Monday, 11 October 2010

KeMbARa HiDuP

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Ku pasrahkan kepada-Mu Tuhan
Segala yang kan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan Syurga-Mu yangku idamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layak kah pula aku untuk ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

No comments: