Sunday 24 October 2010

CiNtA VS SuKa


terlintas di hening pagi ni...jadi aku saje nak kuarkan post yang unik ini dan bait2 yang puitis membuatkan aku turut terkesima tatkala membacanya...renungkannya bersama...

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Namun apabila di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.


Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.


##Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Blogger Templates

2 comments:

_fyth_ said...

wooot woooot..cinta dan suke sememangnya berbeza....

owg yg kite suka xsemestinye kite cinta,
tp
owg yg kite cinta,semestinye kite suke ;)

sea_lavender said...

hehe betul la tu syg~~
coz tu la nak bongkarkan...
biar org buka mata~~ngegege