Saturday, 17 September 2011

PeSaNaN BeRNiLai

Assalamualaikum semua.. ok2.. entry hari ini aku lebih bersemangat~~ kerana apa?? yela semalamkan kemalasan melanda diri aku..jadi aku dapat plak sokongan padu daripada insan-insan yang disayangi...terutama my beloved sis dan pensyarah yang baik dengan aku~

pesanan 1 pensyarah aku ~

  • hargai setiap masa yang ada.umpamakan exam untuk sesuatu paper yang di study tue esok. study 25 ke 30 minit than rest 10 minit. mesti ada perancangan study caranya kul 11 ke 12 mesti dah cover 2 topic. ini contoh le kan.kalau otak tepu membaca buat latihan or baca jawapan soalan test (mesti fotocopy test member yang highest)
  • kesihatan penting. musim exam standby panadol dan ubat selesema, kalau ada lelah or alergi pastikan supply ubat dah ada bila memerlukan. Makan ubat dn tido mesti tak kurang 5 jam
pesanan 2: akak kesayangan aku ~

  • wani, skg tak payah fikir apa2 kosongkan minda dan fokus subjek nak exam tu..tak yah la fikir nak balik umah ke apa~~ ingat kalau dapat kejayaan sape yang puas hati..tak payah fikir dia tu wat apa? mesti tengah hepie2 ke pe apa dengan sapa2 pun~~ huhu (terkedu aku sempat lagi nak memperli aku ) hmm sentap pe2 pun aku doakan dia bahagia dan berjaya dalam final exam jugak =)

# pesanan 1 : pensyarah yang berusia 27 tahun yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat phD pada hujung semester aku ini...mengajar aku subjek CT (creative and critical thinking)~ aku rapat dengan dia jugak..nak jadikan inspirasi di usia muda dah bakal pegang panggilan DR.
lec aku ni siap tunjuk kad matrik lagi nak bagi semangat..wah teruja aku~~ erm yela mana tahu aku di usia 3o tahun pegang jugak pgilan tu: Dr. Syazwani Mohamad hehe =D Amin... erm lec aku ni belajar step by step drpd dip,dgree,master dan skg nak ambk phD.. moge2 aku dapat ikut jejak lec aku ini...

# pesanan 2: kakak sulong kesayangan aku yang kuat membebel dan selalu menjadi semangat pada aku susah senang..tapi ayat motivasi dia boleh tahan salu kena perli2 agar aku sedar diri sikit..sayang sangat2 kat die..die pun sambg stdy wat dgree PJJ ..So hari ni kelas pertama die..gud luck along ^_^

# pesanan2 ini kekuatan bagi aku nak exam kali ni...Alhamdulillah banyak pesanan dan ucapkan gud luck yang aku terima..setelah aku smskan kepada semua pensyarah2 agr dihalalkan ilmu diajar dan mohon salah silap..trut begitu buat teman2~~

# tak lupa juga buat teman2 blogger syukran jazakaallahkhairan atas ucapan dan sokongan kalian semua.....jika ada yang nak exam
jugak~~ gud luck ye =)

# bagi teman2 yang tag maaf tak dapat join lagi kerana ade masalah lappy dan masa tumpu pada exam..kalau join contest kena kuar idea2 yg best jugak ~~

# selepas zohor sambung study...''Ya Allah mohon ditetapkan iman untuk terus fokus dalam menelaah ilmu2-Mu yang luas untuk bekalan dunia dan akhirat ku serta persediaan peperiksaan aku yang akan menjelang tiba.''... amin... =)

# Alhamdulillah kefokusan aku peroleh dengan kata2 semangat dan ucapan gud luck buat teman2 ~~ baru selesai study beberapa chapter ECO~~ terus mengarang entry =D

Friday, 16 September 2011

MaLaS MeLanDa DiRi

Assalamualaikum semua.. Salam 1 Malaysia.. hari ni tanggal 16 September 2011: Hari Malaysia yg ke-48 dan hari kemerdekaan yg ke-54 ~~ so, buktinya aku anak Malaysia dan jiwa patriotisme tau~~...hehe =D ~ Erm, pagi2 ni entry sekadar berkongsi luahan isi hati aku yang kepenatan dan kemalasan =_=' dalam 2,3 hari ini walaupun aku pergi lepak di PTAR a.k.a library kononnya nak fokus study ... tapi aku tak pun~~ huhu kerana badan aku jadi cepat sangat letih...dengan suhu library yang sangat sejuk kefokusan aku menjadi hilang~aku baca macam2 tu je... kalau dalam bilik plak tengok katil,alahai nak tidur je rasa..mengapa begini?? wani semangat la!!!! exam tinggal beberapa hari je lagi... minggu depan selasa dah start paper 1st aku~~keletihan puasa? no la Ramadhan aku penuh semangat je~~huhu... sepanjang minggu ni aku puasa sunat Syawal..coz hari tu tak sempat jadi aku kejarla dah ade kesempatan di bulan kemenangan ini... Alhamdulillah dah 4 hari tinggal 2 hari je lagi..chaiyok3x...erm, semalam petang aku rasa kepala berat sangat dan rasa sejuk sangat..takut la demam plak dah nak exam2 ni... ''Ya Allah berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini meneruskan perjuangan dalam peperiksaan akan menjelang sebaik mungkin.. Amin...'' aku pun tak faham kenapa kemalasan melanda diri aku saat di ambang peperiksaan ini..sedangkan aku ni tak de la pemalas mana pun huhu =( namun, Alhamdulillah sekarang keadaan aku baik sedikit dan aku kena kumpul semangat belajar kasi skor final exam nie..Insya-Allah..Alhamdulillah carry marks semester ini pun agak meningkat..syukur sekali... =) mungkin ni juga kekuatan kepada aku sekarang untuk buat yg terbaik dalam final nanti...setelah kebergantungan pada Dia Maha Pemberi... Alhamdulillah...ok la hati aku tiba2 semangat membuak2 nak stdy nie...hari ni aku kena fokus dalam bilik kerana PTAR mestilah tutup dah cuti umumkan ~~ roomates aku plak yang kuat study, balik jadi aku kena kuat jugak walaupun sorang2 nak stdy!!!! All out waniey!! ikhlaskan diri kerana Allah, Rasulullah, mak,ayah dan kedua2 kakak kesayangan aku serta teman2 seperjuangan...


# teman2 doakan kejayaan kita bersama untuk bekalan dunia dan akhirat...Insya-Allah...

# doa hari2 ketika aku membaca Al-Mathurat agar lebih kuat menempuh hari2 akan datang~

''Ya Allah berilah kesihatan pada badanku Allah, Ya berilah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah berilah kesihatan pada penglihatanku''... Amin...

# kepada insan yang memberi kekuatan pada aku bagi semester ini ..Syukran Jazakaallah khairan hadir dalam diri aku...pergimu tak bermakna hilang kekuatan aku, ianya sentiasa tersemat di hati kerana Allah sumber kekuatan utama aku.. Binttaufiq wannajah juga pada buatmu...

#wani kena kuat jugak!!! no more malas3x ni... ingat masa depan dan bayangkan kejayaan diperoleh ketika semak result final exam nanti..Insya-Allah..~~ ingat tu... =)
terus tatap gambar family ='(

# Alhamdulillah...tengah semangat ni~ kemas bilik,mandi,solat Dhuha..ayuh stdy ECO,OB,HR dan FIN ~~hehe banyak tapi utamakn paper mggu dpn dlu la~

# fb akan tutup apabila settings tak ada prblem..selepas ni apa2 hanya di blog sampai habis final exam =)

Wednesday, 14 September 2011

BuKan Aku

Assalamualaikum semua.. munink3x~ apa khabar semua? sihat?Alhamdulillah aku sihat hendak-Nya... erm entry pagi2 sekadar mengungkap kata2 ''bukan aku'' ibarat aku mendeklamasikan sebuah sajak ni buat korang2 yang membaca hehe =D (ada ke ?? erm apa2 pun layan je lah kan)


bukan aku seperti apa yang disangka-sangkakan..
bukan aku pinta kekecewaan ini namun aku pasti Dia berikan kerana tanda sayang-Nya padaku
bukan aku berikan pengharapan ianya sekadar inginkan kejujuran itu yang aku mahukan
bukan aku jika dihulurkan kebencian namun titipan kasih sayang yang cuba aku sematkan
bukan aku mengagung-agungkannya dengan kekuatan yang ada cuma agama yang aku pandang
bukan aku seorang yang kuat namun masih memerlukan bimbingan dan kekuatan
bukan aku menagih simpati inilah tanda dahaganya aku pada ilmu
bukan aku tiada meredhai dengan apa yang berlaku namun memerlukan masa untuk segalanya
bukan aku pinta menjadi lemah namun aku masih perlukan kekuatan
bukan aku pinta hilangnya yakin itu namun masih cuba untuk tingkatkan keyakinan diri
bukan aku tidak bersabar dengan apa yang dikurniakan namun masih mencari ketenangan itu
bukan aku sengaja masih keanak-anakan namun belajar ke arah kematangan
bukan aku jika menjadi insan tidak menghargai apa yang dikurniakan
Alhamdulillah aku bersyukur atas segala apa yang telah dikurniakan-Nya...



# motif bersajak puaskan hati dan jiwa..
# hari ini aim kena stdy jugak dan fokus...
# hari ini befday ayah...kepada ayah aku Hj.Mohamad b.Abd Rahman moga pnjg umo dan dmurahkn rezeki..doakan kejayaan anakmu ini.. wani sentiasa rindu ayah dan mak ='(

Tuesday, 13 September 2011

RinTiHaN

Perkongsian bait2 lagu yang penuh bermakna... Alhamdulillah aku merasakan penuh keinsafan...lagu ini kudengar selepas mendengar ceramah di radio Ikim~~ mari kita hayatinya sama2... =)

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup Allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

# aku benar tersentuh bait-bait lirik lagu ini dan memberi kekuatan berbanding dari semalam....
# aku telah diakuinya tentang tersepit di jiwanya...begitu juga diri aku sendiri..
# aku menerima maafnya..aku redha takdir-Nya...
# namun aku mohon maaf kerana masih mengambil mas untuk menerima segalanya...
#aku kecewa pada mulanya...kini tidak lagi kerana Dia memberi aku kekuatan...
#tiada pengharapan langsung padanya namun kejujuran dengan ikhlas itu yang aku mahukan...
#sentiasa doa yang terbaik pada diri ini dan padanya...
# Alhamdulillah...aku yakin dengan Rencana Illahi yang terbaik buat aku...

CaRa BerDoa YaNg TeRBaiK

Assalamualaikum semua... Salam 15 Syawal 1432 Hijrah... ok entry kali ini nak kongsikan artikel yang aku baca dalam facebook group yang aku join ''Mujahidah'' ... harap ianya dapat dijadikan amalan kita bersama..Insya-Allah....


Agar do’a-do’a yang kita sampaikan kepada Allah swt semaksimal mungkin mencapai pengabulan dari-Nya, maka ada beberapa hal yang perlu kita perhatikan. Di antaranya sebagai berikut:

1) Hendaknya kita hanya meminta kepada Allah swt, tidak mempersekutukan-Nya dengan siapa pun

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.” (QS Al-Fatihah 5)

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku.” (QS Al-Baqarah 186)

2) Hendaknya kita semakin banyak melaksanakan berbagai perintah Allah berlandaskan iman kepada-Nya, serta dengan jalan menghidupkan berbagai sunnah Rasulullah saw

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي

”Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku.”

(QS Al-Baqarah 186)

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,

nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."

Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Ali Imran 31)

3) Hendaknya isi doa tidak hanya menrangkumi urusan dunia semata, melainkan menrangkumi urusan dunia dan akhirat sekaligus...

فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ

“Maka di antara manusia ada orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.

Dan di antara mereka ada orang yang berdo`a, "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."

Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan;

dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.”

(QS Al-Baqarah 200-202)

مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا

نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ

“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.”

