Sunday 26 February 2012

Jodoh dan Takdir

Assalamualaikum semua.. sihat tak? lama sea_lavender tak update entry.. serius, sangat2 la bz.. ni pun curi nak update walaupun dalam perancangan, kena nak siapkan tugasan2 yang masih tertunggak.. huhu.. sea_lavender nak kongsikan bacaan tentang jodoh dan takdir :) yang nak kongsikan buat mukminat, bagi senarai dalam memilih calon ^_^ ~~ namun apa2 pun ingat jodoh adalah takdir Allah dan urusan-Nya.. yakinlah pilihan Dia yang terbaik buat kita.. Insya-Allah... usaha itu tetap perlu =)


Bagi menentukan jodoh untuk kaum Hawa, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut dalam diri kaum Adam... bukan nak demand2 tapi berusaha dalam memilih yang baik.. Antaranya :

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti kata ~~
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin


haaa da tahukan... jadi pandai2 lah ye dalam memilih... pilih dan usaha yang terbaik.. perlu cerewet kerana mereka ni yang nak membawa kita ke syurga mahupun neraka~~ Redha dengan jodoh takdir Allah :)

p/s

  • sekadar perkongsian ini =) lepas tu plak pernah ngade2 kat u-tube layan lagu jodoh dan takdir... Jadi hati ni terus rasa nak share bersama ^_^
  • sea_lavender akan deactived fb jam 6 petang ni Insya-Allah seperti dijanjikan pada entry lepas ;)
  • buat kamu : nice performance walaupun tak dijemput anda ;p kui3x =D tapi dapat je invitation daripada kawan lain~~ namun bz tahap maximum menyiapkan final2 project tak dapat.. huhu :( apa2 pun terus maju dan bahagia bersama insan tersayang~
  • sea_lavender akhir2 ni sangat stress dengan komitmen dalam kumpulan dalam menyelesaikn tugasan.. ''Moga Allah mempermudahkan dan menghilangkan kekusutan ini..'' Amin... Ya Rabb..
  • sambil mengarang entry best jugak dengar senarai lagu2 dalam blog sea_lavender ni ye ;p berlagak plak~~ hehe =D ~pandai pilihan lagu terbaik :)

Sunday 19 February 2012

Minggu Terakhir Sem 6 - Final Sem

Assalamualaikum teman2 semua..Apa khabar? sihat? moga semua dalam keadaan sihat atas kurniaan dari-Nya... Alhamdulillah sea_lavender masih bernafas hingga hari ini.. ok2 entry ni saja nak kongsikan kesibukan yang bakal melanda sea_lavender pada minggu ini (bermula esok) merangkap minggu akhir kuliah bagi semester ini.. Insya-Allah..Moga Allah permudahkan segalanya~


  • 20/2 -Test MGT369 ( Research and Methodology)
  • 21/2- Quiz MGT 361 ( Introduction to International Business)
  • - Ceramah Keusahawanan~ anjuran BMA
  • 24/2- Test 2 MKT361 ( Principles and Practices of Selling)
  • 25/2-Ceramah Protokol ~ anjuran HEA dan MPP
  • 26/2-Test 2 MGT361 ( Introduction to International Business)
  • 27/2-Submit final report MGT369 dan Presentation
  • 29/2-Submit final report ETR300 (Enterpreneurship)
  • - Submit final report MKT361 dan Presentation
  • Minggu study week ~~
  • 5/3 - Malam Pra Graduasi~ anjuran HEP
  • 5-3-9/3 - ready untuk Presentation ETR300
p/s
  1. haaa.. serabut tengok tarikh2 minggu depan penuh dengan tugasan.. esok pun dah ade test, tapi tak ready pun~ alamat sea_lavender goreng je la esok.. huhu ;p ( tak pun malam ni berjaga macam burung hantu)
  2. akhir dari pagi sampai petang menghadiri modul terakhir semester 6-FINISHING SCHOOL .. Alhamdulillah.. berjaya melengkapkan kesemua modul2 daripada semester 1.. kalau student2 UiTM tahu la apa fungsi2 modul ni~ pe2 pun sangat bermanfaat pendekatan dunia bekerja kelak.. terutama pasal interview,resume dan bagai2 lagi... semester 3 dalam subjek Business Communication dah belajar semua, sekarang ni proses ''menyegarkan'' semula dalam ceramah tadi ~~ hehe btul tak word tu ;p
  3. buat kamu : Alhamdulillah sea_lavender gembira sangat2 kamu telah bahagia dengan insan disayangi, namun tiba2 jadi macam tak bahagia..kenapa ye?? jika kamu memerlukan teman sedia menghulurkan nasihat dan sokongan sebagai teman dunia akhirat.. Insya-Allah..
  4. ok2 sea_lavender tak nak coret panjang2 nak tunggu Isyak dan solat terus nak fokus study untuk test esok.. doakan sea_lavender..
  5. ''Ya Allah, moga hamba-Mu ini dipermudahkan segalanya dengan atas usaha yang akan diikhtiarkan sebaik mungkin''.. Insya-Allah...
  6. Final exam mula 12/3/2012 ni jadi kena bersedialah sea_lavender.. =) semak2 jadual peperiksaan, print slip exam dan yang pasti akan deactived fb bermula 26/2/2012 ni awal sikit kerana sebab2 tertentu kalau tidak 1/3/2012 ni~~ huhu..
  7. tengok pic baby ni terus hilang stress walaupun dia pun dah mcam sea_lavender tengah serabut ~~hehe =D comey3x



Allah tidak membebani seseorang di luar batas kemampuannya.
Sebagaimana dikatakan Al-Qur’an,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”
(Al-Baqarah: 286)


ni sea_lavender yakinkan pada diri..Insya-Allah..
moga kita semua yakin dengan Maha Pencipta..


Friday 17 February 2012

Santapan Rohani

Assalamualaikum semua.. Salam pagi Jumaat.. hari penghulu segala hari.. Alhamdulillah kita masih bernafas untuk hari ini.. :) pagi ini entry sea_lavender sekadar berkongsi tafsiran Al-Quran yang d baca subuh tadi penuh bermakna...

''Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun''
[ Surah Al-Mulk : 2 ]

p/s :

  • sea_lavender sekadar kongsikan potongan ayat Al-Quran yang membuat diri ini sebak tatkala memikirkan amal2 yang kini lakukan masih belum mencukupi untuk bekalan akhirat kelak.. moga Allah memberikan kekuatan dan semangat dalam meningkatkan ibadah pada-Nya.. :'(
  • ''Ya Allah di pagi Jumaat yang mulia ini, moga Engkau permudahkan segala urusanku dan menjadikan satu keikhlasan dalam melaksanakan semua perbuatan semata-mata kerana-Mu dan kuatkan iman seluruh hamba-hamba-Mu dalam mengistiqamahkan ibadah pada-Mu..'' Amin.. Ya Rabb..
  • buat kamu : diri ini tahu,semakin hari kamu akan semakin membenci diri ini, dan juga tahu tindak sedemikian juga adalah kerana kamu inginkan diri ini turut membenci kamu.. namun diri ini bukan sedemikian rupa siapa pun kamu, ukhuwah terbina segalanya kerana Allah..tiada istilah benci itu walaupun diri ini tidak layak berteman dengan kamu, tiada kebergantungan pada manusia, mahupun istilah obses kan diri kamu dan tiada harapan pada kamu... hanya Allah Maha Mengetahui segala isi hati ini~
  • ok2 sea_lavender nak siap2 kan diri ke kelas jam 8 pagi, jadi punya malas terus ambik jubah je hari ini~ heeee =D
  • Haaa nak share jugak pembacaan sea_lavender pagi sebagai santapan kedua drpd Langitillahi : klik dan baca :)




Tuesday 14 February 2012

Malu dan Takut Pada Allah

Assalamualaikum semua.. Apa khabar teman2 semua? moga semua berada dalam keadaan sihat hendak-Nya.. Insya-Allah...sea_lavender malam ini walaupun keadaan masa yang amat suntuk dengan macam2 keje dan komitmen.. nak jugak update entry coz nak kongsi dengan semua~ lagi2 saat diri ini diperkatakan seolah-olah tidak mempunyai iman :'( tafsiran Al-Quran yang menjadi penenang jiwa dan kekuatan sea_lavender ; terus naik kan status ini d fb~ huhu



''Wahai orang-orang yg beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak
kamu kerjakan?''

