Sunday 31 July 2011

SaLaM RaMaDhaN



Assalamualaikum semua =) pagi yang indah ni aku sekadar mencoretkan kata Salam RAMADHAN buat semua muslimin dan mslimat di muka bumi Allah ini.. moga kehadiran bulan yang mulia ini kita sama2 dapat tingkatkan amalan ibadah kita ikhlas kerana Dia.. Insya-Allah sepanjang Ramadhan aku cuba aktif mengupdate entry2 aku walaupun dengan coretan yang pendek.. Bertemu kembali kita di ruang kebahagiaan yang dicari kerana Allah dan inginkan keredhaan hidup dari-Nya..Insya-Allah... Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (^_^) gembira3x berusaha tingkatkan amal ibadat bersama ~~






Saturday 30 July 2011

SeManGat DengAN JaDuaL PeNuH

Assalamualaikum semua..wah dah lama benar tak update blog aku nie~~ huhu dah masuk 10 hari pun ditinggalkan...namun membaca entry blog orang lain tak pernah lepas plak aku nie~~ hehe =D mungkin kerana belum dapat ilham sepenuhnya untuk mengarang... ni pun hanya suka-suki nak bagi tahu sape2 yang lawat blog(jika ada la) aku minta maaf sangat2~~kerana sekarang musim kesibukan melanda aku...naik serabut, badan tak sihat semua...namun Alhamdulillah masih bernafas sehingga hari ini..pejam celik2x esok,mybe dah boleh tunaikan solat terawih =) Ramadhan kembali ~~~ hehe =D tak sabar2...ye la setahun sekali je dapat tunaikan(dalam erti kate 1 bulan dapat tunaikan tu pun kalau tak uzur la kn bagi kaum Hawa)... erm aku kena semangat sekarang..sebab khamis lepas kekecewaan melanda diri ini kerana Test1 FIN aku kurang menyerlah aku perform.. monolog dalaman aku untuk miss aku~~
''minta ampun miss sangat2 bukan miss ajar tak faham, sye ni preparation yang kurang huhu~~='( next time sye akan all out...Insya-Allah...~~pe2 pun sekarang aku dah susun jadual aku yang serabut nie bermula tanggal 1 Ogos 2001 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H ..
Insya-Allah...moge semua d permudahkan...

1/8~2/8 : ready untuk presentation chapter subjek HR (CHAPTER 13)
3/8 : TEST 1 (ECO 261) ~CHAPTER 1-5
9/8 : TEST 1 (MGT 321)~OB: CHAPTER 1-6
12/8 : presentation ECO 261 : CHAPTER 5
15/8 : TEST 1 ( MGT 340) HR ~ CHAPTER 1-7
16/8 : interview MGT 340
23/8 : presentation MGT340-motivation talk


hmm...ni hanya tarikh2 yang diberi tahu la...kalau ada terkejut tergempak ada la perubahan tu...kalau tarikh2 nak siapkannya...gamaknya hari2 la aku tak tidur nak kena prepare smua..
Ya Allah aku mohon kekuatan dari-Mu untuk menempuh semua nie dengan mudah..segalanya pemberian dari -Mu... Amin....nak tahu disebabkan kesibukan aku nie sempat plak aku pergi library pinjam buku ini..konon nak bagi semangat la..dah nak dekat exam ni lepas baik baca buku2 motivasi bukan buku belajar je k~~ itu pembawa semangat...agar masa aku dapat diuruskan sebaik mungkin...


pinjam je lebih ni baca belum...
yang pasti aku akan khatam kan hehe =D
sebelum final =_=




Wednesday 20 July 2011

CINTA VS NAFSU

1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan

Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.

Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.

Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya, orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks.

2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa

Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi

Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.

Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.

4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan

Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?

Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.

Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.

Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.

5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik

Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.

.

Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..


post ni sekadar perkongsian dan hanya copy paste..maaf bagi pihak ku...
sumber: Aku Islam



Tuesday 12 July 2011

UJIAN ALLAH

Assalamualaikum .. ape khabar semua? sihat? Alhamdulillah..aku masih diberi nafas untuk meneruskan kehidupan..namun kesihatan yang tidak memberangsangkan..namun aku masih bersyukur...semalam aku berpuasa..berbuka dengan muffin dan tart je ..tak sempat2 beli nasi banyak urusan...kesannya...malam sakit kepala tahap teruk dan sakit perut sangat2...risau2 gastrik ke pe~~yang pasti mesti kena makan nasi...Ujian Allah buat ku..kena kuat..ni hari ini rasa macam nak demam =( Ya Allah kuatkan aku dan permudahkan segala urusan aku...