(QS Asy-Syuro 20)

4) Hendaknya do’a

disampaikan dengan “merendahkan diri” dan “suara yang lembut”

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

“Berdo`alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

(QS Al-A’raf 55)

Dalam Shahihain diriwayatkan bahwa Abu Musa Al-Asy’ari berkata bahwa orang-orang mengeraskan suaranya ketika berdo’a, maka Rasulullah saw bersabda:

ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا تَدْعُونَ سَمِيعًا بَصِيرًا قَرِيبًا

“Hai manusia, kasihanilah dirimu karena kamu bukan menyeru kepada yang tuli dan gha’ib (tidak ada), yang kamu seru itu adalah Maha Mendengar,

Maha Melihat dan Maha Dekat.”(HR Bukhari 22/385)

5) Hendaknya pada saat berdo’a memadukan di dalam jiwa perasaan “berharap” dan “takut”. Berharap kepada Allah swt agar do’a tersebut dikabulkanNya, dan cemas kalau-kalau do’a kita tidak dikabulkan, bahkan tidak didengar-Nya.

وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا

“…dan berdo`alah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan).” (QS Al-A’raf 56)

6) Hendaknya kita meyakini bahwa do’a kita pasti InsyaAllah dikabulkanNya. Cepat ataupun lambat. Di dunia ini maupun di akhirat kelak nanti. Yang penting kita tidak memaksa Allah swt, memakbulkn doa yang maka pohonlah agar diberiikan yang terbaik agar kita redha & berasa syukur dengan segala pemberian-Nya... Insya-Allah..

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

(QS Al-Mu’min 60)

Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepada-Nya, kerana sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan memasukkannya ke dalam siksa Allah yang pedih.

Maka Rasulullah saw bersabda:

مَنْ لَمْ يَدْعُ اللَّهَ غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ

“Barangsiapa tidak berdo’a kepada Allah swt, maka Allah murka kepadaNya.”

(HR Ahmad)




Monday, 12 September 2011

UnGkAPnYA

sehingga kini aku ingati ungkapan ini dan akan dikenang~~:

''Kadangkala, manusia mengatakan dia mabuk cinta dengan Allah...namun, apakah pengertian itu difahaminya dengan jelas saat dia menjumpai sesorang yang dia amat cintai? hakikatnya, Allah itu musabab untuk kita bercinta...dan pasangan itu adalah asbabnya...kerana cinta dan rindu, kehadirannya adalah daripada Allah...yakni anugerah dari-Nya kepada kita yang bergelar hamba...melengkapkan kasih sayang-Nya...''


TiTiPaN DoA

sekadar perkongsian doa di kala ingin kekuatan setelah hadir dan akhirnya pergi insan aku hargai... sehingga kini titipan doa ini tak pernahku tinggalkan pada-Nya agar diri menjadi kuat ...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah...Ya Tuhanku..Yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah..Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh ke dada langit..
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya....

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat kelak..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...
dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...
Amin...amin ..Ya rabbal'aalamin...

Kuat dan BeRsemangat

Assalamualaikum semua...salam 14 Syawal 1432 Hijrah... hari ini aku akan memulakan pengembaraan aku dalam menyelak buku2 untuk final...Insya-Allah..doakan aku agar tenang dan diberikan kekuatan untuk fokus dalam segala perihal yang dilakukan..aku tahu ni diri akhir2 ni lemah kerana perkara2 yang lepas masih bermain di minda aku setiap detik dan setiap masa.. tatkala aku lemah sentiasa aku mendekatkan diri pada-Nya kerana aku yakin dan percaya hanya Dia tempat bergantung harapan kekuatan diri ini setelah teman2 bicara sekeliling aku... syukran jazakallah khairan duhai teman2...

'' Ya Allah, Tuhanku... aku memohon kekuatan pada-Mu agar aku kuat menempuh segala2 nya... dan mencapaikan matlamat demi bekalan dunia dan akhirat aku kelak..Kau Yang Maha Agung dan Maha Pemberi...aku yakin,percaya dan redha dengan rencana-Mu yang tak pernah sia2 buat hamba2-Mu'' Amin....