(Itu ) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak

kamu kerjakan.

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan -Nya dalam

barisan

yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh


[ Surah As-Saff : 2-4 ]


tika membaca tafsiran ni selepas maghrib aku benar2 terkedu,rasa malu dan

takut

di sisi Allah..Subhaanallah Allah Maha Kuasa , Maha Agung dan Maha Suci.. :'(


p/s

  • mood terkilan kamu mengeluarkan pernyataan ; ''seolah-olah diri ini tiada iman'' Astaghfirullahalazim.. Hanya Allah Maha Mengetahui saat itu, bagi sea_lavender kamu tidak layak mengungkapkannya sedemikian~~
  • terkejut kamu juga naik kan status menyatakan potongan ayat Al-Quran ini..
  • moga perkongsian memberikan keinsafan kepada kita..agar setiap perkataan yang kita ungkap pada sesiapa pun dan berusaha untuk melaksanakannya.. Insya-Allah..biarlah segalanya kerana Allah..
  • sea_lavender sangat bz namun tetap akan berkongsi jika ada kesempatan.. selamat malam.. terus menyambung menyiapkan kerja2 yang banyak..
  • doakan agar sea_lavender agar kuat untuk hari2 mendatang~~ Amin...

Saturday 11 February 2012

Kata-kata Kunci Ketenangan

Assalamualaikum semua.. ok entry kali ni sea_lavender nak kongsikan dengan teman2, melalui pembacaan di I LUV ISLAM ...menarik sekali bagi sea_lavender tentang ''KATA-KATA KUNCI KETENANGAN'' Alhamdulillah terbaca artikel ini membuat diri terus kuat dalam mencari redha Allah di dunia dan akhirat.. Insya-Allah.. ok jom kita dalami apa ~~kata-kata ketenangan tu :

  • ''Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang''
kita harus yakin bahawa Allah Maha Pemberi segalanya.. setiap kali apabila kita terlepas apa-apa peluang mahupun sesuatu yang kita ia rasakan milik kita, redha dan pasrah la serta yakin Allah akan berikan yang lain dan bukan milik kita lagi namun mungkin di tempat lain dan pada lain masa.. Insya-Allah...
  • ''Aku tahu bahawa tugasku sebagai hamba tidak akan dikerjakan orang lain,maka aku sibukkan diriku dengannya''
berusaha dan tingkatkanlah ibadah kita dalam mengabdikan diri pada Allah.. kerana ganjaran akhirat yang kita nantikan.. namun mas'ul di dunia laksanakan sebaik mungkin kerana ini adalah amanah Allah dan juga bekalan kita di akhirat kelak...rukun Islam kita tunaikan dan rukun Iman kita yakin dan percaya..
  • ''Aku yakin Allah memerhatikanku lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa''
Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Surah Al-Qaf 50:Ayat 16)



setiap perilaku yang kita laksanakan sedar dan percaya bahawa Allah Maha Melihat.. ingat 'Amar Makhruf Nahi Mungkar' sudah pasti kita rasa takut dan malu untuk melakukan sesuatu yang melanggar syariat.. banyakkan beristighfar dan berselawat moga kita sentiasa mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam setiap tindakan dan ibadah yang kita kerjakan.. dalam mengikhlaskan diri setulus murni.. Insya-Allah..Allah bersama kita itu ketenangan yang akan membuat kita bahagia ...
  • ''Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya''

Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh hal al-Mawta wa al-Qubur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda' R.A tentang ajal kematian:

Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.


ajal maut itu sudah pasti buat kita sebagai hamba-Nya.. jadi sentiasa la ingat pada MATI tanda kita memanfaatkan hidup dan terus berusaha menambahkan bekalan untuk ke akhirat kelak.. Insya-Allah...

p/s

  • akhirnya dapat berkongsi juga dengan teman2 =) rupanya ada juga menanti entry sea_lavender ye heeee ;p
  • semakin hari semakin sibuk uruskan busness yg tak bersungguh ~~hehe =D
  • ops!! rupa2nya my beloved sis pun rajin baca entry sea_lavender ye, tak sangka btul =p
  • buat kamu : teruskan menyampai dakwah dengan pendekatan hiburan yg bermanfaat pada orang sekeliling ^_^ tahniah2x
  • minggu depan sea_lavender serabut coz banyak test huhu doakan ye sea_lavender boleh jawab(padahal stdy malas huhu).. namun Alhamdulillah.. dapat kata-kata ketenangan terus tenang dan bersemangat belajar.. chaiyok2x sea_lavender !!!
  • manfaatkan kata-kata ketenangan nie ye teman ^_^

