Assamualaikum semua! Tip hari ni jadi "sniper" jangan jadi "machine-gun"! Haaa kan dah kena setempek lagi untuk hari ini.
Sea_lavender ni kan jenis banyak sikit bercakap niat baik je pun, lepas tu tiba adalah tak kena, pastu kenalah dengan pernyataan tajuk entry ni! Haaa pengajaran kita bercakap kena bergantung pada situasi. Bukan senang2 je cakap itu, bukan tak boleh cakap langsung. Tengok keadaan dan tengok situasi kembali.
Kalau tahu definisi sniper dan machine-gun pun dah boleh faham maksudnya. Jadi pergi selongkar kamus apa yang cuba disampaikan dalam entry ni heeee :D
Bila orang yang suka bagi tips suka sangat main games tembak2 ni haaa,so bila bagi tips pun kaitan dunia games!
Hidup belajar jaga hati orang lain, pasti Allah hadirkan orang yang menjaga hati kita juga!
Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!
Showing posts with label PeRkOnGsiAN. Show all posts
Showing posts with label PeRkOnGsiAN. Show all posts
Tuesday, 3 February 2015
Monday, 2 February 2015
Jadi Orang yang ada Kesedaran dan Peka
Assalamualaikum semua! haa hari ni nak kongsi tips dengan teman2 la hehe :D Haa tajuk entry la tip hari ni!
haa bila kita mudah leka dan ambil mudah pada sesuatu perkara, jadi kita kenalah berubah menjadi seorang yang lebih ada kesedaran atas sesuatu perkara atau peka pada hal tersebut. Kan da kena setempek sekali bila buat kerja sambil lewa je kan!
bagi yang membaca entry ini, tolong2 lah berubah jadi seseorang yang memang sentiasa peka dan ada kesedaran dalam sesuatu perkara. Bak kata orang Jepun kena ada common sense kan? hehe lebih kurang lah dengan peka dan kesedaran tu. Jika kita jadi orang yang ada kesedaran atau peka lagi orang mudah dan selesa dengan kita. Kerana apa? kerana kita berusaha memahami dan ambil kisah atas hal tersebut.
ok, peringatan buat sea_lavender, mohon lebih peka dan ada kesedaran dalam apa2 perkara yang dibuat! Fokus dan fahami, jangan duk malas2 la ye~~ Haa maaflah ye orang yang bagi tips saya hanya buat dan tolong. Tak belek2 jadi begitulah~ hihi :D
Moga Allah beri rezeki kita sama-sama dalam mencari kerjaya yang diminati masing-masing! Campak ke oversea je la anda tu! :p
haa bila kita mudah leka dan ambil mudah pada sesuatu perkara, jadi kita kenalah berubah menjadi seorang yang lebih ada kesedaran atas sesuatu perkara atau peka pada hal tersebut. Kan da kena setempek sekali bila buat kerja sambil lewa je kan!
bagi yang membaca entry ini, tolong2 lah berubah jadi seseorang yang memang sentiasa peka dan ada kesedaran dalam sesuatu perkara. Bak kata orang Jepun kena ada common sense kan? hehe lebih kurang lah dengan peka dan kesedaran tu. Jika kita jadi orang yang ada kesedaran atau peka lagi orang mudah dan selesa dengan kita. Kerana apa? kerana kita berusaha memahami dan ambil kisah atas hal tersebut.
ok, peringatan buat sea_lavender, mohon lebih peka dan ada kesedaran dalam apa2 perkara yang dibuat! Fokus dan fahami, jangan duk malas2 la ye~~ Haa maaflah ye orang yang bagi tips saya hanya buat dan tolong. Tak belek2 jadi begitulah~ hihi :D
Moga Allah beri rezeki kita sama-sama dalam mencari kerjaya yang diminati masing-masing! Campak ke oversea je la anda tu! :p
Saturday, 31 January 2015
Kuat Bebel VS Kuat Nasihat
Assalamualaikum teman2! Sihat semua? macamlah yang ada baca entry sea_lavender ni kan?? hehe takpelah menulis di blog ni satu kepuasan buat diri ini! Wah pejam celik, dah hari terakhir di bulan Januari 2015. Wow! Cepatnya masa berlalu. Sea_lavender pun dah cukup sebulan selesai dengan viva degree. Tengah2 cari kerja ni, tertekan jugaklah la parents dah mula bising2 tak keje lagi. Doakan sea_lavender ye teman2!
ok, tip hari ini nak kongsikan jenis teman yang kuat bebel VS kuat nasihat! sea_lavender jenis dua2 kot hihi! tapi semalam ada orang tu cakap sea_lavender kuat bebel! ok, fine la. terserah pada individulah nak menilai macam mana. katanya takut tak tahan sea_lavender bebel, alahai bebel kita pun bersebab, bukannya suka2.
sea_lavender ada terbaca ni kat satu keping gambar! so sweet pic tu, nanti korang google carilah ye~
ok, tip hari ini nak kongsikan jenis teman yang kuat bebel VS kuat nasihat! sea_lavender jenis dua2 kot hihi! tapi semalam ada orang tu cakap sea_lavender kuat bebel! ok, fine la. terserah pada individulah nak menilai macam mana. katanya takut tak tahan sea_lavender bebel, alahai bebel kita pun bersebab, bukannya suka2.
sea_lavender ada terbaca ni kat satu keping gambar! so sweet pic tu, nanti korang google carilah ye~
"Lelaki kena tahu, perempuan tak kan pernah berhenti dari mengingati pasangannya tentang kebaikan, jadi janganlah berhenti mendengar!"
sea_lavender setuju sangat2 kot, kalau bukan teman istimewa pun, kita akan bebelkan teman2 kita kerana kita sayang kan dieorg! berbalik tajuk entry kuat bebel vs kuat nasihat, bagi sea_lavender lebih baik ada dua2 karakter ni, kerana orang yang kuat bebel ni dia jenis ambik kisah demi kebaikan dan berulang-ulang pada point nak dibebelkan. Kalau kuat nasihat sahaja tapi tak berulang dan keje nasihat je. Belum tentu akan didengarkan? lagi sea_lavender rasa orang kuat bebel ni satu karakter yang menarik ape hihi! kerana dia rasa, dia sayang akan orang sekeliling tu sanagt2 yang die jadi kuat bebel! apa2 pun jadilah diri sendiri, kuat bebel ke kuat nasihat ke yang penting bahagia hidup! bila sea_lavender tanya apa bukti sea_lavender kuat bebel? jawabnya bukti orang kuat bebel, tak mengaku dia kuat bebel! Hihi luculah, ye memang sea_lavender kuat bebel pun :p
Walaupun katanya tip :lelaki tak suka kuat bebel, kuat nasihat takpe! Ops sea_levender dua2!
Walaupun katanya tip :lelaki tak suka kuat bebel, kuat nasihat takpe! Ops sea_levender dua2!
ok tutup entry, siap2 kan nak ke kenduri kahwin! ambik berkat hehe :D Kawan2 sea_lavender da kahwinlah, ada rezeki nak kahwin jugak lah heee :D Orang bagi tiplah jadi calon kan senang. Teman2 doakan sea_lavender dapat kerja masa terdekat ini, bagi parents reda la sikit bebelan tu heee :D
Friday, 30 January 2015
KahwiN
Assalamualaikum semua! haaa tajuk entry tak tahan kan? ni tip hari ni dapat! setempik kena. tu la perempuan kan suka sangat mengadu2 semua kan. senang je jawapan. haa bila sebut kahwin ni bukan mudah yang kita sangkakan!
Kahwin ungkapkan yang mudah! tetapi ianya perlu kekuatan luar dan dalam. Persediaan itu perlu sentiasa ada dari masa ke masa. Siapa tak nak kahwin? kalau dah bersedia luar dan dalam sekarang jugak sea_lavender nak kahwin! Namun, banyak lagi matlamat yang ingin dicapai, berbakti mak ayah dulu. lagi-lagi sea_lavender anak dara kan~~~ apa-apa pun teman2 janggap anggap kahwin adalah penyelesaian segalanya!
Ambik masa pada diri, cari ruang. Fikirkan jalan penyelesaian! Mohon pada Allah agar diberi petunjuk. Jangan mudah putus asa, barangsiapa putus asa, kita tergolong dalam orang kafir! Nauzubillahminzalik. Sea_lavender pernah terbaca kata-kata ini :
KAHWIN bukan setakat penutup cerita, tetapi penuh dengan tanggungjawab, jalannya baru sahaja bermula, hanya yang tahu makna sahaja, bakal mengemudi dengan jayanya. Jangan dimula dengan murka ibu bapa dan yang penting DIA. Bermulalah dengan baik, moga akhirnya baik, kerana barakah itu baik.
Moga bermanfaat! terima kasih orang nak kongsi tip! akan terus dan terus menuntut tip. walaupun hanya dikongsikan tip dengan 1 perkataan ni sahaja, sea_lavender dah boleh rungkai semua. Buka mata hati ^_^ mencabar nak dapat2 kan tip!
Thursday, 29 January 2015
EGO
Assalamualaikum semua! Alhamdulillah hari ni, online terdetik sea_lavender nak berkongsi sikitla ada orang kongsikan semalam, bila duk berceritalah hal-hal orang pertikaikan tanggjawab anggota polis~
Boleh plak jadikan satu tip!
So, akan tuntut 1 hari 1 tip la macam ni.
Ape2 pun sea_lavender anggap ini seperti pernyataan bermakna dan muhasabah diri kita bersama!
"Hidup jangan ego, letak diri kita di tempat orang yang kita katakan itu!
Barulah kita tahu dan merasa sendiri apa yang mereka rasakan"
entry bagi tahun 2015 ni tak perlu panjang2, ringkas dan bermakna! Alhamdulillah sea_lavender baru selesai viva bagi degree dalam 2 minggu lepas. Result 13 Februari 2015 dah keluar, doa2kan moga semua yang baik2 dan selesailah perjuangan menghabiskan ijazah selama 2 tahun setengah akhirnya. Sekarang misi mencari kerja!Siapa2 nak share kerja kosong, boleh lah emelkan pada sea_lavender heeee :D one_nie0201@yahoo.com.
Monday, 29 July 2013
HARAPAN
Assalamualaikum teman2 blogger ~~ Selamat pagi, Alhamdulillah Allah beri peluang kita masih bernafas hari ini dalam fasa ketiga Ramadhan.. Setelah kian lama menyepikan diri hampir 1 bulan 5 hari akhirnya hati terdetik mencoret sesuatu dan berkongsi. Tidak selembar mana pun tapi nak share jugak hehe =D sea_lavender pun lama tak update dan ucapkan Selamat Berpuasa, Salam Nuzul Al-Quran dan selamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan penuh berkat dan rahmat ini buat teman2 pembaca =) eh, ada ke?? ngeee.. ok2, coretan kali ini sekadar bicara tentang HARAPAN ~ renungkan bersama ..
Bicara soal harapan. Hidup ini penuh dengan harapan. Harapan pada diri sendiri dan harapan pada mereka sekeliling kita. Namun, bukan semua harapan tepat dan mantap. Meletakkan sepenuhnya pada perancangan kita melalui harapan itu, sebenarnya salah sama sekali. Kebergantungan sepenuhnya hanya pada Allah. Itulah harapan yang terbaik. Kegagalan menunaikan harapan pada orang lain akan memberi kesan yang mendalam sama sedih mahupun kekecewaan. Berfikir sebelum kita mahu bertindak. Harapan pada diri sendiri adalah kekuatan untuk terus memacu ke arah yang terbaik, gagal pada diri sendiri sekurangnya kita berpuas hati atas tindakan kita sendiri dan akhirnya meletakkan kebergantungan pada Allah.
Tiba-tiba dalam Ramadhan teringat lagu kumpulan Raihan - Harapan Ramadhan. Jom kita selongkar liriknya penuh makna juga dan videonya sekali... kena jugalah entry sea_lavender kali ini.. "Harapan" definisinya juga terlalu luas malah tidak mampu terungkap sepenuhnya ~tengah mengarang kat Nasyid fm pun tengah keudara lagu ni heee :D
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmat-Mu oh Tuhanku..
Ku tempuh jua..
p/s :
- Alhamdulillah akhirnya dapat juga coretkan sedikit sempena Ramadhan kali ini.. walaupun dah masuk 20 Ramadhan 1434 Hijrah. Sea_lavender lebih aktifkan diri dalam fb heee... setiap hari pasti coretan cuma blog je la tak menyempat nak mengarang..nanti nak kongsikan setiap apa yang di kongsikan di fb mengikut fasa-fasa Ramadhan =) apa2 pun moga ini bermanfaat ~~
- Sekarang sea_lavender ada di kampus tengah buat short sem.. Puasa di kampus hampir separuh Ramadhan.. tunggu cuti nak balik raya je ~~yahooooo... menanti 2/8/13
- Sepanjang short sem ni stress, jangan kata la.. 1 bulan 1 minggu abiskan 2 courses yang setiap satu, 10 chapters. abis je terus test ~~ pening2.. tapi kerana bulan Ramadhan keletihan dan tekanan tu masih tertanggung.. Alhamdulillah... =')
- Minggu ni sea_lavender ada 1 test dan 2 presentations group dan individu.. Doakan sea_lavender dipermudahkan segalanya =)
- 10 Ramadhan terakhir ini,sama2 la kita giatkan ibadah dan mohon keampunan Allah.. speed memacu tu kasi laju sikit. tak nak malas2.. Ramadhan akan meninggalkan kita, Ramadhan akan datang belum pasti buat kita ='( segalanya masih dalam Harapan...
Monday, 24 June 2013
Rezeki Susah Masuk??
Assalamualaikum semua, teman2 blogger. Apa khabar? moga2 semua dalam keadaan sihat hendak-Nya. sea_lavender faham sekarang masalah jerebu teruk melanda negara kita. Tempat sea_lavender UiTM Puncak Alam ni pun sama.. Jangan kata la nak buka tingkap pun fikir banyak kali, tebal jerebu tu buat sesak nafas. Apa2 pun kita memohonlah pada Allah agar musibah melanda negara kita ni akan beransur baik seperti sediakala.Ini juga sebahagiaan peringatan buat kita untuk kita kembali dan terus tingkatkan ibadah pada Allah sebagai bekalan kita di sana nanti. Alhamdulillah hari ni 15 Sya'aban 1434 Hijrah, buku amalan baru buat kita semua. Ayuh kita penuhkan buku amalan dengan perkara-perkara yang baik dan menjadi sebahagian saham akhirat kita.In Shaa Allah.Ok sea_lavender tak nak berbicara panjang, macam hari tu janjikan pasti nak kongsikan sesuatu yang bermanfaat buat semua sebagai peringatan bersama. Terbaca gambar ni jadi nak kongsi.
haaa ni sea_lavender kasi besarkan font yang ada dalam gambar tu dan hurai2kan sikit. Jadi, kita renung2 kan lah,kena pada diri kita ke? atau kita terdetik atas perkara-perkara tu? Nauzubillahminzalik. Moga Allah lindungi kita untuk tidak sedemikian dan moga Allah jaga hati kita untuk lakukan sesuatu semuanya ikhlas kerana Allah SWT. Amin Ya Rabb..Ingat lah rezeki Allah ada di mana-mana, namun mengapa kita sukar peroleh? mungkin ini adalah sebahagian puncanya~
- Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
Dalam soal ni kita seharusnya ikhlas membantu lebih-lebih lagi dalam soal kebaikan, ingatlah janji Allah apabila kita memudahkan urusan orang lain, pasti Allah mudahkan urusan kita juga =) In Shaa Allah.
- Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu ini
Elaklah daripada selalu menceritakan pada orang yang kita tidak pernah cukup dengan duit yang ada. Sepatutnya kita kena bersyukur bahawa segala apa yang kita miliki hari ini adalah segala nikmat Allah yang tidak terhingga walaupun ianya bukan dalam bentuk wang ringgit. Rezeki Allah luas buat kita,ada di mana-mana jika kita usaha dengan ikhlas, In Shaa Allah kita peroleh ganjaran besar.Percaya Allah Maha Penyayang pada hamba-hamba-Nya =)
- Berkira untuk sedekah walaupun seringgit
Jangan rasa berkira untuk sedekah walaupun seringgit. Semua Allah berikan pada kita atas dunia untuk berkongsi bersama. Mengapa harus ada rasa kedekut dan bakhil?? Nikmat itu buat semua. Berkongsilah walaupun sedikit. Pasti kelak kita akan mendapat pulangan kembali berlipat ganda atas perkongsian bersama itu. Allah Maha Pemurah. Tidak perlu kita ragu-ragu..
- Banyak berbuat maksiat
Hentikanlah melakukan maksiat dalam kehidupan! Allah Maha Melihat segalanya. Tidak takut kita apa yang kita kerjakan di dunia ini akan ditayang semula?? Nauzubillahminzalik..Ingatan buat diri ini sendiri juga. Moga Allah melindungi kita daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Peganglah, "Amar Makruf Nahi Mungkar"
- Tidak bersyukur
Janganlah terdetik tidak rasa bersyukur dengan apa kurniaan Allah buat kita.Ingatlah teman-teman apa yang kita ada hari ini, semua Allah yang berikan. Jika kita rasa usaha yang kita laksanakan adalah punca nikmat berlipat ganda itu, renungkanlah kembali bahawa nikmat yang hebat itu juga kurniaan Allah. Jika Allah tidak memberikan apa yang kita usaha, bermakna ianya masih belum rezeki kita. Allah Maha Berhak untuk kurniaakan buat sesiapa. Namun, terus titipkan rasa bersyukur dengan segalanya Allah kurniakan. Moga Allah terus kurniakan nikmat buat kita.
- Riak bila bersedekah
Usah riak dengan apa yang kita hulurkan pada sesiapa. Sekelip mata sahaja Allah boleh tarik rezeki yang dikurniakan. Bersikap rendah diri dalam menghulurkan bantuan buat sesiapa. Sesungguhnya Allah Maha Melihat. Ganjaran pasti ada di akhirat sana.
- Kurang beristighfar
Sentiasalah tingkatkan amalan beristighfar untuk memohon keampunan Allah yang kadangkala tidak sedar atas perilaku kita.Perbanyakkan zikir dan ibadah sunat.Moga ketaqwaan kepada Maha Pencipta terus meningkat.In Shaa Allah.
- Gemar mengungkit pemberian
Elakkan mengungkit atas pemberian kita pada sesiapa.Sentiasa bersyukur kerana Allah jentikkan hati kita untuk memberi dan berkongsi bersama orang lain. Apa kita ada kongsikan, jika kita tiada sentiasa terus bersyukur kepada Allah dan mohon diperluaskan rezeki kita.In Shaa Allah.
p/s :
- Alhamdulillah selesai perjuangan seminggu lepas yang penuh padat dengan jayanya. Allah mudahkan segalanya =)
- Minggu ni dah mula study week bagi warga UiTM - 22/6-25/13 tapi sea_lavender baru nak mula semua hehe :D kerana paper mula 30/6 ni..Doakan kejayaan sea_lavender bagi semester ni =)
- Esok last presentation untuk semester ini Presentation Proposal bersama GroupTitanium Event. Moga Allah mudahkan segalanya.. In Shaa Allah..
- Moga apa yang dikongsikan bermanfaat dapat memuhasabahkan diri kita ~~ Nauzubillahminzalik daripada perkara-perkara di atas ada pada diri kita.Moga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada-Nya.
- sea_lavender akan mulakan perjuagan final exams semester ini dari 26/6-14/7/13 . mohon teman-teman doakan yag terbaik. Best of lucks bagi teman-teman yang menduduki exams juga. bagi yang dah habis exams enjoy yur holidays =)
- ok,jom kita tunaikan solat Dhuha teman-teman =)
Saturday, 16 March 2013
Kerja Menjadi Ibadah
Assalamualaikum semua =) Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama dapat juga mencoret sesuatu dalam blog kesayangan. Hampir cukup 1 bulan. Last entry lepas 16 Februari 2013. Berjaya akhirnya.. heee da macam apa je kan.Sibuk beberapa hari ini, buat sea_lavender jatuh demam, batuk dan selesema hampir 3 minggu.Semalam baru pergi unit kesihatan jumpa doktor dan ambik ubat antibiotik~~Non stop berprogram ~ Seminggu ikuti Kursus Pemimpin Mahasiswa di UiTM Segamat, seminggu bertugas sebagai Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa Mac 2013 di UiTM Shah Alam dan minggu pertama kuliah hujung minggu lepas, ikuti Kursus Pengurusan Organisasi fakulti pula di Kem Nur Bukit Unggul,Sepang. Minggu ni, esok pula uruskan program Gateaway To Excellence bawah fakulti sendiri setiap semester baru, untuk pelajar-pelajar baru. Moga Allah permudahkan segalanya dan dalam redha-Nya. Ape2 pun entry kali ni perkongsian sea_lavender tentang "Kerja menjadi Ibadah " . Sea_lavender dengar pun dalam motivasi pagi Ikim fm 2 hari lepas tak silap. Pagi-pagi,suka dengar kasi semangatkan diri dalam melaksanakan tugas-tugas diamanahkan. Jom, kita selongkar bagaimana kerja kita dapat dijadikan ibadah pada kita.Kelak dapat dijadikan bekalan akhirat sana ;
- Niat Kerana Allah
apa-apa pun perkara yang kita laksanakan dalam kehidupan ni, sentiasalah niat kerana Allah. Mengapa? kerana segala apa yang kita usaha dan kerjakan adalah nikmat pinjaman yang Allah berikan pada kita.Segala-galanya kurniaan Allah..bertapa kerdil rasa diri ini dan malu pada-Nya :'( Hati kita yang terjentik atas sesuatu perkara pun, Allah yang laksanakan. Jadi, biarlah kerja mahupun amalan kita diniatkan semata-mata ikhlas kerana Allah yang Maha Pemberi .Ini juga menjadi bukti nilai penghambaan kita pada Allah dan tanda syukur pada kurniaan-Nya. Lepas ni, teman-teman buat apa-apa pun ayuh kita niat kerana Allah.Moga Allah redha dengan apa yang kita kerjakan. Ingat, makan minum, mandi,tidur dan amalan mudah yang lain juga diniatkan kerana Allah akan menjadi ibadah kita pada Allah.
- Mengikut syariat
segala tindakan kita lakukan haruslah mengikut syariat Islam. Ingatkan diri kembali kepada konsep 'amar makruf nahi mungkar' In Shaa Allah, kita dilindungi Allah. Jangan bertindak atas perkara yang merosakkan diri dan tidak mendatangkan manfaat pada kita =) Syariat Islam itu mudah dan tidak ada paksaan. Kita jaga iman, Islam agama yang kita pegang terjaga.
- Lakukan kerja-kerja yang halal
kita sedia maklum apabila kita kerjakan sesuatu dengan syariat Islam pasti ianya sesuatu yang baik dan halal di sisi Islam. In Shaa Allah.. Islam itu indah dan syumul. Keindahan agama Islam tiada tandingannya. Islam itu segala-galanya yang baik.SubhanaAllah..nikmat Islam dan iman Allah kurniakan pada kita =')
- Beri kesan yang baik
tatkala kita ingin melaksanakan sesuatu, sentiasa renungkan kembali kesan atas tindakan yang kita kerjakan itu sama ada ianya mendatangkan kebaikan ataupun sekadar sia-sia.Usah kita kerjakan sesuatu tanpa memberi kesan dan menjadi perkara sia-sia. Namun kita berusaha untuk pastikan kerja kita laksanakan itu memberi kesan baik pada diri sendiri, teman-teman dan mereka sekeliling kita. Secara tidak langsung, kerja itu menjadi ibadah. Senang-senang kita dapat kumpul saham akhirat sana =) In Shaa Allah
- Tidak meninggalkan perkara yang asas
apabila kita melaksanakan kerja mahupun amanah yang diberi, kita jangan terlepas pandang pada perkara asas yang harus dan wajib kita perlu lakukan.Misalnya apabila kita sedang berprogram mahupun apa-apa aktiviti yang bermanfaat pastikan kita tidak meninggalkan ibadah wajib iaitu solat. Walaupun kita kerjakan ianya terlewat, namun pastikan kita tunaikan kewajipan kita.Pesanan dan ingatan pada diri ini juga.. =)
Kesimpulan bagi perkongsian kali ini, ayuh kita lakukan segala kerja dengan niat kerana Allah, mengikut syariat Islam, laksanakan kerja yang halal, memberi kesan yang baik, dan tidak meninggalkan perkara asas.
Jadikan segala kerja menjadi ibadah pada kehidupan kita.Moga Allah merahmati segala-galanya =')
Renungkan kata-kata ni
Biar pun ribuan mata tidak melihatnya, namun Allah melihat segalanya =')
Tingkatkan diri dengan kerja yang baik2 dan dapat dijadikan ibadah~ saham akhirat kita di sana kelak..
p/s
- Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berkongsi entry pertama di bulan Mac 2013 =)
- semester ini sea_lavender agak sibuk dengan program hampir setiap minggu.
- banyak lagi perkongsian nak dikongsi,namun setakat ini sahaja mampu dicoretkan. Moga ianya bermanfaat.
- dekat sini sea_lavender nak tanya pada teman-teman sekiranya ada event2 nak dijalankan boleh la jemput2 keranasea_lavender semester ni ada course gerak kerja luar sebagai sukarelawan ~~ Zzzz
- keputusan exam sea_lavender semester lepas kurang memberangsangkan harap semester ni ada peningkatan. Apa-apa pun Alhamdulillah semua lulus dengan baik, berkat doa semua.
Wednesday, 23 January 2013
Ingatan dan akhirnya ~~
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ni sea_lavender sekadar kongsikan satu ingatan dan satu pengakhiran hee : D apa tu?? tak nak coret banyak2 renungankan pic kata-kata yang bagi ingatan ni dan pic akhirnya tu :p Zzzzz...
terbaca kata-kata ini memberi ingatan untuk diri untuk sentiasa yakin dan percaya atas apa kurniaan Allah yang kini miliki dan bakal miliki. In Shaa Allah.. Jika kita sematkan keyakinan pada Allah segalanya Allah berikan yang terbaik buat kita =) Allah Maha Penyayang =')
kata-kata ini bukan hanya sekadar persoalan tentang jodoh malah dengan siapa kita berkawan. bersahabat mahupun berteman dalam meneruskan kehidupan kita. =)
"akhirnya" Yahoooo.... haaa ni la pic jadual peperiksaan bila dah abis hari tu.. abis sume di pangkah tarikh-tarikhnya....Alhamdulillah 19 Januari 2013 sea_lavender dah selesai final exams bagi semester ini =)
sekarang masa untuk berdoa dan tawakal. Moga Allah berikan yang terbaik atas usaha yang dibuat.
In Shaa Allah...
p/s :
- sekadar coretan melalui gambar. moga ianya menjadi ingatan pada diri kita semua dan yakin kepada Allah =) manfaatkan ye teman2 ~~ haaa Salam Maulidur Rasul awal2 daripada sea_lavender untuk esok. Teman2, banyakkan berselawat dan ayuh kita tingkatkan kehidupan kita dengan sunnah baginda =') Jadikan baginda idola kita, moga kita diberi syafaat di akhirat sana. In Shaa Allah..
- hari ini sea_lavender akan bertolak ke Bagan Datoh pada jam 1345 ni untuk menyertai program OPKIM bawah anjuran UiTM (KEFAJAR) bermula 23-28 Januari 2013 ni. Doakan segalanya dipermudahkan segalanya. Semalam dah ada taklimat program. Semua peserta dan kena pasang niat "Ya Allah, kami mengikuti program ni untuk membantu masyarakat dan mempelajari sesuatu: In Shaa Allah..sambut Maulidur Rasul kat kampung sana. katanya ada rewang2 ni~ heee masak?? reti ke ni.. ngee :D
- ini OPKIM yang ke-2 bagi sea_lavender sepanjang zaman belajar di universiti. Wah dapat family angkat lagi hee :D bertambah la saudara mara dan kenalan ;)
- ok2 dah nak siap gerak ke UiTM Shah Alam untuk pendaftran jam 1200 ni ~~ Zzzz
Monday, 14 January 2013
Kebahagiaan dan Semarakkan Cinta
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah bertemu kembali sesi bersama sea_lavender hehe :D lawak plak pagi2 ni kan.. Saja buat ngade lepas baca subjek "Organizational Behavior" ni ~~ Esok paper.. Zzzz sempat lagi berentrykan.. hanya nak kongsi makna bahagia waktu terbaca 1 artikel dalam 1 buku hari tu kat library..konon nak tenangkan diri yang bakal hadapi 3 papers lagi nie.. Heee :D
KEBAHAGIAAN ITU DI HATI
"Bahagia itu bukan bermakna hidup kita tidak diuji, tetapi paling tidak kita memiliki seseorang untuk berkongsi dan bersama menghadapinya serta menyedari Allah sentiasa bersama kita di sepanjang ujian itu"
p/s :
- entry ringkas sea_lavender Januari 2013 ni~~ hee :D sebab esok kan paper... Zzzz Doakan sea_lavender. semalam 1 paper berlalu. Alhamdulillah dapat jawab, tapi "tersemak" tau~ ada jugak salah, coz tertukar definisi =_=' moga yang lain dapat terima pensyarah dan papers akan datang lebih fokus dan ingat baik2 =)
- jadi apa yang dikongsikan ini, kita ambik sebagai kekuatan dalam memiliki bahagia sebagai milik kita , Allah sentiasa ada bersama yakin lah teman-teman =') dah sama tema blog ni lagikan hee :D "Kebahagiaan Penuh Keharuman" =)
- akan datang sea_lavender nak berkongsi soal matang, ukhuwah dan jadi professional dalam apa-apa jua keadaan, jangan cepat melatah~ tettt....