Saturday, 10 September 2011

FiNaL ExaM

Assalamualaikum semua... Rindunya nak mengupdatekan blog kesayangan aku ini... dah nak masuk 2 minggu dah tak mengarang...erm ntah la selalu je buka fb,skype dan ym tapi hati tak rasa nak mengupdate blog hanya sekadar ziarah2 blog orang lain dan jadikan medan persinggahan nak membaca...huhu no mood mengarang tapi lebih ke arah mood membaca~~ then lappy aku plak tak berapa sihat jadi bila nak mengupdate hang la pe la...tak boleh nak upload pic la pe2 pun semua , so no story la~~ except aku tergerak hati nak kongsikan apa2 perkara yang bermanfaat...pasal raya pun tahun ni kurang mood nak bercerita~~ erm tengok di fb je la.. so, sekarang ni plak kalau students uitm ready2 la di ambang final exam ni ..termasuk la diri aku ni sendiri..mana hilang mood exam nie pun aku tak faham~~ ''Ya Allah kuatkan aku dengan semangat belajar menuntut ilmu-Mu untuk kepentingan dunia dan akhirat kelak bukan sekadar cemerlang di atas slip peperiksaan..'' Amin... wani kena kuat2x.. ingat azam dan matlamat hidup ~~

jadual final exam bagi semester 5 ~

20/9 ~ECO 261 (2.15-5.15 pm)
28/9~MGT321 (2.15-5.15 pm)
2/10~ MGT340 (9.00-12.00 pm)
4/10~FIN329 (9.00-12.00 pm )


p/s

# di sini aku~ Syazwani Mohamad a.k.a waniey,syaz,sea_lavender ingin memohon maaf atas segala salah silap dan doakan kejayaan aku untuk exam kali ini ye...bagi sesiapa yang akan ambik exam jugak gud luck k =D

# maaf lama tak mengupdate entry bagi sesiapa yang rajin dan tegar menyinggah di sini kalau ada la kan... aku kurang mood...huhu so tak de entry nanti bila ade je pe2 nak share aku akan post k~~

# doakan agar mood aku bersemangat belajar tu berkobar2 dalam study week ini ek...

# di ambang exam fb tutup ada kesempatan mengupdate entry bila berkeinginan lagi2 bila jarak2 exam aku yang jauh~~


Friday, 26 August 2011

SaLaM AiDiLfiTri & SaLaM KemeRdeKaaN

Assalamualaikum semua ...Salam 27 Ramadhan 1432 Hijrah =) ok2 entry kali ni tak mampu bicara panjang la sangat...coz ni pun aku curi2 masa mengarang entry...padahal my bonda dah bising2 suruh kemas barang nak pulang ke kampung dah nie~~hehe =D ~ dah lama tak mengupdate entry plak..hampir seminggu...huhu...maafla terlalu bz dengan macam2 plak~~ Alhamdulillah aku juga dah selamat berada di rumah baru di Kedah bersama insan2 tercinta iaitu bonda dan ayahanda serta kakanda2ku~~sejak dari 25 Ramadhan lagi...sebenar aku pun tak pasti tahun ni raya mana ingatkan kat rumah baru je...tengok2 my bonda cakap kte tahun ni balik terengganu..ok la aku pun tak kisah sangat...lagi2 bila usia 20 tahun ni dah tak rasa sangat la raya2 ni huhu...yela bayangkan persiapan raya semua pun kakanda2ku tersayang yang uruskan~~ punya la tak de mood raya aku ni...huhu...ntah la dah rasa tua kot hehe =D..pe2 pun Ramadhan kali ini bermakna kerana aku dapat meningkatkan ibadah2 ku semampu yang boleh..Alhamdulillah...itu yang aku rasakan 1 kepuasan dan keseronokkan dalam diri, namun hari kemenangan~ Syawal tetap akan aku sambut jua segembira mungkin..Insya-Allah... haa bagi teman2 yang bertanya pasal fb tgu je ye cik wani akan kembali bertemu dalam bulan Syawal nanti hehe =D maaflah bulan Ramadhan fb aku pun berpuasa sekali~~~ hmm tapi Syawal pun tak akan lama aktif fb kerana final exam dah semakin hampir plak~~ nanti tutup kembali kui3x =D Tak pela hak aku kan jadi tak de orang kisah pun... ok2 tak nak panjang2 dah ~~ sempena entry ni aku : Syazwani bt Mohamad a.k.a ~wani,syaz,sea_lavender ~ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir Batin kepada sesiapa jua yang mengenali diri ini dan seluruh muslimin dan muslimat~mungkin ada yang terkasar bahasa,tersalah kata, menyinggung perasaan secara sengaja mahupun disengajakan hehe =D seribu kemaafan dengan menyusun 10 jari dipinta kepada kalian semua...tak lupa juga Salam Kemerdekaan yang ke-54 buat warga negara Malaysia..haaa, jangan plak kate aku ni lupa pada tanah air sendiri ...wirawati PLKN ni akan sematkan semangat cinta akan tanah air sepenuh jiwaku~~ wow2 bersemangat abis ni...hehe =D Ok la dah nak siap2 balik kampung~~bersua kembali nanti dengan entry perkongsian, menarik dan suka-suki aku =_=

