah tentu punyai hikmahnya... sabar lah wani dan teruskan perjuanganmu..yakin dan semangat yang kuat untuk abiskan sem ni dengan penuh terbaik dan semampu diri mu... Ya Allah tabahkan aku saat ini dan berikan ketenangan abadi dari-Mu.. segala2nya aku hanya meminta pada-Mu dengan usaha dan tawakal kepada-Mu... Insya-Allah....

Blogger Templates

Tuesday, 12 October 2010

BiLa AkU JaTuH

aku tak tahu nak cite macam mana..semalam aku dapat tahu keputusan test 1 aku bagi subjek eco 211.. Ya Allah hasilnya amat la mendukacitakan aku...rasenya macam aku ni memang teruk sgt2..ye la aku markah aku adalah paling teruk dalam kelas dan ni sungguh memalukan diri aku sendiri... walaupun hanya segelintir yang tahu...sememangnya aku bukan pelajar yang pandai dan skor dalam kelas namun setidak2nya selama ni ok la or moderate...tapi aku sedar ini adalah kesilapan diri aku sendiri kerana kurang persiadaan untuk menjawab test tu...kerana aku masih tidak pandai menguruskan masa saat tu...aku terpaksa menjadi urusetia untuk 2 events...jadi aku hanya sekadar jawab test sekadar mana yang aku mampu dan ni hasilnya...bila aku jatuh... sangat sedih dan perit sekali... bukan hanya pada diri tetapi sedih juga pada harapan mak,ayah dan kakak2 aku yang tidak tercapai untuk dapatkan yang terbaik... maafkan wani.....pe2 pun Insya-Allah aku akan terus lakukan yang terbaik untuk test 2 yang bakal muncul pada hari Jumaat ni... bagi kedua-dua subjek yang amat mendukacitakan diri ini.....dan aku perlu lebih bersedia untuk hadapi perang pada final exam yang tidak lama lagi...wish me luck (=_=)
bila aku jatuh , aku berusaha untuk bangun dan berdiri tegak kembali...
Ya Allah,kuatkan la hamba-Mu ni yang sentiasa memerlukan kekuatan ....
Blogger Templates

Monday, 11 October 2010

KeMbARa HiDuP

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Ku pasrahkan kepada-Mu Tuhan
Segala yang kan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan Syurga-Mu yangku idamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layak kah pula aku untuk ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

Sunday, 10 October 2010

10.10.2010

wah macam menarik je nampak tarikh ni kan???sudah tentu bermakna kalau berlaku apa2 perkara pada hari ini.. bagi diri aku sendiri, ini adalah 1 tarikh yang benar2 membuatkan kesedaran dan keinsafan bagi diri... apabila aku telah membuka mata dan kenal erti sebenar siapa aku dan tanggungjawab diri ini :
  • sebagai seorang mahasiswi yang memikul tugas sebagai pelajar yang berjawatan yang akan ditanya di akhirat tentang amanah dan komitmen aku dan pelajar yang ingin mengejar cita2 untuk kecapi kejayaan hidup...
  • sebagai anak yang perlu berbakti kepada kedua~ mak dan ayah serta menjadi kebanggaan pada mereka...
  • sebagai teman,sahabat dan kawan yang diperlukan tika susah dan senang...
  • seorang hamba yang naif dan kerdil di muka bumi ini yang sentiasa yang mengharapkan perlindungan serta rahmat dari-Nya.. Insya-Allah...

entah la aku rasekan berubah ke arah yang bersemangat, bermotivasi dan segala2 nya apabila aku dapat bersama pelajar terbaik kos aku sendiri dan bersama2 mengulangkaji pelajaran serta berkongsi pengalaman...aku cukup berbangga dengan sikap dia...erm, ye la selalu orang akan kata bila dah jadi pandai ni mustahil nak berkawan dengan students bese2 macam aku ni huhu...tapi semuanya itu hanya 1 andaian...aku selesa berkawan dan dapat belajar bersama-sama dengan dia....sampaikan dia sanggup bermalam di bilik aku untuk sama2 belajar...murni sungguh niat dia...lagi2 budak bilik aku balik rumah...aku juga sama2 mengajar subjek yang telah aku belajar dan dia mengajar bahagian2 yang aku masih dalam kurang kefahaman dalam subjek2 yang die master... best la aku rase!!! terus bersemangat untuk belajar dan teruskan perjuangan aku sebagai seorang mahasiswi berjawatan dan dapat cuba untuk lakukan yang terbaik buat kebanggaan mak dan ayah aku serta keluarga...dan aku juga berbangga mempunyai kawan2 yang memberi semangat di kala aku memerlukan kekuatan..terima kasih semua...moga kita same2 mencapai kejayaan dalam hidup.. terutama sekali best student dbs RAZALIA RAZALI jemput2 la datang ke bilik sye lagi kite akan belajar bersama sebelum final akan tiba...kepada yang benci pada aku, terserah la aku terima seadanya...
(opps tiba2 plak nak beremosi pada post saat aku hepie dan bersemangat ni...huhu abaikan je la... haa... lagi 1 ni juga tarikh keramat iaitu merupakan tarikh perkahwinan angkasawan pertama negara kita yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia iaitu : Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bersama isterinya...sape plak namanya ye tapi yang tahu seorang doktor juga~~huhu...erm pe2 pun ~ SELAMAT PENGANTIN BARU (^_^)

