Saturday 28 January 2012

Hadir Bahagia Akhirnya

Assalamualaikum semua.. Apa khabar? sihat? rindu sea_lavender dengan teman2 blogger semua.. da hampir seminggu tak update entry~macam2 berlaku..huhu..Alhamdulillah berusaha laluinya dengan sebaiknya... erm, entry kali ini akhirnya muncul bahagia juga dalam diri sea_lavender bagi sem 6 ni~ hehe =D tak de la bahagia mana pun sebenarnya~~ haa.. tahu kan mahasiswa2 dapat bauncer buku RM200~ sea_lavender apa lagi,punya la hepie, yahoo!!! dapat borong buku2 motivasi + Islamik + cinta-cintun a.k.a novel2 la~~ ske3x =D di kampus sea_lavender ada jadual tau pengambilan bauncer ini..agak geram juga la bila naik banner, batch sea_lavender kena dapat 31 Januari 2012~ huhu.. lama bebenor =_=' tapi sea_lavender dgn kawan2 saja m'gedik2 tanya tak boleh ambik awal di pejabat bendahari ?? alaaa da nak balik cuti smua konon senang la nak borong2..tengok2 dapat!! usaha itu tak sia2 (tengok2 tu? usaha tangga kejayaan dan hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih ~~ngeee hari ini segmen belajar peribahasa plak) hmm, puas ble dapat..da tak nak cakap panjang2 la, tengok pic2 da pOn boleh tahu~~hehe =D




haa..dapat terus masuk koperasi buku UiTM kampus Kuala Pilah, N9~
Terbaik semangat siap bergambar hehe =D
nak borong sume buku2~~
padahal keluar apa je dibelinya~
buku banyak yang sama je =_='



ni sea_lavender punya ok !!
yang tak tahan tu
nama pelajar : wanieysmile0201.blogspot.com
a.k.a tuan blog ni~~ngeee ;p

ok itu bahagia dapat bauncer, ni plak bahagia dapat bertemu dengan teman yang punyai hampir sama nama dan sentiasa bersama saat suka duka tika dulu dan kini~~ Alhamdulillah... =') ~ nak kasi intro pasal teman sea_lavender ni~ sea_lavender berkawan dengan dia sejak masuk universiti di semester 1 lagi, waktu tu di Kampus satelit,Kampus Alamanda , UiTM Shah Alam...nama dia Syazwani bt Mohamad Nazri~~ haaa da hampir sama dengan sea_lavender cuma nama ayah dia lebih sikit hehe =D ~ Sama kelas daripada semester 1-3 kenangan kelas terakhir waktu semester ade wat mock meeting sama2,ingat lagi entry ni : ''mock meeting''



kenangan ketika semester 3 bermula
di Kampus UiTM Kuala Pilah,N9
dah semester 1 dan 2 di Kampus Alamanda..
dan semester terakhir buatmu teman~
yang sedih ble teman sea_lavender ni sambung fast track yg dalam sistem UiTM tu,
yang lepas semester 3 sambung ijazah terus di semester 1 di UiTM Seri Iskandar.. Alhamdulillah.. kteorang sama2 dapat peluang
menyambungnya di sana dengan kos yang sama (^_^)
namun sea_lavender teruskan perjuangan diploma di sini~~
namun kami masih berhubung tika saat suka duka bersama
ini kerana sea_lavender sayang teman ini kerana Allah..
ukhuwah filillah.. n_n

19 Januari 2012 teman sea_lavender ni datang kampus kerana ada urusan yang perlu diselesaikan di bahagian HEA,HEP,urusan kolej yang masih tak diselesaikan waktu dia pindah dulu..bermalam di kampus sea_lavender duk bilik sea_lavender =) ~ malam tu story mory2.. sweet sangat.. dia banyak memberi kekuatan agar sea_lavender kuat lalui hari2 akan datang.. Alhamdulillah..rasa bahagia + tenang saat itu bersama seorang teman, muslimah yang ilmu agamanya lebih daripada sea_lavender =') pagi tu sama2 bangun tunaikan tahajud sebelum menanti subuh di pagi Jumaat 20 Januari 2012~ Alhamdulillah... then pagi tu awal2 teman dia waLaupun ada kelas~~ hehe =D dah masuk kelas sea_lavender cepat2 cabut sekejap bagi thu lec kata nak jumpa kawan dari jauh nak balik~~ sempat bergambar hehe =D













p/s
  • saat mengarang ini diri sea_lavender tersenyum bahagia ^_^ Alhamdulillah.. mungkin kerana entry bahagia~
  • namun semalam tanggal 28 Januari 2012 akhirnya sea_lavender tewas dengan emosi sendiri kerana kamu telah merungkai segalanya..'' Ya Allah ampunkan hamba-Mu ini dan berikan la kekuatan untuk lalui hari2 akan datang... ='(
  • buat kamu : Alhamdulillah.. telah temui bahagia kamu akhirnya.. hargailah apa yang berada di depan mata~hentikan harapan dengan agama kamu pada mana insan2 bergelar hawa agar mereka tidak berdukacita dengan tindakan kamu kelak.. kamu mungkin utusan Allah buat sea_lavender m'hijrahkan diri ini ke jalan yang diredhai Allah.. Insya-Allah..
  • buat si kecik : syukran jazakaallah hadir beri kekuatan dan membuka mata tentang kehidupan..dan hargai perkenalan kita sebagai teman~
  • buat teman yang diceritakan di atas : terima kasih atas kata2 semangatmu akan menjadi kekuatan buat diri ini.. Insya-Allah....
  • status di fb sebagai kekuatan :

Hari ini jaga tiga perkara~
1. Apa kita kata pada diri kita..
2. Tenaga positif atau negatif..
3. Pentingkan diri sendiri atau fikir nak beri manafaat kepada orang lain.. ♥ ♥ ♥ Prof Dr Muhaya
dan saya cuba untuk bersemangat dan kuat pada diri + tenaga positif + manfaatkan orang lain...Insya-Allah untuk hari ni dan akan datang ..


mood bahagia + down ~ berusaha menenangkan diri
Al-Quran penawarnya..Alhamdulillah~~ terus untuk dekat pada Allah..
doakan agar diri ini kuat...Insya-Allah... (^^,)






Saturday 21 January 2012

Ombak Rindu Versi Islamik

Assalamualaikum semua~ entry perkongsian daripada sea_lavender lagi hehe =D ~~ Pagi tadi bangun2 buka fb tengok saudara Hami Asraff update blog terus nak kongsikan entry tu juga walaupun orang kata dah berkurun ke apa~ sea_lavender nak kongsikan bersama (n_n)


TUHAN tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintai-MU seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa neraka-MU

TUHAN aku tahu byk dosaku
hanya ingatkan-MU kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cinta-MU

ALLAH..ampunkanlah hamba-MU (dosaku)
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku takkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

ALLAH..jatuh air mataku
dan terus mengalir mengiringi doaku
ALLAH..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

p/s

  • 1st time dengar lagu ini~ menangis sea_lavender ='(
  • Alhamdulillah lagu ini menyentuh jiwa, sebak sekali malu dan kerdil di sisi-Nya..
  • kamu dan si kecik juga sea_lavender tujukan kerana suka sangat pada versi Melayu sekarang kita beralih kepada versi Islamik.. Terbaik sekali~
  • terbaca ini : mencintai orang yang tidak cintai kita itu sia-sia, mensia-siakan orang mencintai kita adalah bahaya =_=
  • dan ini juga~~Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.. Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya.. Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya.. Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu.. Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu..
  • jom kita lagu dengar penuh keinsafan ini~




mood : keinsafan dan seronok dapat berkongsi bersama ^_^

Menarik

Assalamualaikum semua.. ok2 petang ni tak nak berbicara panjang, sea_lavender sekadar nak kongsikan lagu yang menarik~ tadi tengok ada orang post d fb~ jom hayati liriknya :

Kau sangat istimewa
Kau tiada duanya
Yang menghangatkan jiwa

Kita telah dipertemukan
Bagai novel cinta
Indahnya cuma kita yang rasa

Tiap saat bagiku ingin menyintaimu
Tak pernah kau kulupa Selalu ku hubungi mu
Kau pun jua begitu bicara soal rindu
Katakan apa saja pasti kita sama setuju

Namun mengapa sejak kelmarin
Engkau mendiamkan diri sepi dariku
Kucuba menghubungimu tapi
tiada jawapan yang kuterima
Hanya suara wanita yang berkata
Sila hubungi semula

Mengapa apakah yang terjadi antara kita
Tidak pernah aku sedikit pun untuk
Cuba mengguris apatah lagi cuba menyakiti hatimu
di manakah ruang itu yang kau mungkin pernah
cuba untuk menjelaskannya padaku

Masa berganti waktu
Kuharapkan namamu
Kan muncul menyerikan
Paparan panggilanku

Namun hampa yang kutemu
Bila tiap mesejku
Tak sampai kepadamu
Katanya message undelivered


p/s :

  • maaf petang sea_lavender kongsikan lagu yang mengusik jiwa kot yang sedang berpasangan~ hehe =D
  • sekadar berkongsi.. ntah menarik la .. comey2 bait2 liriknya~(n_n)
  • sea_lavender ada tujukan lagu ni pada kamu, maaf sekadar suka2 tak de niat lain~ maaf la jugak kalau rasa sea_lavender suka sangat kusutkan diri kamu.. tiada niat apa2 pun hanya ingin lihat kamu bahagia...
  • status ni sea_lavender terus letakkan d fb apabila lihat kamu telah temui kebahagiaan.. Alhamdulillah...

''nikmat bahagia apabila orang yang kita sayang dan hargai juga sedang berbahagia, Alhamdulillah..''

  • ni status awal2 pagi tadi terbaca artikel pandangan Iman Al-Syafie tentang CINTA ~

Imam Al-Syafie :

*Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

*Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

*Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

itulah diri ini cuba lakukan dalam menjalinkan persahabatan mahupun perhubungan (n_n) Insya-Allah..

  • ok2 lagu ni dah masuk dalam list lagu sea_lavender ~ tapi paling bawah sekali hehe =D lagu baru..jom layan



mood: bahagia.. Alhamdullillah.. kerana kamu telah bahagia.. ^_^
sambungan kebahagiaan di entry berikut~

Tuesday 17 January 2012

Kesepian Pada Diri Namun Yakin Allah tetap Bersama.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum semua.. sihat??moga semua dalam keadaan sihat serta dirahmati Allah...muncul lagi entry petang daripada sea_lavender hehe =D ~ wah terlebih rajin kan?? alahai..padahal boleh je setiap hari nak berentry ni coz sea_lavender kelas banyak pagi je except hari Isnin ada 1 je kelas petang yang lain hari2 kelas 8-12 tghari je~ =) petang ini, luahan rasa saat kini dan akhir2 ini, jujur katakan sea_lavender terasa kesepian sekali namun tidak tahu mana puncanya.. dah macam2 cara untuk membuatkan diri ini gembira dan bahagiakan diri..hanya semua itu hadir sementara dan hilang sepi apabila dalam keadaan kesibukan melanda diri.. namun, Alhamdulillah dan bersyukur sekali kerana sea_lavender yakin Allah sentiasa bersama dalam membuang kesepian pada diri ini =) contoh hari ini,habis kelas terus makan,rehatkan diri,basuh2 baju, solat Zohor dan capai mashaf biru kesayangan,baca beberapa halaman,sangat tenang jiwa dan rasa bahagia sekali.. Alhamdulillah... =) ni sea_lavender terbaca di fb ~ Aku.Islam.com ~ suka sangat =D

“Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan…
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu…
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan…
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu…
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan…
Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu…
Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai…
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu…
Yang bukan HANYA kerana apa yg ada padamu…
Tetapi apa adanya dirimu…
Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK…
Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya… INSYA-ALLAH…”

p/s


  • jika apa2 pun perasaan yang kita rasai dalam diri, yakinlah segalanya dari Allah buat kita agar kita mengenal erti bersyukur dan m'hargai kurniaan nikmat-Nya.. Alhamdulillah... dan yakinlah bahawa Allah senantiasa bersama kita tatkala suka dan duka =)
  • esok pagi test Principles and Pratices of Selling~ doakan sea_lavender.. lepas abis taip entry ni nak baca buku~~hehe =D
  • kamu singgah di blog yang tidak seberapa ini, mungkin hanya sekadar m'approvekan komen diri ini padamu~ buatmu : kuatkan la diri dan istiqamahkan la apa yang ada pada diri kamu ketika diri ini mengenal kamu.. jangan biarkan perasaan terlalu menguasai diri kamu, Allah ada bersama kamu,yakinlah =) bisikan doa diri ini buatmu agar kuat dan teguh dengan pendirian pd Illahi dalam melalui apa2 jua~ Insya-Allah..
  • lagu2 baru juga di blog sea_lavender..selamat layan hehe =D lagu2 jiwa sea_lavender =)
  • sekarang pun sedang layan jiwa~~ ngeeee...

mood: kesepian tetapi yakin Allah bersama.. Alhamdulillah...

Sunday 15 January 2012

Kursus Kahwin

Assalamualaikum semua ~~entry petang daripada sea_lavender.. hehe =D yela sea_lavender ni jarang layan blog petang2 ni~ hanya sekadar berkongsi rasa hati.. nak join kursus kahwin ~ wah dah bersemangat lebih2 plak ..konon dah ready la, padahal m'gada2 je tu~~ngeee..tadi waktu lunch pergi kafe seorang kawan kata '' nanti di kampus nak wat kursus kahwin'' nak join tak?? aku terus je jawab nak2x ~ pelik aku dengan diri sendiri senang2 je jawab g tu~~ dalam hati bukan berani pun..yela tahu2 pasal kursus kahwin ni macam2 akan ditanya..ilmu di dada ni pun belum tentu cukup nak melaluinya~~ apa pandangan anda tentang kursus kahwin??

p/s

  • mulut kata nak je, hati belum bersedia ~
  • mendoakan perjalanan kamu selamat dan urusan kamu dipermudahkan Allah.. Insya-Allah..
  • bagi sea_lavender dah ambk awal2 ''kursus kahwin'' ni akan memudahkan lagi urusan bila dah nak kahwin kan?? tak payah sibuk2 nak pergi dengan bakal suami
  • mendalami ilmu2 agama terlebih dahulu sebelum menghadirinya..Insya-Allah... akan ambik peluang jika di kampus akan jalankn =_=


Gambar di ambil dalam Pusat Islam At-Taqwa selepas pulang kelas Jumaat 13.1.2012

yang penuh presentations bagai~~ =_='

dah boleh la jadi calon isteri solehah ~~ terbaik...

hehe =D sekadar suka-suki di petang hari

MOOD : kahwin ~ kui3x =D


IsTiQaMaH

Assalamualaikum semua.. haaa pe khabar semua?hari ini sea_lavender nak kongsikan tentang istilah istiqamah yang selalu kita sebut2kan..~~kerana diri ini juga ingin kekuatan dalam usaha mengistiqamahkan diri dalam melaksanakan sesuatu yang baik kepada-Nya.. Insya-Allah.. mari kita sama2 terokainya daripada pelbagai aspek maksud,unsur2,contoh amalan

PENGERTIAN ISTIQAMAH

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

  1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .

(Surah Fusilat Ayat ' 6)

Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)

(Riwayat Muslim)

Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

Ruang lengkap Istiqamah

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:

Contoh Istiqamah

  1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
  2. Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
  3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.

Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.

Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.

