Sunday 30 December 2012

Mood Exams & Last Entry 2012

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah-Nya masih mampu mencoretkan entry untuk kali yang terakhir bagi tahun 2012  =) malam ni terus tangan ni gatal-gatal nak taip entry. konon ada la kan yang nak membacanya?? ~~ heee :D  tak kisah la kan ada orang baca ke tak yang penting sea_lavender gembira dan bahagia =)  kali ni just nak kongsi gambar-gambar yang sea_lavender ambik apabila dah bosan dan tak de kerja sangat hehe :D  kat sini juga sea_lavender nak wish selamat menduduki peperiksaan buat teman2 yang akan ambk exams ~~ haaa jom kita tengok gambar-gambar sepanjang minggu "Study Week" ni~~ huhu


 Sebahagian status fb ; Saya Syazwani Mohamad memohon kemaafan kepada teman-teman sepanjang ukhuwah terbina. Halalkan segalanya :) Best of luck for final exams bagi teman-teman yang akan ambil exams ye.. Moga Allah permudahkan dan berikan kejayaan buat kita. In Shaa Allah. Ikhlas diri dalam mengulangkaji pelajaran kerana Allah. Pasang niat baik2 :)

sea_lavender akan deactived fb seperti zaman2 study dulu apabila final exams ~~
 2 Jan 2012 tepat jam 1800
teman2 usah lupa pada restu ibu bapa, pensyarah2 kita  ye~~



 Haa nampak tak punya semangat ambik kertas A4 tulis tips ulangkaji  dengan 
warna-warni nak kasi semangat sikit diri ni heee :D sebelum nak exams. 
hari-hari pandang sedarlah, sikit dan sebagai ingatan diri~~ muhasabah2x !!


taaaa daaa ni jadual final exams sea_lavender yang highlight kuning tu paper akan ambk~
3 Jan -OSM455, 13 Jan- OSM404, 15 Jan- MGT 532, 17 Jan- OSM402, 19 Jan- OEM401
jadi hari yang lain2 sea_lavender susun jugak untuk study2 ~~ merancang2x 
Alhamdulillah dah berlalu seminggu terlaksana juga =)



ok ni slip peperiksaan siap sign lagi~~ semangat2. fighting!!! nanti nak masuk dewan peperiksaan kena bawa
no pelajar, no ic,kos dan alamat dipadamkan~ nanti ada nak masuk meminang plak hehehe :D 
Merepek sudah =_='


mood setiap pagi katil mesti kena kemas baru semangat nak belajar hehe :D


Ok sebab paper yang pertama berkaitan dengan komputer jadi lappy ni sentiasa tak bertutup heee :D
desktop background semangatkan diri dan yakin Hanya Allah segalanya... =')  dengan suasana exams tertekan semua, cara yang terbaik adalah mendekatkan diri kepada Allah.. namun bukan tika susah sahaja namun pastikan la tatkala gembira juga sentiasa bersyukur kepada-Nya...


nampak tak kat situ cahaya  matahari masuk bilik ~~ 
suka3x coz duk kat kampus ni tak bersukan pn~



meja belajar yang serabut ~~ hee milo panas untuk sarapan setiap pagi sebelum belajar...
gambar family akan ditenung setiap kali belajar.. serius rindu family :'(


ni jumpa dalam mr. google~~ dah macam tulisan sendiri pun ada hehe :D
sentiasa semat setiap kali niat nak mula belajar. Pesan seorang teman juga
 " ingat belajar tujuan kita belajar, nak mencari kerredhaan Allah dan menghilangkan kejahilan dalam diri " suka kata-kata ni~~ terima kasih Cik Haslina  atas ingatan(n_n)


p/s 

  • Alhamdulillah dapat berkongsi bagi entry terakhir di tahun 2012~~
  • Best of luck bagi teman2 yang akan ambk final exams =)  niat segalanya kerana Allah.. pesanan penaja ; Cik Syazwani Mohamad a.k.a ~ sea_lavender 
  • kamu~ Moga dipermudahkan dalam segala urusan dan Allah redha atas perjuanganmu. Mungkin ni adalah kali terakhir berbicara tentang kamu. Tutup cerita mulakan lembaran baru. Semoga Allah berikan bahagia buat kamu =)
  • esok dah 31 Jan 2012, lusa dah tahun baru 2013, hari berikutnya usia meningkat. Jika Allah panjangkan usia. 3 Jan 2013 berperang di medan perang heee :D dah macam serikandi yang nak berjuang plak >_<
  • Ok malam ni study2x ~fokus!!! sepanjang tak balik rumah ni dan minggu exams akan telefon parents hari2 la~~




Thursday 27 December 2012

Tips Hijrah Diri

Assalamualaikum semua.. Subhanaallah petang yang damai. Alhamdulillah setelah usai menunaikan solat asar sea_lavender terdetik hati nak berkongsi dengan teman2 tips hijrah diri apabila terbaca di facebook~ lagi2 hari ni dapat plak panggilan seorang teman semasa diploma yang sama-sama bertugas dalam sekretariat mahasiswa fakulti pengurusan perniagaan =) serius memang tak sangka. sekarang dia menyambung pengajian degree di UiTM Dungun dalam jurusan Finance ~

erm, boleh plak dia kuar statement dan tanya ;
  • " wani dah berubah la haha",
  • blh  tanya?apa yang buat berubah?
  •  blh kongsi~ eleh2 inbox kena la berkongsi pengalaman
  • "lorw nampak sangat dah berubah.
  • mesti dah pakai tdung labuh kan~~ 
dalam lama berbual -bual itu sea_lavender kongsikan lah pengalaman apa yang dilalui dalam mendekatkan diri kepada Allah.. Alhamdulillah segalanya pemberiaan-Nya yang tidak ternilai =')  ni sekadar berkongsi tips hijrah diri yang juga sea_lavender amalkan sebahagiaannya sebelum terbaca gambar ni atas kekuatan dari-Nya =') inilah tipsnya ~~


  • niat kerana Allah bukan atas sebab kerana manusia
  • letak target kita dalam apa-apa jua tindakan
  • mencari suasana dan rakan yang baik
  • bersabar dengan cemuhan orang sekeliling kita
  • berdoa kepada Allah sebagai kekuatan untuk penghijrahan ini




moga bermanfaat buat teman-teman =)




semat dalam hati  kita. Allah sentiasa bersama kita tatkala susah dan senang =')


p/s :

  • Alhamdulillah puas dapat kongsikan dengan teman-teman yang sudi membaca :)
  • kamu~ seringkali berbicara tentang kamu pada teman-teman sebagai ikutan yang baik dalam berdakwah =)
  • ok sea_lavender dah kongsikan tips hijrah kat sini jadi nak kongsikan link  TIPS ISTIQAMAH  dalam amalan-amalan kita daripada cik fara sayang sea_lavender  (n_n) heee mekaseh cik fara ;)
  • usah menilai diri sudah cukup baik, diri ni juga dalam proses penghijrahan dalam terus mendekatkan diri pada yang Maha Kuasa demi menggapai redha-Nya dunia akhirat...
  • ok2 semangat sambung study nie.. hee dah dapat kongsikan~  

Wednesday 26 December 2012

6 Perkara Allah Sembunyikan Pada Kita


Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. hari ni kita masih bernafas untuk meneruskan kehidupan.. segalanya kuasa Allah SWT :') ok. entry pagi ini sekadar berkongsi apa yang sea_lavender terbaca semalam.. Jom kita hayati kisah ini dan ketahui apa yang Allah sembunyikan pada kita. Agar kita terus mendekatkan diri kepada-Nya.. entry ni kira salin dan kongsi heee =D

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai daripada solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat Syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan'

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan Redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan Murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan Nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Subhanaallah lihatlah Allah benar sayangkan kita sebagai hamba-hamba-Nya =') 6 perkara sembunyikan pada kita bukan secara halus, namun segalanya ada depan mata kita. Amalan kita dapat tentukan segalanya. Yakinlah segalanya pada Allah SWT. Apa yang sembunyi itu Keredhaan-Nya, Kemurkaan-Nya, Indah Nama-Nya, Lailatul Qadar, Ibadah iaitu solat kita, dan tarikh kiamat. Ingatan bersama, Allah sentiasa sayangkan kita  =') 


# Sekarang sea_lavender tengah dengar ikim fm sesi bersama Prof Dr. Muhaya pesannya ~


Fokus kita kepada Allah. Jadikan Allah sahaja tempat bergantung. Usaha sentiasa berada di zon Allah. Yakin dengan doa kita :')



  • Alhamdulillah dapat kongsi dengan teman-teman.. mood tengah nak study2 rasa nak share :) moga ianya bermanfaat
  • kamu~ semoga berjaya dalam apa yang diceburi dan dalam lindungan Allah di mana jua 
  • tinggal beberapa hari dah nak mula exam~~ chaiyok2x buat teman2 yang nak exam best of luck =)