Saturday 9 July 2011

MOduL 5 : 1 MaLaySia ~ 8 NiLai


Assalamualaikum semua...haa..semua tengah buat ape tu??~~ aku ni keje mengonline je jadi aku ambik kesempatan la nak share modul yang aku join bagi semester ini..aku rasa start aku buat blog di semester 2 lagi aku akan cite serba sedikit pengalaman2 modul aku join...pejam celik-pejam celik dah join sampai modul 5 ~ ianya merupakan modul terakhir bagi semua student UITM sebelum nak grad..Alhamdulillah...akhirnya berakhir juga..ok2 semangat benar aku nak merungkai modul semester ni kerana apa?? kerana kena dengan jiwa aku yang sayangkan tanah airku tercinta ~~ wah2x dah over plak cik wani kan...konon bersemangat la katakan..yela aku pernah plak join Program Latihan Khidmat Negara..lagi la bertambah semangat apabila dah jadi wirawati negara hehe =D ( dalam kem PLKN je la ) tapi isu2 politik dan negara tak ambik tahu sangat pun :p apa la nak jadi ni~~ hari ini merupakan perhimpunan BERSIH ..aku buat relaz je..sedangkan tu menentukan keamanan negara..maaf sebenar bukan tak nak ambik tahu tapi ntah la, aku sayangkan negara namun aku masih pelik dan kekeliruan segelintir yang porak-peranda kan negara sendiri..huhu jadi tak nak rungkai bab2 ni k~~ namun berbalik dengan modul 5 yang aku join ni pun intipatinya berkenaan : Kenegaraan~~ tapi aku tak de la nak buka soal politik ye..aku nak rungkai apa itu dikatakan dengan 1 Malaysia dan nilai2 yang terkandung dalam slogan ni...korang semua tahu tak?? tak kan la Perdana Menteri kita ini saja2 nak buatkan... dah pastilah nak selamatkan negara untuk mencipta keamanan dan keharmonian hidup buat rakyat2.... jom kita selongkar nilai2 yang terkandung dalamnya :

1 Malaysia ni merupakan gagasan daripada Perdana Menteri kita sekarang Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.. kerana beliau tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali...tak perlu kot aku rungkai panjang2 tentang ni...kerana aku sekadar berkongsi 8 nilai yang boleh menjadi panduan kita sebagai rakyat yang sayang akan negara~~


8 Nilai dapat dicontoh dalam kehidupan rakyat Malaysia.. biarlah kita dapat terap sama2 k dalam diri...Insya-Allah...

  • Kecemerlangan ~ berbicara soal ni kita haruslah memainkan peranan diri masing2 tak kira la sebagai mahasiswa,anak,rakyat dan paling penting khalifah yang perlu memakmurkan muka bumi ini..teruskan pencarian dan berusaha dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat demi keredhaan-Nya (belajar untuk menepati masa)
  • Ketabahan ~ Nilai mesti semua orang akan faham, kita haruslah tabah dalam apa jua rintangan yang bakal kita hadapi...kita tak mampu menduga apa akan berlaku kelak.. jadi sematkan la diri dengan nilai ketabahan agar kita dapat kekuatan tika berhadapan dengan musibah kelak...dan perlu diingatkan apabila kita tabah, pendirian kita haruslah kukuh k...
  • Rendah Hati ~ tak perlu la kita bersikap membangga2 kan apa2 pun tak kira la harta,pangkat yang ada pada kita kini.. ini hanya la sementara ...jadi kan la ianya sebagai ukuran dalam kehidupan agar mengubah diri ke arah lebih baik dan bermanfaat buat orang di sekeliling...dengan nilai ini kita hebat dengan kekuatan dalaman kita kerana dapat menilai sesuatu...Insya-Allah...

'' ikutlah seperti resminya padi semakin berisi tunduk ke bumi semakin berilmu merendah diri''

ni kan sifat terpuji..dalam rendahkan diri..kita mendambakan diri juga pada Yang Esa...

