Monday 21 May 2012

Naskhah Cinta Rasulullah

Assalamualaikum semua.. lama sea_lavender dah tak update entry, last pun 4 Mei 2012 yang lepas...heee maaf la kesibukan melanda diri.. ok2 kali hanya nak kongsi video yang sangat menarik ^_^ walaupun, mesti dah ramai yang telah menontonkan pada bulan Mac yang lepas.. sea_lavender baru dapat tengok.. sebak dan tersentuh sekali..erm, rasanya juga seperti pada diri sendiri..apa2 pun sekarang biarlah dikejar Cinta Allah dan Rasulullah terlebih dahulu  :) 

jom tengok just klik link nie~~ Naskhah Cinta Rasulullah 

dekat bawah ni, poster video ni daripada student IPG Perlis.. berbakat juga bakal2 cikgu nie ;)





p/s 

  • kali ni entry pendek sekadar berkongsi video "Naskhah Cinta Rasulullah"  bagi sea_lavender ianya 1 video yang mendekatkan kita kembali Cinta teragung pada Allah SWT dan Rasulullah SAW.. Insya-Allah..moga ianya bermanfaat, maaflah lambat di post baru je dapat tengok...
  • buat kamu : Alhamdulillah, kamu bahagia ;) moga Allah m'redhai perjuangan kamu akan datang.. Insya-Allah...
  • ok, hari ini 29 Jamaladilakhir 1433 (Isnin), esok 1 Rejab 1433 (selasa), sea_lavender terbaca di sebuah post seorang kawan di fb ~~ Imam Syafie : ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.. Jadi esok malam perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, kita makbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. banyakkan beristighfar,bulan Rejab dikenali juga bulan Istighfar :)
  • Alhamdulillah, sea_lavender dah tamat progrm Tunas Mekar yang join hari tu, rezeki berusaha dan macam bekerja di situ, dapat gaji heee ;) sebelum dapat elaun dari UiTM.. Alhamdulillah... nanti sea_lavender akan promote kedai bahulu yang sea_lavender macam buat praktikal tu ;)
  • okla dah nak tidur hee.. esok nak sahur hehe ^_^ selamat berpuasa sunat Isnin dan Rejab bagi selasa ni.. ;)

Friday 4 May 2012

Air MaTa YanG Tidak DiTuntuT

Assalamualaikum semua.. apa khabar? lama benar sea_lavender tak mengupdate entry.. hampir 1 bulan 8 hari...huhu lama tu.. rindu sangat2 dengan teman2 blogger~~ maaf la banyak komitmen kena laksanakan walaupun telah tamatkan pengajian diploma..27 April 2012 yang lalu sea_lavender telah dapat keputusan semester akhir dan keseleruhan sepanjang diploma.. Alhamdulillah keputusan semester ini hampir seperti semester lepas yang benar buat diri ini bersyukur di atas usaha dan iringan doa kedua ibu bapa, kakak2, teman2 dan juga teman2 blogger.. syukran jazakaallah khairan buat semua =) cuma keputusan keseluruhan yang biasa2, heee namun Alhamdulillah Dia tetap memberikan yang terbaik ^__^

sea_lavender berpegang pada ini setelah memiliki hasilnya ~~
Benarlah, man jadda wa jada. Siapa berusaha pasti berjaya. Kejayaan ini hanyalah pinjaman dari Dia Yang Esa dan semua ini milik-Nya mutlak. Aku hanya insan lemah yang hanya tunduk pada-Nya..

baiklah sea_lavender tak nak berbicara panjang lagi..hanya entry kali ini sekadar berkongsi bacaan daripada sebuah buku ''TERAPI PATAH HATI'' ~~skop kecilnya air mata yang tidak dituntut... menarikkan?? yelah kita ni selalu je menangis tapi tak sedar ianya bermakna mahupun tidak kan? jom kita renungkan bersama :

  • Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankan Allah yang telah menentukannya?
  • Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?
  • Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Allah tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
  • Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Allah. 


p/s 

~ maaf dah lama tak mengupdate..thankx bagi yang rajin menyinggah di sini~ line internet tak dapat la...  sampai blog ni tukar setting pun tak tahu bila~~ ngeee loading bila nak mengupdate hehe =D

~ buat kamu : Alhamdulillah, tahniah kamu miliki keputusan yang terbaik.. Moga Allah meredhai-Nya dengan perjalanan kehidupan yang mendatang.. iringan doa sentiasa buatmu =)

~ sea_lavender sekarang join program Mini Tunas Mekar bawah UiTM dalam tempoh sebulan bermula 16/4-16/5 ni~ sea_lavender pilih pengusaha IKS dan berkhidmat heeee =D hujung bulan dapat elaun =) student2 uitm yg berminat join la kalau ada peluang~~ menarik2x dah jadi tauke bahulu ni.. hari2 buat bahulu dan hantaran... nanti ada kesempatan sea_lavender update pasal program yang dijoin ni...

~ baru ni dah pergi book fair kat PWTC beli banyak sangat2 buku hampir RM200 lebih + hadiah befday mak sea_lavender hujung bulan ni...nti sea_lavender nak kongsikan buku2 yang dibeli..

~ 27/4-29/4 : sea_lavender join Program OPKIM (Operasi Khidmat Masyrakat) = Bakti Siswa bagi u lain la.. erm dapat ibu dan ayah angkat heee dekat Kg. Senaling N9... sangat2 baik =) hari2 kol lepas dah balik rumah.. siap cakap sea_lavender minat memasak =_= loading heeee... ibu ni hebat buat kuih2 tradisional    siap mengajar lagi tu.. orang kuat kampung dalam memasak ~~ Alhamdulillah.. pengalaman menarik =)

~ ok lah ada kesempatan sea_lavender update lagi ye teman2 selamat menjamu perkongsian ini... selepas ini sea_lavender pun tak nak lah menangis sebab di atas ~~ huhuhu... kena kuat dan yakin dengan segala pemberian Allah dan yakin Dia berikan segalanya adalah yang terbaik buat hamba-hamba-Nya...

''Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa titik-titik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT.''