Saturday, 9 October 2010

No BaD KeM PLKN KARISMA,JuASeh,KuALa PiLaH...NaMuN HaTi No 1 PaDa KeM BuKiT BeSaR,KuLiM, KeDaH



pic sebentar tadi aku sendiri tak ready pe2 sampai
kamera pun tak tengok


Alhamdulillah aku baru je pulang dari Kem PLKN KARISMA,JUASEH,KUALA PILAH, N9... Ok la join perjumpaan alumni PLKN ni...UiTM N9 juga hantar beberapa orang bekas pelatih PLKN termasuk aku untuk hadiri Majlis Jamuan Raya dan Alumni bekas2 pelatih PLKN seluruh Malaysia... no bad la coz kt sne dapat makan percuma kan hehe...lagipun raya terakhir walaupun dah masuk 1 Zulkaedah 1431 Hijrah pun hari ini..pe2 pun layan la...bertolak dari kampus jam 9.45 dengan transport yg disediakan Jabatan Khidmat Negara.. bas baru lagi tu...seronok la batch2 PLKN sekarang...dah nek bas JKN dah skg...dulu kteorang nek bas persiaran or bas sekolah je kalau nak g mne2 buat aktiviti bersama masyarakat semua,waktu dalam kem... semua Hanya Tinggal Kenangan huhu...waktu tadi pun aku tgk pelatih2 dapat jumpa cikgu2 dieorang rase sedih plak tak dapat join di kem sendiri...namun masih tetap berbangga menjadi pelatih PLKN dan join program ni..erm nak ikutkan nak pergi nak buat Kad Pintar yg diuar2kan...tapi tadi tgk tak de org plak yg jaga d kaunter dan yg nak daftar so aku pun lepaskan peluang...pe2 pun aku akan berusaha untuk dapatkan juga kad pintar sebagai bukti aku adalah bekas pelatih PLKN....hehehe...Baru je sebentar tadi kol dan msg2 kwan2 yang dapat pergi kem aku sendiri KEM PLKN BUKIT BESAR, KULIM,KEDAH....amat cemburu di situ...dieorang tgh brgembira di sana jmpe cikgu2 dan kwn2...huhu...dieorang balik dari kampus dan ade urusan so singgah ke kem sekali....pe2 pun aku berbangga juga la dapat hadir KEM PLKN KARISMA ni...tak sia2 aku diberi anugerah wirawati terbaik sume...aku masih ingat PLKN dan tersemat di hatiku...seperti UiTM di hatiku juga (^_^) Kawan2 yg g sne tlg sampaikan salam Wirawati SYAZWANI MOHAMAD ye... hehe...sempat gak kol kwn2 PLKN yg lain~WIRA TERBAIK,kwn PLKN kenal seminggu, kwn sek rendah yg join PLKN coz nk bg info psl majlis ni yang diadakan pd seluruh kem PLKN di Malaysia... namun semua tak de peluang nak pergi kerana masing2 ade komitmen dgn kerja2 lain... its ok pe2 pn berbangga la kerana anda pernah menjadi pelatih PLKN... Sye sayang PLKN...mungkin 1 hari aku sendiri akan jadi jurulatih PLKN mana la tahu kan =)


aku dengan M16




ME n HASLINA
(jeles kamu dapat pergi kem)




kawan2 kelantan


wira delta~ azizi n askar wataniah

SaHaBat @ TeMaN @ KaWaN

aku terbaca post ini disebuah blog so aku rase wajar berkongsi sebagai tatapan bersama bila kita sedar akan nilai sebenar dalam menjalinkan ukhuwah sesama kita.... Insya-Allah.. aku belajar menjadi seperti ciri2 ini...

Bagaimana bersahabat kerana Allah?

Seorang sahabat yang bersahabat keranaNya seharusnya mempunyai 12 ciri di bawah:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik padamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan kamu.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: :”sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan padanya, nescaya Allah mengurniakannya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa(lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya”

Mudah-mudahan kita adalah golongan yang bersahabat keranaNya….amin…

-Wallahua’lam…-

Friday, 8 October 2010

HaTi BuKaN SePeRTi KaCa YaNg MuDaH PeCaH

wani...pesan akak aku, ''kamoo ni jgn la terlalu lembut sgt''~~sampai sume nak fikir...betul la kate kawan kamoo tu suka sangat fikir perkara remeh-temeh ni... hati tu bagi keras skit..nak jage hati orang lain diri sendiri yang stress buat ape... orang tak pernah fikir hati kte pn~~huhu (aku memikirkan apa yang dikatakan tapi entah la kan-ade gak betulnya) semalam ganggu roomate waktu die nak tunaikan solat coz bergayut terkuat2 plak dengan my beloved sis ni

'' jadi di sini aku nak buat pengumuman juga :ika sye minta maaf ganggu awak semalam sebelum awak nak solat...bukan sengaja cuma tak sedar...maaf ye~~''

bak kate MISS SYAZANA MOHAMAD hati tu bagi jadi kristal sikit ... keras tapi orang suka dan kamoo juga tak stress... ade faham?? (menggaru2 kan kepala sambil fikir) pe2 pun aku faham sebenarnya... betul la kalau hati sekadar kaca...bila berlaku pe2 orang buat pada kita dan kita tersentuh or terguris ibarat kaca tu berkecai la...ok2 azam baru dengan semangat untuk wujudkan HATI SEPERTI KRISTAL YANG BERNILAI DAN DIHARGAI~~ Insya-Allah...
terima kasih banyak ye kakak ku syg~~(kuat bebel jangan marah ye =P)




So aku terus upload pic ni nak buktikan sedang renovate hati ni
transform dari hati kaca menjadi..... seperti di bawah



wow cantik kan!!! hati seperti kristal
Insya-Allah ini la hati aku selepas di renovated~~

Thursday, 7 October 2010

SeRaBuT....




huhu~~tolong3x!!! itu la aku dapat jeritkan saat ni ....aku tengah serabut nie...banyak kerja perlu aku selesaikan....tapi sempat plak kan, aku nak post di blog...hehe bese la kan.... coz aku rase tempat nak luahkan segalanya....kertas kerja tak settle lagi~~dah dilantik jadi ketua projek...nak kena deal dengan hotel yang mane sesuai lagi...esok dan kena submit...huhu..pe nak jadi dengan kamoo ni wani....report mgt??lagi la..ada plak penambahan saat akhir2 ni dengan slides2 untuk present pun belum buat lagi...jap lagi dah kena sumit pada lec... preparation 4 test qmt esok tak lagi...huhu...petang ni MPP nak pergi melawat student masuk ICU...so dah guna mase petang ni..tu tak kisah sangat la coz aku sendiri yang merelakan diri...its ok la...pastu semalam msg kwn2 yang dah lame tak berhubung...masing2 sombong...tak pe la aku sedar diri ni...Ya Allah berikan aku ketenangan dan Hidayah agar segalanya dapat aku selesaikan dengan lancar...tanpa perlu memikirkan perkara remeh -temeh ini.. thankz saiful azreen kerana kol sye tepat pada masanye..tapi tak dapat teruskan perbualan kerana sye sye sgt bz coa nak settlekan sume keje2 =)

Tuesday, 5 October 2010

PeRkOnGSiAn MenaRIK

pagi tadi aku bangun solat subuh semua lepas tu terus selesaikan kerja2 aku yang tertangguh.. sambil aku wat keje terus dengar ikim fm.. mmg ni la, siaran radio yang paling aku suka sampaikan dah jadi sahabat ikim pun hehe... erm, paling aku suka dengar waktu pg2..lagi2 ble ade sesi motivasi ye la kalau dengar hari2 terus bersemangat untuk sepanjang hari... nak jadikan cerita tajuk motivasi pagi ni adalah JANGAN SEDIH JIKA DIRI TIDAK DIHARGAI TETAPI TANGISIKANLAH APABILA DIRI TIDAK BERHARGA LAGI DALAM KEHIDUPAN... aku terus terkesima bila dengar tajuk ni...ntah la rase mcm kena dgn diri je akhir2 ni...mcm2 input yang aku dapat la motivasi ni...so aku post kan la tajuk perkongsian menarik untuk tatapan bersama... apa yang dikatakan dengan tangisilah apabila diri tidak berharga termasuk dalam 5 perkara yang patut kita semua menjaganya sepanjang hayat..

  • IMAN ~ kita tahu akan iman boleh bertambah dan berkurang. Jadi, sedarkah ke kita terhadap diri sendiri? sama ada telah pun kita menjaga iman atau tidak dalam semua aspek?? tepuk dada tanya iman.. aku sentiasa memikirkan persoalan ini demi mencari keredhaan dari-Nya.. Insya-Allah....

  • ILMU ~ sebagaimana yang kita tahu ilmu juga adalah salah satu amalan yang akan ditanya pada hari akhirat nanti...jadi tuntutlah ilmu sebanyak mungkin...dan sebarkanlah agar ilmu kita berpanjangan dan Insya-Allah pahala kita juga akan berpanjangan..jika tidak terus menuntut, ilmu kita tidak bertambah dan kita sendiri tidak mampu melangkah jauh dalam dunia yang penuh pancaroba kini...

  • AKHLAK ~ dalam skop ini kita seharusnya menjaga akhlak kita yang mungkin sebelum ini ada niat jahat,mahupun buruk dan tidak elok. Berubahlah ke arah yang baik dan elok.. sedarlah akhlak adalah BUNGA DALAM DIRI...jika segar dan megarnya sudah tentu akhlak kita penuh dengan sifat2 mahmudah..jika ianya layu sudah pasti akhlak pula penuh dengan sifat2 mazmumah....jadi biar lah kita berusaha mempunyai akhlak semulia,seindah dan sepuji Rasulullah S.A.W.. Setidak-tidaknya kita niat dengan ikhlas dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri yang kerdil di sisi-Nya...

  • MARUAH ~ kehormatan yang perlu kita jaga tidak kira kaum Adam mahupun Hawa... janganlah biarkan orang lain memperlekehkan kita disebabkan kita sendiri tidak berusaha mempertahankan maruah diri sendiri...ingatlah kita bukan sekadar menjaga maruah diri namun keluarga, orang disekeliling dan paling besar negara kita sendiri... maksudnya besar tanggungjawab kita sebenarnya...sedarlah semua...maruah itu hak kita...utamakanlah...