Antara panduan untuk mendapat istiqamah itu :
  • Banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas kita akan teringat pada visi.
  • Berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. Kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.
  • Untuk kita beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa.
  • Apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat. Jadi ianya seperti kita memberi ganjaran atas usaha yang kita laksanakan.. Insya-Allah biarlah ianya ikhlas kerana Allah.
  • Berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.
  • Bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah :
‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu'


Tahap-tahap Istiqamah ~

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:

  1. Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.

(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )

Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

  1. Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik.

Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:

(Surah Ibrahim ' Ayat 27)

Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....

  1. Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redha Allah. Dengan kata-kata lain istiqamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.

p/s :

  • Alhamdulillah..akhirnya sea_lavender dapat kongsikan juga artikel berkaitan ''ISTIQAMAH'' .. ini melalui pembacaan sendiri dan unsur copy,paste dan editing masih ade ye~~ hehe =D
  • buat kamu : teruskan perjuangan dalam mendekati dirimu pada Pencipta.. sedia hadir tatkala kamu memerlukan..doa pada kamu sebagai kekuatan dalam mengistiqamahkan yang terbaik dalam diri tak pernah lupa untukku panjatkan senantiasa.. yakinlah Allah sentiasa bersamamu..kuat dalam mengharungi segalanya..senyumanku terukir apabila kamu kuat dan bahagia bersama insan tersayang =)
  • kita akan bahagia melihat orang disayangi dan dihargai kecapi bahagia.. Alhamdulillah..
  • ni status aku d fb sebagai kekuatan diri~~

~Sekalipun aku tidak mampu menjadi spt madu yg m'yembuhkn byk pnyakit,namun jgn jadikan aku s'umpama racun yg bisa m'bunuh,yg bisa m'jalar d stiap jiwa

~Apabila teman perlukan kekuatan kita harus ikhlas memberi tanpa m'harapkan balasan mahupun ganjaran, cuba untuk setia dan menghargai...


Friday 13 January 2012

BISIKAN HATI

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah... sea_lavender bersyukur sekali di atas nikmat Allah kerana memberi peluang untuk meneruskan saki-baki kehidupan yang tidak tahu mana mahupun bila ianya akan berakhir dengan noktah..Pagi yang hening dan mulia merupakan Penghulu segala hari.. indah sekali =) hari Jumaat bersamaan 19 Safar 1433 Hijrah...hari ini kelas sea_lavender jam 8 pagi-12 tengahari~ 2 subjek dan 2 presentation bagi setiap daripadanya...huhu gelabah la juga persediaan cam kurang je~

  • Principles And Pratices of Selling ~ Present product jadi sea_lavender pilih promosikan tudung ''Bawal 2 Tones'' dan ''Food Supplement ~ VCO'' ..Semua ni dah pernah berniaga so senang la nak present hehe =D doakan ye dapat buat terbaik.. hari ini berjubah dan pakai tudung nak dipromosi..nak menarik minat kenalah menggayakan dulu~ ade buat page juga nak test market ~~ jom klik ramai di facebook '' Istana Lavender Collections'' baru je buat page ni~~
  • International Business ~ Present chapter 7: Foreign exchange.. risau sea_lavender agar sukar la chapter ini..coz tak minat kot ~~ngeee..doakan sea_lavender


potongan ayat Al-Quran nak dikongsikan hari ini :

( iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah hati mereka akan bergetar, orang yang sabar atas apa yang menimpa mereka dan orang yang melaksanakan solat dan orang yang menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka : Al-Hajj ; 35


kefahaman sea_lavender membaca tafsiran dan mendengar dalam sebuah ceramah motivasi ~ semua ini adalah sebahagian ciri2 muslim sejati ke jalan Allah.. moga2 kita tergolongan dalam kalangan ini =) Insya-Allah.. selamat beramal


p/s : semakin hari, semakin merindui saat itu, namun kebahagiaan terukir apabila aku terus mendekatkan pada-Nya..Alhamdulillah..cukuplah harapan buat insan2 lemah..tidak mahu ianya berlarutan pada yang lain...moga hari ini lebih baik daripada semalam =_= Insya-Allah



