Saturday 24 March 2012

Lelaki Cantik VS Wanita Gagah

Assalamualaikum semua :) apa khabar? moga semua dalam keadaan sihat hendak-Nya..lama jugak dah tak mengupdate entry ni heee... konon sea_lavender ni sibuk dengan final exam la.. tapi sebenar sempat je blogwalking blog orang lain...hehe =D Alhamdulillah sea_lavender dah selesai 3 papers final tinggal 1 je lagi... 28Mac2012 ni.. ok la, boleh menjawab kesemuanya tak de la tinggal kosong, berlaku kesilapan pun adalah..namun apa2 pun sekarang tawakal pada Allah sahaja atas usaha yang telah terlaksana..doakan sea_lavender moga dipermudahkan paper terakhir nanti dalam menamatkan Pengajian Diploma.. Insya-Allah.. pagi ni sea_lavender nak kongsi kan entry pasal kriteria2 lelaki dan wanita yang patut kita perlu contoh sikapnya dalam meneruskan kehidupan yang kita sendiri tidak tahu bila akan berakhirnya noktah kehidupan kita... dah lama nak mengupdate topik ini tapi kesempatan masa untuk menaip tu je heee...


Lelaki Cantik VS Wanita Gagah

Kecantikan seorang lelaki buka kepada rupa, fizikal yang gagah namun lelaki cantik adalah :

  • Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  • Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada
  • Lelaki yang baik sangka
  • Lelaki yang tidak pernah putus asa


Kecantikan seorang wanita bukanlah segalanya dalam kehidupan, namun kecantikan itu terpancar jika seorang wanita itu menjadi wanita yang gagah seperti :


  • Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
  • Wanita yang tidak takut pada kemiskinan
  • Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
  • Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala kemahuannya
  • Kegagahan wanita itu berdiri di atas teguh sebuah iman


p/s :

  • sea_lavender terus niat nak mengupdate entry atas permintaan teman blogger baru adik Lisa Aleen .. hehe mekaseh menanti entry sea_lavender ^_^
  • kamu : rasa pernah d post wall fb dan dpersoal kenapa dituju kepada kamu, hanya sekadar perkongsian seorang teman, namun akhirnya sea_lavender memadamnya ~~ Alhamdulillah semakin hari kamu semakin bahagia :) itu yang sea_lavender mahukan... apa2 pun jua jadilah lelaki cantik seperti buku pada kamu ''Lelaki dalam Al-Quran'' Insya-Allah..hidup kamu akan dirahmati Allah dunia dan akhirat.
  • sea_lavender harap entry kali ini memberikan 1 perkongsian yang memberi kesan agar diri ini dan teman2 juga yang membacanya agar kuat, tabah dan dalam usaha untuk menjadi Lelaki Cantik dan Wanita Gagah seperti ini.. dalam usaha mencari redha Allah dunia dan akhirat... (n_n) sea_lavender juga ke arah itu~~
  • ok la sea_lavender nak study untuk last paper.. lepas ni tak tahu bila lagi nak mengupdate entry..ni pun ada kat umah lec hehe =D sempat2 lagi pinjam lappy untuk buat entry pada teman2 ^_^
  • semoga ianya bermanfaat pada 'Lelaki Cantik' dan 'Wanita Gagah' yang membaca entry kali ini ;) Insya-Allah..Amin..

Monday 12 March 2012

motivasi diri

Assalamualaikum semua~~sea_lavender sempat lagi nak m'update entry simple =) nak bagi semangat sikit buat diri..lagi2 nak bermula masa untuk berjuang di medan tempur hehe =D dah macam perwira plak heee~~ jom kita mendalami riwayat ini dan kata2 daripada 'kamu' yang dibaca~


''Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam,manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam''
(Riwayat Bkhari dan Muslim)

Tawadhu' ialah apabila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahawa orang itu lebih baik daripada dirinya

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.


p/s

  • perkongsian yang menarik semangat ^_^ dalam erti kata hari2 kte kena memuhasabahkan diri, bersangka baik pada orang lain dan belajar redha dan pasrah ketentuan Allah serta yakin ada yang lebih baik buat kita pada masa akan datang..
  • riwayat ini dapat daripada risalah kat surau tadi waktu sea_lavender lepas solat dhuha.. merenung diri agar kuat!! lagi2 dah nak exam rabu ni~~ doakan sea_lavender dpermudahkan =)
  • buat kamu : nice,ske =) perkongsian menarik penuh bererti ~~ kamu semakin bahagia.. Alhamdulillah..nikmat Allah berikan pada kamu~ (n_n)
  • Alhamdulillah classmate tengok carry marks 1 subjek ni. Alhamdulillah usaha membuahkan hasil.. so, final kena skor btul2 :')
  • rindu mak, ayah,kak long dan k.ngah... menghitung hari walaupun 1 paper tak bermula lagi~~huhu
  • update d library lagi~~heee lepas ni tak tahu ble lagi nk update...ngeee yang pasti selesaikan 1 paper ni dulu.. (14.3.2012)