  • HARTA ~ bukan hanya harta dunia semata2 yang kita cari namun ingatlah harta bekalan akhirat juga kita berusaha mencari dan menambahkannya... di dunia dengan harta kita akan dipandang mulia,di akhirat dengan akhlak dan amalan kita dunia adalah harta yang paling kaya menjadi bekalan ketika di sana..


jika 5 perkara ini kita mampu untuk menjaganya kita dapat menyuburkan jiwa dan hati.. kita mampu melangkah dan melabur makrifat pada orang sekeliling..semua ini juga perangsang diri kita agar berkobar2 dalam melakukan sebarang urusan dengan sebaik mungkin untuk kecapi dunia dan akhirat....buktikan lah kita punyai harga diri insaniah....dan ingatlah kita seharusnya bersyukur dengan keizinanan-Nya dan sedarlah nadi yang bertapak sentiasa bernaung di bawah langit Illahi... Insya-Allah...


ni sekadar perkongsian menarik yang dapat aku coretkan...hehe suka la dapat berkongsi bersama...hari ni plak aku pergi library lepas dah dgr ceramah motivasi pagi ni...then terbaca tajuk buku Panduan mengurus masa ~Urus Masa Terus Jaya untuk semua...terus ambik dan pinjam untuk tingkatkan pengurusan masa aku agar lebih bermanfaat... aku juga de beli buku baru waktu lalu pameran sekitar library tu...tajuknya~ Doa dan Zikir Harian...sebagai tambahan koleksi buku2 aku =) dkt buku tu pun tertullis ''hadiah buat diriku yang sering lupa dan ingin mencari keredhaan Allah... Insya-Allah...




buku yang dipinjam daripada library =)


buku yang baru dibeli (^_^)

GooD DaY

Hari ni tak de la nk cite pe sgt...tapi ok la dapat kuar kan post GOOD DAY kan... hehe... nak ikutkan tak de la good mane pun...terpaksa buat2 je... huhu... maaf pd sape2 hari ini...coz msg drpd org certain je reply... no komen la kenapa ... tapi aku yg kate tak payah contact sementara waktu..tapi salam je aku reply... huhu... lupakan la...pe2 pun ni aku stay up sebenar nak settle kan kerja2 tertangguh n study sikit...esok aku de speaking test ...wish me luck =) kat post ni gak nak ambik kesempatan wish hepie befday buat my teman saiful azreen (kwn plkn yg kenal hanya seminggu) tapi dah baik hampir 2 tahun.. =) semoge and panjang umo dan d murahkan rezeki...thnkx la pe2 nasihat sebelum ni...dan anda bertuah kerana sye msg wish befday dan msg anda sume..ye la kan aku dah tak msg sape sgt ari ni hehehe.... ni nyanyian befday dalam mandarin untuk azreen~~sje je la dah bosan2x ni sebelum nk sambung wat keje (^_^)

shengri kuaile
zhu ni shengri kuaile,
zhu ni shengri kuaile,
zhu ni xingfu wu zhijing
haoxiang song bai chang qing




hehe wani tak de hadiah so pos kan kek dalam blog wani je la...
gud luck dalam pertndingan kayak~


Bold

Sunday, 3 October 2010

TiNGGALkan SeMenTaRa

Post aku yg lepas aku ada kuar status akan tinggalkan fb pada 4 oktober sampai 14 oktober 2010...kerana nak fokus pada final exam yang bakal tibe nie...tapi bila dah tgk jadual,paper aku sampai 12 oktober so lepas tu enjoy hehehe =)fb pun muncul kembali dalam hidup aku hehehe....its ok la..pe2 pn aku hepie je walaupun tak online fb... hehe...tapi yang len tak d tinggalkan termasuk kamoo wahai blog ku syg hehe 'KEBAHAGIAAN PENUH KEHARUMAN'....Aku tinggalkan fb ni kerana kena banyak sangat mase aku terbuang melayan macam2..kdg2 ade gak manfaat utk dptkan info...kdg2 sia2 juga pada aku...so lepas nie tension or pe2 d blog je la,hp,ym,skype n email je la... mlm ni tepat jam 12 deactived fb sementara... =) lagipun aku nak dengar nasihat akak aku tersyg~~

  • tak de keinsafan + rase takut ko nie~~ fikir wani ko nk pulun pun sebulan dua ni je...
  • along yg keje pun bgn stay upwat keje..tak kan ko nk grad bwh 3.37 kot..malu!!
  • abis dah sedar,ikut perasaan tidur tu..tidur tu la kot nak bg ko lulus..ko dah besar wani,segala yg ko wat melukis kehidupan ko d masa akan datang
so dengan segala kate2 ni membuatkan semangat aku untuk lakukan terbaik pd final aku nanti...Insya-Allah... all the best wani...thankz my beloved sis~ mmuah3x~~