Wednesday 8 February 2012

Sumber Kebahagiaan

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan di tanggal 8 Februari 2012 bersamaan 15 Rabiulawal 1433 Hijrah.. sekejap je kan dah setengah bulan dalam bulan Islam... cepat sungguh masa berlalu... ok entry pagi ini sea_lavender sekadar berkongsi.. semalam sea_lavender tumpang rumah lec tengok tv hehe =D ~sekadar kongsi sumber kebahagiaan hadis pilihan dalam rancangan tv OASIS oleh Ustaz Dato' Abu Hassan Bin Din..


4 Sumber kebahagiaan dalam kehidupan

  1. menjadi seorang isteri solehah~ berusaha la kita menjadi isteri yang solehah apabila telah bergelar isteri kelak kerana syurga isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami
  2. menjadi anak-anak yang berbudi~berusaha menjadi anak-anak yang mengenang jasa ibu dan bapa setelah besar nanti. Pengorbanan mereka dari kita kecil hingga besar amatlah bernilai dan tidak mampu kita membalas. Jangan menjadi anak seperti 'Kacang lupakan kulitnya'
  3. menjadi rakan-rakan yang baik~ berusahalah mencari dan menjadi rakan-rakan yang baik buat teman2 di sekeliling.. pilihlah rakan yang sama2 berusaha ke jalan benar, kejarkan syurga dan bersama tatkala suka duka
  4. mencari rezeki dalam negeri sendiri~ berusaha mencari rezeki yang halal serta bersumberkan Islam dalam meneruskan kehidupan demi kebahagiaan diri sendiri dan keluarga
potongan hadis sea_lavender baca pagi ni~

Rasulullah S.A.W bersabda:" Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar''


p/s :

  • Alhamdulillah.. sea_lavender dapat input ini dan ingin kongsikan bersama teman2 apabila tengok siaran Hadis Pilihan di astro Oasis~ tentang sumber kebahagiaan =)
  • melalui hadis pilihan ini ; sea_lavender rasakan memang benar jika salah 1 sudah terlaksana kita akan rasa nikmat bahagia itu jadi bagi ianya kekal sementara di dunia ini berusahalah kita untuk kecapi 4 sumber kebahagiaan ini~ di akhirat kelak moga kita juga di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang berima... Insya-Allah...
  • memandangkan blog kesayangan sea_lavender juga bertemakan 'KEBAHAGIAAN' hehe =D ~ memang kenalah kongsikan ~ sempat juga tengok drama yang sweet tu : vanilla coklat (dengan lec dah over2 layan perasaan kalau la ada suami macam tu kan?? ) hehe =D
  • Sea_lavender minta maaf sangat2 juga tak dapat letak kan hadis tu coz dah cari2 tak jumpa, jadi ni pengisian ilmu melalui kefahaman sea_lavender sendiri apabila menontonnya..jika teman2 ada hadis tu, kongsikan bersama ye ^_^
  • kamu : semakin hari diingati,dirindui,disayangi kerana Allah dan agama...walaupun sea_lavender tahu kamu telah dimiliki.. Ya Allah, sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui isi hati ini..apabila terdengar alunan munajat ini membuatkan diri terus sebak dan teringatkan kamu :') dan turut telah kongsikan pada kamu.. Alhamdulillah.. satu kepuasan...

  • buat teman2 blogger ~ ayuh amalkan munajat ini bagi memberi keinsafan pada diri yang kerdil dan lemah disisi-Nya, namun terus untuk mengingati Allah kerana Allah Allah Maha Suci
  • oklah sea_lavender nak siap2kan diri, pergi kelas jam 10 pagi =)
  • teman2, moga hari ini lebih baik daripada semalam..Insya-Allah..

