Monday 29 July 2013

HARAPAN

Assalamualaikum teman2 blogger ~~ Selamat pagi, Alhamdulillah Allah beri peluang kita masih bernafas hari ini dalam fasa ketiga Ramadhan.. Setelah kian lama menyepikan diri hampir 1 bulan 5 hari akhirnya hati terdetik mencoret sesuatu dan berkongsi. Tidak selembar mana pun tapi nak share jugak hehe =D sea_lavender pun lama tak update dan ucapkan Selamat Berpuasa, Salam Nuzul Al-Quran  dan selamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan penuh berkat dan rahmat ini buat teman2 pembaca  =) eh, ada ke?? ngeee.. ok2, coretan kali ini sekadar bicara tentang HARAPAN ~ renungkan bersama ..


Bicara soal harapan. Hidup ini penuh dengan harapan. Harapan pada diri sendiri dan harapan pada mereka sekeliling kita. Namun, bukan semua harapan tepat dan mantap. Meletakkan sepenuhnya pada perancangan kita melalui harapan itu, sebenarnya salah sama sekali. Kebergantungan sepenuhnya hanya pada Allah. Itulah harapan yang terbaik. Kegagalan menunaikan harapan pada orang lain akan memberi kesan yang mendalam sama sedih mahupun kekecewaan. Berfikir sebelum kita mahu bertindak. Harapan pada diri sendiri adalah kekuatan untuk terus memacu ke arah yang terbaik, gagal pada diri sendiri sekurangnya kita berpuas hati atas tindakan kita sendiri dan akhirnya meletakkan kebergantungan pada Allah.


Tiba-tiba dalam Ramadhan teringat lagu kumpulan Raihan - Harapan Ramadhan. Jom kita selongkar liriknya penuh makna juga dan videonya sekali... kena jugalah entry sea_lavender kali ini.. "Harapan" definisinya juga terlalu luas malah tidak mampu terungkap sepenuhnya ~tengah mengarang kat Nasyid fm pun tengah keudara lagu ni heee :D

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula 

Puasa satu amalan 
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin kubiarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmat-Mu oh Tuhanku..
Ku tempuh jua..



p/s :

  • Alhamdulillah akhirnya dapat juga coretkan sedikit sempena Ramadhan kali ini.. walaupun dah masuk 20 Ramadhan 1434 Hijrah. Sea_lavender lebih aktifkan diri dalam fb heee... setiap hari pasti coretan cuma blog je la tak menyempat nak mengarang..nanti nak kongsikan setiap apa yang di kongsikan di fb mengikut fasa-fasa Ramadhan =) apa2 pun moga ini bermanfaat ~~
  • Sekarang sea_lavender ada di kampus tengah buat short sem.. Puasa di kampus hampir separuh Ramadhan.. tunggu cuti nak balik raya je ~~yahooooo... menanti 2/8/13 
  • Sepanjang short sem ni stress, jangan kata la.. 1 bulan 1 minggu abiskan 2 courses yang setiap satu, 10 chapters. abis je terus test ~~ pening2.. tapi kerana bulan Ramadhan keletihan dan tekanan tu masih tertanggung.. Alhamdulillah... =')
  • Minggu ni sea_lavender ada 1 test dan 2 presentations group dan individu.. Doakan sea_lavender dipermudahkan segalanya =)
  • 10 Ramadhan terakhir ini,sama2 la kita giatkan ibadah dan mohon keampunan Allah.. speed memacu tu kasi laju sikit. tak nak malas2.. Ramadhan akan meninggalkan kita, Ramadhan akan datang belum pasti buat kita  ='(  segalanya masih dalam Harapan...