Friday 18 March 2011

KuRaNgKaN TeKaNan PeRaSaaN

munink semua..ok2 pagi ni sahaja nak berkongsi tajuk yang aku postkan kali ni..haa..siapa dkt cni tiada perasaan dekat cni??semua orang sudag pasti ada kan?? so, pagi ni aku bukan la de masalah nak buat luahan perasaan cuma sekadar nak kongsi apa yang aku baca daripada sebuah buku motivasi.. bagus je jika kita semua dapat manfaatkan bersama...Insya-Allah...tips2 macam mana nak kurangkan tekanan perasaan~lumrah manusia tertekan dengan perasaan dalam diri..

apabila kita tertekan begini la riak wajah kita~~btul tak??

jadi jom kita sma2 ikuti tips kurangkan tekanan perasaan~~
  • laksanakan sembahyang wajib dan sunat

amalkan ibadat seikhlas mungkin..serta tingkatkannya..
kekuatan yang meredakan tekanan perasaan~

dalam soal ni tak perlu la aku huraikan secara panjang lagi ..sudah pasti semua orang mengertikan bagaimana~~ setelah kewajipan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W serta mengabdikan diri pada Allah S.W.T..Kita tambahkan la lagi sembahyang2 sunat untuk mengurangkan tekanan perasaan yang tertanggung..bukan bermakna apabila bermasalah sahaja tunaikan...namun jadikanlah ianya menjadi amalan...Insya-Allah ianya akan berkurangan...
  • masa aktif
berbicara tentang masa aktif bermaksud kita melaksanakan perkara2 kesukaan kita yang dapat meredakan tekanan perasaan kita...secara tidak langsung minda kita sentiasa dalam berada di tahap positif dan merasai nikmat bahagia yang penuh harum dan indah itu (tett dah ala promote tajuk blog sendiri plak hehe =D)
  • mengamalkan bacaan Al-Quran
Alhamdulillah jika tip ni menjadi amalan kita semua..sudah pasti diri kita sentiasa dalam ketenangan dan dalam keberkatan dari-Nya sepanjang waktu...
  • meluahkan perasaan
apabila kita merasakan diri tertekan salah satu langkah bagi kurangkan tekanan tersebut dengan meluahkan perasaan terhadap teman2 yang memahami kita...sudah pasti kita akan berasa puas setelah semua diluahkan tanpa kita pendamkan dalam diri...
  • mengalirkan tekanan kepada aktiviti positif dan memberi semangat pada diri
Ok dalam soal ni kita perlulah sentiasa berfikiran positif walaupun tika itu ketika berasa terlalu down or tak bersemangat..minda kena sentiasa di puncak positif k~~ scara tidak langsung kita akan lebih bersemangat dalam melaksanakan apa jua perkara ketika itu...
  • menjaga waktu tidur
tip ni aku merasakan amat penting~krana apa??krana aku suka tidur hehe (kantoi di stu) ... hanya yang mengenali ku thu la sape aku ni kan hehe =D~ Ok2 berbalik dgn tip menjaga waktu tidur iaitu yang bermaksud kita haruslah rehat secukupnya jadi waktu tidur sudah pasti lebih sistematik k~ jangan la fikir nak stdy3 tpi dalam keadaan tertekan ...no point la stdy kita tu kn3x?? jadi biarlah masa keletihan kita manfaatkan dengan menjaga waktu tidur dan rehat kita..dapat la kurangkan tekanan perasaan kita tu~~
  • lakukan teknik pernafasan yang betul
haaa.. ni tip terakhir...kalau yang ni semua msti fahamkan macam mana nak lakukan kn??hehe sebenar aku pun tak de la thu sgt pn..just salu aku amalkn teknik bernafas dengan 3 cara ni :
  1. tarik nafas dalam2~~
  2. kemudian hembuskan perlahan2...
  3. and the last say Alhamdulillah... aku diberikan kesempatan untuk hidup.. Ya Allah, lapangkan dadaku dan berikan ketenangan kepada hamba-Mu ini...
haa..Insya-Allah lepas tu rasa tenang sekali cuba buat ok (^_^)

p/s : ske nak kongsi2 apa yg aku telah baca..dan aku juga telah melaksanakan sebahagiaan tips2 ni..Alhamdulillah..ianya memang membuahkan hasil~ jom kita amalkan bersama untuk kecapi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat..pesanan ikhlas dr aku yang kerdil di-sisi-Nya : lakukan apa jua perkara niat ikhlas kerana Allah S.W.T ..Insya-Allah diri akan dberkati-Nya... ketenangan menghampiri dan kurang la tekanan perasaan~~