Saturday, 2 October 2010

2 MiNgGu maCaM- mAcaM TuGaS

hari ni dah masuk 2 oktober 2010 pun...hmm walaupun aku dah tulis blog 2 minggu lepas tapi banyak je cerita2 yang aku tak buka...jadi rasa nak cerita la untuk post kali ni... hehe...nak kongsi2 pengalaman aku dalam menjalankan banyak tugasan sebagai mahasiswi dari aspek tanggungjawab aku untuk belajar dan jawatan yang aku sandang.. 2 minggu lalu sepanjang 20-24 september aku dengan coursemates join program Karnival Usahawan Muda yang telah dianjurkan oleh Business Management Association (BMA), mestilah aku kena join program ni...nak support course aku kan...lagi2 semua adalah ahli... so ape lagi bertindak la nak naik kan reputasi student2 business di pilah ni... hahaha~~ ok la...mcm2 pengalaman aku dapat... group DBS 3D1 group aku la tue..buka 1 booth jual mcm2...hehe unik sekali...terjerit2 aku nak bagi terjual semua... haha~~
(tapi tipu je tu, aku pun malu kalau nak wat cam tu~) aku pun dah jadi cam orang kt pasar malam je waktu duty jage booth...ye la semua nak promote brg masing2 nak suh student len beli brg dieorg~~booth aku ni mmg beraneka ckit...setiap hari nak tukar menu... hahaha (sebenar tak ade perancangan coz tu jadi cam tu hehe...mmg lawak btul) kita orang jual roti bakar,jagung,rojak, nasi goreng,dan baju2 ... semua budget sendiri..seorang kena bayar rm6 untuk dapatkan tapak booth...lagipun join ni dapat sijil... drpd 23 coursemates 18 join ..yang len join gak karnival cuma join ngn housemates dieorang dan BMA pnye booth sendiri...yang penting hepie dapat tambahkan pengalaman... students2 sc pn involve so lagi meriah la~~ sem 2 dh pernah diadakan d alamanda dlm program Jom Jual so tak de hal sgt la~~

1 je la pic nk post waktu ak on duty ni~~

seminggu penat berhempas pulas dengan karnival skg fokus dalam kelas plak~~ minggu ni lec mgt269 miss farrah dah pesan pasal task yg diberikan pd cuti sem baru ni...pe lg semua gelabah la..lagi2 written report...huhu~~pe2 pn nasib skg dah settle...Alhamdulillah...thnkz group members bagi kerjasama anda semua~~ hmm...sibuk plak dengan mock interview~nak jadi cerita aku plak jadi 1st student kena interview..malam sebelum tu sibuk settle kan job applications dengan resume..nasib pakaian sume dah selesaikan seminggu yang lalu...Ya Allah malam tu gak mcm2 dugaan aku tempuh...dgn laptop buat hal tibe2 hang~~then line internet plak tak elok...nasib de kawan membantu~~ thnkz mohd fadzil othman kerana memberi backup resume~~ pagi2 esok aku dah siap awal2 coz nak ready semua..kena print semua...ble nak print plak masalah berlaku ble tersalah print agak bengang waktu tu...dgn aku nervous lagi semua ni berlaku krna orang yang uruskan print2 ni silap plak...nasib aku sabar kan diri je huhu~petang tu tiba la giliran wat mock interview tu ...agak gelabah tapi nasib seorang kawan aku tu nak wat dlu so aku bg je la turn aku..kre aku jadi 2nd student...Alhamdulillah....aku cuba lakukan yang terbaik dan termampu....byk soalan2 d tye interviewer~~huhu sabar jew la...ni kan carry marks aku 4 final so kena la btul2 ... jawatan yang aku nak sandang Human Resource Executive..macam2 d tye plak~...nasib dah wat research ckit2...hari tu semua kwan2 dress up ala2 koprat..ske sekali~~ aku pn bersuit namun simple2 je la~~pic2 len pd fb la...

inilah aku pada mock interview baru2 ni~

hari jumaat minggu ni juga... pada 1 oktober 2010 plak ade sambutan HARI RAYA peringkat Uitm N9....nak ikutkan aku dan beberapa org MPP yg kena handle n settle kan majlis nie...tapi batal krna HEP yang uruskan semua..so datang makan je la... hehe...sempat gak aku berpose bersama Pengarah Kampus dan lecturer2 business aku..hehe suka aku (^_^)


wanie,aku,madam kunie,miss farah dan madam hajar


aku bersama Pengarah Kampus...
ustaz tak terpandang coz ade 2 kamera waktu tu hehe... (=_=)


malam tu plak aku sebagai MPP kena uruskan Majlis Anugerah Dekan... walaupun aku bukan la students DL huhu...malu juga aku nak kena uruskan students hebat2 ni..tapi ni la tanggungjawab aku sbg MPP... macam aku katekan sebelum ni adalah tanggungjawab aku sbg mahasiswi untuk memikul semua ini...Aku tetap bersyukur dgn segala yg diberi... so ble dapat tanggungjawab dan peluang bersama dgn org yg hebat2 ni aku pn dah de spirit cam dieorang... yang aku teruje ble de student skor 4.0 flat drpd student sc so mmg hebat la kan??...tak sia2 aku urus majlis ni banyak tips dapat tingkatkan kejayaan akademik aku sendiri untuk sem ni dan berikutnya...Insya-Allah..
Majlis Anugerah Dekan ni juga diadakan di 5 star hotel katenya d N9 ni... Royale Bintang tumpang bangga la...mewah je nampak event ni...~~Jadi jemputan VVIP pn mstilah yg tertinggi...dr induk lg... TNC jaringan inovasi dan industri... students business sempat jugak bergambar dgn prof~ dan aku sekadar menyelit huhu~~dan pic2 bersama MPP dan menjayakan Majlis Anugerah Dekan...


