Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!
Tuesday, 12 October 2010
BiLa AkU JaTuH
bila aku jatuh , aku berusaha untuk bangun dan berdiri tegak kembali...
Ya Allah,kuatkan la hamba-Mu ni yang sentiasa memerlukan kekuatan ....
Monday, 11 October 2010
KeMbARa HiDuP
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selama ini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Ku pasrahkan kepada-Mu Tuhan
Segala yang kan berlaku
Kerana Engkaulah penentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan Syurga-Mu yangku idamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Layak kah pula aku untuk ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
Sunday, 10 October 2010
10.10.2010
- sebagai seorang mahasiswi yang memikul tugas sebagai pelajar yang berjawatan yang akan ditanya di akhirat tentang amanah dan komitmen aku dan pelajar yang ingin mengejar cita2 untuk kecapi kejayaan hidup...
- sebagai anak yang perlu berbakti kepada kedua~ mak dan ayah serta menjadi kebanggaan pada mereka...
- sebagai teman,sahabat dan kawan yang diperlukan tika susah dan senang...
- seorang hamba yang naif dan kerdil di muka bumi ini yang sentiasa yang mengharapkan perlindungan serta rahmat dari-Nya.. Insya-Allah...
entah la aku rasekan berubah ke arah yang bersemangat, bermotivasi dan segala2 nya apabila aku dapat bersama pelajar terbaik kos aku sendiri dan bersama2 mengulangkaji pelajaran serta berkongsi pengalaman...aku cukup berbangga dengan sikap dia...erm, ye la selalu orang akan kata bila dah jadi pandai ni mustahil nak berkawan dengan students bese2 macam aku ni huhu...tapi semuanya itu hanya 1 andaian...aku selesa berkawan dan dapat belajar bersama-sama dengan dia....sampaikan dia sanggup bermalam di bilik aku untuk sama2 belajar...murni sungguh niat dia...lagi2 budak bilik aku balik rumah...aku juga sama2 mengajar subjek yang telah aku belajar dan dia mengajar bahagian2 yang aku masih dalam kurang kefahaman dalam subjek2 yang die master... best la aku rase!!! terus bersemangat untuk belajar dan teruskan perjuangan aku sebagai seorang mahasiswi berjawatan dan dapat cuba untuk lakukan yang terbaik buat kebanggaan mak dan ayah aku serta keluarga...dan aku juga berbangga mempunyai kawan2 yang memberi semangat di kala aku memerlukan kekuatan..terima kasih semua...moga kita same2 mencapai kejayaan dalam hidup.. terutama sekali best student dbs RAZALIA RAZALI jemput2 la datang ke bilik sye lagi kite akan belajar bersama sebelum final akan tiba...kepada yang benci pada aku, terserah la aku terima seadanya...(opps tiba2 plak nak beremosi pada post saat aku hepie dan bersemangat ni...huhu abaikan je la... haa... lagi 1 ni juga tarikh keramat iaitu merupakan tarikh perkahwinan angkasawan pertama negara kita yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia iaitu : Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bersama isterinya...sape plak namanya ye tapi yang tahu seorang doktor juga~~huhu...erm pe2 pun ~ SELAMAT PENGANTIN BARU (^_^)
Saturday, 9 October 2010
No BaD KeM PLKN KARISMA,JuASeh,KuALa PiLaH...NaMuN HaTi No 1 PaDa KeM BuKiT BeSaR,KuLiM, KeDaH
SaHaBat @ TeMaN @ KaWaN
Seorang sahabat yang bersahabat keranaNya seharusnya mempunyai 12 ciri di bawah:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik padamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan kamu.
Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: :”sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan padanya, nescaya Allah mengurniakannya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa(lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya”
Mudah-mudahan kita adalah golongan yang bersahabat keranaNya….amin…
-Wallahua’lam…-
Friday, 8 October 2010
HaTi BuKaN SePeRTi KaCa YaNg MuDaH PeCaH
'' jadi di sini aku nak buat pengumuman juga :ika sye minta maaf ganggu awak semalam sebelum awak nak solat...bukan sengaja cuma tak sedar...maaf ye~~''
bak kate MISS SYAZANA MOHAMAD hati tu bagi jadi kristal sikit ... keras tapi orang suka dan kamoo juga tak stress... ade faham?? (menggaru2 kan kepala sambil fikir) pe2 pun aku faham sebenarnya... betul la kalau hati sekadar kaca...bila berlaku pe2 orang buat pada kita dan kita tersentuh or terguris ibarat kaca tu berkecai la...ok2 azam baru dengan semangat untuk wujudkan HATI SEPERTI KRISTAL YANG BERNILAI DAN DIHARGAI~~ Insya-Allah...
terima kasih banyak ye kakak ku syg~~(kuat bebel jangan marah ye =P)

So aku terus upload pic ni nak buktikan sedang renovate hati ni
transform dari hati kaca menjadi..... seperti di bawah
Thursday, 7 October 2010
SeRaBuT....
Tuesday, 5 October 2010
PeRkOnGSiAn MenaRIK
pagi tadi aku bangun solat subuh semua lepas tu terus selesaikan kerja2 aku yang tertangguh.. sambil aku wat keje terus dengar ikim fm.. mmg ni la, siaran radio yang paling aku suka sampaikan dah jadi sahabat ikim pun hehe... erm, paling aku suka dengar waktu pg2..lagi2 ble ade sesi motivasi ye la kalau dengar hari2 terus bersemangat untuk sepanjang hari... nak jadikan cerita tajuk motivasi pagi ni adalah JANGAN SEDIH JIKA DIRI TIDAK DIHARGAI TETAPI TANGISIKANLAH APABILA DIRI TIDAK BERHARGA LAGI DALAM KEHIDUPAN... aku terus terkesima bila dengar tajuk ni...ntah la rase mcm kena dgn diri je akhir2 ni...mcm2 input yang aku dapat la motivasi ni...so aku post kan la tajuk perkongsian menarik untuk tatapan bersama... apa yang dikatakan dengan tangisilah apabila diri tidak berharga termasuk dalam 5 perkara yang patut kita semua menjaganya sepanjang hayat..
- IMAN ~ kita tahu akan iman boleh bertambah dan berkurang. Jadi, sedarkah ke kita terhadap diri sendiri? sama ada telah pun kita menjaga iman atau tidak dalam semua aspek?? tepuk dada tanya iman.. aku sentiasa memikirkan persoalan ini demi mencari keredhaan dari-Nya.. Insya-Allah....
- ILMU ~ sebagaimana yang kita tahu ilmu juga adalah salah satu amalan yang akan ditanya pada hari akhirat nanti...jadi tuntutlah ilmu sebanyak mungkin...dan sebarkanlah agar ilmu kita berpanjangan dan Insya-Allah pahala kita juga akan berpanjangan..jika tidak terus menuntut, ilmu kita tidak bertambah dan kita sendiri tidak mampu melangkah jauh dalam dunia yang penuh pancaroba kini...
- AKHLAK ~ dalam skop ini kita seharusnya menjaga akhlak kita yang mungkin sebelum ini ada niat jahat,mahupun buruk dan tidak elok. Berubahlah ke arah yang baik dan elok.. sedarlah akhlak adalah BUNGA DALAM DIRI...jika segar dan megarnya sudah tentu akhlak kita penuh dengan sifat2 mahmudah..jika ianya layu sudah pasti akhlak pula penuh dengan sifat2 mazmumah....jadi biar lah kita berusaha mempunyai akhlak semulia,seindah dan sepuji Rasulullah S.A.W.. Setidak-tidaknya kita niat dengan ikhlas dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri yang kerdil di sisi-Nya...