- Hari ni dah 2 Rabiul Awal 1434 Hijrah, bulan kelahiran baginda jadi Maulidur Rasul pun beberapa hari je lagi, jujur rasa rindu dan sayang kepada kekasih Allah =') lebih2 lagi dalam ikim fm selalu mainkan lagu berkenaan baginda.. ayuh kita berselawat teman2...ikutlah video ni, sebak sekali ='(
Mari kita berselawat teman2 pada Rasulullah SAW.
moga kita memperoleh syafaat daripada baginda di sana kelak.. In Shaa Allah..
Rasulullah sentiasa merindui umatnya.. bagaimana kita pula? kita tidak dapat bertemu baginda, namun kita dapat semarakkan cinta kepada baginda dengan berselawat dan berusaha mengamalkan sunnah baginda =)
Semarakkan Cinta Allah SWT dan Rasulullah SAW kekasih Allah =')
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) ; Surah Al-Ahzab 21
Monday, 7 January 2013
Semangat !!!
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. dapat berkongsi entry dengan teman2~~ hee jarang sea_lavender update entry malam2 ni. sepatutnya sekarang kena study la kan~~ lagi pun tengah minggu exams.. hehe :D tapi disebabkan paper exams jarak jauh sangat, tangan ni pun dah mula gatal2 nak mencoret sesuatu~~ nak kongsi2 kasi semangat bagi teman2 yang tengah dan nak ambk exams tu ~heee~apabila dalam minggu exams ni kan~~tatkala kemalasan study or stress melanda diri waktu tengah2 study, cepat2 terus ambk hp sms or kol kawan2~tanya wat pa?saja kacau korang ;p~ tolong kasi semangat sikit ni, nak ambik exams~~padahal dieorang pun exams jugak hehe :D~~haaa dapat ni daripada kawan2 disayangi ~
Msg2 kepada Cik Wanie ;
IJTIHAD WALA TAKSAL FANNADAMAH'UQBA LIMAYYATAKASAL
"Bersungguh-sungguhlah dan janganlah malas kerana penyesalan adalah akibat bagi orang yang malas!"
RABBANA YASSIR WALA TUASSIR WAJAALNA MINANNA JIHIN
Mohon ketenangan~
ALLAHUMMA INNAKA TAQLAMULSIRRIY WAALA NIYYATI FAQBAL MAQZIRATI
In Shaa Allah apa yang diminta,dihajat, diniat, Allah Mendengar dan Dia Menunaikan~
LA TAKHAF WALA TAHZAN INNALLAH HAMAANA
Jangan gusar, gelisah dan bersedih, yakni Allah sentiasa bersama kita
sebelum akhiri entry nak share ni ; Pesan Pensyarah
( untuk mahasiswa hehe :D)
( untuk mahasiswa hehe :D)
berguna betul~ tapi lucu la~~semangat!!!
Pesan Pensyarah ;
-kalau dapat saja kertas soalan, harus tenang
-abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab di halaman sebelah
- ingat kembali formula-formula dan fakta-fakta penting
-jika tiada jawapan yang boleh diselesaikan barulah kembali halaman pertama
-kalau tak boleh jugak lantak korang sebab pensyarah dah pesan dah!! hehe :D
p/s
- thanks a lot buat kawan2 sea_lavender yang bagi semangat =') sentiasa ada tatkala diperlukan
- jom teman2 kita amalkan ayat2 ni sebagai semangat dalam apa jua yang kita lakukan bukan sebab exams je k ;p
- walaupun papers yang akan ambk 13 jan ni kena semangat la kan~~ heee c.marks da kuar bese2 je.. final kena skor la.. :D doakan sea_lavender.
- Alhamdulillah bersyukur mempunyai teman2 mengingatkan diri sea_lavender kembali kepada Maha Pencipta sebagai sumber kekuatan =')
Wednesday, 2 January 2013
Alhamdulillah.. I'm 22 :')
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sea_lavender masih bernafas sehingga ke hari ini. Genap 22 tahun menjalani kehidupan seorang insan kerdil dan lemah di sisi-Nya. Kesyukuran kepada-Nya masih beri peluang terus meneruskan kehidupan bagi tahun 2013. Terima kasih mak dan ayah menjaga dari kecil hingga sekarang.. Sayang mak, ayah , kak long dan kak ngah =) Serius rindu ='(
Alhamdulillah. Allah berikan peluang untuk bernafas hingga kini. Moga Allah merahmati segalanya..
terima kasih kalian yang mendoakan buat sea_lavender. Hanya Allah mampu membalasnya..=')
tengok tema pun purple edit sendiri ~~ lavender3x i like =)
Sekadar berkongsi daripada sebuah blog : "Wardatul Asfar"
Kita sering mendengar ungkapan "Semoga dipanjangkan usia"
Apakah makna disebaliknya?? sedarlah teman sebenarnya diri kita semakin hampir pada tarikh kematian.. cuba kita persoalan-persoalan ini ;
Seandainya umur tersebut tidak lain, hanya menambahkan dosa dan mengurangkan pahala seorang hamba?
Seandainya umur tersebut hanya membuatkan kita lalai dan alpa dengan keduniaan?
Seandainya kita gagal memanfaatkannya dengan menambahkan amal ibadat untuk mencapai redha dan berkat pada usia tersebut?
Kalaulah umur yang panjang itu hanya membuatkan kita semakin jauh dari Allah SWT, hanya membuatkan kita menambah saham dosa berbanding pahala, lantas pendek umur itulah yang terbaik!