perasaan yang kita inginkan dalam kehidupan iaitu : kebahagiaan ~


Wednesday 16 March 2011

PeTuA MeMiKat HaTi RaKan SeBaYa

Assalamualaikum semua..ok2 perkongsian aku malam nie berkenaan macam mana la kita ni nak memikat hati rakan sebaya kita..yela kita nie kalau dah sama umur kadangkala tak sedar pernah wat kawan2 kita terasa so sekarang aku nak kongsikan petua2 yang dapat kita ambil bagi ikatan ukhuwah terjalin berpanjangan kerana Dia Yang Esa...Insya-Allah...

  • timbulkan rasa minat dalam diri kita bagi mengetahui cerita dan kisah kawan-kawan kita...
ok kalau dalam soal ni, kita bagi la kefokusan kepada kawan2 kita yg sedang bercerita..lagi2 yg penuh semangat macam aku nie..serius kalau aku, memang terasa abis la kalau aku punya b'semangat tapi kwn2 tak buat tak tahu..semua orang ada perasaan jadi kalau kawan merajuk sebab kita fikirlah sendiri


  • kita perlu menghargai apa-apa sahaja pertolongan atau pemberian kawan2 kita
erm..petua ni menyuruh kita agar sentiasa menghargai segala bantuan kawan2 kita sepanjang perkenalan...biarlah perkenalan itu sebuah perkenalan yang ikhlas tanpa paksaan..jadi kita akan sentiasa rasa ianya bernilai dan menghargai kawan2 sepanjang masa

  • Senyum (^_^)
wah petua ni je pun dah boleh pikat hati kwn kita yang baru gaduh ke ataupun yang sebelum ni kita selalu bermasalah dengan dia...senyuman terukir mencipta kebahagiaan itu sendiri.. jadi perkenalan itu makin indah ...kerana kita sentiasa merasakan kebahagiaan dalam diri bersama..

  • bercakap hanya perkara baik mengenai kawan kita
jadi apabila macam tu ckup2 la kalau kita selama ni mengata kawan2 or mengumpat... belajar la sentiasa bercerita tentang yang baik sahaja..Insya-Allah diri pun bahagia~

  • sebut nama mereka dengan baik
bagi petua ni aku rasa memang lah amat wajar kerana kalau aku sendiri tak selesa dan gemar mereka panggilan diri aku yang membuatkan aku tidak selesa..jadi sebut dan panggilah panggilan kawan2 buat mereka selesa...

  • sokong cita-cita kawan
haa..ni la 1 perkara aku suka kerana apa??kerana kita ni hidup biarlah berjemaah jadi perlu la saling menyokong antara 1 sama lain..jadi menyokong la teman sebaya kita yang punya cita2 yang tinggi...jika yang tiada kita bagi la pandangan~~ok?

  • elakkan diri daripada menjadi seorang yang terlalu sensitif dan mudah kecil hati
petua terakhir ni amat la sesuai untuk diri aku ni..huhu entah la aku ni memang seseorang yang sgt sensitif..so aku mengambil masa utk berubah ...harap maklum~~

p/s

perkongsian menarik bagi aku~hidup ni kadangkala kita tidak sedar akan perilaku yang membuatkan orang tidak selesa serta kita sendiri membuatkan orang tersinggung..jadi sama2 berusaha memperbaiki diri..dan terus merapatkan ukhuwah tercipta ikhlas kerana Allah...




Saturday 12 March 2011

KeAyuAn WaNiTa TeRsErLaH



Ok2 post kali ni sekadar perkongsian bagi kaum WANITA~ tips2 yang mungkin dapat diambil bagi meningkatkan keayuan anda semua..Insya-Allah...
  • Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Dalam Islam pun tidak benarkan kita berhias over2 k...
  • Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. (kalau tidur lewat stdy dan lakukan perkara bermanfaat tak pe la k..tapi belajar merancang dalam lakukan apa jua)
  • Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. (kalau cam aku ni orang tak suka la cakap kuat ckit, so aku kenalah berubah2x)
  • Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.(aku salu amalkan, jadi diri sentiasa rasa bahagia, kerana kata maaf mmg sukar sebenar orang nak kuarkan)
  • Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
  • Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulamyang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
  • Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.
  • Jangan banyak berangan.nanti angan2 sahaja namun tiada tindak-tanduknya..
  • Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. Namun bertudung lebih terserlah keayuaanya...rambut hanya buat insan yang akan bersama kita dunia dan akhirat..sudah tentu suami...
  • Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak.(jalan kena nampak berketerampilan k dan berkeyakinan ~)
  • Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
  • Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silapanggung. Jangan mengangkang.
  • Tangan jangan terlalu digerakkan apabila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. tapi tak perlu lakukan kerana terpaksa, tidak terserlah keayuan tu nanti~
  • Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.nanti orang kata kita ni tak betul plak kan~~
p/s : sekadar perkongsian aku tingkatkan keayuan buat kaum Wanita hehe.. =D termasuklah aku kui3x..ok la yang mana ambik la, yang tidak jadikan sempadan..


Friday 11 March 2011

KeGaGaLan

Assalamualaikum semua...post aku kali sekadar luahan rasa tentang kegagalan..apabila kita berbicara tentang gagal, adakah ianya bermakna kita akan terus merancang untuk gagal???tidak akan maju ??? tidak mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik??? persoalan nilah yang sering bermain di minda aku apabila aku bertemu dengan kegagalan...huhu...tak tahu la nak berbicara bagaimana....hari ini berlaku kegagalan pada aku setelah memperoleh keputusan bagi test law aku baru2 ni..agak mengecewakan..aku turut berasa down..Namun, Alhamdulillah aku amat bersukur sekali apabila dikurniakan dengan ahli keluarga dan teman2 yang benar memahami serta memberi sokongan buat aku untuk meningkatkan lagi motivasi aku saat ini... aku juga kuat dan mampu berdiri kembali apabila aku membaca sebuah buku yang baru sahaja aku pinjam daripada perpustakaan di kampus aku.. buku motivasi tu ~Menuju Puncak Kecemerlangan: Tip-tip Sukses Dari A ke Z... Aku baru sahaja baca 2 bab tapi dah mula jatuh dengan buku ini..dan nak khatam kan bagi aku lebih bersemangat dan terus memotivasikan diri aku ini... antara petikan kata2 yang memberi semangat pada aku adalah

  • kecemerlangan bermula daripada azam yang kental. Asalkan kita berazam mahukan sesuatu perkara, apa jua cabaran dapat kita tempuhi.Gunung rela didaki, lembah sanggup dituruni, lautan sanggup diharungi.Soalnya sejauh manakah azam kita hendak berjaya?
  • ingatlah pada setiap saat yang berlalu,minit yang berlepas,jam yang berdetik dan hari yang menyinggahikita dari masa ke masa,tanamkan tekad,bulatkan azam dan kukuhkan cita-cita ; aku ingin meraihkan kejayaan ,aku ingin meraih kecemerlangan,aku ingin mencapai cita-cita walau apapun rintangan. Insya-Allah kita boleh meraih kejayaan
inilah sebahagian kata2 yang memberi aku semangat..Alhamdulillah dan sekali lagi aku amat bersyukur kerana punyai insan2 yang memahami dan memberi kekuatan ...terima kasih semua...bagi mereka yang down seperti aku...cuba renungkan kata2 ni dan show out.. try yur best...thatz also 4 myself..Insya-Allah...



Thursday 10 March 2011

MaJLis PenYeRaHan TuGaS MPP

Selamat pagi semua..post kali ni hanya sekadar gambar meceritakan sepanjang Majlis Penyerahan Tugas MPP Sesi 2010/2011 kepada MPP Sesi 2011/2012.. jom layan bersama...




ni pic ketika aku dah pun pulang dari majlis~


cenderahati buat kami semua setelah bekerja keras dalam
membantu pentadbiran HEA dan HEP di UITM N9
(sje kasi post tu haha =D) tpi sijil aku masih tak dapat de masalah...
orang baru la katekan~~



ni sekuntum mawar merah jambu yang segar~~
i like it..until this munink pun masih segar hehe =D
btw, if ade bf i tak nk mawar ye..nak sea-lavender je kui3x



erm...tett aku dengan sape ni???sape lagi la kan aku pnye ketua la~~
Saudara Mohamad Azam Akmal ~ mantan YDP MPP 2010/2011 UITM N9
&
Saudara Sulaiman~mantan NYDP MPP 2010/2011 UITM N9



