Friday 31 August 2012

1st Reunion 3K1 2006 ( 250812)

Assalamuaalaikum semua... Salam Merdeka ke-55 .. Alhamdulillah kita masih diberi peluang Allah  untuk menikmati kehidupan dalam keadaan negara yang aman dan bebas daripada penjajah ;) Wah bersemangat pula sea_lavender ni kan hehe ;D ~ ok2 entry kali ni sekadar nak kongsikan pengalaman 1st reunion bersama kawan2 zaman sekolah menengah dulu..kawan2 tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi, Jalan P.Ramlee,Penang~ (sapa tahu sekolah tu angkat tangan ;p) hehe ~waktu tu,umur kami baru 15 tahun, sekarang dah 21 tahun~ dah berapa tahun tu?  6 tahun.. sekejap je masa berlalu.. ;D apabila dah berjumpa kawan2 abis semua story mory buka kan... lagi2 status masing2 sekarang jadi soalan yang paling hot ;p suma dah dewasa2 kan~~ dan komitmen masing2 sedang belajar..reunion ni, sea_lavender banyak kena uruskan jugak.. Alhamdulillah dapat kerjasama kawan2 yang rajin mengupdatekan diri di group fb ;) terima kasih semua ; kawan2 sebab join serta maaf segalanya atas serba kekurangan mahupun terlebih dalam perihal kewangan semua :)



KAWAN2 ingat cikgu kelas kita lagi tak??
haa lencana sekolah pun ade tu ;p
kenangan ~ salah seorang kawan kita yang buat ni ; Syamima Nasrin


senarai short name kawan2 3K1 ;
 semua 29 orang yang dapat join reunion 15 orang ~
ok la  kan ;) 
Insya-Allah akan datang kita plan semua agar semua orang dapat datang heee ;D




main bowling bersama ~ 
sedih kali ni main keje masuk longkang je ;p


editing ; Siti Akmal Izzati Abu Hassan ;
~ kaki awak dan geng kecik2 je kan ambik pic ;p
~ souvenior 1st Reunion sea_lavender uruskan maaf lah kawan2 sangat simple yg penting dapat jadikan 
kenangan ;D
~ makan pizza sama2 ;)


ok semua pun cun dan segak naaa  ;D


jelitawan2 buat cun kot ;p  hee 
cik syazwani, cik siti munirah, cik siti akmal Izzati, cik siti nor salwa
(ok nampak tak kat situ sea_lavender je tidak ber "siti" ) ~bangga nama sendiri heee ;D 
cik siti2 ni smua saiz kecik, dan sea_lavender je yg paling tinggi ;)



semua pakat duk cite u masing2 ; u kat egypt, uitm, umt, upnm, uniten, uum, umk 
kenangan 250812~ plan tahun depan jauh sikit destinasi ye..
ni dalam penang je hehe ;D 


 kek sempena 1st Reunion 3K1 2006 SMKAM
Sedap tapi tak abis serius membazir..
apabila kenyang sangat kan ;p

p/s 
  • entry sea_lavender sekadar berkongsi 1st reunion dengan kawan2 sekolah.. Alhamdulillah apa yang dirancang, dipermudahkan segalanya  ;) walaupun menjadi event manager yang tidak dirancang :D
  • kamu ~ moga Allah berikan hidayah agar terus mencari cinta hakiki sebagaimana mengingatkan diri ini.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..
  • tahun ni Merdeka Raya ; jadi sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur kerana tinggal  bumi Malaysia yang aman harmoni dengan berbilang bangsa.. Moga Allah sentiasa melindungi rakyat dan negara kita daripada anasir-anasir luar :) serta kehidupan kita dalam redha-Nya..

Wednesday 22 August 2012

:: Syawal 1433 Hijrah ::


Assalamualaikum.. Salam Lebaran Aidilfitri daripada sea_lavender buat tahun ini..Kita telah melabuhkan tirai Ramadhan.. kini Syawal disambut sempena kemenangan buat kita..
Salam Lebaran Aidilfitri buat semua umat Islam :)
ucapan khas buat mengenali diri ini 



p/s 

  • entry ringkas buat teman2 sebagai tanda ingatan di Aidilfitri yang mulia ini..
  • raya kali ini, sea_lavender dan keluarga beraya di Penang.. pada 2 Syawal 1433 Hijrah, tok(nenek) sebelah ayah sea_lavender telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua.. Usia arwah 89 tahun.. Allah lebih sayangkan arwah.. Moga roh arwah tenang dan ditempatkan kalangan mereka yang beriman..
  • kamu ~ Moga Allah redha dalam segalanya..

Monday 6 August 2012

Nuzul Quran

Assalamualaikum teman2 semua.. Apa khabar? Moga sihat hendak-Nya.. Alhamdulillah.. Hari ini kita terus meniti hari ke-17 Ramadhan 1433 Hijrah..Segalanya atas pemberian-Nya yang tidak ternilai untuk memberi peluang pada kita untuk mengumpul bekalan yang akan dibawa bertemu Dia, Allah Maha Pencipta,Yang Maha Agung :')  Kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya sungguh indah dan tidak ternilai...


Salam Nuzul Quran 
17 Ramadhan 1433 Hijrah

Moga kehadiran Nuzul Quran kali ini terus mendekatkan diri dengan panduan hidup kita Al-Quran Nur Kareem .. Manfaatkan sebaiknya dengan baca, fahami dan amalkan.. Insya-Allah sudah pasti kehidupan ke jalan kebaikan dan kebenaran..Al-Quran penawar segalanya penyakit :')

~Ayuh tambahkan pengetahuan kita dengan klik tajuk tu :) ~



p/s

  • Alhamdulillah sea_lavender berasa sangat gembira dengan Ramadhan kali ini kerana dapat bersama keluarga; berbuka puasa, berjemaah solat dan pergi berterawih bersama mak dan ayah ;) walaupun kedua kakak tiada dengan komitmen kerja, mereka juga sempat pulang berbuka puasa bersama...
  • Kamu~ ukhuwah antara diri dan kamu penuh indah.. Terima kasih atas perkenalan ini.. Kamu usah membuatkan seperti kita tidak pernah mengenali ;)
  • Jom bersiap sedia mencari Malam Lailatul Qadar.. teruskan tingkatkan ibadah dan istiqamahkan diri ke jalan diredhai Allah..
  • Moga segalanya Allah berikan yang terbaik buat kita sepanjang bulan penuh rahmat dan barakah ini.. banyak2 kan berdoa setiap waktu.. kita tidak tahu mungkin doa kita akan naik ke langit dan dimakbulkan Allah..
  • entry ringkas kerja masa untuk pulang ke rumah di penang :D