Wednesday, 8 September 2010

Wanita ibarat EpaL

aku terlintas copy artikel ni, yang seakan-akan sebuah sajak... untuk berkongsi bersama buat semua Kaum Hawa di luar sana yang masih keseorangan serta kesunyian mahupun bakal bersama dengan insan mereka yang sayangi..termasuklah pada diriku sendiri pada saat ini...sebelum ni pun aku pernah dapat mms ini tetapi dah terdelete huhu...so ble dapat bait2 kata semula apa lagi cepat2 copy dan terus lah letak di blog aku..hehe... Insya-Allah anggap la kesunyian dan kesepian diri ini sekarang sudah tentu ada hikmahnya..




Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau,

kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya

dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,

sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... ('',)

No comments: