Monday 24 June 2013

Rezeki Susah Masuk??

Assalamualaikum semua, teman2 blogger. Apa khabar? moga2 semua dalam keadaan sihat hendak-Nya. sea_lavender faham sekarang masalah jerebu teruk melanda negara kita. Tempat sea_lavender UiTM Puncak Alam ni pun sama.. Jangan kata la nak buka tingkap pun fikir banyak kali, tebal jerebu tu buat sesak nafas. Apa2 pun kita memohonlah pada Allah agar musibah melanda negara kita ni akan beransur baik seperti sediakala.Ini juga sebahagiaan peringatan buat kita untuk kita kembali dan terus tingkatkan ibadah pada Allah sebagai bekalan kita di sana nanti. Alhamdulillah hari ni 15 Sya'aban 1434 Hijrah, buku amalan baru buat kita semua. Ayuh kita penuhkan buku amalan dengan perkara-perkara yang baik dan menjadi sebahagian saham akhirat kita.In Shaa Allah.Ok sea_lavender tak nak berbicara panjang, macam hari tu janjikan pasti nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat buat semua sebagai peringatan bersama. Terbaca gambar ni jadi nak kongsi.


haaa ni sea_lavender kasi besarkan font yang ada dalam gambar tu dan hurai2kan sikit. Jadi, kita renung2 kan lah,kena pada diri  kita ke? atau kita terdetik atas perkara-perkara tu? Nauzubillahminzalik. Moga Allah lindungi kita untuk tidak sedemikian dan moga Allah jaga hati kita untuk lakukan sesuatu semuanya ikhlas kerana Allah SWT. Amin Ya Rabb..Ingat lah rezeki Allah ada di mana-mana, namun mengapa kita sukar peroleh? mungkin ini adalah sebahagian puncanya~

  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
Dalam soal ni kita seharusnya ikhlas membantu lebih-lebih lagi dalam soal kebaikan, ingatlah janji Allah apabila kita  memudahkan urusan orang lain, pasti Allah mudahkan urusan kita juga =) In Shaa Allah.
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu ini
Elaklah daripada selalu menceritakan pada orang yang kita tidak pernah cukup dengan duit yang ada. Sepatutnya kita kena bersyukur bahawa segala apa yang kita miliki hari ini adalah segala nikmat Allah yang tidak terhingga walaupun ianya bukan dalam bentuk wang ringgit. Rezeki Allah luas buat kita,ada di mana-mana jika kita usaha dengan ikhlas, In Shaa Allah kita peroleh ganjaran besar.Percaya Allah Maha Penyayang pada hamba-hamba-Nya =)

  • Berkira untuk sedekah walaupun seringgit
Jangan rasa berkira untuk sedekah walaupun seringgit. Semua Allah berikan pada kita atas dunia untuk berkongsi bersama. Mengapa harus ada rasa kedekut dan bakhil?? Nikmat itu buat semua. Berkongsilah walaupun sedikit. Pasti kelak kita akan mendapat pulangan kembali berlipat ganda atas perkongsian bersama itu. Allah Maha Pemurah. Tidak perlu kita ragu-ragu..
  • Banyak berbuat maksiat
Hentikanlah melakukan maksiat dalam kehidupan! Allah Maha Melihat segalanya. Tidak takut kita apa yang kita kerjakan di dunia ini akan ditayang semula?? Nauzubillahminzalik..Ingatan buat diri ini sendiri juga. Moga Allah melindungi kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Peganglah, "Amar Makruf Nahi Mungkar"

  • Tidak bersyukur
Janganlah terdetik  tidak rasa bersyukur dengan apa kurniaan Allah buat kita.Ingatlah teman-teman apa yang kita ada hari ini, semua Allah yang berikan. Jika kita rasa usaha yang kita laksanakan adalah punca nikmat berlipat ganda itu, renungkanlah kembali bahawa nikmat yang hebat itu juga kurniaan Allah. Jika Allah tidak memberikan apa yang kita usaha, bermakna ianya masih belum rezeki kita. Allah Maha Berhak untuk kurniaakan buat sesiapa. Namun, terus titipkan rasa bersyukur dengan segalanya Allah kurniakan. Moga Allah terus kurniakan nikmat buat kita.

  • Riak bila bersedekah
Usah riak dengan apa yang kita hulurkan pada sesiapa. Sekelip mata sahaja Allah boleh tarik rezeki yang dikurniakan. Bersikap rendah diri dalam menghulurkan bantuan buat sesiapa. Sesungguhnya Allah Maha Melihat. Ganjaran pasti ada di akhirat sana.
  • Kurang beristighfar
Sentiasalah tingkatkan amalan beristighfar untuk memohon keampunan Allah yang kadangkala tidak sedar atas perilaku kita.Perbanyakkan zikir dan ibadah sunat.Moga ketaqwaan kepada Maha Pencipta terus meningkat.In Shaa Allah.

  • Gemar mengungkit pemberian
Elakkan mengungkit atas pemberian kita pada sesiapa.Sentiasa bersyukur kerana Allah jentikkan hati kita untuk memberi dan berkongsi bersama orang lain. Apa kita ada kongsikan, jika kita tiada sentiasa terus bersyukur kepada Allah dan mohon diperluaskan rezeki kita.In Shaa Allah.



p/s :
  • Alhamdulillah selesai perjuangan seminggu lepas yang penuh padat dengan jayanya. Allah mudahkan segalanya =)
  • Minggu ni dah mula study week bagi warga UiTM - 22/6-25/13 tapi sea_lavender baru nak mula semua hehe :D kerana paper  mula 30/6 ni..Doakan kejayaan sea_lavender bagi semester ni =)
  • Esok last presentation untuk semester ini Presentation Proposal bersama GroupTitanium Event. Moga Allah mudahkan segalanya.. In Shaa Allah..
  • Moga apa yang dikongsikan bermanfaat dapat memuhasabahkan diri kita ~~  Nauzubillahminzalik daripada perkara-perkara di atas ada pada diri kita.Moga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada-Nya.
  • sea_lavender akan mulakan perjuagan final exams semester ini dari 26/6-14/7/13 . mohon teman-teman doakan yag terbaik. Best of lucks bagi teman-teman yang menduduki exams juga. bagi yang dah habis exams enjoy yur holidays =)
  • ok,jom kita tunaikan solat Dhuha teman-teman  =)

Sunday 16 June 2013

Moga Allah Permudahkan

Assalamualaikum teman-teman blogger. Setelah sekian lama hampir 1 bulan lebih tak update kan entry.. Kesibukan yang amat-amat di alam degree ni.. Ni pun still curi masa sekadar kongsi dan mohon doa teman-teman ~~


Jadual sea_lavender untuk minggu kuliah terakhir ~ minggu ke-14


17/6 - Presentation PR + submit report PR + submit report staging
18/6 - Test Ethics, presentation web + submmit report 
19/6 - Test PR, Test BEL, Test ADMIN
20/6 - Test Event Concept
21/6- Presentation staging + quiz staging



Moga seminggu ni dipermudahkan segalanya dan berjalan lancar. Tingkatkan usaha, doa, dan tawakal.

" Ya Allah tiada perkara yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, Engkau berkuasa menukarkan perkara yang susah agar menjadi senang"


p/s :

  • doakan saya  untuk selesaikan minggu terakhir semester ini dengan jayanya. In Shaa Allah.
  • akan kongsikan perkongsian yang membina sebagai reward selepas minggu ini  =)
  • SELAMAT HARI BAPA bagi yang bergelar bapa terutama ayah kesayangan saya Haji Mohamad Bin Abd Rahman. Sayang ayah :)