Friday 9 March 2012

JaDuaL FinaL ExaM SeM 6

Assalamualaikum semua.. haaa.. sempat lagi kan sea_lavender mengupdate entry :P Heee ~~pada hal sekarang ini tengah 'study week' .. ala saja nak kongsikan jadual final exam sem 6 sea_lavender dan Insya-Allah menjadi exam terakhir bagi pengajian peringkat diploma ni..
Amin Ya Rabb...


  • 14/3 ~ ETR 300 9 (ENTERPRENEURSHIP)
2.15-5.15 PM (BS4/BS5)

  • 18/3~MGT369 ( RESEARCH AND METHODOLOGY)
2.15-5.15 PM ( BS 6)

  • 23/3 ~ MKT361 (PRICIPLES AND PRACTICES OF SELLING)
8.30-11.30 AM ( DEWAN PEPERIKSAAN-BETING)

  • 28/3 ~ MGT 361 (INTRODUCTION TO INTERNATIONAL BUSINESS)
2.15-5.15 PM ( DEWAN PEPERIKSAAN-BETING)


p/s

  • heee sempat je kan sea_lavender ni mengupdatekan blog pasal jadual exam sendiri...dekat library plak tu guna pc~~ lappy sea_lavender rosak huhu :'(
  • Haaa tengok siap bagi tahu tarikh,subjek, masa, tempat lagi kan.. macam la sape2 yang baca ni tahukan kat mana sume bagai~~ ngeee =D ye la mana tahukan kawan2 batch and coursemates sea_lavender layan blog ni..so, tak yah la susah nak cari kat student portal tu ;p (lebih2 lagi student UiTM =D )
  • buat kamu : sea_lavender tahu kamu tak ada paper final pun.. apa2 pun moga mendapat keputusan yang terbaik =) walaupun sama final sem juga ^_^ semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat... (n_n)
  • semalam sea_lavender dah msg teman2 dlm contact list hp mohon maaf dan terima kasih segalanya sempena nak exam..moga semuanya ikhlas utk mendoakan kejayaan dan wish me luck =)
  • nak kongsi sikit petikan yang sea_lavender terbaca daripada surat khabar hari ini, sangat menarik dan membuatkan sea_lavender rasa kita harus sentiasa memaafkan orang lain setiap hari ^_^ :

''rendah diri mohon maaf tanda miliki kekayaan hati''

~mengakui kesilapan akhlak mulia pancar keimanan~

firman Allah yang wajar kita renungkan ~

''Terima kemaafan dan suruh dengan perkara yang baik serta berpaling (jangan dihiraukan) daripada orang jahil''

(surah Al-'Araf ;199)


Wednesday 7 March 2012

Pencarian

Assalamualaikum semua..Apa khabar?sihat?Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas bagi meneruskan kehidupan.. Alhamdulillah kali ini, sea_lavender dapat berkongsi lagi dengan teman2 ~~ akhir2 ni suka kongsikan soal jodoh dan takdir...heee dah bau makan nasi minyak je kan dari sea_lavender... hehe =D cam ngada2 je kan.. ala layan je..Insya-Allah bakal menamatkan pengajian diploma selepas menghadapi 4 papers final nanti~~ tu banyak entry over2 la kot... ngeee... sea_lavender kongsikan daripada seorang teman :

10 Sifat suami yang baik:

1. Imam Solat. Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
~sea_lavender letakkan ini sebagai pilihan pertama dalam mencari pasangan..
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama.
~sea_lavender perlukan seseorang sebagai bimbingan ke jalan yang benar dan sama2 berusaha ke syurga Allah...Insya-Allah...
3. Suami yang matang.
~sea_lavender suka orang yang tua dari sea_lavender hehe =D boleh kongsikan pengalaman2 dalam hidupnya yang beberapa tahun lebih daripada sea_lavender sendiri... ngeee..
4. Bertanggung jawab.
~sea_lavender perlukan kaum Adam yang sentiasa sedar dan ingatkan mas'ul dalam kehidupannya dan orang sekelilingnya..yela kadangkala kita ni turut terleka..resmi sebagai hamba Allah..manusia mudah lupa...
5. Suami yang ‘independent’.
~sea_lavender selesa mereka yang dapat berdikari dengan semua suasana buktinya tidak akan bergantung pada orang lain.. dan hanya Allah menjadi tempat mengadu atas segalanya..
6. Mempunyai prinsip dan pendirian yang jelas.
~sea_lavender suka pada mereka yang mempunyai prinsip dan jelas dalam kehidupan yang tetap akan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup...
7. Melindungi anak dan isterinya.
sea_lavender mengharapkan mereka yang dapat melindungi diri ini setelah segala kebergantungan pada Allah..
8.Suami serba boleh.
sea_lavender suka kaum Adam yang serba boleh.. senang apabila memerlukan~ heeee..
9. Boleh membaca Al-Quran.
sea_lavender suka dengan mereka yang mampu mengalunkan bacaan Al-Quran setidaknya dapat membimbing diri ini juga...
10. Disenangi oleh orang sekelilingnya.
sea_lavender suka bagi mereka yang disenangi dengan teman2 sekeliling dah pasti dengan teman2 sea_lavender juga.. hehe=D

p/s

  • sekadar perkongsian, huraian bagi diri sea_lavender sendiri dalam pencarian..mungkin juga inilah dikatakan sebahagian 'usaha' dalam soal jodoh...
  • senarai 10 sifat suami yang baik ni bukan sea_lavender je yang harapkan, sudah pasti menjadi idaman buat kaum Hawa yang lain dalam memiliki teman hidup dalam membimbing diri dan bakal keluarga ke syurga Allah.. Insya-Allah...
  • bukan soal ''demand'' namun diri sea_lavender sendiri juga dalam memproseskan mendekatkan diri pada Pencipta..sama2 kita mendambakan diri pada Allah...ikhlaskan diri dan serta ihsan pada-Nya...
  • Alhamdulillah.. semalam selesai presentation final project sea_lavender.. =) sekarang fokus kepada 4 papers final yang akan tiba..
  • buat kamu : hati ini masih tertanya mengapa kamu masih ada pada diri ini ?? sedangkan segalanya telah berakhir.. ''Ya Allah kuatkan segalanya jika untuk melupakan dan bukan ''dia'' untuk dimilik diri ini'' segalanya hak-Mu Ya Allah...Amin Ya Rabb.. mohon kamu turut mendoakan yang terbaik...
  • banyak entry sea_lavender nak kongsikan sebenarnya tapi semua ambik masa ye.. haaa akhir entry ni jom tengok video '' Sebelum aku terima nikahnya'' ~~ kita buat checklist sama2 terutama ''kamu''.. menarik ^_^




Monday 5 March 2012

Penghargaan Buat Teman Blogger

Assalamualaikum semua.. apa khabar? moga semua teman2 dalam keadaan sihat hendak-Nya.. dah seminggu sea_lavender tak update entry... rindu sangat~~ maaf la sibuk sangat dengan final project ~~ huhuhu... mcm2~~ ok entry kali ini khas buat teman blogger ... cP~ yang telah membuat entry dan doodle untuk sea_lavender...sangat menarik2 ~~ terima kasih ^_^ sea_lavender suka sangat =)



ini doodle yang dibuat comey (n_n)
hehe =D hargai sangat~~
sweet sangat; sea_lavender tengah pegang bunga lavender ~~

malu sangat bila baca ^_^
sea_lavender ni lemah-lembut~~ngeeee.. betul ke?? yang kenal la dapat menilai diri ini~~

p/s

  • penghargaan buat .. cP~ entry khas nie~~ =) sea_lavender request suka2 je.. dan awak tunaikan pula.. mekaseh ye~~ ukhuwah filillah.. =) maaf sea_lavender sibuk sikit akhir2 ni.. namun entry tak lepas jugak nak buat khas untuk awak ~~sea_lavender terbaca dan kongsikan buat awak~~ ikhlas awak hanya Allah mampu membalasnya ~
''Keikhlasan seumpama seekor semur hitam di atas batu hitam pada malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya''
  • buat kamu : '' Alhamdulillah.. telah menerima segala pemberian diri ini~~ moga memanfaatkan apa yang diberikan dalam meneruskan hari-hari yang mendatang~ '' Hanya Allah Maha Mengetahui isi hati ini~
  • sea_lavender dah nak dekat dengan final exam ~~ doakan ye teman2 =)
  • esok Pre-Graduate bagi part 6 di Klana Resort, sea_lavender jadi urusetia~~ chaiyok3x tugas terakhir bagi pelajar diploma =)