Tatkala membaca persoalan itu membuat sea_lavender terfikir sejenak, Ya Allah apakah sudah cukup amalku selama 22 tahun ini terhadap-Mu? :'( Hanya Allah Maha Mengetahui. Moga umur yang dipanjangkan Allah bukan sekadar dipanjangkan namun dalam berkat-Nya sertai disulami ketaatan diri ini pada-Nya. In Shaa Allah. Moga rasa syukur tak pernah putus dan nilai kehambaan pada Allah ditingkatkan :') Antara tips amalan dipanjangkan dalam entry tu~
- Amal Jariah- segalanya perkongsian yang dapat memanfaatkan orang lain
- Lailatul Qadar- solat tahajud untuk bertemu malam tersebut
- Silaturrahim- bina ukhuwah antara satu sama lain, tidak mengenal kulit, agama dan bangsa
- Jiran tetangga- menghormati orang sekeliling kit, dengan usaha menjaga hubungan kemasyarakatan antara kita
- Berbuat kebaikan- usaha untuk terus dan sentiasa niat untuk memanfaatkan orang lain dalam konsep perkongsian
- Doa- sentiasa berdoa pada Allah memohon kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Hidup yang kualiti dengan usia dipanjangkan Allah.
p/s :
- Alhamdulillah dapat berkongsi hari lahir bersama teman2 blogger =) ringkasan drpd blog di baca~ Hadiah harapan yang nak sangat tahun ni; seutas tasbih kayu kokka tu ~~ heee sape nak bagi sila pos hehe pada sea_lavender :D
- esok 3 Januari 2013 bermula final exams untuk semester baru Degree ~ Doakan sea_lavender dipermudahkan dan dapat jawab sebaiknya.. In Shaa Allah :)
- mak, ayah dan ahli keluarga kak long dan kak ngah terima kasih 22 tahun selama ini :')
- terima kasih teman2 yang berikan ucapan hari lahir dan doa yang tak putus2.. Allah sahaja mampu membalasnya. Moga kalian juga dirahmati-Nya
- Azam 2013- menjadi anak yang solehah, berusaha mendekatkan diri kepada Allah , Rasulullah SAW menjadi ikutan, Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan atas segalanya. Amin Ya Rabb...
- ok jom sambung study. facebook dah nak tutup petang nie~ heee lepas ni keje dengan blog je la ;p
Tuesday, 1 January 2013
Selamat Tahun Baru 2013
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Allah beri peluang kita bernafas sehingga hari ini =') Sentiasa panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT =) bukti kehambaan kita kepada-Nya. Ok entry ini kali ni tak nak coret banyak-banyak heee =D Gambar2 ni akan sampaikan apa sea_lavender nak kongsikan
tanggal 1 Januari 2013.
ni petang2 kebosanan tekan kat lappy menu-ambik paint~
main conteng2 ~
cantik jugak kan~~ ngee =P
maaflah tulisan kecik baru berjinak dengan paint ~ Zzzzzz
Moga kehidupan kita di tahun 2013 seperti dalam gambar ini.. =)
In Shaa Allah...
p/s
- Alhamdulillah dapat juga buat entry nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 dengan teman-teman bloggers =)
- pagi tadi kol mak, mak terus ucap selamat hari jadi ke-22 =) sea_lavender terkejut ~"aik mak ni lupa ke apa"~ rupanya kata mak saja la nak dahulukan ucap tu ~ heee so sweet mekaseh mak =) pesan mak exams wat elok2 jangan nervous sgt.. solat sume jaga ~
- petang ni plak dapat panggilan daripada keluarga angkat plak, waktu sea_lavender join program opkim zaman diploma. mereka ucapkan selamat hari lahir juga untuk esok dan doakan sea_lavender dapat jawab exams dan mendapat keputusan cemerlang exams ni ~~Amin Ya Rabb.. terima kasih ayah ramli, ibu dan kak lela di Senaling, N9 ~
- ok dah maghrib, solat dulu ~~ jom solat sekali...
Tuesday, 25 December 2012
Konvokesyen UiTM Ke-77
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah bertemu kembali dalam dunia maya ni bersama sea_lavender.. wah dah ingat segmen apa je ntah tadi kan~~ yela dah 24 hari tak update entry ni... huhu kesibukan melanda diri. Post kali ni sekadar berkongsi kegembiraan diri ini setelah 3 tahun dalam menjejak ilmu dan akhirnya menggengam segulung ijazah di peringkat diploma. Walaupun cerita ni dah nak hampir sebulan tapi nak berkongsi kerana ucapan sejuta terima kasih buat yang telah memberi inspirasi dan bantu =)
~~ Alhamdulillah akhirnya Allah berikan ini. Gambar menceritakan keceriaan diri =')
Bergambar setelah dapat jubah heee :D
testing2 wink >_<
Hadiah pengorbanan mak dan ayah selama ini =')
Dari jauh mak ayah datang - Penang ke UiTM Shah Alam
terima kasih mak ayah jasa dan pengorbanan selama ini tak terbalas
namun segulung ijazah ni buat mak ayah.
doakan perjalanan anakmu di perjalanan menuntut ilmu kini.. =)
Alhamdulillah selama 3 tahun kini sea_lavender bergelar graduan diploma,
dan sebagai Alumni UiTM =)
UiTM Di Hatiku
keluarga pemberi inspirasi tatkala susah dan senang
selama ini: terima kasih mak, ayah, kak long dan kak ngah =')
2 jambak bunga segar pemberian kakanda2 kesayangan
sea_lavender
mekaseh sangat2 dapat datang dan bagi bunga heee :D
ni pemberian daripada Cik Fara sayang~~
kata cik fara sye bagi bunga ni supaya tak layu heee :D
sentiasa segar je kan? hehe =D
thankz a lot, datang jauh2 ke puncak alam
hulurkan sejambak bunga walaupun 2, 3 hari lepas konvo sye =')
sangat menghargai :
ucapan tahniah pada kertas kuning tu ;
Congratz2.. Alhamdulillah.. Tahniah. Semoga terus suksess
Thank Love ; CIK FARA =)
mekaseh cik fara, moga ukhuwah terbina dirahmati Allah.
- Alhamdulillah sea_lavender dapat update entry kali ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terkira pada mereka yang memberi inspirasi, semangat dan segalanya tatkala jatuh dan bangun dalam menyusuri kejayaan =) terima kasih atas doa kalian. Doakan kejayaan akan datang buat diri sea_lavender.. Hanya Allah mampu membalas, moga kalian juga berjaya dunia dan akhirat.
- kamu~ Alhamdulillah..Bahagia milik kamu. Tersenyum tatkala bacaan doa dialunkan penuh penghayatan. Rindu alunan ayat-ayat Al-Quran dan nasyid yang indah daripada kamu. Moga Allah rahmati perjuangan dalam menyampaikan dakwah pada teman-teman =)
- sekarang adalah minggu study week, jadi kalau keje mengupdate entry semakin aktif bermakna sea_lavender sedang melepaskan tekanan heee ;D study week bermula 22 dis 12 - 2 Jan 13~~ duk sorang2 dalam bilik lagi la kan~~ ngeee
- beberapa hari lagi dah nak exam, usia pun bertambah. Ya Allah, jika usia dipanjangkan rahmati perjalanan hidupku dalam mendekatkan diri pada-Mu.
- exam bermula 3 Jan 2013- 19 Jan 2013. Doakan sea_lavender agar dipermudahkan dalam menghadapi final exams (n_n)
Tuesday, 20 November 2012
Cinta dan Kasih Sayang Itu Indah
Subhanaallah.. cinta dan kasih sayang Allah seumpama lautan yang terbentang luas.
Jadi mengapa kita masih menagih cinta dan kasih sayang manusia yang belum pasti bersama kita kelak??
renungan buat diri ..
melihat dengan mata hati :')
itu yang terbaik dalam menyakin kan diri terhadap segala kurniaan Allah..