  • Penerimaan~ kita haruslah menjadi insan yang boleh menerima seadanya..dalam erti kata lain sikap bersyukur terhadap apa yang telah kita peroleh kini...dalam skop negara bersikap adil bagi para pemimpin adil dan saksama pada rakyat
  • Kesetiaan~nilai perlu pupuk dalam diri kerana apa bukti kita menghargai sesuatu dengan rasa penuh jujur dan luhur.. kunci perhubungan pun nilai ni menjadi amat penting sekali jika tidak musnah la..
''mengkritik secara betul terhadap kesilapan mahupun kekurangan adalah lambang setiakawan''
  • Meritokrasi ~ ok bagi aku nilai bermaksud kita menekankan persaingan secara terbuka.. bermakna kita jangan la terlalu bersaing dengan kelompok2 kita sahaja..berusaha la untuk membuka minda dan bersaing dengan mereka2 yang dah berjaya dan maju
  • Pendidikan~ haa...kalau ni dah pasti la membuktikan nilai yang perlu pada diri setiap insan kerana apa, dengan adanya nilai pendidikan kita bijak mengatur langkah dalam kehidupan kerana mampu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Tak kira la, pendidikan secara formal dan tidak formal
  • Integriti~ nilai ni rasanya semua dah faham kot..lagipun aku dah pernah cite kat post sebelum nie : integriti dibina kecemerlangan dijana..tak pe aku huraikan sedikit ye, integriti tu adalah nilai gabungan nilai murni seperti jujur,amanah,tulus dan tepati masa dan benar sikapnya...
kesimpulannya, dengan adanya 1 Malaysia banyak manfaat kita dapat jika menerapkan 8 nilai yang terkandung di sebaliknya..Insya-Allah mari la kita sama2 mengamalkan... niat ikhlas kerana Allah SWT... Ya Allah, mohon kami menerapkan nilai2 ni agar kehidupan di bumi Malaysia senantiasa aman,makmur dan harmoni... ok2 sampai di sini je la (nak siapkan keje tertunggak hehe =D jadi dapat semangat pergi modul nie 8 nilai dikongsikan)

kenangan PLKN ayu dengan hiasan bunga di dinding



aku dah macam pejuang negara hehe =D




Alhamdulillah kemenangan padaku~~

Assalamualaikum semua.. haa petang2 ni aku sekadar berkongsi kemenangan yang berpihak pada aku...hehe =D bunyi cam dah menang dalam game ape je~~ ngege... tak de la baru2 ni aku de join contest ... tak sangka la sangat2 dalam banyak2 contest aku telah terpilih menjadi pemenang...serius2x agak terkejut kerana apa, contest ni memang tak kena dengan diri aku sedikit ~~yela suka berimaginasi.. its not me la~~... kalau korang tak caya baca entry waktu aku join contest cam tak best je~~klik sini....hmm pe2 pun ..Alhamdulillah kemenangan berpihak kepadaku walaupun bukan tempat pertama k ~ tapi aku disenarai pendek dalam kemenangan :


Syukran Jazakaallah Khairan kepada penganjur contest ni

~singgah la blog die~





Istikharah cinta

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa...

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


p/s :

: lagu ini benar2 memyentuh kalbuku..jadi aku ingin letak di blog kesayangan aku
'' Kebahagiaan Penuh Keharuman''... Lagu ni pun aku dah dengar di beberapa blog yang selalu menjadi tatapan aku...aku sangat menyukai lagu ini~ jadi lepas ni sahabat bloggers yang sama lagu, maaf ye kita berkongsi lagu =)

: hari ini ''Kebahagiaan Penuh Keharuman'' berwajah baru serta lagu baru hehe =D :






Friday 8 July 2011

Saya bertudung dan saya sangat Pretty


Assalamualaikum semua..aku join contest lagi... dah saudari manis tag sye..sye pun join je la.. Syukran Jazakaallah khairan ya anti ~fiqra

bukan bermakna saya perasan cantik..join je contents ni~~haa kat bawah ni syarat2nya... so kalau nak join klik sini~ cik dya