bersama MPP ~



mewahnya hotel~~



sesi bersama TNC



bersama artis2 menjayakan majlis hehehe~~


SaLam TaKziah

semalam aku menerima sms daripada kakak aku tentang pemergiaan sepupu kami iaitu ahmad faizol b ismail...arwah meninggal dunia di hospital sultan ismail johor bahru dan selamat di kebumikan selepas waktu zohor 2/10/2010 hari ini di kg kubang ikan,chendering..aku ketika mendapat sms tu terus sedih dan menitiskan air mata kerana terkilan tak dapat pergi melihat arwah..arwah penah membantu aku ketika berada di kl...arwah begitu muda bagi aku dan seorang yang pandai...juga mempunyai kerjaya sendiri..namun disebabkan penyakit yang dihadapinya ~kanser tulang benar2 menyedihkan...namun aku redha dengan ketentuan-Nya..Dia lebih menyayangi arwah...salam takziah buat keluarga ayah ngah dan mak ngah...ayah,mak dan k.long aku turut pulang ke kampung menyelesaikan urusan jenazah..moga roh arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman..Insya-Allah...Al-Fatihah...

DILEMA CINTA ILLAHI

lagu ni pula aku suka dengar jadi diletakkan pada blog aku~~ (^_^)



~DILEMA CINTA ILLAHI~

"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.

Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.

dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."

Saturday, 25 September 2010

KuAtKan Diri dan TiNgkaTkan UsahaKu

kata-kata2 ni la perangsang aku saat ini...pagi tadi ayah kol aku...aku pun bagi tahu tentang keputusan test QMT aku yang sangat teruk...ayah benar2 marah dan kecewa sekali..memang salah aku sebenarnya...persiapan di saat2 akhir dan ni la hasilnya..Maaf mak dan ayah wani kecewakan untuk test kali ni..tapi wani akan berusaha untuk final sem ni.. wani akan kuatkan diri dan tingkatkan usaha untuk menjadi yang terbaik..doa mak dan ayah wani harapkan untuk keberkatan wani di sini...Insya-Allah..wani akan kurangkan perkara2 yang tidak mendatangkan faedah spt fb n pe2 lagi la..tanggal 4 oktober 2010 ni wani akan deactivekan semua...dan fokus kan untuk final exam yang akan bermula pada 25 oktober 2010- 14 november 2010...

MeNtARi HiDuP

kali ni aku nak lagu 'MENTARI HIDUP'ni plak jadi penghibur kala sepi bagi blog aku ni...bait2 lirik ni membuatkan aku benar2 menjadi kuat dan sedar akan kelemahan diri ini terutama pada-Nya....aku hamba yang lemah dan kerdil disisi-Nya...jadi aku sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada-Nya sepanjang masa ..Insya-Allah..


MENTARI HIDUP


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran


Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Thursday, 23 September 2010

TeRusKan UsaHa

hari ni aku tak tahu la pe nak jadi..keputusan test QMT aku dah kuar...huhu~~~sgt la teruk...aku agak malu... tapi aku tahu ini adalah kerana usaha aku sendiri yang agak kurang...disebabkan masa yg terlalu sibuk dan aku yg masih tidak pandai menguruskan masa ...huhu wani berubah la.. dan teruskan usahamu...untuk yang terbaik d final exam sem 3 ni... Insya-Allah...nak dijadikan cite hari ni plak de macam2 perkara memalukan aku ...uhuk3x~~ pagi ni pergi library nak uruskan kerja pe2 yang patut jadi aku perlu guna pc ...tengah2 wat ade la plak nak guna bahan buku2 sikit... just ambik je la...then dalam masa sama aku kata dalam hati... ''Ah baik pinjam je buku2 ni''..ok la..lepas tu tiba2 tengok jam dah pukul 10 pagi dah nak bergegas plak masuk kelas.. terus pergi kaunter bagi kad pc yang aku guna dan ambik kad matrik ... lepas tu aku terus keluar dengan kelam kabutnya... sampai pintu library yg de ''sense'' tu...tibe2 terbunyi plak....'''''tettttt'''''....huhu sume orang tengok aku...malu betul aku dibuatnya...ye la pe budak ni nak curi plak pagi2 dari library...sabar je la aku bila pegawai library panggil aku plak~~''adik nak bawa keluar ape tu??''huhu~~ tengok2 buku yang aku nak pinjam tadi....aku terbawa keluar sekali...Ya Allah punya la tak sedar dah sibuk nak bergegas ke kelas sangat...~huhu..ni benar2 bagi peringatan pada aku agar lebih bersikap tenang... pe2 pun dua pengajaran buat diri aku kali ni ye la... ''wani tolong berusaha daripada awal dan bukan di saat2 akhir..lebih tenangkan diri dalam segala hal..'' Insya-Allah...

