Tuesday, 19 October 2010

KatA-KAta SuMbeR KeKuAtan

Alhamdulillah aku bersyukur sangat apabila diberi kesempatan untuk bernafas lagi....aku teruskan penulisan blog ni dengan post yang tajuknya tertera di atas~~aku suka sangat dengar radio Ikim f.m sejak dua menjak ni di pagi hari...lagi2 sesi yang aku paling aku gemari iaitu ~~MOTIVASI PAGI~~ so post aku kali ni, aku nak share la apa yang aku dapat daripada 3 motivasi pagi yang berlainan tajuk~~motivasi2 ni selalu bagi kata-kata yang penuh makna dan diteruskan dengan huraian oleh penceramah serta contoh2 dalam kehidupan seharian kita....so lagi senang la faham dan enjoy it~~dah la tak nak panjang lebar lagi aku nak senaraikan kata2 yg memberi sumber kekuatan pada aku saat ini....

KALAU TAK DAPAT APA YANG KITA SUKA,
SUKALAH APA YANG KITA DAPAT


erm,orang akan kata....kata2 ni ringkas je..ada mana kew?bagi aku ia penuh dengan makna kerana ia menunjukkan nilai dan erti syukurnya kita pada Maha Pencipta dan Esa...sedarkah kita? ingatlah, kita hanya hamba Allah yang tertakhluk dengan kehendak dan takdir dari-Nya..Allah tak akan menzalimkan umat-Nya...Allah hanya akan menguji semana yang kita mampu...Dugaan yang penuh liku2 pada kita,adalah tanda Dia menyayangi kita..Syukurlah dan sukalah apa yang kita dapat...dalam masa sama kita berusahalah untuk tambah kebaikan kpd-Nya... dan kita lihatlah hikmah apa yang telah dicungkil daripada takdir buat kita~~kita juga harus terima segalanya, ini akan wujud ketenangan jiwa... hati perlu pasrah dan redha~~ini adalah kunci keyakinan kita kepada Maha Berkuasa....Ingat juga kesempurnaan dalam hidup tiada namun wujudnya kebahagiaan(bait2 dalam sebuah filem yg berunsur kasih sayang dan cinta hehe jiwang jugak aku ni)...Insya-Allah


SIANG ITU TERANG JANGANLAH DIGELAPKAN DENGAN DOSAMU,
MALAM ITU GELAP MAKA TERANGILAH DENGAN IBADAHMU

kalau kita terbaca kata2 ni kita mesti dah fahamkan~~coz senang je kita nak memanipulasikan dalam kehidupan seharian kita...namun belum tentu 1 kepastian yang realiti ianya akan terlaksana kalau kita masih leka,alpa ataupun masih diulik mimpi~~~maksudnya kat sini di siang hari kita janganlah lakukan dosa iaitu dengan melakukan perkara2 yang bercanggah dalam ajaran Islam kita sendiri...kena lakukan ibadah2 yang dituntut....dalam Al-Quran pun ada tertulis bahawa di siang hari la hamba2-Nya harus berusaha melakukan kerja2 kita sebagai khalifah di muka bumi ni~~so sedarlah dan ingat sebenarnya banyak je tanggunggjawab diamanahkan yang perlu kita pikul bersama....jangan lah tambahkan catatan2 harian kita dengan dosa2 yang menggelapkan hati~~haaa...maka pada malamnya pula kita berusaha teranginya dengan meningkatkan ibadah2 kita pd Yang Esa...bermunajat dan lakukan amal ketaatan pd-Nya....tika kita lakukan amal ni di malam hari, ia menjadi saat yang dirindui oleh orang2 yang soleh dan menjadikan hubungan intim antara kita dengan Maha Pencipta...Sayangnya Allah tika itu mengatasi sayangnya seorang ibu kepada anaknya~~~ibadah wajib, kita teruskan lakukan sebaik mungkin dan tambahkan lah dengan membaca Al-Quran dan solat2 sunat untuk dekatkan diri pada-Nya... Allah akan campakkan ketenangan abadi dan kebahagiaan dalam jiwa..


LUPAKAN MUSIBAH TETAPI
JANGAN LUPAKAN PENGAJARAN DARINYA


kata2 terakhir aku nak kongsikan...frasa2 digunakan pun agak senang untuk difahami.... ini pandangan aku~~hidup kita digilirkan dengan nikmat,ujian,maksiat dan taat... kita mulakan hidup dengan bermulanya tangisan seorang bayi,dicelah ataupun pertengahan hidup tangisan apabila kita diuji dari-Nya dan di akhir adalah tangisan apabila kita kehilangan insan2 yang kita sayang~~lihatlah dan buka mata bahawa setiap musibah ataupun masalah sudah tentu punyai hikmah pada kita....jadi segalanya itu pengajaran dalam hidup kita... Insya-Allah...

Wa'allualam
Blogger Templates
Blogger Templates

No comments: