Tuesday 3 February 2015

Jadi Sniper jangan jadi Machine-gun!

Assamualaikum semua! Tip hari ni jadi "sniper" jangan jadi "machine-gun"! Haaa kan dah kena setempek lagi untuk hari ini.

Sea_lavender ni kan jenis banyak sikit bercakap niat baik je pun, lepas tu tiba adalah tak kena, pastu kenalah dengan pernyataan tajuk entry ni! Haaa pengajaran kita bercakap kena bergantung pada situasi. Bukan senang2 je cakap itu, bukan tak boleh cakap langsung. Tengok keadaan dan tengok situasi kembali.

Kalau tahu definisi sniper dan machine-gun pun dah boleh faham maksudnya. Jadi pergi selongkar kamus apa yang cuba disampaikan dalam entry ni heeee :D

Bila orang yang suka bagi tips suka sangat main games tembak2 ni haaa,so bila bagi tips pun kaitan dunia games!

Hidup belajar jaga hati orang lain, pasti Allah hadirkan orang yang menjaga hati kita juga!

Monday 2 February 2015

Jadi Orang yang ada Kesedaran dan Peka

Assalamualaikum semua! haa hari ni nak kongsi tips dengan teman2 la hehe :D  Haa tajuk entry la tip hari ni!

haa bila kita mudah leka dan ambil mudah pada sesuatu perkara, jadi kita kenalah berubah menjadi seorang yang lebih ada kesedaran atas sesuatu perkara atau peka pada hal tersebut. Kan da kena setempek sekali bila buat kerja sambil lewa je kan!

bagi yang membaca entry ini, tolong2 lah berubah jadi seseorang yang memang sentiasa peka dan ada kesedaran dalam sesuatu perkara. Bak kata orang Jepun kena ada common sense kan? hehe lebih kurang lah dengan peka dan kesedaran tu. Jika kita jadi orang yang ada kesedaran atau peka lagi orang mudah dan selesa dengan kita. Kerana apa? kerana kita berusaha memahami dan ambil kisah atas hal tersebut.

ok, peringatan buat sea_lavender, mohon lebih peka dan ada kesedaran dalam apa2 perkara yang dibuat! Fokus dan fahami, jangan duk malas2 la ye~~ Haa maaflah ye orang yang bagi tips saya hanya buat dan tolong. Tak belek2 jadi begitulah~ hihi :D

Moga Allah beri rezeki kita sama-sama dalam mencari kerjaya yang diminati masing-masing! Campak ke oversea je la anda tu! :p

Sunday 1 February 2015

5 tahun!

Assalamualaikum semua! Hari ni tak share tip ape2 heee . Cuma nak kongsikan yang usia blog sea_lavender hari ni cukup 5 tahun! Wow! Kejap betul masa berlalu, ingat lagi zaman buat blog ni waktu semester 2 diploma tak silap. Hari ni, sea_lavender da tamat pengajian diploma dan sekaligus ijazah. Alhamdulillah, Allah mudahkan semua. Doakan sea_lavender mudah dapat kerja! Plan sambung master tergendala, bila orang2 hebat dan berpengalaman kata sekarang biar cari pengalaman dulu, lepas tu nak sambung master ke ape tak pe, nanti tinggi tahap pendidikan lagi susah cari kerja. Sea_lavender percaya dan yakin rezeki kuasa Allah, ape2 pun usaha semau yang boleh! 

Keputusan CGPA degree akan keluar bulan 2 ni, jadi jika semua ok, konvo degree In Shaa Allah bulan 5 tahun ni. Sekali lagi berkonvo di DATC, UiTM Shah Alam! 

Moga blog ni masih memberi manfaat kepada si pembaca2! Moga Allah terus memberi ilham dan idea pada sea_lavender untuk terus berkongsi bersama! Moga tukang bagi tips terus berkongsi sepanjang kita kenal! Menanti dan terus menanti.