Monday 25 March 2013

Perempuan dan Lelaki Kena TAHU

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat juga mencoretkan entry kedua dalam bulan Mac ni =)  Sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sea_lavender. Semua sihat?wah tanya da macam ramai sangat, kan yang membacanya ;p Alaa janji yang penting semua yang membaca bahagia. kan?? heee ~~Sea_lavender tak kacau orang pun hehe :D ok, entry umum yang simple ni untuk Kaum Adam dan Kaum Hawa. Cuba kita renung apa yang sea_lavender dapat daripada sekeping gambar yang menggambarkan apa yang perlu kita tahu antara seorang LELAKI & PEREMPUAN KENA  TAHU ~~apabila sea_lavender bicara dan fokus soal cinta hee :D



benar kah pernyataan ini??
ok, sea_lavender kasi jawab bagi pihak kaum Hawa melalui pandangan sendiri ~~ Benar apabila kita mencintai seseorang kita akan rasa selalu nak marah pada si jejaka apabila ada je tak kena daripadanya. Ini kerana apa? kerana sayang dan ingin yang terbaik daripada dia. Kita akan sentiasa menerima dengan seadanya serta hati terbuka tentang apa-apa jua tindakan baik mahupun tidak daripada si jejaka dek bukti nilai cinta dan kasih sayang. Bukti juga perempuan ini banyak bersabar =) bagi pernyataan daripada kaum Adam tu sea_lavender tak pasti hee. Kitalah perlu menilai sendiri ~~


Teman apa-apa jua lelaki dan perempuan saling melengkapi.Jadi kita harus saling tahu menahu ~ Telah Allah turunkan dalam Al-Quran Surah Ar-Rum ayat 21 :

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa  tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi  kaum yang berfikir"

Indah ciptaan Allah SWT dalam kehidupan kita. Segalanya saling melengkapi dengan berpasangan. Bersyukurlah dan hargailah atas kurniaan-Nya. 



p/s:
  • Alhamdulillah sea_lavender dah baik demam cuma batuk2 je tak baik sepenuhnya =) moga Allah berikan kesihatan bertambah baik hari ke hari... In Shaa Allah..Alhamdulillah, dapat juga berkongsi entry walaupun kepadatan masa dengan program2 setiap minggu. sempat pagi2 ni menaip entry hee ;D Nak baca buku sempat berentry lagi.

  • Minggu ni sahaja macam2 program sea_lavender join, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah ; AWESOME =)
-Jumaat-Juniors Day untuk kos sea_lavender, terlibat dengan induksi untuk junior baru sebelah pagi dan pada malam ada makan2 steamboat- "EVENTGERS PAW WOW" tema tv show.. heee takdanya bershow bagai pun :p
-Sabtu join program fakulti mewakili smf fbm - Ekspo Selangkah ke UiTM. Promote abis fakulti sendiri di DATC, UiTM Shah Alam.
-Ahad - jadi volunteer untuk Program Ceria Bersama PM @ Putrajaya ~ hee pengalaman menjaga bahagian F&B.. melayan kerenah rakyat Malaysia hehe :D

  • Ok,moga perkongsian kali ini membuka mata hati  kita dan dijadikan renungan bersama kembali dalam melihat dan menghargai kebesaran Allah atas kurniaan-Nya, lelaki dan perempuan yang harus saling melengkapi dan ketahui sesama sendiri. 




Saturday 16 March 2013

Kerja Menjadi Ibadah

Assalamualaikum semua =) Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama dapat juga mencoret sesuatu dalam blog kesayangan. Hampir cukup 1 bulan. Last entry lepas 16 Februari 2013. Berjaya akhirnya.. heee da macam apa je kan.Sibuk beberapa hari ini, buat sea_lavender jatuh demam, batuk dan selesema hampir  3 minggu.Semalam baru pergi unit kesihatan jumpa doktor dan ambik ubat antibiotik~~Non stop berprogram ~ Seminggu ikuti Kursus Pemimpin Mahasiswa di UiTM Segamat, seminggu bertugas sebagai Pemimpin Mahasiswa Minggu Destini Siswa Mac 2013 di UiTM Shah Alam dan minggu pertama kuliah hujung minggu lepas, ikuti Kursus Pengurusan Organisasi fakulti pula di Kem Nur Bukit Unggul,Sepang. Minggu ni, esok pula uruskan program Gateaway To Excellence bawah fakulti sendiri setiap semester baru, untuk pelajar-pelajar baru. Moga Allah permudahkan segalanya dan dalam redha-Nya. Ape2 pun entry kali ni perkongsian sea_lavender tentang "Kerja menjadi Ibadah " . Sea_lavender dengar pun dalam motivasi pagi Ikim fm 2 hari lepas tak silap. Pagi-pagi,suka dengar kasi semangatkan diri dalam melaksanakan tugas-tugas diamanahkan. Jom, kita selongkar bagaimana kerja kita dapat dijadikan ibadah pada kita.Kelak dapat dijadikan bekalan akhirat sana ;

  • Niat Kerana Allah
apa-apa pun perkara yang kita laksanakan dalam kehidupan ni, sentiasalah niat kerana Allah. Mengapa? kerana segala apa yang kita usaha dan kerjakan adalah nikmat pinjaman yang Allah berikan pada kita.Segala-galanya kurniaan Allah..bertapa kerdil rasa diri ini dan malu pada-Nya :'( Hati kita yang terjentik atas sesuatu perkara pun, Allah yang laksanakan. Jadi, biarlah kerja mahupun amalan kita diniatkan semata-mata ikhlas kerana Allah yang Maha Pemberi .Ini juga menjadi bukti nilai penghambaan kita pada Allah dan tanda syukur pada kurniaan-Nya. Lepas ni, teman-teman buat apa-apa pun ayuh kita niat  kerana Allah.Moga Allah redha dengan apa yang kita kerjakan. Ingat, makan minum, mandi,tidur dan amalan mudah yang lain juga diniatkan kerana Allah akan menjadi ibadah kita pada Allah.

  •  Mengikut syariat
segala tindakan kita lakukan haruslah mengikut syariat Islam. Ingatkan diri kembali kepada konsep 'amar makruf nahi mungkar' In Shaa Allah, kita dilindungi Allah. Jangan bertindak atas perkara yang merosakkan diri dan tidak mendatangkan manfaat pada kita =) Syariat Islam itu mudah dan tidak ada paksaan. Kita jaga iman, Islam agama yang kita pegang terjaga.

  • Lakukan kerja-kerja yang halal
kita sedia maklum apabila kita kerjakan sesuatu dengan syariat Islam pasti ianya sesuatu yang baik dan halal di sisi Islam. In Shaa Allah.. Islam itu indah dan syumul. Keindahan agama Islam tiada tandingannya. Islam itu segala-galanya yang baik.SubhanaAllah..nikmat Islam dan iman Allah kurniakan pada kita =')

  • Beri kesan yang baik
tatkala kita ingin melaksanakan sesuatu, sentiasa renungkan kembali kesan atas tindakan yang kita kerjakan itu sama ada ianya mendatangkan kebaikan ataupun sekadar sia-sia.Usah kita kerjakan sesuatu tanpa memberi kesan dan menjadi perkara sia-sia. Namun kita berusaha untuk pastikan kerja kita laksanakan itu memberi kesan baik pada diri sendiri, teman-teman dan mereka sekeliling kita. Secara tidak langsung, kerja itu menjadi ibadah. Senang-senang kita dapat kumpul saham akhirat sana =) In Shaa Allah

  • Tidak meninggalkan perkara yang asas
apabila kita melaksanakan kerja mahupun amanah yang diberi, kita jangan terlepas pandang pada perkara asas yang harus dan wajib kita perlu lakukan.Misalnya apabila kita sedang berprogram mahupun apa-apa aktiviti yang bermanfaat pastikan kita tidak meninggalkan ibadah wajib iaitu solat. Walaupun kita kerjakan ianya terlewat, namun  pastikan kita tunaikan kewajipan kita.Pesanan dan ingatan pada diri ini juga.. =)


Kesimpulan bagi perkongsian kali ini, ayuh kita lakukan segala kerja dengan niat kerana Allah, mengikut syariat Islam, laksanakan kerja yang halal, memberi kesan yang baik, dan tidak meninggalkan perkara asas.
Jadikan segala kerja menjadi ibadah pada kehidupan kita.Moga Allah merahmati segala-galanya =')
Renungkan kata-kata ni 


Biar pun ribuan mata tidak melihatnya, namun Allah melihat segalanya =')
Tingkatkan diri dengan kerja yang baik2 dan dapat dijadikan ibadah~ saham akhirat kita di sana kelak..


p/s
  • Alhamdulillah, akhirnya dapat juga berkongsi entry pertama di bulan Mac 2013 =)
  • semester ini sea_lavender agak sibuk dengan program hampir setiap minggu.
  • banyak lagi perkongsian nak dikongsi,namun setakat ini sahaja mampu dicoretkan. Moga ianya bermanfaat.
  • dekat sini sea_lavender nak tanya pada teman-teman sekiranya ada event2 nak dijalankan boleh la jemput2 keranasea_lavender semester ni ada course gerak kerja luar sebagai sukarelawan ~~ Zzzz
  • keputusan exam sea_lavender semester lepas kurang memberangsangkan harap semester ni ada peningkatan. Apa-apa pun Alhamdulillah semua lulus dengan baik, berkat doa semua.