- MARUAH ~ kehormatan yang perlu kita jaga tidak kira kaum Adam mahupun Hawa... janganlah biarkan orang lain memperlekehkan kita disebabkan kita sendiri tidak berusaha mempertahankan maruah diri sendiri...ingatlah kita bukan sekadar menjaga maruah diri namun keluarga, orang disekeliling dan paling besar negara kita sendiri... maksudnya besar tanggungjawab kita sebenarnya...sedarlah semua...maruah itu hak kita...utamakanlah...
- HARTA ~ bukan hanya harta dunia semata2 yang kita cari namun ingatlah harta bekalan akhirat juga kita berusaha mencari dan menambahkannya... di dunia dengan harta kita akan dipandang mulia,di akhirat dengan akhlak dan amalan kita dunia adalah harta yang paling kaya menjadi bekalan ketika di sana..
jika 5 perkara ini kita mampu untuk menjaganya kita dapat menyuburkan jiwa dan hati.. kita mampu melangkah dan melabur makrifat pada orang sekeliling..semua ini juga perangsang diri kita agar berkobar2 dalam melakukan sebarang urusan dengan sebaik mungkin untuk kecapi dunia dan akhirat....buktikan lah kita punyai harga diri insaniah....dan ingatlah kita seharusnya bersyukur dengan keizinanan-Nya dan sedarlah nadi yang bertapak sentiasa bernaung di bawah langit Illahi... Insya-Allah...
ni sekadar perkongsian menarik yang dapat aku coretkan...hehe suka la dapat berkongsi bersama...hari ni plak aku pergi library lepas dah dgr ceramah motivasi pagi ni...then terbaca tajuk buku Panduan mengurus masa ~Urus Masa Terus Jaya untuk semua...terus ambik dan pinjam untuk tingkatkan pengurusan masa aku agar lebih bermanfaat... aku juga de beli buku baru waktu lalu pameran sekitar library tu...tajuknya~ Doa dan Zikir Harian...sebagai tambahan koleksi buku2 aku =) dkt buku tu pun tertullis ''hadiah buat diriku yang sering lupa dan ingin mencari keredhaan Allah... Insya-Allah...
GooD DaY
Sunday, 3 October 2010
TiNGGALkan SeMenTaRa
- tak de keinsafan + rase takut ko nie~~ fikir wani ko nk pulun pun sebulan dua ni je...
- along yg keje pun bgn stay upwat keje..tak kan ko nk grad bwh 3.37 kot..malu!!
- abis dah sedar,ikut perasaan tidur tu..tidur tu la kot nak bg ko lulus..ko dah besar wani,segala yg ko wat melukis kehidupan ko d masa akan datang
Saturday, 2 October 2010
2 MiNgGu maCaM- mAcaM TuGaS
SaLam TaKziah
DILEMA CINTA ILLAHI
~DILEMA CINTA ILLAHI~
"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.
Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."
Saturday, 25 September 2010
KuAtKan Diri dan TiNgkaTkan UsahaKu
MeNtARi HiDuP
MENTARI HIDUP
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Thursday, 23 September 2010
TeRusKan UsaHa
Wednesday, 22 September 2010
MaSiH SihaT..ALhamDuliLah...terima kasih semua
Wednesday, 15 September 2010
ToLonG LaH...
''sikap terlalu fikir bende remeh dan tak ske terima pendapat org dan nasihat..tapi aku nak dengar nasihat aku ...''
''itulah anda..berserah je semua..berlambak je gurl tak macam aku..asal nak ikut macam aku gak''
mekaseh byk2..saya terima dgn hati terbuka dan saya tak pernah terdetik nk marah langsung.. lagipun saya yang tanya pd anda.. lg 1 saya tak pernah nak pakse org ikut pe yang saya kata or anything... makluman pd anda k...
ni la luahan aku d pagi raye no more sdey2 ye miss waniey..be yurself... ye saya mengakui diri seorang yg sensitif tapi dalam soal nie npe plak~~dah saya yg tye kan...sob4x~~












