Sunday 31 January 2016

2016 - 25 Tahun

Assalamualaikum. rindunya nak mengarang dalam blog sendiri. dah berhabuk sampai! permulaan entry bagi tahun 2016. moga segalanya memberi nafas baru di tahun baru 2016!

02 Januari 2016 usia aku berganjak 25 tahun! Alhamdulillah Allah panjangkan usia dan memberi peluang untuk diri ini terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. 

Permulaan yang baik bagi tahun ini, rezeki aku diberi peluang untuk mengajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) dalam bidang yang aku telah ambil zaman pengajian Ijazah. 

Hampir sebulan aku telah memberi bakti dalam mendidik anak bangsa! Alhamdulillah, segalanya masih baik. Namun, aku masih memerlukan kekuatan Allah untuk mental dan fizikal aku. 

3 Azam dalam sasaran aku bagi tahun ini!

a) Menyambung pengajian dalam Master 
b) Memiliki kereta (beli baru atau daripada kereta kakak aku sendiri)
c) Bertunang! ( Jodoh Allah tentukan harap dimakbulkan-Nya - Dari langit!)

Perkongsian

"Jangan membebankan diri"

Anas bin Malik R.A Nabi S.A.W bersabda: "Permudahkan janganlah menyusahkan tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ya Allah engkau permudahkan segala perjalanan yang kami lalui kini dan bakal ditempuhi. Kentalkan hati kami dan tabahkan jiwa raga kami dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab kami!

Tenang dan permudahkan perkara usah bebankan diri! Pasti segalanya ada jalan terbaik Allah aturkan.Allah jadikan sesuatu bukan sia-sia, segalanya penuh hikmah. Cepat, lambat atau susah senang semua ada jalannya!Allah tidak membebani seseorang melebihi kemampuan diri kita. Allah Maha Adil dan Maha Penyayang!


*p/s pastikan diri dapat update entry blog sebulan sekali. Januari 2016 berjaya jugak satu enty! satu perkongsian, satu entry! Manfaatkan si pembaca blog aku!




Tuesday 3 February 2015

Jadi Sniper jangan jadi Machine-gun!

Assamualaikum semua! Tip hari ni jadi "sniper" jangan jadi "machine-gun"! Haaa kan dah kena setempek lagi untuk hari ini.

Sea_lavender ni kan jenis banyak sikit bercakap niat baik je pun, lepas tu tiba adalah tak kena, pastu kenalah dengan pernyataan tajuk entry ni! Haaa pengajaran kita bercakap kena bergantung pada situasi. Bukan senang2 je cakap itu, bukan tak boleh cakap langsung. Tengok keadaan dan tengok situasi kembali.

Kalau tahu definisi sniper dan machine-gun pun dah boleh faham maksudnya. Jadi pergi selongkar kamus apa yang cuba disampaikan dalam entry ni heeee :D

Bila orang yang suka bagi tips suka sangat main games tembak2 ni haaa,so bila bagi tips pun kaitan dunia games!

Hidup belajar jaga hati orang lain, pasti Allah hadirkan orang yang menjaga hati kita juga!

Monday 2 February 2015

Jadi Orang yang ada Kesedaran dan Peka

Assalamualaikum semua! haa hari ni nak kongsi tips dengan teman2 la hehe :D  Haa tajuk entry la tip hari ni!

haa bila kita mudah leka dan ambil mudah pada sesuatu perkara, jadi kita kenalah berubah menjadi seorang yang lebih ada kesedaran atas sesuatu perkara atau peka pada hal tersebut. Kan da kena setempek sekali bila buat kerja sambil lewa je kan!

bagi yang membaca entry ini, tolong2 lah berubah jadi seseorang yang memang sentiasa peka dan ada kesedaran dalam sesuatu perkara. Bak kata orang Jepun kena ada common sense kan? hehe lebih kurang lah dengan peka dan kesedaran tu. Jika kita jadi orang yang ada kesedaran atau peka lagi orang mudah dan selesa dengan kita. Kerana apa? kerana kita berusaha memahami dan ambil kisah atas hal tersebut.