1. Mestilah warganegara Malaysia yang beralamat di Malaysia.
2. Mesti mempunyai blog dan akaun facebook.
3. Mesti menjadi follower blog CikDya.
4. Mesti LIKE CikDya[dot]com fan page di facebook.
5. Mesti klik SINI dan SINI.
6.Buat satu entry di blog dengan tajuk : Saya bertudung dan saya sangat Pretty.
7. Letak satu gambar korang yang bertudung.Tudung syria ke, shawl ke, tudung bawal ke, tudung express ke,tudung saji ke...yang penting cover rambut korang kay!hehe.
8. Mesti letak link htt://www.cikdya.com/ di bloglist korang.
9. Tag seorang kawan.Make sure she knows.
10. Kemudian tinggalkan link korang kt blogger yang anjur nie k.


aku nak tag



Thursday 7 July 2011

InSan LeMah


Assalamualaikum semua..Alhamdulillah...pagi yang indah ini Allah memberikan nyawa untuk aku meneruskan hidup...bersyukur sekali.. aku bangun awal pagi... dalam menyiapkan assignment tertunggak~~semalam aku terlalu keletihan dan emosi yang kurang stabil huhu..jadi awal tidurnya...entah la akhir2 ni kekuatan ku hilang... mengapa?? mungkin begitu~~kerana aku merasakan diri ku tak dihargai orang sekeliling..Astagfirullahalazim wani...tak baik bersangka buruk begitu.. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu... ='( Ya Allah kuatkan aku saat ini.. setiap manusia melakukan kesilapan..begitu juga...aku hanyalah insan yang kerdil dan hina disisi-Mu.. aku tak mampu laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan aku sebaik mungkin dek kerana kealpaan dan kelalaian ku~~ Ya Allah aku memohon kekuatan kepada-Mu, agar setiap amanah yang bakal dan kini aku pikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin tanpa kealpaan daripadaku ...aku tidak mahu ianya berulang kembali~~ aku tahu setiap sesuatu tentu ada hikmah di sebaliknya... Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..Ujian itu rahsia Allah...petikan artikel yang aku terbaca

''Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.''


p/s : hanya sekadar luahan rasa aku saat ini yang agak down~~ Ya Allah kuatkan aku menempuhinya...Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan ( dan inilah aku juga cuba lakukan~~)





Tuesday 5 July 2011

TeRiMa KaSiH TeMaN (^__^)


Assalamualaikum semua... lama plak rasa tak mengupdatekan diri di blog nie~~ huhu kesibukan kini melanda diri..meeting itu ini nak settlekan tanggungjawab, assignment, kuiz dan test semakin tiba... post kali ni pun sekadar luahan rasa buat 2 teman baru aku,bagi semester ni yang agak mengambil berat terhadap aku..~~ terima kasih banyak teman (^_^) walaupun kita baru bermula sahaja perkenalan untuk semester ni secara lebih rapat namun anda benar2 memahami dan support saya.. saya sangat menghargainya..( walaupun dah semester 5 baru kenal betul2 dieorang nie..yela dah semua subjek kteorang same group ) nice to meet them =D

perbualan semasa pulang kelas OB petang semalam :

aku : alamak malam ni aku meeting la bila plak nak stdy eco261 ni huhuhu~~

azrul : eh ko ni tak penat ke?tak bosan ke? hari2 meeting...

aku : tanggungjawab dan amanah tak kan la aku nak tinggal cam tu je...

tasya : ha'ah aku ni pun dah macam s/u die je.. g mana je aku follow...

aku : ala..tasya sory la..thnkx wei, teman aku selama nie...

tasya : its ok, btw dah last2 sem ni patut tak payah la...fokus stdy je...

aku : tak de la tugas aku kan s/u organisasi ni so dah habis prgm baru la kena bertindak
keje.. lagipun wei, smlm aku terbaca pernyataan yang kiamat semakin dekat apabila
kita mendapat amanah dan dipersia2kan...takut aku..akhirat nanti apa aku nak jawab
amanah yang diberi ini..

azrul : ha'ah btul tu, dah sem depan tak pyh join2 stdy je la~~ kesian aku tengok bz je
memanjang ko tu...

aku : monolog dalaman ( Ya Allah bersyukur sekali punyai teman yang mengambil berat
seperti mereka.. Alhamdulillah ..hikmah di sebalik semester 5 ni buat diri ni.. yang pada mulanya benar2 malu dengan diri sendiri memandangkan keputusan semester lepas yang kurang memberangsangkan...)