Monday 6 February 2012

Aku Cintai Dirinya Kerana-Mu Ya Allah

Assalamualaikum semua.. entry luahan hati daripada sea_lavender :)

Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah.. :)

p/s :
  • sea_lavender sekadar mood luahan hati ; jadi just copy dan paste daripada PAKAR CINTA
  • jika rasa salah dengan tindakan sea_lavender dalam meluahkan perasaan ini sila berikan teguran.. ini apa yang dirasai apabila terlalu memendam..
  • Ya Allah apa-apa jua berlaku aku redha dan pasrah dengan ketentuan-Mu, cinta pada-Mu tetap yang Teragung,diikuti cinta kepada kekasih-Mu Nabi Muhammad S.A.W, ibu bapa, saudara-mara,teman-teman dan seterusnya insan yang mengisi ruang hati ini~~
  • apabila sorang2 di kampus beginilah mood~ terpaksa dilayan..sambil layan Nasyid FM tenang jiwa =)
  • buat kamu: Alhamdulillah kamu telah kecapi bahagia bersama insan yang kamu sayangi =) itu yang sea_lavender inginkan.. sudah pasti ibu bapa kamu juga menyukainya =), apa2 jua kamu tetap sea_lavender anggap sebagai teman dunia dan akhirat..tetap ingatan atas kata rela & sanggup sebagai teman, walaupun belum tertunai sehingga kini..
  • mungkin entry ni tetap pada kamu, dalam menanti ruang hati ini pada yang lain..
  • Perasaan cinta yang lahir terhadap seseorang bukanlah tanda kita akan memilikinya...Namun kadang-kadang ia muncul sebagai ujian dari-Nya buat kita, kerana DIA ingin melihat bagaimana kita memelihara, mengawal dan mengurusnya...Perasaan cinta itu amanah, dan amanah pasti akan dihisab oleh ALLAH...Sama-sama kita menjaga dan mendidik hati...
  • Hati dan perasaan payah di perkatakan.. Soal cinta dan derita usah di tanya.. Hanya hati yg dapat merasa... Meluahkn payah untuk di jelaskan.. Andai rasa sayang telah ada, titipkan pada yang Maha Esa..Dia lebih layak memberi bahagia.. Sama ada itulah insan pilihan DIA atau hadirnya sekadar membuka mata, menduga cinta, menguji rasa dan mencelikkan minda membuah semangat cita-cita.Bersyukurlah kerana ALLAH sentiasa bersama kita, dalam ujian dia beri peringatan. Dalam kesenangan dia beri kelapangan untuk muhasabah sebelum alpa.
  • 2 kata-kata yang di atas sea_lavender ambil daripada status pakar diari cinta segalanya buat kekuatan diri dan mencelikkan mata hati..


Sunday 5 February 2012

Maulidur Rasul 1433 Hijrah



Assalamualaikum semua.. Apa khabar semua? sihat ke? Alhamdulillah sea_lavender merajinkan diri untuk update entry petang ni.. last entry 1 feb 2012 sempena ulang tahun blog ke- 2.. dan disebabkan kesibukan menghadiri Konvensyen Nur Al-Falah 2012 yang bermula 1 Feb-3 Feb 2012 tidak dapat memberi ruang untuk berkongsi~ konvensyen yang penuh memberi semangat dalam mempertahankan agama dan bangsa kita di mata dunia.. nanti ada kesempatan sea_lavender akan buat entry tentang itu konvensyen itu sahaja =_= entry petang ini sea_lavender ingin mengucapkan :

SALAM MAULIDUR 1433 HIJRAH buat semua teman2 yang beragama Islam..
semoga kehadiran dan sambutan kali ini akan berterusan menimbulkan rasa cinta kepada baginda, kekasih Allah yang lebih mendalam setelah Allah menjadi tangga pertama di dalam hati kita.. Insya-Allah..
sememangnya kita tidak dapat bertemu dan bersama baginda dalam memperjuangkan Islam..
namun kita masih mampu melaksanakan sunnah baginda agar dapat menjadi bekalan serta syafaat daripada baginda di akhirat kelak.. Insya-Allah..