Allah sentiasa ada bersama.. :')
p/s :
- sempat update entry walaupun kesibukan melanda diri dan dalam tertekan heee.. satu kepuasan bila dapat berkongsi.ni pun dalam bilik IT kat fakulti sambil buat2 assgments ;)
- "Ya Allah mohon agar dipermudahkan segala urusan dalam minggu ni yang terlalu banyak dengan komitmen persatuan dan fakulti. Assignments individu dan berkumpulan, kuiz dan ujian bertubi-tubi.. Amin Ya Rabb" segalanya amanah dan tanggungjawab yang digalas.
- kamu~ 5 Muharram 1434 Hijrah menceriakan diri ini kembali kerana kita seperti biasa kembali. Alhamdulillah. :) moga berjaya dengan apa sedang dijalankan. sentiasa mendoakan sebagai seorang teman.
Wednesday, 22 August 2012
:: Syawal 1433 Hijrah ::
Assalamualaikum.. Salam Lebaran Aidilfitri daripada sea_lavender buat tahun ini..Kita telah melabuhkan tirai Ramadhan.. kini Syawal disambut sempena kemenangan buat kita..
Salam Lebaran Aidilfitri buat semua umat Islam :)
ucapan khas buat mengenali diri ini
p/s
- entry ringkas buat teman2 sebagai tanda ingatan di Aidilfitri yang mulia ini..
- raya kali ini, sea_lavender dan keluarga beraya di Penang.. pada 2 Syawal 1433 Hijrah, tok(nenek) sebelah ayah sea_lavender telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua.. Usia arwah 89 tahun.. Allah lebih sayangkan arwah.. Moga roh arwah tenang dan ditempatkan kalangan mereka yang beriman..
- kamu ~ Moga Allah redha dalam segalanya..
Sunday, 22 July 2012
~Checklist ~
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah hari ni kita dah masuk 2 hari berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh mulia =) Allah berikan kita nafas untuk meneruskan kehidupan yang tidak tahu bila noktahnya berakhirnya..Moga kita diberikan masa dengan kesihatan yang baik untuk terus meningkatkan ibadah sebagai bekalan di sana kelak.. Insya-Allah... Ok sea_lavender nak kongsikan pic yang terjumpa di fb yang menarik minat untuk berkongsi sempena bulan puasa ini.. Jom kita buat checklist dengan berusaha laksanakan ibadah2 di bawah..
ni iklan Universiti yang terbaik jom kita sertai ;
KEMASUKAN BARU KE UNIVERSITI
Tarikh : 21 Julai 2012
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
C0urse wajib : Berpuasa
C0urse special : Terawih
C0urse tambahan : Bace quran, zikir, s0lat sunat, sedekah n etc
Kelulusan : Ijazah takwa
K0nvo : 1 Syawal
* Extra.. Tawaran melanjutkn pgajian ke peringkat master
c0urse : P0se 6 . . .
Jom join ! *Selamat Berpuasa ♥
dekat pic ni ada tentatif dapat kita ikuti, moga kita sentiasa dalam redha Allah.. =)
p/s
- sea_lavender harap apa yang dapat dikongsikan ni, sama2 kita dapat kerjakan..apabila kita baca Al-Quran cuba khatamkan.. Alhamdulillah semalam sea_lavender dapat abiskan Juzuk 1, hari ni sambung juzuk 2... moga dapat khatamkan.. =)
- sebelah malam ayuh kita kerjakan ibadat tarawih pula, hari pertama sea_lavender dapat berjemaah buat 8 rakaat + 3 witir coz surau dekat Perumahan Polis, malam kedua puasa,balik kampung dapat buat 23 rakaat.. Alhamdulillah.. namun tak kisahlah berapa pun rakaat yang dapat kita kerjakan yang penting usaha nak laksanakan ibadat ikhlas kerana Allah.. Insya-Allah... moga Allah redha dengan segalanya..
- "Kamu"- ini akan menjadi ingatan selamanya 'memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang sah dan halal itu bukan hak kita, jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki' seharusnya kamu juga begitu..hanya kamu dan Allah Maha Mengetahui segalanya bukan untuk semua yang belum pasti.. Moga Allah berikan yang terbaik =)
- Semoga amalan2 yang kita laksanakan ini dapat diistiqamahkan walaupun bukan di bulan Ramadhan.. Insya-Allah...Amin Ya Rabb... ayuh buat checklist!!
Friday, 20 July 2012
Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah petang ni dapat sea_lavender menaip untuk sampaikan ucapan
" Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" beberapa jam sahaja lagi kita dah boleh menunaikan tarawih
Insya-Allah moga Allah permudahkan segalanya~ entry ni jugak nak kongsikan fadilat berpuasa Ramadhan yang sea_lavender baca dalam surat khabar hari ni ^_^ sememangnya kita dah tahu namun ianya dapat menjadi panduan agar kita terus tingkatkan amalan ni seikhlas mungkin kerana Allah..
Fadilat berpuasa di bulan Ramadhan
- Dibukakan pintu langit
- Dibukakan pintu syurga
- Bulan yang penuh keberkatan
- Mempunyai satu daripada malamnya adalah lebih baik daripada 1000 bulan (Lailatul Qadar)
- Ganjaran berganda malam sunat sama ada dengan solat fardhu
- Solat fardu mendapat ganjaran 70 kali ganda
- Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga
- Bulan menambah rezeki
- Bulan keampunan dan makbul berdoa ( Doa yang paling makbul iaitu ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam)
Di sini juga sea_lavender a.k.a Syazwani Binti Mohamad ingin mengucapkan selamat berpuasa buat teman2 blogger mahupun sesiapa yang mengenali diri ini dan tidak lupa bagi semua umat Islam di dunia.. Moga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna dalam kehidupan dalam meningkatkan ibadah serta pengabdian diri pada Maha Pencipta.. Moga juga segala yang bakal dilaksanakan kelak menjadi istiqamah pada diri kita semua..
Insya-Allah..
Segalanya biarlah penuh tulus ikhlas kerana Allah SWT. Memohon kemaafan kekhilafan diri sepanjang ukhuwah yang terbina.. :)
p/s
- Moga segala amalan kita mendapat redha Allah dunia dan akhirat
- Jom kita tingkatkan amalan pahala.. Kita ada pilihan nak masuk syurga mahupun neraka. Sumber mencari pahala banyak. Ayuh tambahkan pahala.. Kita memohon hidayah Allah..
- "Kamu" - bisikan doa tidak putus agar kamu terus mencari Allah Yang Esa.. usah putus ukhuwah yang pernah terbina ; mereka yang memutuskan silaturrahim hatinya gelap.. Ingatan pada diri ini juga..
- Mudah-mudahan kita mendapat cahaya Allah sepanjang bulan penuh keberkatan dan rahmat ni dan berterusan akan datang sehingga menghembuskan nafas terakhir..