Wednesday, 22 September 2010

MaSiH SihaT..ALhamDuliLah...terima kasih semua

aku lepas balik2 kuala pilah nie..terus la rase tak larat sume..ye la dah 2 minggu cuti...macam2 la perasaan nie...huhu~~dr hari isnin sampai hari ini rabu..aku sgt2 letih ...lagi2 aku join ngn budak2 kelas -Karnival Usahawan Muda ....so hari2 kena plak tolong jge booth...tapi nasib ade gak shif nk duty..so xdela rse beban sangat...mcm2 plak booth aku tu jual huhu..so banyak juge la keje kena uruskan~jual rojak,jagung dan baju2 t-shirt .. 2,3 malam ni plak aku tak larat sangat...ntah tak thu la npe..tidur pun salu je ber'sweater..nak kate terlalu letih jge booth tak juge..sampai kan smlm panas teruk badan aku...huhu tidur pun awal...abis kelas mlm balik mandi,solat sume terus terlena.. Alhamdulillah pagi td ak dah ok..terus kol ayah n mak ..coz aku risau la badan sakit2 huhu..n tak larat sgt...then pe lagi kena plak mak dan ayah bg ceramah, lagi2 mak n ayah dh kenal ank mereka sorg ni bab makan mls sume n tak on time so mmg jadi g ni la~~ so pesanan mak dan ayah berulang kali '' tolong minum air masak byk2 dan makan tu ikut mse...jgn la terlalu bz tak makan...org kt sini risau la.. mekaseh mak dan ayah..wani syg mak dan ayah..mmuah3x.. kpd akak2 aku plak mekaseh juge krna risau pd adikmu nie sorg...kamoo la kakak2 aku yg terbaik... syg kamoo sume jge...pesanan~sila makan nasi sekurg-kurangnya 1 hari sekali sampai abis ok...miz u all =) k la dah tak larat aku nk coret2 dh..coz nk ikutkan byk je keje kena aku selesaikan...cume ni pun curi2 mse nk tulis blog .. dah line wireless laju sgt hehe...

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, 15 September 2010

ToLonG LaH...

aku dah mula geram..aku juga punyai perasaan..tak payah la nak post2 status d fb mcm tu..mmg la aku sendiri tak tahu nak ditujukan pd siapa ...tapi aku sedar la..baiklah lepas ni aku dah malas nak ambil kisah mahupun pe2 lagi~~jangan tanya kenapa~~aku sekadar bertanya tentang diri aku yang tak disukai..aku yang nk dgr..bukan nak emo2 pun..tapi sikap tu tolong la lebih berhikmah...aku sedar mmg tak baik dan lemah dan tak sehebat teman2 anda yang lain..tapi tak payah la sampai nk post2 d fb..jangan la sampai jadi seperti sebelum nie..aku sememangnya tak penting buat diri anda namun aku menghargai sebagai teman..mungkin kamu tidak sebegitu...huhu lagi2 d bulan yang mulia ni malas la nak cari gaduh2 dengan sesiapa..dah minte maaf pd semua..hak anda semua la nk memaafkan atau tidak..walaupun aku kate d sini ikhlas ble minte maaf... org akn kate..mne leh bg th semua orang..ye....tu mmg benar, keikhlasan tak dapat dilihat dgn mata kasar..tapi tolonglah memahami...tgk tu pg2 6 Syawal aku dah wat luahan rase plak huhu...aku ingat komen anda tentang diri ini~

''sikap terlalu fikir bende remeh dan tak ske terima pendapat org dan nasihat..tapi aku nak dengar nasihat aku ...''

''itulah anda..berserah je semua..berlambak je gurl tak macam aku..asal nak ikut macam aku gak''


mekaseh byk2..saya terima dgn hati terbuka dan saya tak pernah terdetik nk marah langsung.. lagipun saya yang tanya pd anda.. lg 1 saya tak pernah nak pakse org ikut pe yang saya kata or anything... makluman pd anda k...

ni la luahan aku d pagi raye no more sdey2 ye miss waniey..be yurself... ye saya mengakui diri seorang yg sensitif tapi dalam soal nie npe plak~~dah saya yg tye kan...sob4x~~

HePie BeLaTeD BeFDaY



ni la hadiah drpd kami buat ayah tercinta

Semalam tanggal 14 September dan merangkap 5 Syawal 1431 Hijrah tahun ni serta merupakan tarikh keramat buat diri ayahku tercinta. Selama 54 tahun, kini ayah aku masih bernafas..Alhamdulillah aku sebagai anak bersyukur sekali.. aku serta adik-beradik lain menghadiahkan kek buat ayah kami tercinta.. dan ibuku pula membelanja kami semua makan malam utk celebrate befday ayah~maaf la ayah tahun ni kelam-kabut ckit so sambutan pun bese2 je la..selalunya sume akan bg hadiah gak..tapi kali ni tak sempat.. pe2 pn kami tetap mengingati bfday ayah hehe~~selamat hari lahir ayah..moge pnjang umur dan sentiase dimurahkan rezeki..Amin...sebelum mak pergi keje semapt gak teman ayah nie potong kek dan suap2 lagi..so sweetz...hehe..mesra sekali ske3x~~ni d rumah baru...




sempat juga mak teman ayah potong kek sebelum prgi keje~




suapan suami pada isteruinye...hehe manjenya

Monday, 13 September 2010

♥ Aidilfitri 2010 ♥

Hmm dah beberapa hari aku tglkan blog aku nie~~huhu rindu la plak sampaikan tak sempat pn wish raye~~ok la..dah tajuk post aku kali nie pn Aidilfitri 2010..so dah pasti pe aku nak cite ni pun soal raye je la kan...hehe ..dgn ini sye Syazwani Mohamad ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam... Maaf zahir & batin.. segala kesilapan aku dan seluruh kerabat kaum keluarga Hj. Mohamad b. Abd Rahman.. walaupun di blog lambat wish tapi d fb sblm raye dah post salam lebaran nie..then aku pun dah tag dalam 50 orang kwn2 d fb..yg tak tertag maaf la ye..lagipun editing aku tak elok pn..huhu