Sunday 3 July 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Assalamualaikum~~Pagi2 dah nak join contest ~jom3x!!



simple je letak banner, tajuk entry seperti di atas dan link kan kat 2 tuan blog nie

klik ni :



jangan lupa follow dan tag la kawan2,dieorang mesti tahu la~

tarikh tutup: 15 Ogos 2011

serta link kan entry ke sini ~~ adik

tag kepada :




Saturday 2 July 2011

GiveAway : " One Klik One Present by Lyssasecret "

Assalamualaikum...aku join contest lagi, kali ni pun sama d tag kawan baik aku seorang nie cik puteri natassia~~thnkx ye... tak perlu bicara banyak...just letak tajuk entry korang sama di atas, letak banner dan link kan entry korang kat tuan blog contest yang comey nie~~ cik lyssa






ni hadiah2 nya~~



HADIAH - HADIAH UTAMA :

Tempat Pertama - RM 50
Tempat Kedua - RM 30
Tempat Ketiga - RM 20

HADIAH SAGUHATI :
5 Orang akan Mendapat Wang Berjumlah RM 10 seorang.


tarikh tutup : 30 Julai 2011

dan jangan lupa tag kepada 4 orang bloggers or lebih....
so aku pun tag la kawan2 bloggers baru aku~~
nama2 blog mereka yang aku gunakan :





Friday 1 July 2011

HuLURKan SumBANgan SeIKHLas MuNgkiN

Assalamualaikum semua.. ok entry kali ni sekadar berkongsi entry...aku terbaxca daripada kawan sekolah aku dulu si cik puteri natassia... jadi entry ni pun hanya copy dan paste.. untuk sama2 kita menghulurkan mana yang mampu~~


Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....



p/s: aku nak membantu mungkin tak mampu cuma aku sentiasa mendoakan segalanya dipermudahkan oleh-Nya buat keluarga ini... Insya-Allah...sme2 la kte doakan moga di luar sana ada insan2 yang dapat memberikan sumbangan seikhlas mungkin kerana Allah SWT...



TENANG (^__^)


Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.. diberi kesempatan dan masih bernafas untuk menulis entry blog kesayangan aku nie~~ Tenang di pagi penghulu hari nie.. Alhamdulillah... bersyukur sekali~ Jadi, hari ni mengharapkan dipemudahkan segalanya... Insya-Allah...

''semoga hari ini lebih baik daripada semalam''

''gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit dan rendahkan dirimu serendah mutiara di tengah lautan''

''selamat memberi, moga kita dijanjikan untuk menerima yang terbaik''

''senyuman tidak hanya akan menampilkan wajah yang ceria namun juga menghangatkan jiwa''

Insya-Allah... menyambung keje sambil mendengar ikim fm (^__^)





JuLai 2011

Assalamualaikum semua... ok2 sebenar semalam terlalu bz~~ jadi tak sempat nak m'gupdatekan entry~~ huhu...banyak sangat keje2 perlu diuruskan...sekarang pun ada~ tapi aku gatal2 online blog jugak...nak mengarang just nak bagi tahu semua orang yang kita dah masuk bulan Julai bagi tahun ni 2011~~ wOW cepat benar masa berlalu...aku merasakan baru sahaja memulakan semester ni tapi rupa2nya dah hampir 1 bulan lebih pun aku dah masuk kelas semua... ok sekarang pun nak siapkan assigment aku~~ subjek CRITICAL THINKING ~~ so memang aku pun jadi kritikal saat ni ..alamat tidur lewat menyiapkan keje~~esok kena submit!!! bayangkan my lec dah bagi task ni minggu lepas lagi...(saya bukan pemalas tapi ada sebab tertentu juga tidak dapat siap dengan awl~~)tapi baru nak buat walaupun esok dah nak kena hantar~ kenapa??? bukan malas...baru benar2 dapat idea... thnkx bagi yang sumbangkan idea.. (^_^) esok 1 kelas je~~ just nak hantar assgment ni la and lec dah bagi thu awal2 akan menyusul task yg lebih mencabar... (padahal task sekarang buat biodata je pun tapi dengan cara yang critical n creative) cm ne tu...?? sekarang la aku nak membuatnya..doakan aku dapat buat yang terbaik~~ so hari ini 1 Julai 2011 bersamaan dengan 29 Rejab 1432 M ingat tu~~mood serabut + tekanan dengan subjek nie... layan je~~