- Ayah sea_lavender demam 2 hari dah, Alhamdulillah hari ini dah beransur sihat, doakan agar terus sihat dan dapat mengerjakan ibadat dengan mudah.. Insya-Allah... :)
- Jom imarahkan masjid mahupun surau malam ni kerjakan Tarawih ;) tak sabar2 nak pergi dengan mak,ayah malam ni heee ;D
- Terima kasih teman2 yang mendoakan sea_lavender dapat peluang sambung belajar ke peringkat Ijazah.. Alhamdulillah dapat .. ;)
Friday, 4 May 2012
Air MaTa YanG Tidak DiTuntuT
Assalamualaikum semua.. apa khabar? lama benar sea_lavender tak mengupdate entry.. hampir 1 bulan 8 hari...huhu lama tu.. rindu sangat2 dengan teman2 blogger~~ maaf la banyak komitmen kena laksanakan walaupun telah tamatkan pengajian diploma..27 April 2012 yang lalu sea_lavender telah dapat keputusan semester akhir dan keseleruhan sepanjang diploma.. Alhamdulillah keputusan semester ini hampir seperti semester lepas yang benar buat diri ini bersyukur di atas usaha dan iringan doa kedua ibu bapa, kakak2, teman2 dan juga teman2 blogger.. syukran jazakaallah khairan buat semua =) cuma keputusan keseluruhan yang biasa2, heee namun Alhamdulillah Dia tetap memberikan yang terbaik ^__^
sea_lavender berpegang pada ini setelah memiliki hasilnya ~~
Benarlah, man jadda wa jada. Siapa berusaha pasti berjaya. Kejayaan ini hanyalah pinjaman dari Dia Yang Esa dan semua ini milik-Nya mutlak. Aku hanya insan lemah yang hanya tunduk pada-Nya..
baiklah sea_lavender tak nak berbicara panjang lagi..hanya entry kali ini sekadar berkongsi bacaan daripada sebuah buku ''TERAPI PATAH HATI'' ~~skop kecilnya air mata yang tidak dituntut... menarikkan?? yelah kita ni selalu je menangis tapi tak sedar ianya bermakna mahupun tidak kan? jom kita renungkan bersama :
- Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankan Allah yang telah menentukannya?
- Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan?
- Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Allah tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
- Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Allah.
p/s
~ maaf dah lama tak mengupdate..thankx bagi yang rajin menyinggah di sini~ line internet tak dapat la... sampai blog ni tukar setting pun tak tahu bila~~ ngeee loading bila nak mengupdate hehe =D
~ buat kamu : Alhamdulillah, tahniah kamu miliki keputusan yang terbaik.. Moga Allah meredhai-Nya dengan perjalanan kehidupan yang mendatang.. iringan doa sentiasa buatmu =)
~ sea_lavender sekarang join program Mini Tunas Mekar bawah UiTM dalam tempoh sebulan bermula 16/4-16/5 ni~ sea_lavender pilih pengusaha IKS dan berkhidmat heeee =D hujung bulan dapat elaun =) student2 uitm yg berminat join la kalau ada peluang~~ menarik2x dah jadi tauke bahulu ni.. hari2 buat bahulu dan hantaran... nanti ada kesempatan sea_lavender update pasal program yang dijoin ni...
~ baru ni dah pergi book fair kat PWTC beli banyak sangat2 buku hampir RM200 lebih + hadiah befday mak sea_lavender hujung bulan ni...nti sea_lavender nak kongsikan buku2 yang dibeli..
~ 27/4-29/4 : sea_lavender join Program OPKIM (Operasi Khidmat Masyrakat) = Bakti Siswa bagi u lain la.. erm dapat ibu dan ayah angkat heee dekat Kg. Senaling N9... sangat2 baik =) hari2 kol lepas dah balik rumah.. siap cakap sea_lavender minat memasak =_= loading heeee... ibu ni hebat buat kuih2 tradisional siap mengajar lagi tu.. orang kuat kampung dalam memasak ~~ Alhamdulillah.. pengalaman menarik =)
~ ok lah ada kesempatan sea_lavender update lagi ye teman2 selamat menjamu perkongsian ini... selepas ini sea_lavender pun tak nak lah menangis sebab di atas ~~ huhuhu... kena kuat dan yakin dengan segala pemberian Allah dan yakin Dia berikan segalanya adalah yang terbaik buat hamba-hamba-Nya...
''Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa titik-titik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT.''
Saturday, 24 March 2012
Lelaki Cantik VS Wanita Gagah
Assalamualaikum semua :) apa khabar? moga semua dalam keadaan sihat hendak-Nya..lama jugak dah tak mengupdate entry ni heee... konon sea_lavender ni sibuk dengan final exam la.. tapi sebenar sempat je blogwalking blog orang lain...hehe =D Alhamdulillah sea_lavender dah selesai 3 papers final tinggal 1 je lagi... 28Mac2012 ni.. ok la, boleh menjawab kesemuanya tak de la tinggal kosong, berlaku kesilapan pun adalah..namun apa2 pun sekarang tawakal pada Allah sahaja atas usaha yang telah terlaksana..doakan sea_lavender moga dipermudahkan paper terakhir nanti dalam menamatkan Pengajian Diploma.. Insya-Allah.. pagi ni sea_lavender nak kongsi kan entry pasal kriteria2 lelaki dan wanita yang patut kita perlu contoh sikapnya dalam meneruskan kehidupan yang kita sendiri tidak tahu bila akan berakhirnya noktah kehidupan kita... dah lama nak mengupdate topik ini tapi kesempatan masa untuk menaip tu je heee...
Lelaki Cantik VS Wanita Gagah
Kecantikan seorang lelaki buka kepada rupa, fizikal yang gagah namun lelaki cantik adalah :
- Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
- Lelaki yang sedia menerima segala teguran
- Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
- Lelaki yang tenang dan lapang dada
- Lelaki yang baik sangka
- Lelaki yang tidak pernah putus asa
Kecantikan seorang wanita bukanlah segalanya dalam kehidupan, namun kecantikan itu terpancar jika seorang wanita itu menjadi wanita yang gagah seperti :
- Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
- Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
- Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
- Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala kemahuannya
- Kegagahan wanita itu berdiri di atas teguh sebuah iman
p/s :
- sea_lavender terus niat nak mengupdate entry atas permintaan teman blogger baru adik Lisa Aleen .. hehe mekaseh menanti entry sea_lavender ^_^
- kamu : rasa pernah d post wall fb dan dpersoal kenapa dituju kepada kamu, hanya sekadar perkongsian seorang teman, namun akhirnya sea_lavender memadamnya ~~ Alhamdulillah semakin hari kamu semakin bahagia :) itu yang sea_lavender mahukan... apa2 pun jua jadilah lelaki cantik seperti buku pada kamu ''Lelaki dalam Al-Quran'' Insya-Allah..hidup kamu akan dirahmati Allah dunia dan akhirat.
- sea_lavender harap entry kali ini memberikan 1 perkongsian yang memberi kesan agar diri ini dan teman2 juga yang membacanya agar kuat, tabah dan dalam usaha untuk menjadi Lelaki Cantik dan Wanita Gagah seperti ini.. dalam usaha mencari redha Allah dunia dan akhirat... (n_n) sea_lavender juga ke arah itu~~
- ok la sea_lavender nak study untuk last paper.. lepas ni tak tahu bila lagi nak mengupdate entry..ni pun ada kat umah lec hehe =D sempat2 lagi pinjam lappy untuk buat entry pada teman2 ^_^
- semoga ianya bermanfaat pada 'Lelaki Cantik' dan 'Wanita Gagah' yang membaca entry kali ini ;) Insya-Allah..Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)