dengan sape pulak la kan nie~~hehe =D
ni adalah penasihat MPP sir jamil namanya...
btw lec masih baru lagi ..so aku kenal bese2 je~~
erm..tapi pernah je minta maaf pd beliau krna apa?
rahsia hatiku~kui3



ok yg si comey kurus ni la partner exco aku~
susah kte bersama ye syg ~
haha =P
Miss u miss siti nur badriah .. thnkx a lot n sory everything



ok2..dah mcm artis plak~~
hmm..ni adalah Fathine Najiha~
gamaknya sweet die ble mkan kui2x
sampai kena muka sekali td...
just lawak jiha~



ni miss nurfarahwahida~~
insan yang menjaga blok seri menanti 4
sejak aku tinggal di UITM N9 ni
kwn2 aku salu kate karakter kteorg sme...
i like~ coz mmg pn...
everything perubahan sikap bergantung kpd keadaan~



apabila kami semua bersatu delegasi mantan MPP Sesi 2010/2011
bersama delegasi MPP Sesi 2011/2012


ini ialah Puan Dalila Daud~
orang kuat HEP UITM N9...
berbangga habis dapat gambar bersama...
ermm Puan ni mmg sporting n alwayz be supporting us...
i'm proud to be lady gud leader like u madam =)


haaa ni 3 dara pinggiran kui2x~
lawak je k cheten,sya n jannah...
merangkap mereka dah jd warga NR kan...
i will miss u all..thnkx n sory everything



miera,jieha dan nadia syazana...
dh ala artis pose2 ye~~hehe...

p/s :
  • perkongsian majlis yang aku hadiri semalam petang.. hi tea bersama mantan MPP serta degelasi MPP baru~
  • maaf kepada faizura kerana maklumat yang tidak kesampaian pada saudari..
  • sedih apabila selepas ni msg2 akan menguruskan hal sendiri..namun segala kenangan dalam hati ku hehe~
  • terima kasih dan maaf segala kepada semua..
  • moge kehadiran MPP baru dapat memimpin dengan lebih baik..Insya-Allah...
  • maaf sesiapa jika saya tidak berbicara tentang anda..pe2 pn sye syg kamoo semua (^_^)

Wednesday 9 March 2011

6 PeRkaRa Yang DiHaRuskan MenGumPat

Selamat pagi semua..ok ..pagi ni aku saje nk kongsi satu info iaitu yang aku dengar di corong radio Ikim f.m semalam...rase aku mcm perlu je kte berkongsi...tapi aku pesan awal2 ok...bukan aku menggalakkan perbuatan ni ok!!! ok berbalik dgn tajuk aku post kali ni... mari kte renungannya...selamat beramal ~~

ingatlah setiap kali kita melakukan perkara yang mungkar tehadap Allah.. ada sahaja makhluk yang akan menggalakkan kita~~ syaitan durjana!!!

  • mengumpat apabila perkara untuk berbentuk kezaliman pada diri kita
misalnya, apabila ada orang melakukan kezaliman kepada kita, tidak kira lah aspek mental dan fizikal ke, kita boleh bercerita pada orang lain. Dengan ini dapat dijadikan tauldan kepada orang lain agar tidak melakukan kezaliman seperti orang yang kita katakan itu... ok ade fham?? hehe...so, mengumpat scra berhikmah k, pasal kezaliman orang tu je k..bukan pasal diri orang yang kenakan kita...lebih2 kalau hal ni naik mahkamah...jadi boleh la cerita pada si hakim... jangan lebih2 sudah...

  • mengumpat ketika sedang bermesyuarat
haa...soal ni jangan plak kata aku ni galakkan semua orang mengumpat waktu sedang bermesyuarat ok!! sebenarnya, macam ni boleh berlaku perbuatan mengumpat ini dengan tujuan kita sedang membangkitkan isu ataupun tentang seseorang dengan tujuan untuk memperbaiki kesalahan orang tersebut mahupun masalah yang dihadapi organisasi tersebut...
harap maklum..jadi gerak kerja kita biarlah mendatangkan kebaikan bersama... termasuk juga dalam institusi kekeluargaan...