Monday, 22 August 2011

5 Pandangan Berpahala

Assalamualaikum semua.. sekadar berkongsi apa aku dapat semasa menghadiri ceramah Nuzul Al-Quran baru2 ni di kampus aku~~ Tajuk ceramah tu ''Manual Mencari Cinta Illahi'' yang disampaikan oleh penceramah bebas yang terkenal juga tu, Ustazah Asni bt Abu Mansor.. aku dah pernah bergambar dengan beliau dalam entry aku yang lama iaitu ~''bertemu insan hebat'' jadi kali ni jumpa aku tak de la over2 nak bergambar hehe =D ..ini perkongsiannya :

5 pandangan kita menjadi pahala~~
  1. melihat Mashaf (Al-Quran)
  2. melihat kaabah
  3. melihat air zam2
  4. melihat wajah ibu bapa
  5. melihat laut yang terbentang luas

# jadi sama2 la kita memanfaatkan anugerah mata kurniaan-Nya dengan menjaga pandangan kita dengan melihat perkara berpahala....Insya-Allah...

#mungkin bagi melihat kaabah dan air zam2 sukar kepada kita kerana berada di bumi Malaysia, jadi manfaatkan la 3 perkara yang lain itu...

# setiap daripada pandangan punyai hikmah tersendiri..cuba kita renungkan bersama...

semester 5


Salam 22 Ramadhan...Alhamdulillah bertemu kembali dalam segmen ''mencari kebahagiaan'' hehe =D dah merepek plak pagi2 ni...hmm aku hari ni nak kongsikan pengalaman belajar menemuduga yang dikendalikan aku sendiri untuk staff F& N manufactures Sdn. Bhd ngege~~~ korang percaya tak???menarik2x aku la yang jadi interviewer...ingat lagi waktu semester 3 aku yang telah ditemuduga oleh pensyarah aku ~ dalam entry aku tahun lepas '
' 2 minggu macam-macam tugas'' bagi semester ini aku plak kendalikan...




pe mcam ade tokoh wanita berjaya tak?? hehe =D

credit to tasya ~nice pic...


candidates2 yang ditemuduga aku ngege~~
azrul hafiz dan natasya


aku dan izzati teman penemuduga =_=

tengok jawatan sye?? hebat kan~~
sje melawak...


training sebelum bermula interview


haaaa ni jawatan2 kami semua =)



# sedang menaip entry dan melihat gambar2 nampak perbezaan mock interview dulu dan sekarang...aku semakin matang dan berkeyakinan...Alhamdulillah... =)

Friday, 19 August 2011

Al-Fatihah

salam takziah buat keluarga arwah...
Al-Fatihah

Assalamualaikum semua...sedang aku bersahur,tiba2 aku menerima 1 pesanan sms daripada ahli BMA ( Business Management Association )tentang perginya teman sebatch kami...

''sapex dah meninggal dunia..tlg sebarkan..doa2''