Wednesday 1 February 2012

2 tahun



Assalamualaikum semua..apa khabar?? sihat? moga semua dalam keadaan sihat dan dirahmat Allah.. Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan dalam meneruskan perjalanan hidup yang belum ketahui bila noktahnya~~ok hari ini sea_lavender hanya ingin berkongsi entry bagi ulang tahun blog kesayangan sea_lavender yang dah sudah menjangkau usia 2 tahun akhirnya bermula 1 Februari 2010 ketika tu sea_lavender baru sahaja menceburi dunia maya ini dalam menceritakan suka,duka kehidupan,dan perkongsian yang dapat memanfaatkan diri sendiri serta teman2 yang lain.. tajuk entry yang pertama daripada sea_lavender pun '' tanggal 1 Februari 2010'' serius la memang lawak entry tu macam budak2 hingusan lagi.. tapi tak bermakna sekarang ni dah hebat ke apa, cuma terserlah la sikit kot kemahiran menulis tu hehe =D~ perasaan je lebih (Tiada niat ujub di situ k) dulu kan tak followers, tak de tukang komen walaupun banyak entry cam ne pun~ namun tetap bahagia kerana kepuasan diri dalam berkongsi mahupun memanfaatkan orang sekeliling..tapi tak tahu la ada yang membaca or tak waktu tu.. Alhamdulillah...itu niat sebenar menulis blog,tercapai juga.. sebab tu, kadang2 entry sea_lavender selalu pesan,terserah la pada yang membaca blog ''Kebahagiaan Penuh Keharuman'' ingin menilai siapa,kenapa,bagaimana apa2 bagai la tentang sea_lavender ni.. kerana sea_lavender selalu ingatkan pada diri bahawa yang mana ''kita menilai diri kita dengan sepasang mata, namun orang sekeliling kita menilai kita dengan berpasang2 mata jadi terserahlah bagaimana penilaian itu namun yang baik kita cuba ambil dan berhijrah jadi lebih baik dan yang tidak baik hanya pekakkan telinga serta jadikan sempadan pada diri'' biar lah hidup kita ini dipandang mulia disisi Allah tak perlu pengharapan pandangan yang mulia disisi manusia,namun dengan Allah kita masih tidak terjaga~~ ingatan buat diri ini yang kerdil dan lemah ini... kadangkala diri sea_lavender selalu fikirkan yang segala amalan dan ibadah sekarang kepada Pencipta, dah cukup ke menampung bekalan yang akan bawa di akhirat kelak?? sudah pasti tidak, namun setidaknya berusaha sedikit demi sedikit menambah bekalan itu...dulu mungkin masih di bawah jagaan ibu bapa, dan selalu kita dengar orang kata mak ayah aku ada
semua, dapat tanggung la bagai2~ tapi sekarang?? kitalah sendiri nak tambah-tolak bekalan ke sana kelak..betul tak teman2?? renungkan bersama n_n ~

p/s

  • Alhamdulillah blog sea_lavender dah masuk 2 tahun =') Terima kasih teman2 blogger yang banyak bagi sokongan dan kekuatan pada diri ini setelah kebergantungan pada Allah..
  • berusaha menambaikkan dan terus memanfaatkan buat semua..sea_lavender suka angka 2 dalam diri hehe =D
  • buat kamu : Alhamdulillah.. kamu semakin bahagia =) itu yang sea_lavender inginkan.. kita tidak bersama namun Allah berikankan kamu bahagia itu, sea_lavender turut rasakan tempias bahagia itu.. jika kamu jatuh dan duka sea_lavender turut rasainya.. teruskan kuatkan diri dan bahagia bersama insan2 yang tersayang.. sea_lavender pernah bahagia bersama kamu kerana Allah dan agama...
  • hari ini sea_lavender akan berangkat ke Konvensyen Nur Al-Falah IPTA di Klana Resort, Seremban, N9~ Program ini anjuran KPT ( nak pergi sangat coz salah seorang speaker Tun Dr. Mahathir Mohamad ) =)
  • 1 Feb-3 Feb 2012 ~ no blogwalking =( jaga diri teman2..
  • buat teman2 yang ingin berkongsi pendapat dan ingin berhubung dengan sea_lavender add la d ym one_nie0201@yahoo.com.. moga ukhuwah terbina kerana Allah..

mood : terus untuk kuat dalam melalui hari2 dengan dekatkan diri pada Allah.. Insya-Allah.. =')