Wednesday 11 January 2012

Doa tatkala bicara jodoh dan teman ke syurga

Assalamualaikum semua..pagi ini sea_lavender ingin kongsikan doa yang dapat kita amalkan bagi mereka yang bicara soal jodoh~

Ya Allah,
Andai dia yang Engkau takdirkan untukku,
Maka jadikanlah dia jodoh yang terbaik untukku dunia & akhirat,
Jadikanlah dia zauj yang soleh,
Zauj yang mampu membimbingku menuju Redha-Mu,
Zauj yang mampu membangkitkanku untuk bersujud di sepertiga malam-Mu..

Ya Allah,
Engkau jadikanlah aku isteri yang solehah,
Penggerak jihad seorang suami,
Pembangkit semangat buat si dia yang telah Engkau pilihkan untukku,
Dan penyejuk hati buat imamku..

Ya Allah,
Engkau jadikanlah cinta kami ini hanya kerana-Mu,
Jadikanlah ad-din yang ada pada diri kami ini sebagai PENGUAT cinta,
Dan tautkanlah cinta kami hingga ke Jannah-Mu..
Amin Ya Rabbal Alamin..


P/S :
  • Hanya doa pada Pencipta Yang Esa yang mampu sea_lavender utusan buat kamu sehingga kini... Sesungguhnya Hanya Dia Maha Mengetahui isi hati ini...bukan 1 pengharapan dan kekecewaan namun mungkin ianya masih memerlukan masa atas segalanya...
  • sekadar perkongsian doa buat teman2 bagi mereka kadangkala bicara tentang jodoh dan tak mampu untuk bicara lebih kerana yakin, bahawa ''Jodoh urusan Allah''
  • doa sea_lavender pada-Nya~~''Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang lemah mengharapkan yang terbaik buat diri ini, jika Engkau berikan disebaliknya sudah pasti ada hikmah-Mu bagi mentarbiah diri ini...kuatlah aku tika kini dan selamanya...''
  • kata seorang teman buat diri ini ''jika awak adalah masalah cinta dan hati, Allah sedang mentarbiahkan awak'' ~~ aku terus merenung ke langit saat itu kerana malu dan berasa kerdil sekali pada-Nya..kerana kadangkala sea_lavender tidak kuat, terima kasih buatmu teman atas ingatan itu...
  • akhir ini kadangkala sea_lavender terasa kesepian dan kerinduan sekali, namun sea_lavender yakin Allah sentiasa bersama dalam melalui hari-hari ini dalam menyelami perasaan kerana Dia Maha Pemberi atas segala perasaan itu..
  • kongsikan lagu yang penuh bermakna dan penuh rindu buat diri ini...



lagu sangat bermakna dalam hidup sea_lavender , penghayatan liriknya =)
terima kasih kepada kamu kerana pernah tujukan pada sea_lavender : Puteriku Sayang ~ pernah post entry lirik ini saat ditujukan~~
benar2 kekuatan bagi seorang wanita~~

cerdit to '' Pakar Diari Hati '' ~

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu".

Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

  • wah sea_lavender dan macam mood jiwang je kan~~ tak delah sekadar berkongsi je hehe =D renungan bersama ^_^
  • ini status sea_lavender d fb pagi : sekadar santapan rohani ;


Kadangkala lebih baik membiarkan ''kesedihan'' itu hadir dalam diri,jika itu yang dapat ‘membawa’ pulang HATI ini pada Allah, daripada ''kegembiraan'' yang ‘melarikan’ kita jauh daripada Allah..mungkin dengan kesedihan itu yang menjadi ‘magnet’ untuk terus mendekatkan diri pada Allah..dan mungkin kesedihan itu jugalah yang menjadi ‘parut luka’ yang mengingatkan Allah sentiasa ada, saat kita SUSAH dan SENANG..saat kita GEMBIRA dan BERDUKA~