ok, peringatan buat sea_lavender, mohon lebih peka dan ada kesedaran dalam apa2 perkara yang dibuat! Fokus dan fahami, jangan duk malas2 la ye~~ Haa maaflah ye orang yang bagi tips saya hanya buat dan tolong. Tak belek2 jadi begitulah~ hihi :D

Moga Allah beri rezeki kita sama-sama dalam mencari kerjaya yang diminati masing-masing! Campak ke oversea je la anda tu! :p

Sunday 1 February 2015

5 tahun!

Assalamualaikum semua! Hari ni tak share tip ape2 heee . Cuma nak kongsikan yang usia blog sea_lavender hari ni cukup 5 tahun! Wow! Kejap betul masa berlalu, ingat lagi zaman buat blog ni waktu semester 2 diploma tak silap. Hari ni, sea_lavender da tamat pengajian diploma dan sekaligus ijazah. Alhamdulillah, Allah mudahkan semua. Doakan sea_lavender mudah dapat kerja! Plan sambung master tergendala, bila orang2 hebat dan berpengalaman kata sekarang biar cari pengalaman dulu, lepas tu nak sambung master ke ape tak pe, nanti tinggi tahap pendidikan lagi susah cari kerja. Sea_lavender percaya dan yakin rezeki kuasa Allah, ape2 pun usaha semau yang boleh! 

Keputusan CGPA degree akan keluar bulan 2 ni, jadi jika semua ok, konvo degree In Shaa Allah bulan 5 tahun ni. Sekali lagi berkonvo di DATC, UiTM Shah Alam! 

Moga blog ni masih memberi manfaat kepada si pembaca2! Moga Allah terus memberi ilham dan idea pada sea_lavender untuk terus berkongsi bersama! Moga tukang bagi tips terus berkongsi sepanjang kita kenal! Menanti dan terus menanti.  

Saturday 31 January 2015

Kuat Bebel VS Kuat Nasihat

Assalamualaikum teman2! Sihat semua? macamlah yang ada baca entry sea_lavender ni kan?? hehe takpelah menulis di blog ni satu kepuasan buat diri ini! Wah pejam celik, dah hari terakhir di bulan Januari 2015. Wow! Cepatnya masa berlalu. Sea_lavender pun dah cukup sebulan selesai dengan viva degree. Tengah2 cari kerja ni, tertekan jugaklah la parents dah mula bising2 tak keje lagi. Doakan sea_lavender ye teman2!

ok, tip hari ini nak kongsikan jenis teman yang kuat bebel VS kuat nasihat! sea_lavender jenis dua2 kot hihi! tapi semalam ada orang tu cakap sea_lavender kuat bebel! ok, fine la. terserah pada individulah nak menilai macam  mana. katanya takut tak tahan sea_lavender bebel, alahai bebel kita pun bersebab, bukannya suka2.

sea_lavender ada terbaca ni kat satu keping gambar! so sweet pic tu, nanti korang google carilah ye~

"Lelaki kena tahu, perempuan tak kan pernah berhenti dari mengingati pasangannya tentang kebaikan, jadi janganlah berhenti mendengar!"

sea_lavender setuju sangat2 kot, kalau bukan teman istimewa pun, kita akan bebelkan teman2 kita kerana kita sayang kan dieorg! berbalik tajuk entry kuat bebel vs kuat nasihat, bagi sea_lavender lebih baik ada dua2 karakter ni, kerana orang yang kuat bebel ni dia jenis ambik kisah demi kebaikan dan berulang-ulang pada point nak dibebelkan. Kalau kuat nasihat sahaja tapi tak berulang dan keje nasihat je. Belum tentu akan didengarkan? lagi sea_lavender rasa orang kuat bebel ni satu karakter yang menarik ape hihi! kerana dia rasa, dia sayang akan orang sekeliling tu sanagt2 yang die jadi kuat bebel! apa2 pun jadilah diri sendiri, kuat bebel ke kuat nasihat ke yang penting bahagia hidup! bila sea_lavender tanya apa bukti sea_lavender kuat bebel? jawabnya bukti orang kuat bebel, tak mengaku dia kuat bebel! Hihi luculah, ye memang sea_lavender kuat bebel pun :p
Walaupun katanya tip :lelaki tak suka kuat bebel, kuat nasihat takpe! Ops sea_levender dua2! 

