Saturday 25 June 2011

tidur selepas subuh


Gambar kena mengena dengan tajuk entry aku k~~
Assalamualaikum semua... munink2 =) ... ok, pagi aku ni aku sekadar ingin berkongsi kepada semua blogger pembacaan aku pada sebuah majalah iaitu ''solusi''~~ sye ske membacanya...tapi jarang membelinya..huhu selalu je dah kehabisan stok...jarang langgan2 majalah nie~~hehe =D
Ok, jom kte basuh minda kte pagi nie perkongsian tentang isu ''tidur lepas subuh'' ~~ yela macam2 versi kte dgr kan...ini hanya ringkasan dan kefahaman daripada pembacaan insan bernama Syazwani Mohamad..sekiranya ada kekurangan ataupun sila tegur2 dan rujuk kepada insan2 lebih mendalami ilmu agama~~

sebenarnya tak ada dalil pun yang melarang untuk tidur selepas subuh nie.. cuma ianya adalah perkara mubah iaitu harus dan tidak berdosa jika tidur selepas solat subuh ~~ so, faham2 la ye makna tak de masalah pun kita tidur lepas subuh.... erm ...tapi aku sendiri tak suka tengok dan tahu ade orang tidur lepas subuh ni (namun kadangkala diri ni jugak terlantar tidur selepas subuh huhu) ~~jadi aku cuba memuhasabahkan diri untuk elak tidur selepas subuh.... Alhamdulillah.. di kampus aku hampir berjaya namun apabila terlalu letih kerana statyup di malam terbokang tidur jugak la~~kat rumah jadi lain entah nape la semangat tidur selepas subuh membuak2...walaupun ayah aku akan bising 1 rumah bila anak2 dara dia tidur selepas subuh ni hehe =D Jom kita selami keburukan2 tidur selepas subuh ni


  • orang yang tidur selepas subuh dipayahkan rezeki untuknya (Ibn Abbas r.a)
  • peluang yang menghalang rezeki tidur pada waktu pagi (Ibn Qayyum)
  • menyebabkan pelbagai penyakit ( melemahkan syahwat)
  • banyak tidur juga akan merosakkan hati : tidur pada waktu yang merosakkan seperti subuh dan asar
  • tidur yang dicela dalam budaya Arab yang dipanggil 'Khurq'
ingatlah kepada kita semua bahawa waktu pagi ni adalah waktu menuai pahala yang melimpah ruah kepada Allah S.W.T

p/s : sekadar berkongsi daripada sudut pembacaan aku~~ sebarang komen dialu2kan...
~ayuh kita sama2 untuk elak tidur selepas waktu2 yang boleh merosakkan hati ini..
Insya-Allah hidup dirahmati-Nya... dan dimurahkan rezeki.. (^_^)

No comments: