Saturday 25 June 2011

SaBaR


Assalamualaikum dan hye~~aku nak kongsi lagi la pembacaan aku~~ hehe =D ~~ erm kalau kita sebut perkataan sabar mesti kata, orang tu kuat kan?? ok jadi di sini aku nak kongsikan pembahagian sabar dalam kehidupan kita~



SABAR dapat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :

  1. sabar dalam melakukan ketaatan kepada-Nya

~ misalnya, sikap istiqamah kita dalam melakukan sesuatu perkara kepada Allah... senang kita ambil contoh solat lima waktu la...walaupun ibadat ni adalah wajib, tetapi masih ada mereka yang meninggalkannya?? betul tak? hal ini adalah kerana mereka tidak sabar untuk terus mentaatkan diri kepada Allah...Alhamdulillah bag
i kita yang masih punyai nilai sabar ni terus kentalkanlah diri untuk sabar dalam meneruskan ketaatan kepada Allah S.W.T demi memperoleh keredhaan-Nya dunia dan akhirat..sabar ini juga dalam konsep zahir dan batin kita kepada Allah..

2. sabar dalam meninggalkan larangan-Nya

~sabar ni kita berusaha untuk menerapkan dalam diri dengan '' amar makruf nahi mungkar''
Insya-Allah apabila slogan ni kita sematkan dalam diri, kita mampu untuk sabar dalam meninggalkan larangan-Nya kepada Allah..hidup di dunia tanpa istilah ini tiada ke mana haluan hidup kita..kerana semua yang ada pada kita kini adalah kurnia daripada-Nya, Allah Yang Maha Memberi Kekayaan (Al-Mughni) lihat bertapa agungnya Allah... adakah kita mahu hidup dengan terus melakukan kemungkaran?? sudah pasti tidak.. kita sama2 berubah sedikit demi sedikit daripada tidak berubah~~


3. sabar dalam menerima ujian dan musibah daripada-Nya


~ nilai sabar ni selalu diingatkan kepada kita dalam diri..kerana apa? kerana ni adalah bukti kita meredai dengan segala apa yang dikurniakan-Nya buat kita..ingat sabar dalam diri mampu memantapkan iman kita kerana itu orang selalu kata '' sabar itu separuh daripada iman'' walaupun ianya sebahagian namun bukan semua orang mampu untuk punyai sabar nie~~jadi, marilah kita sama2 terapkan nilai s
abar dalam menempuhi onak duri dan liku2 kehidupan ..


p/s : entry ni hanya aku ingin berkongsi melalui pembacaan tentang pembahagiaan sabar...huraian dikarang m
elalui luahan hati aku sendiri..aku juga bukan mampu menguasai ketiga2 sabar ni ...namun aku akan cuba untuk kuasainya..Insya-Allah ..mari kita sama2 ~~ bukannya 1 kerugian buat kita namun 1 kebaikan besar di dunia dan akhirat untuk menjalani kehidupan =) mari kita baca doa untuk menjadi orang yang sabar (=__=)



Amin.....


4 comments:

Yildirim Fateh said...

menjadi sabar lambang kekuatan,,kdg2 tumpas jua...

sea_lavender said...

shairazi: nilai kesabaran harus dipupuk demi kekuatan diri kte serta inginkn keredhaan-Nya... jgn mudah berputus asa~~ sesungguhnya mreka mudah putus asa tergolong dalam kalangan org kafir ~~ Waallahualam..

MiYOKO SuKi said...

good info here....

sabar separuh drpd iman..tp, kadang2, kite akan rasa down jugak... :(

sea_lavender said...

miyoko: Alhamdulillah... Insya-Allah pe2 pn jua kte belajar tingktkn nilai kesabaran tu~~