Tuesday 25 December 2012

Konvokesyen UiTM Ke-77


Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah bertemu kembali dalam dunia maya ni bersama sea_lavender.. wah dah ingat segmen apa je ntah tadi kan~~ yela dah 24 hari tak update entry ni... huhu kesibukan melanda diri. Post kali ni sekadar berkongsi kegembiraan diri ini setelah 3 tahun dalam menjejak ilmu dan akhirnya menggengam segulung ijazah di peringkat diploma. Walaupun cerita ni dah nak hampir sebulan tapi nak berkongsi kerana ucapan sejuta terima kasih buat yang telah memberi inspirasi dan bantu =)
 ~~ Alhamdulillah akhirnya Allah berikan ini. Gambar menceritakan keceriaan diri =') 



Bergambar setelah dapat jubah heee :D
testing2 wink >_<


Hadiah pengorbanan mak dan ayah selama ini =')
Dari jauh mak ayah datang - Penang ke UiTM Shah Alam
terima kasih mak ayah jasa dan pengorbanan selama ini tak terbalas
 namun segulung ijazah ni buat mak ayah.
doakan perjalanan anakmu di perjalanan menuntut ilmu kini.. =) 


Alhamdulillah selama 3 tahun kini sea_lavender bergelar graduan diploma, 
dan sebagai Alumni UiTM  =)
UiTM Di Hatiku 


keluarga pemberi inspirasi tatkala susah dan senang
 selama ini: terima kasih mak, ayah, kak long dan kak ngah =') 


2 jambak bunga segar  pemberian kakanda2 kesayangan
 sea_lavender
mekaseh sangat2 dapat datang dan bagi bunga heee :D


 ni pemberian daripada Cik Fara sayang~~
kata cik fara sye bagi bunga ni supaya tak layu heee :D 
sentiasa segar je kan? hehe =D
thankz a lot, datang jauh2 ke puncak alam
hulurkan sejambak bunga walaupun 2, 3 hari lepas konvo sye =')
sangat menghargai :

ucapan tahniah pada kertas kuning tu ; 
Congratz2.. Alhamdulillah.. Tahniah. Semoga terus suksess 
Thank Love ; CIK FARA =)

mekaseh cik fara, moga ukhuwah terbina dirahmati Allah.


 p/s


  • Alhamdulillah sea_lavender dapat update entry kali ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terkira pada mereka yang memberi inspirasi, semangat dan segalanya tatkala jatuh dan bangun dalam menyusuri kejayaan =) terima kasih atas doa kalian. Doakan kejayaan akan datang buat diri sea_lavender.. Hanya Allah mampu membalas, moga kalian juga berjaya dunia dan akhirat.
  • kamu~ Alhamdulillah..Bahagia milik kamu. Tersenyum tatkala bacaan doa dialunkan penuh penghayatan. Rindu alunan ayat-ayat Al-Quran dan nasyid yang indah daripada kamu. Moga Allah rahmati perjuangan dalam menyampaikan dakwah pada teman-teman =)
  • sekarang adalah minggu study week, jadi kalau keje mengupdate entry semakin aktif bermakna sea_lavender sedang melepaskan tekanan heee ;D study week bermula 22 dis 12 - 2 Jan 13~~ duk sorang2 dalam bilik lagi la kan~~ ngeee
  • beberapa hari lagi dah nak exam, usia pun bertambah. Ya Allah, jika usia dipanjangkan rahmati perjalanan hidupku dalam mendekatkan diri pada-Mu.
  • exam bermula 3 Jan 2013- 19 Jan 2013. Doakan sea_lavender agar dipermudahkan dalam menghadapi final exams (n_n)





Saturday 1 December 2012

Pengalaman Menarik dan Manfaat =)


Assalamualaikum semua. Hari ini dah 1 Disember 2012.. Subhanaallah.. cepat benar masa berlalu untuk tahun nie..Sekadar nak kongsikan pengalaman hujung minggu yang lalu dengan gambar-gambar yang ada =) Bermula 23 Nov-25 Nov 2012 yang penuh manfaat dan menambah pengalaman hidup ini.. tengok2 gambar-gambar~~

23 November 2012- sea_lavender telah join program yang dianjurkan senior kos iaitu Night Run Puncak Alam 2012. Menarik pada waktu malam. Program ni ada 2 bahagian ; Pertandingan larian 10 km dan Larian 5 km. Dah pasti sea_lavender pilih yang sikit tu hee ;D