ok tutup entry, siap2 kan nak ke kenduri kahwin! ambik berkat hehe :D Kawan2 sea_lavender da kahwinlah, ada rezeki nak kahwin jugak lah heee :D Orang bagi tiplah jadi calon kan senang. Teman2 doakan sea_lavender dapat kerja masa terdekat ini, bagi parents reda la sikit bebelan tu heee :D

Friday 30 January 2015

KahwiN

Assalamualaikum semua! haaa tajuk entry tak tahan kan? ni tip hari  ni dapat! setempik kena. tu la perempuan kan suka sangat mengadu2 semua kan. senang je jawapan. haa bila sebut kahwin ni bukan mudah yang kita sangkakan!

Kahwin ungkapkan yang mudah! tetapi ianya perlu kekuatan luar dan dalam. Persediaan itu perlu sentiasa ada dari masa ke masa. Siapa tak nak kahwin? kalau dah bersedia luar dan dalam sekarang jugak sea_lavender nak kahwin! Namun, banyak lagi matlamat yang ingin dicapai, berbakti mak ayah dulu. lagi-lagi sea_lavender anak dara kan~~~ apa-apa pun teman2 janggap anggap kahwin adalah penyelesaian segalanya! 

Ambik masa pada diri, cari ruang. Fikirkan jalan penyelesaian! Mohon pada Allah agar diberi petunjuk. Jangan mudah putus asa, barangsiapa putus asa, kita tergolong dalam orang kafir! Nauzubillahminzalik. Sea_lavender pernah terbaca kata-kata ini :



KAHWIN bukan setakat penutup cerita, tetapi penuh dengan tanggungjawab, jalannya baru sahaja bermula, hanya yang tahu makna sahaja, bakal mengemudi dengan jayanya. Jangan dimula dengan murka ibu bapa dan yang penting DIA. Bermulalah dengan baik, moga akhirnya baik, kerana barakah itu baik.

Moga bermanfaat! terima kasih orang nak kongsi tip! akan terus dan terus menuntut tip. walaupun hanya dikongsikan tip dengan 1  perkataan ni sahaja, sea_lavender dah boleh rungkai semua.  Buka mata hati ^_^ mencabar nak dapat2 kan tip!

Thursday 29 January 2015

EGO

Assalamualaikum semua! Alhamdulillah hari ni, online terdetik sea_lavender nak berkongsi sikitla ada orang kongsikan semalam, bila duk berceritalah hal-hal orang pertikaikan tanggjawab anggota polis~

Boleh plak jadikan satu tip!
So, akan tuntut 1 hari 1 tip la macam ni.
Ape2 pun sea_lavender anggap ini seperti pernyataan bermakna dan muhasabah diri kita bersama!

"Hidup jangan ego, letak diri kita di tempat orang yang kita katakan itu!
Barulah kita tahu  dan merasa sendiri apa yang mereka rasakan"


entry bagi tahun 2015 ni tak perlu panjang2, ringkas dan bermakna! Alhamdulillah sea_lavender baru selesai viva bagi degree dalam 2 minggu lepas. Result 13 Februari 2015 dah keluar, doa2kan moga semua yang baik2 dan selesailah perjuangan menghabiskan ijazah selama 2 tahun setengah akhirnya. Sekarang misi mencari kerja!Siapa2 nak share kerja kosong, boleh lah emelkan pada sea_lavender heeee :D  one_nie0201@yahoo.com.