Tuesday 20 November 2012

Cinta dan Kasih Sayang Itu Indah



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah diberi peluang meneruskan hidup sehingga ke hari ini. Kali ini sea_lavender tak mahu berceloteh panjang sekadar kongsikan kata-kata yang indah dan menarik hati ini :)



Subhanaallah.. cinta dan kasih sayang Allah seumpama lautan yang terbentang luas.
Jadi mengapa kita masih menagih cinta dan kasih sayang manusia yang belum pasti bersama kita kelak??
renungan buat diri .. 


melihat dengan mata hati :')
itu yang terbaik dalam menyakin kan diri terhadap segala kurniaan Allah..
Allah sentiasa ada bersama.. :')

p/s :

  • sempat update entry walaupun kesibukan melanda diri dan dalam tertekan heee.. satu kepuasan bila dapat berkongsi.ni pun dalam bilik IT kat fakulti sambil buat2 assgments ;)
  • "Ya Allah mohon agar dipermudahkan segala urusan dalam minggu ni yang terlalu banyak dengan komitmen persatuan dan fakulti. Assignments individu dan berkumpulan, kuiz dan ujian bertubi-tubi.. Amin Ya Rabb" segalanya amanah dan tanggungjawab yang digalas.
  • kamu~ 5 Muharram 1434 Hijrah menceriakan diri ini kembali kerana kita seperti biasa kembali. Alhamdulillah. :) moga berjaya dengan apa sedang dijalankan. sentiasa mendoakan sebagai seorang teman.





Thursday 8 November 2012

Istikharah Cinta The Movie

Assalamualaikum semua dan selamat pagi. Alhamdulillah Allah berikan peluang pada diri ini untuk bernafas meneruskan saki baki kehidupan yang tidak tahu bila ianya berakhir. Alhamdulillah peluang mencuri masa berkongsi dengan teman2 blogger sebuah filem pendek yang sea_lavender jumpa dalam You Tube baru-baru ni. Jujur pertama kali tengok memang sedih dan menangis :'(  huhu maybe kerana terjadi pada diri sea_lavender kot hee ;D Jom kita tengok dan kasi komen yang membina ;)



video ni daripada rakaman student maktab perguruan ~
terbaik la mereka ni ;)
pendekatan dakwah kepada remaja pada masa kini melalui filem pendek :)
sea_lavender bagi 9.5 /10 buat mereka hee ;D  daripada 10/10 sempurna tak boleh juga.. 
masih boleh dperbaiki :)

kongsikan juga lagu pernah ada dalam blog sea_lavender dan kesukaan juga~~
kena juga dengan entry ni ;p

ISTIKHRAH CINTA- stigma ~


Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa...

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..





p/s

  • akhirnya sea_lavender kembali sibuk dalam dunia belajar dan komitmen di kampus..setelah cuti mid sem.. serius kadangkala rasa jatuh sangat kerana letih dengan komitmen, namun kerana mendekatkan diri kepada-Nya sumber kekuatan hadir.. Alhamdulillah.. doakan sea_lavender moga segalanya ikhlas kerana Allah dan sentiasa dirahmati-Nya.. :)
  • kamu~ Alhamdulillah semakin berkembang dalam dunia dakwah melalui penulisan novel e-book. Teruskan perjuangan, sebagai seorang teman sentiasa mendoakan yang terbaik, Allah sentiasa bersama kamu. Yakinlah :)
  • sea_lavender pegang pada kata2 yang terlintas ini
" Apa yang kita mahukan belum tentu kita akan dapat, namun apa yang kita perlu telah pun sedia ada. Bersyukurlah atas segala nikmat Allah.. Allah Maha Pemberi :') Alhamdulillah "