...ni la pic yg aku edit n tag pd kwn2 d fb...

ok la raye nie..meriah jge..walaupun persiapan aku hanya ala kadar...cam ne tak kate ala kadar..sume di uruskan oleh kakak2 aku dan mak tersayang..aku balik2 je dr pilah sume dh de..tgu akak2 balik tunjuk tudung je pilihan dieorang pada aku,aku mule2 rsau la gak.. yela pe la dbelikan mereka..mne la thu bukan taste aku...(bukan aku demand k nk gak cantik2 d pagi raye...huhu setahun sekali je pn)ngegee..pe2 pun aku sgt2x ske pilihan mereka ..mekaseh my beloved sisters~Along n Angah n my beloved mum....dari atas hingga bawah pilihan mereka..hehe



ni la kasut pilihan mereka..ske2x =)

persiapan rumah n biskut2 raye bese je..coz sembahyang raya pun dkt surau IPD ni jew..then lps tu br balik umah tok aku d bukit mertajam..pe2 pn teruja gak tahun nie coz ingt kan makan biskut2 raye tunjuk2 je akhirnya terhasil gak biskut raye 'rara melon cornflakes' sedap kan nme tu.ciptaan kteorg 3 beradik hehehe (lagi2 ble keje tangan akak aku no-2 tu lebih..coz tu de selit2 gak nme die rara )sedap3x..bape balang utk letak pd ari rye pun dah nk abis sebelum raye ke-3~~hehe



rara melon cornflakes

ok la tak nak cite byk2 la raye2 ni. hari ni pun dah msuk 5 Syawal so manfaatkan raya thun nie sebaik mungkin bg merapatkan lagi ukhuwah sesama kte..Insya-Allah umur panjang kte dah ketemu pd Ramadhan serta Syawal akan datang..So aku pn nk letak pic2 raye..cume pic parentz aku je xde lagi coz dalam kamera huhu~~akak aku plak tak bawa balik USB kamera...so pic2 kteorg je ade.pe2 pn pic parents aku msti ade gak dalam blog KEBAHAGIAAN PENUH KEHARUMAN ini...Hehehe~~meriah gak raye ni coz kteorg 3 beradik sedodon..ngegege..raye ke-3 plak my parentz buat makan2 tapi jemput tak ramai pun bese2 je..mekaseh kwn2 yg hadir..maaf ye pic2 anda pun tak dpt d upload lg yew...hehehe...aku ske pilihan warna2 baju raye aku tahun nie~turqoise,kuning dan pink~~



1 st day raya~


2nd day raya~


3rd day raya~



me,Along dan Angah~

Wednesday, 8 September 2010

Wanita ibarat EpaL

aku terlintas copy artikel ni, yang seakan-akan sebuah sajak... untuk berkongsi bersama buat semua Kaum Hawa di luar sana yang masih keseorangan serta kesunyian mahupun bakal bersama dengan insan mereka yang sayangi..termasuklah pada diriku sendiri pada saat ini...sebelum ni pun aku pernah dapat mms ini tetapi dah terdelete huhu...so ble dapat bait2 kata semula apa lagi cepat2 copy dan terus lah letak di blog aku..hehe... Insya-Allah anggap la kesunyian dan kesepian diri ini sekarang sudah tentu ada hikmahnya..




Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau,

kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya

dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,

sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... ('',)

Tuesday, 7 September 2010

MoCk MeETiNg





Alhamdulillah baru2 ni sume bdk2 kelas kena wat mock meeting by group...sume org cube buat yg terbaik krna ni la sebahagian drpd markah final kteorg...group aku xde lah prepare sgt...tapi Alhamdulillah...bgus btul sume dpt memberi komitmen yg terbaik..Harap2 markah yg dapat, blh la membantu markah final kte sume nti... hidup MOOKIES COMPANY SDN BHD.. group aku terdiri daripada aizat.rashid,araaf,wanie dan aku sndiri...dalam ni aku pegang jwatan agk besar vice president huhu memberi penjelasan kpd president apabila dtye tntang keje yg telah diamanahkan...hehe~~ ble ckp2 b.i ni bese la Syazwani Mohamad... hentam je la hehe...janji org fhm dgn penjelasan aku...pe2 mekaseh kpd sume kerana memberi kerjasama... skg kte perlu bersedia menyelesaikan misi ke-2 kte plak mock interview by individual...huhu all the best sume..jgn lupe ngn written report kte plak ye...





aku sebelum masuk ke bilik mesyuarat ...hehe =)




bakal CEO2 yg berjaya~~

Pasrah Segalanya

saje letak lagu nie entah la layan perasaan kot...skg ni dah tak boleh nk share2 sgt dgn org so d blog je la tempat meluahkan rase..so aku pilih lagu ni.. terima kasih kepada semua yg menggembirakan dan menyedihkan aku..


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

penuh keinsafan dgr lagu nie..aku sgt ske...kekuatan dr-Nya adalah segala-galanya..