Tengok tengah lari pun sempat ambik gambar lagi.. sea_lavender tak join yang 10 km ni coz dah lama tinggal zaman lari2 nie~~


nampak tak orang dalam bulatan putih tu siap buat peace lagi ;p (da macam pesalah je hee) gembira sangat la tu..coz lepas sampai persimpangan yang cukup 2.5 km kot tak silap waktu tu hee ;D Alhamdulillah.. berjaya menamatkan larian 5 km malam tu dengan jayanya.. walaupun da lama tinggal zaman larian jauh2 ni.. dulu sekolah menengah merentas desa wajib join menang top 3 hee ;D coz ske ;)
program ni memupuk budaya hidup sihat dan santai di waktu malam hehe ;D


 24 November 2012- Ada kelapangan minggu ni terus isikan masa dengan join Program Penyembelihan Secara Halal. Menarik dan banyak input sesi teori disampaikan. Hari tu ada teori dan pratikal sea_lavender join je walaupun tak sempat bagi nama.. Selama ni tengok je orang sembelih2 ni kan, hari tu belajar sembelih bagi yang nak buat, sea_lavender pun ambik peluang walaupun sebenar takut ngeee ;D takut ayam nak disembelih patuk hehe..


haaa nampak sea_lavender tengah sembelih ayam tu ~
dengan lafaz "Bismilahiiramanirahim, Allahukhakbar '' 
putus urat marikh dan halkum  ayam tu  =)
mula2 takut juga tapi 2 ustaz tolong hee .. 
info: hukum wanita yg menyembelih makhruh, seelok2nya kawan Adam =)



Alhamdulillah.. ni ayam sea_lavender sembelih =)


ok ambik peluang untuk membuang bulu2 ayam.. heee


nampak tak di situ heee punya la susah~~

kaki ayam nak dibuang~


sempat jadi model tepung dengan kawan yang join- Sofia Nazriza~~ hee nak guna tepung basuh ayam bagi buang bau2 tu, sorang daripada ustazah kat situ la ajar.. haa katanya kat sini lah nak cari calon menantu kui2x gelak abis sea_lavender dengar coz jarang buat semua ni~


25 November 2012 - Pagi berikutnya plak join "Himpunan Wanita Muda Negara 2012" dekat PWTC. Menarik juga dan dapat dengar perkongsian ilmu dalam berbagai-bagai aspek daripada insan-insan yang berjaya seperti Che Wan, Ustaz Fakhrul dan Datuk Sheikh Muszaphar. sempat ambik peluang bergambar dengan artis yang ada, ni hanya sebahagian heee  =D


haaa sebenar tak kenal pun artis ni, tapi apabila ada orang sebut terus buat kenal hehe ;D
Alif dalam AF tu.. btw, sea_lavender dengan housemate -Hajar ni ada beli baju yang dipakai Alif ni sebagai sumbangan pada saudara Islam kita di Gaza. Dengar Gaza terus nak beli lagi-lagi apabila dikatakan duit akan disumbangkan ke sana =') kita di sini dengan aman dan harmoni. mereka di sana ='(  Moga Allah berikan kekuatan buat mereka. Doa kita tak pernah henti pada mereka. Doa senjata mukmin.. 




sempat juga bergambar dengan Imam Muda Naim. Beliau pembaca doa dalam majlis =)
orang yang rendah diri ~ boleh buat calon2 suami ni buat yang berkenan.. muda lagi 22 tahun..

p/s :

  • Alhamdulillah.. bersyukur diberi peluang untuk mengikuti program yang bermanfaat walaupun dalam kesibukan =)
  • Entry kali ni sekadar berkongsi pengalaman menarik dan bermanfaat. Moga teman-teman blogger juga dapat mengikuti program yang membawa manfaat dalam kehidupan dan memberi semangat dalam meneruskan kehidupan~ kumpulah ilmu dan pengalaman sebanyak mana, mungkin sebahagiaanya menjadi bekalan buat kita di sana kelak..
  • kamu ~ Tahniah atas konvo. Moga Allah permudahkan segalanya =) teruskan perjuangan ~
  • 3 Disember 2012 ni sea_lavender ni  akan konvo Diploma di DTAC UiTM Shah Alam .. Moga segalanya dipermudahkan..hari ni masih di kolej nak selesaikan tugasan2 yang perlu. balik je daripada konvo dah penuh Quizes, Tests dan kena submit assignments ~~