  • mengumpat ketika meminta fatwa daripada mufti
misalnya apabila kita ada masalah dan pergi ke pejabat Agama untuk selesaikan masalah kita.. jadi, dalam soal ini kita boleh mengumpat tentang apa yang perlu diungkit dan dibangkitkan pada mufti berkenaan...dedahkan la apa yang perlu sahaja k..jangan plak dengan niat nak mengaibkan orang lain..Allah amat mungkar dengan hamba-Nya mengaibkan orang lain..

  • mengumpat ketika memberi amaran
ok bagi point ni plak, kita diharuskan mengumpat dengan niat agar apa yang cuba disampaikan adalah supaya orang disekeliling tidak tertipu mahupun terpedaya dengan orang tersebut... jadi, dah memang wajar kita perlu bercerita tentang orang yang suka memperkenakan orang lain...

  • mengumpat dengan panggilan mashyur
apa yang dimaksudkan ini?? mcm ni kalau kita memanggil2 si polan dengan apa gelaran sekalipun...sebenarnya akan dikira mengumpat.. jadi apabila ingin bercerita tentang seseorang itu, haruslah orang yang hendak diceritakan memang tidak kisah dengan panggilan yang sentiasa dimain2kan oleh orang disekelilingnya...
  • mengumpat kesalahan orang yang tidak malu dengan kefasikannya
berbicara tentang last point kali ni, aku merasakan orang yang membaca sudah pasti faham...
kan2??? yela, maksud senang sangat, ini bermakna kita diharuskan mengumpat bagi mereka yang tidak malu dengan kefasikan dirinya sendiri.. misalnya, orang tu sudah tahu perbuatan dia akan memalukan tetapi dia masih hendak lakukannya.. so,diharuskan bercerita tentangnya dengan niat kita tidak melakukan perkara yang membawa malu pada diri kita sendiri...



mengumpat apabila 6 perkara di atas sahaja k!!


p/s
  • ok post aku kali ni adalah sekadar perkongsian yang mana aku hanya sekadar mendengar di radio smlm..jadi banyak yang telah diadaptasikan dalam versi aku sendiri bukan ustaz yang menyampaikan itu k..
  • hmm lagi satu aku merasakan topik ni menarik...bukan niat aku untuk menggalakkan lagi perbuatan yang mmg tidak disukai dan dimurkai Allah ini...
  • bagi menentukan yang mana benar dan wajar tindakan yang perlu kita..
  • erm, merasakan setiap perkara yang ingin kita lakukan seharusnya dengan niat yang suci dan murni..
  • pengajaran bagi aku setelah mendengar segmen ini d ikim f.m aku membuka mata bahawa rupa2nya ada perkara yang diharuskan kita untuk mengumpat sebenarnya...bermakna bukan semua perkara yang kita bicarakan adalah umpatan~~(betul ke frasa aku gunakan ni ek) huhuhu
  • mohon maaf jika perkongsian ni tidak disukai mahupun tersalah kata... aku hanya insan lemah sekadar menyusun bicara melalui pendengaran aku melalui radio...
  • Insya-Allah sama2 lah kita tingkatkan kemajuan diri..kurangkan kontroversi...
  • Ingat lah setiap kali ingin berbicara tentang apa hal sekalipun fikir kan niat dan tujuan kita..
  • biarlah segalanya dengan niat yang baik menjadi lebih baik dan memperbaiki kelemahan..walaupun kesempurnaan itu mustahil buat diri kita yang kerdil di sisi-Nya...
  • Wallahu'alam...




Tuesday 8 March 2011

7 TipS tANGani 'secret admire'



ok2 pagi2 ni saja nak karangkan perkongsian yang menarik berdasarkan tajuk di atas hehe...eh2 bukan sye yang ade secret admire ok~ sye hanya sekadar membaca.. dan rase cm menarik je... hmmm sebenar nak kongsikan 7 tips untuk tangani 'secret admire' ni... ok2 jom kita layan..


1.Jangan terpedaya


ok dalam soal ni kamu jangan la mudah terpedaya dengan sikap ramahnya di dalam telefon.. hmm..mereka ni kadangkala 'over dan di luar batas pemikiran. kita boleh menjadi pendengar yang setia tetapi bukan untuk mempercayainya bulat2 apa yang diungkapkan...(bagi aku sendiri biarlah jujur je apabila nak bercerita tu janji ikhlas kedua2nya..


