Friday, 19 August 2011

Al-Fatihah

salam takziah buat keluarga arwah...
Al-Fatihah

Assalamualaikum semua...sedang aku bersahur,tiba2 aku menerima 1 pesanan sms daripada ahli BMA ( Business Management Association )tentang perginya teman sebatch kami...

''sapex dah meninggal dunia..tlg sebarkan..doa2''

~Allahyarham Muhd Syafiq... Arwah telah aku kenal ketika semester 2 lagi..aku selalu mengusiknya kerana sikap pemalu dia seorang lelaki..semalam baru sahaja kutipan derma dalam kelas dijalankan untuk membantu arwah..arwah menghidapi penyakit kanser usus...baru2 ni kawan2 kelas bercerita tentang keadaannya semakin teruk...aku sempat melihat gambar2 yang diambil ketika mereka melihat arwah di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)....Ya Allah ketika melihat aku sudah cukup sedih melihat keadaannya begitu menderita...terlalu kurus sehinggakan tulang di badan kelihatan... baru sahaja berniat mahu pergi melihat arwah minggu depan sebelum pulang beraya..namun, Allah lebih menyayangi arwah...bagi aku arwah cukup kuat sekali..daripada semester 1 lagi aku dengar cerita yang arwah menanggung sakit kanser ni namun, aku lihat dia seorang benar2 kuat tak pernah tunjukkan kesakitan yang ditanggung... malah result bagi setiap semester juga sentiasa skor 3 ke atas hebat daripada mereka yang tak sakit apa2 ini..usahanya walaupun tak hadir kelas dan belajar sendiri dan bertanya pada kawan2... Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..Insya-Allah... perginya teman usikan aku.. maafkan saya selama ini...kehilanganmu di 19 Ramadhan 1432 Hijrah memberi ingatan buat semua batch student business Alamanda... Al-Fatihah...aku hanya sempat menziarah kubur arwah kerana punyai kelas pada pagi 19 Ogos 2011...menitiskan air mata juga ketika menziarah kubur arwah ....hampir 20 buah kereta daripada batch aku sendiri pergi menunaikan solat jenazah dan mengebumikan arwah... lihatlah insan yang baik seperti arwah walaupun telah pergi tetap dihargai ramai...

# maaf entry lambat di post kan~~kesuntukan masa...


5 comments:

Shorim Kasih said...

takziah, sayu pula..entah rasa smcm...

Unknown said...

takziah...sedih juga rasa...sbb pernah lalui..roomate saye meninggal dulu masa sem 3..mungkin kita senyum dan tertawa bersama hari ini,, mungkin tidak esok..kerana semuanya sudah ditentukan Allah..Al-fatihah.

sea_lavender said...

shorim kasih: mmg sayu ketika kehilangan arwah...arwah seorang yang baik sekali dngn kawan2.. sye ni nakal ske sgt kcu org jadi rse bersalah ~~

Araj: pemergiaan arwah memberi hikmah buat kte yg masih hidup utk teruskan khidupan dgn sntiasa ingt pd-Nya... arwah pergi pd bulan yg penuh mulia dan hari jumaat spt insan yg tnpa dosa...owh..de pengalamn jugak ye..xpe la Allah lebih sygkan mereka...

Unknown said...

yup...ade pngalamn...tapi mula2 tu macam tak percaya.=) semoga mereka ditempatkan dengan orang yang bertaqwa..=)

sea_lavender said...

mmg sukar percaya dgn kehilangn ble kte tak mnyangkannya..namun itu juga ujian buat kte utk menerima qada' dan qadar dr-Nya...Insya-Allah..amin...