~Allahyarham Muhd Syafiq... Arwah telah aku kenal ketika semester 2 lagi..aku selalu mengusiknya kerana sikap pemalu dia seorang lelaki..semalam baru sahaja kutipan derma dalam kelas dijalankan untuk membantu arwah..arwah menghidapi penyakit kanser usus...baru2 ni kawan2 kelas bercerita tentang keadaannya semakin teruk...aku sempat melihat gambar2 yang diambil ketika mereka melihat arwah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)....Ya Allah ketika melihat aku sudah cukup sedih melihat keadaannya begitu menderita...terlalu kurus sehinggakan tulang di badan kelihatan... baru sahaja berniat mahu pergi melihat arwah minggu depan sebelum pulang beraya..namun, Allah lebih menyayangi arwah...bagi aku arwah cukup kuat sekali..daripada semester 1 lagi aku dengar cerita yang arwah menanggung sakit kanser ni namun, aku lihat dia seorang benar2 kuat tak pernah tunjukkan kesakitan yang ditanggung... malah result bagi setiap semester juga sentiasa skor 3 ke atas hebat daripada mereka yang tak sakit apa2 ini..usahanya walaupun tak hadir kelas dan belajar sendiri dan bertanya pada kawan2... Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..Insya-Allah... perginya teman usikan aku.. maafkan saya selama ini...kehilanganmu di 19 Ramadhan 1432 Hijrah memberi ingatan buat semua batch student business Alamanda... Al-Fatihah...aku hanya sempat menziarah kubur arwah kerana punyai kelas pada pagi 19 Ogos 2011...menitiskan air mata juga ketika menziarah kubur arwah ....hampir 20 buah kereta daripada batch aku sendiri pergi menunaikan solat jenazah dan mengebumikan arwah... lihatlah insan yang baik seperti arwah walaupun telah pergi tetap dihargai ramai...

# maaf entry lambat di post kan~~kesuntukan masa...


Friday, 12 August 2011

12~ 14 Ramadhan 1432 Hijrah


Assalamualaikum semua...
ok2 entry hari ini just nak bagi tahu aku akan offline dari jam 4 petang ni sampai 14 Ramadhan 1432 Hijrah.. jam 3 petang macam tu aku akan offline~~ kerana aku akan pergi
kampus UiTM Melaka....(Kampus Bandaraya Melaka)
Jemputan Ke Program ''Ziarah Ramadhan'' Destini Kenegaraan Nur Al-Falah Peringkat Zon Selatan Anjuran Universiti Teknologi Mara dengan Kerjasama JKKK Semabok, Melaka...
program juga dianjurkan kerjasama oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) jadi terdiri daripada 150 mahasiswa daripada setiap kampus cawangan Universiti Teknologi Mara di zon Selatan...
iaitu UiTM Melaka(sebagai tuan rumah),UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Johor...nampak menarik...nanti aku dan balik kasi cerita ye~~hehe =

Thursday, 11 August 2011

KisaH HaTi



Assalamualaikum...Salam 11 Ramadhan 1432 Hijrah...tinggal 30 minit melangkah ke 12 Ramadhan...maaf la tuan punya blog ''Kebahagiaan Penuh Keharuman'' hari ini melayan jiwa dan perasaan...layan lirik lagu ini~maaf la tak dapat upload videonya....terlalu lama nak loading jadi layan liriknya yang penuh bermakna...nanti korang search mr.youtube~

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku

Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini… di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya




Wednesday, 10 August 2011

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Assalamualaikum...aku terbaca sebuah artikel...jadi sekadar berkongsi...moga kita sama2 hindari maksiat2 yang disenaraikan..jika ada yang ingin berkongsi pendapat amat dialu2kan... (^_^)

Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi


MaLuKu Pada-Nya

Assalamualaikum semua...kembali jari jemariku menari-nari di papan kekunci laptop ku~~ hari ini dah masuk 10 Ramadhan 1432 Hijrah...Alhamdulillah dapat aku terus melaksanakan ibadahnya... pagi yang penuh kesunyian ini hatiku berbicara..malunya diri aku untuk bertemu Allah Maha Pencipta... ='( hati aku hiba apabila memikirkan setiap amalan2 aku,adakah bakal diterima-Nya ataupun tidak...aku hanya hamba yang lemah,hina dan khilaf disisi-Nya...namun aku dari ke masa aku masih berusaha mengejar amalan2 yang dapat menampung salah silap ku jika ada tersasar daripada kehendak-Nya... lebih2 lagi di bulan yang penuh mulia ini, dapatlah aku dekat pada-Nya serta mendambakan diri buat-Mu Ya Allah...Alhamdulillah...moga ianya dapat aku mengistiqamahkan amalan2 ini pada titian hari dalam kehidupanku hingga hujung nyawa....sesungguhnya, aku yakin Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang buat hamba2-Nya...Insya-Allah aku berusaha menjadi lebih baik...aku percaya Allah juga Maha Pengampun terhadap hamba-Nya..sama2 la kita mendekatkan diri pada-Nya...Ingat lah semakin kita jauh dari-Nya,semakin dekat Dia dengan kita... =)