2. Siasat dalam diam


jika kamu mengesyaki ada yang menjejak diri kamu, kamu pun siasatlah terlebih dahulu. tetatpi jangan terlalu menunjukkan yang kamu sedang menyiasat. bertindaklah secara bijak dan teratur. Contohnya, kamu mungkin boleh mengenal pasti seseorang itu darripada tulisannya ataupun ikuti perkembangan secret admire kamu itu. jangan plak sampai tersalah orang akibatnya malu sendiri la..hehe

3. Jangan terlalu ghairah

ini adalah kali pertama kali kamu mempunyai 'secret admire'. walaupun kamu begitu gembira kerana ada insan yang meminati kamu, namun kamu jangan terlalu ghairah. kawal perasaan dan emosi kerana mungkin secret admire kamu tidak sehebat yang disangkakan. kalau tidak, masakan dia menyembunyikan dirinya.


4. Elak daripada menghebahkannya


biarpun kamu terlalu mahu tahu siapa 'secret admire' itu, janganlah terlalu menghebahkan ke seleruh dunia. Paling penting, elak daripada membangga2kan diri sendiri sehingga ramai yang meluat melihat tingkah laku kamu. berhati2 lah, ini mungkin juga akan memalukan kamu andainya ia hanyalah satu permainan untuk mengenakan kamu

5. Jangan terlalu fikirkan

anggap situasi ini sering berlaku pada semua orang. Jangan kamu terlalu memikirkannya sehingga tugas2 harian macam orang gila bayang. Selagi dia tidak muncul, anggap sahaja tidak akan ada apa2 pun yang berlaku.



6. Kata-kata melalui surat


isi surat yang berjela-jela biasanya lebih kepada rekaan. so, hati2 ye.. ayat yang tersusun dalam SMS pula mungkin juga sudah dirancang. jangan mudah terpedaya dengan mereka yang hipokrit

7. Dapatkan pandangan daripada teman


kamu mungkin boleh berkongsi dengan teman rapat kamu akan tentang perkara ini. tanyakan lah pendapat daripadanya. mungkin dia boleh memberikan idea, apa yang harus kamu lakukan. mungkin juga dia boleh mengagak siapa 'secret admire' kamu tu hehe...



wah...dah macam surat cinta nie, kalau aku dapat malunya (dalam hati dah de taman bunga sbenarnya tu)
hehehe =D



p/s post kali ni saja2..aku rasakan ianya menarik..lagipun mungkin boleh jadi tips buat yg sedang admire2 ni kan...btw bukan sye k sdg 'admire2' ni ~




Sunday 6 March 2011

10 TiPs TinGkAtkAN NiLai BerBudi BaHaSa

Munink semua...haa..pagi ni aku saje nak share ape yg aku terbaca dalam majalah kesukaan aku hehehe...yang aku rasekan boleh dijadikan panduan hidup.. dalam menjadi insan berbudi bahasa dan orang akan lebih suka =)

antara tip menjadi insan yang lebih berbudi bahasa :

  • Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab
ok2 dalam soal ni aku rase korang pun faham kan mcm mane kan tindakan yang perlu kita ambik.. walaupun korang tak kenal orang tu, tolong la gunakan lah bahasa yang bersopan dan berhemah lebih2 apabila berkomunikasi.. tak perlu la nak kurang ajar semua ni bukan mendatangkan manfaat pun...buktikan rakyat Malaysia penuh dgn sopan santun k (eh2 tibe2 plak semangat patriotisme plak aku pagi2 nie hehe =D)

  • Banyakkan membaca buku2 tentang akhlak dan motivasi..
seronok sebenarnya, ambik la buku kisah2 nabi,Rasulullah,para isteri baginda dan para sahabat...haa serta buku2 sirah yang penuh dan kaya dengan adab budi pekerti yang mulia dapat dijadikan tauladan buat kita bersama =)

  • Kembali kepada asas agama
dalam soal ini aku tak naklah berbicara panjang lebar,kerana aku juga insan yang lemah dan biasa soal agama...tetapi aku yakin bagi yang membaca sudah pasti faham apa yang dikatakan kembali dengan asas agama.. kita dari kecil lagi sebenarnya dipupuk dengan didikan agama..cum mungkin apabila besar ni dah jadi kurang pratikalnya...hmm lagi2 Islam agama pegangan aku sendiri satu2 -nya agama yang penuh dengan pratikal... atas diri sendiri untuk m'aplikasi sesuatu itu tanpa sebarang paksaan pun..Islam juga mengajar kita umatnya agar menjadi insan yang berakhlak mulia.. Insya-Allah marilah kita sama2 berubah ke arah kebaikan..

  • Menghormati orang lain, tanpa mengira latar belakang
bagi tips ni plak aku rasakan memang wajar sekali perlu ada dalam diri jika nak tingkatkan nilai berbudi bahasa dalam diri tu.. kerana apa ?dalam Al-Quran pun menggalakan kita saling menghormati orang lain, tidak kira apa2 warna kulit, agama dan bangsa apa pun.. ni juga prinsip diri aku, kerana apabila berbicara soal hormat ni aku rase, kita memang wajar hormat sape2 pun tidak kira la orang tu berpangkat,lebih berusia atau muda daripada kita..yang pasti nilai hormat wajib ada..lagi2 nak orang lain hormat kita...orang akan hormat kita jika kita turut saling menghormati mereka..Di samping itu, tunjukkan sikap bertolak ansur dan bantu membantu tanpa mengharapkan balasan..Insya-Allah kebahagiaan penuh keharuman bakal kecapi..
(tett promote blog sendiri plak hehe =D)

  • Contohilah akhlak Rasullullah dan para sahabat
haa..tadi kita berbicara banyakkan bacaan buku tentang para nabi dan Rasulullah serta sahabat.. sekarang kita berusaha untuk mencontohi sikap2 mulia mereka..kerana mereka memiliki keperibadian yang tinggi.. inilah buktinya kita mengaplikasikan bahan bacaan yang murni tu~

  • Bermuafakat
Pernah dengar peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana apa?? kerana~~muafakat...haaa pandai pun nasib belajar kalau dah kerja ke pe alamat lupa la semua peribahasa2 ni hehe~~ marah cikgu bm kesayangan aku (maaf ye ckgu Hamidah ) ok2 dah merepek plak..ingat la dengan muafakat kita mendapat keberkatan dari-Nya..jadi tanamkan la semangat bermuafakat kpd semua lapisan masyarakat...

  • Bertimbang rasa, sabar dan baik hati
inilah ciri-ciri orang yang berbudi bahasa...kerana apa?mereka mementingkan orang di sekelilingnya...jadi mari kita tolonglah tanamkan sikap ini ke dalam diri kita kerana ia menunjukkan diri kita seorang yang berakhlak dan berbudi bahasa =)

  • Tertib dalam semua perkara
jaga kelakuan dan adab sopan dalam melakukan apa2 perkara sekalipun... Pertahankan maruah diri dan jangan lah mudah terjebak dengan budaya asing dan budaya kuning di luar sana tu...
Insya-Allah kita mampu lakukannya bersama (^_^)

  • Menepati masa
ok2 tipsni aku sangat suka sekali kerana aku suka berkawan dengan orang yang menepati masa... cam mat salleh kata salu ''on time'' ..ini lah orang2 yg berjaya kerana hidup dengan disiplin...orang cam ni juga lah orang berbudi bahasa.. jadi jangan amalkan sikap 'leka' sehingga mengabaikan temujanji yang telah dibuat..lagipun itu sikap orang munafik..Allah pun tak suka hamba-Nya mencontohi orang munafik... bagi yang benar2 nak tingkatkan nilai budi bahasa ni, pastikan anda mengubah tabiat 'mungkir janji' k~

  • Bersedia membantu tanpa diminta
haa ni la last tips menjadi insan yang lebih berbudi bahasa...dalam menjadi insan seperti ini kita hendaklah sentiasa bersedia dalam apa2 sekalipun..yela bila orang berbudi sudah tentu berbahasa...orang pun suka berkawan jadi di mana2 je ada orang memerlukan pertolongan daripada kita..jadi sedia2 la menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan demi keberkatan hidup dan keredhaan dari-Nya buat kita... Insya-Allah...

p/s : ok ni sahaja sekadar perkongsian aku kali ini...aku syukur sangat dapat luangkan masa mengarang tips2 nak tingkatkan nilai berbudi bahasa dalam diri..Harap2 aku juga mampu laksanakan seperti 10 tips yang aku baca ni dan dimanipulasikan ayat2 bagi setiap tips daripada luahan hati aku sendri ~~



Wednesday 2 March 2011

KeNaNGan

erm just post tajuk nie..n aku nak upload pic ni sekadar kenangan aku sebagai exco MPP
tak bermakna tak boleh pakai lagi baju ni walaupun dah jadi mantan hehe =D~