Tuesday, 9 August 2011

SeGaLaNya KeRana-Mu Ya Allah


''aku mencintainya kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta, andai dia hilangkan cintanya kepada agama, maka hilang cintaku pada dia, Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku pada-Nya, cinta Illahi juga menyebabkan aku memilih dan menerimanya dia''


luahan 9 Ramadhan 1432 Hijrah



Monday, 8 August 2011

SeGaLaNya TeRuNGkai

Assalamualaikum semua...hari ni dah masuk 8 Ramadhan 1432 Hijrah..Alhamdulillah syukur kpd-Nya kita diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah di bulan yang penuh barakah ini... coretan kali ini luahan rasa daripada aku ~~ akhirnya setelah 2 bulan lebih penantian akhirnya segalannya terungkai...satu kelegaan dan kepuasan tak terkira atas apa yang berlaku semuanya...bulan penuh rahmat dan memberikan sesuatu hasil yang terbaik.. segalanya memang terbaik...kuasa-Mu begitu hebat..aku bersyukur kerana Allah membuatkan diri ini menerima takdirnya tanpa rasa penuh keraguan dan keluh kesah...Alhamdulillah...selepas ini biar la arus membawa diri ini untuk terus mencari keampunan dan kerahmatan daripada-Mu Ya Allah setiap detik bukan hanya di bulan yang mulia namun biarlah ianya berterusan sehingga nafas terakhirku...Insya-Allah aku yakin semua ini penuh hikmah... namun titipan doa buatnya tak pernah aku tinggalkan dalam ibadahku~~lenyapkan segalanya jika dia bukan terbaik untuk aku..rasa ihsan yang hadir dan mendambakan diri aku pada-Nya setelah kehadirannya membuatkan aku membuka mata hati ini..,dan hati ini juga yang mengikhlaskan diri lalu mendekatkan diri kepada-Nya setelah hadirnya dia.. erm... tak sia2 kata hikmah di blog kesayangan aku ini

''Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!''

''Iaitu org2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram''
surah Ar-Ra'd:28

Ya Allah hebat kuasa-Mu hadirkan mushaf bagi mentajdidkan diri ini untuk lebih baik...
sampaikan la syafaat baginda ketika di akhirat kelak...amin...
Insya-Allah...Aku rasa penuh tenang apabila sentiasa mendekatkan diri pada-Mu Ya Allah...





Saturday, 6 August 2011

TeMaN

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah 6 hari kita telah berpuasa...sekejap sahaja masa berlalu pergi...aku tidak mahu berbicara panjang...hanya sekadar berkongsi cerita seorang teman yang banyak menyokong aku buat semester ini dengan tatapan gambar tika bersama...



credit to Tasya ambik pic =D



ala2 wanita koprat~~
BMA in our heart ^_^



semalam sebelum beredar dari kelas~~
sempat lagi bergambar...


sebelum kelas bermula penuh semangat~
tapi...apabila kelas bermula dua2 naik lentok...
coz tgk org present~duk depan dalam kelas tu...
hmm pelik3x kitaorang ni~



semua orang dah balik kitaorang sibuk
bergambar hehe =D



Haaa sempat aku rompak kertas kehadiran buktikan
selama ni aku tak pernah ponteng kelas~~
ye la sye kan skema pnye org...




# entry kali ni sekadar berkongsi suka-suki aku di bulan Ramadhan... dalam erti kata aku bersyukur punyai teman yang banyak menyokong dan memahami bagi semester ini... walaupun aku dah semester 5 aku dan baru sahaja mengenali insan bernama Natasya Yusof =_= Alhamdulillah... Allah memberi dugaan dan akhirnya hadirkan sesuatu yang penuh dengan hikmah =)

#untuk kamu Natasya Yusof dan bagi teman2 yang mengenali diri ini, kata2 di bawah ini juga buat kalian~

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..harap ukhuwah in hingga ke jannah hendaknya...

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh, bukan kerana selain daripada-Nya..