Saturday, 9 July 2011

MOduL 5 : 1 MaLaySia ~ 8 NiLai


Assalamualaikum semua...haa..semua tengah buat ape tu??~~ aku ni keje mengonline je jadi aku ambik kesempatan la nak share modul yang aku join bagi semester ini..aku rasa start aku buat blog di semester 2 lagi aku akan cite serba sedikit pengalaman2 modul aku join...pejam celik-pejam celik dah join sampai modul 5 ~ ianya merupakan modul terakhir bagi semua student UITM sebelum nak grad..Alhamdulillah...akhirnya berakhir juga..ok2 semangat benar aku nak merungkai modul semester ni kerana apa?? kerana kena dengan jiwa aku yang sayangkan tanah airku tercinta ~~ wah2x dah over plak cik wani kan...konon bersemangat la katakan..yela aku pernah plak join Program Latihan Khidmat Negara..lagi la bertambah semangat apabila dah jadi wirawati negara hehe =D ( dalam kem PLKN je la ) tapi isu2 politik dan negara tak ambik tahu sangat pun :p apa la nak jadi ni~~ hari ini merupakan perhimpunan BERSIH ..aku buat relaz je..sedangkan tu menentukan keamanan negara..maaf sebenar bukan tak nak ambik tahu tapi ntah la, aku sayangkan negara namun aku masih pelik dan kekeliruan segelintir yang porak-peranda kan negara sendiri..huhu jadi tak nak rungkai bab2 ni k~~ namun berbalik dengan modul 5 yang aku join ni pun intipatinya berkenaan : Kenegaraan~~ tapi aku tak de la nak buka soal politik ye..aku nak rungkai apa itu dikatakan dengan 1 Malaysia dan nilai2 yang terkandung dalam slogan ni...korang semua tahu tak?? tak kan la Perdana Menteri kita ini saja2 nak buatkan... dah pastilah nak selamatkan negara untuk mencipta keamanan dan keharmonian hidup buat rakyat2.... jom kita selongkar nilai2 yang terkandung dalamnya :

1 Malaysia ni merupakan gagasan daripada Perdana Menteri kita sekarang Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.. kerana beliau tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali...tak perlu kot aku rungkai panjang2 tentang ni...kerana aku sekadar berkongsi 8 nilai yang boleh menjadi panduan kita sebagai rakyat yang sayang akan negara~~


8 Nilai dapat dicontoh dalam kehidupan rakyat Malaysia.. biarlah kita dapat terap sama2 k dalam diri...Insya-Allah...

  • Kecemerlangan ~ berbicara soal ni kita haruslah memainkan peranan diri masing2 tak kira la sebagai mahasiswa,anak,rakyat dan paling penting khalifah yang perlu memakmurkan muka bumi ini..teruskan pencarian dan berusaha dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat demi keredhaan-Nya (belajar untuk menepati masa)
  • Ketabahan ~ Nilai mesti semua orang akan faham, kita haruslah tabah dalam apa jua rintangan yang bakal kita hadapi...kita tak mampu menduga apa akan berlaku kelak.. jadi sematkan la diri dengan nilai ketabahan agar kita dapat kekuatan tika berhadapan dengan musibah kelak...dan perlu diingatkan apabila kita tabah, pendirian kita haruslah kukuh k...
  • Rendah Hati ~ tak perlu la kita bersikap membangga2 kan apa2 pun tak kira la harta,pangkat yang ada pada kita kini.. ini hanya la sementara ...jadi kan la ianya sebagai ukuran dalam kehidupan agar mengubah diri ke arah lebih baik dan bermanfaat buat orang di sekeliling...dengan nilai ini kita hebat dengan kekuatan dalaman kita kerana dapat menilai sesuatu...Insya-Allah...

'' ikutlah seperti resminya padi semakin berisi tunduk ke bumi semakin berilmu merendah diri''

ni kan sifat terpuji..dalam rendahkan diri..kita mendambakan diri juga pada Yang Esa...

  • Penerimaan~ kita haruslah menjadi insan yang boleh menerima seadanya..dalam erti kata lain sikap bersyukur terhadap apa yang telah kita peroleh kini...dalam skop negara bersikap adil bagi para pemimpin adil dan saksama pada rakyat
  • Kesetiaan~nilai perlu pupuk dalam diri kerana apa bukti kita menghargai sesuatu dengan rasa penuh jujur dan luhur.. kunci perhubungan pun nilai ni menjadi amat penting sekali jika tidak musnah la..
''mengkritik secara betul terhadap kesilapan mahupun kekurangan adalah lambang setiakawan''
  • Meritokrasi ~ ok bagi aku nilai bermaksud kita menekankan persaingan secara terbuka.. bermakna kita jangan la terlalu bersaing dengan kelompok2 kita sahaja..berusaha la untuk membuka minda dan bersaing dengan mereka2 yang dah berjaya dan maju
  • Pendidikan~ haa...kalau ni dah pasti la membuktikan nilai yang perlu pada diri setiap insan kerana apa, dengan adanya nilai pendidikan kita bijak mengatur langkah dalam kehidupan kerana mampu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Tak kira la, pendidikan secara formal dan tidak formal
  • Integriti~ nilai ni rasanya semua dah faham kot..lagipun aku dah pernah cite kat post sebelum nie : integriti dibina kecemerlangan dijana..tak pe aku huraikan sedikit ye, integriti tu adalah nilai gabungan nilai murni seperti jujur,amanah,tulus dan tepati masa dan benar sikapnya...
kesimpulannya, dengan adanya 1 Malaysia banyak manfaat kita dapat jika menerapkan 8 nilai yang terkandung di sebaliknya..Insya-Allah mari la kita sama2 mengamalkan... niat ikhlas kerana Allah SWT... Ya Allah, mohon kami menerapkan nilai2 ni agar kehidupan di bumi Malaysia senantiasa aman,makmur dan harmoni... ok2 sampai di sini je la (nak siapkan keje tertunggak hehe =D jadi dapat semangat pergi modul nie 8 nilai dikongsikan)

kenangan PLKN ayu dengan hiasan bunga di dinding



aku dah macam pejuang negara hehe =D




Alhamdulillah kemenangan padaku~~

Assalamualaikum semua.. haa petang2 ni aku sekadar berkongsi kemenangan yang berpihak pada aku...hehe =D bunyi cam dah menang dalam game ape je~~ ngege... tak de la baru2 ni aku de join contest ... tak sangka la sangat2 dalam banyak2 contest aku telah terpilih menjadi pemenang...serius2x agak terkejut kerana apa, contest ni memang tak kena dengan diri aku sedikit ~~yela suka berimaginasi.. its not me la~~... kalau korang tak caya baca entry waktu aku join contest cam tak best je~~klik sini....hmm pe2 pun ..Alhamdulillah kemenangan berpihak kepadaku walaupun bukan tempat pertama k ~ tapi aku disenarai pendek dalam kemenangan :


Syukran Jazakaallah Khairan kepada penganjur contest ni

~singgah la blog die~





Istikharah cinta

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa...

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..


p/s :

: lagu ini benar2 memyentuh kalbuku..jadi aku ingin letak di blog kesayangan aku
'' Kebahagiaan Penuh Keharuman''... Lagu ni pun aku dah dengar di beberapa blog yang selalu menjadi tatapan aku...aku sangat menyukai lagu ini~ jadi lepas ni sahabat bloggers yang sama lagu, maaf ye kita berkongsi lagu =)

: hari ini ''Kebahagiaan Penuh Keharuman'' berwajah baru serta lagu baru hehe =D :






Friday, 8 July 2011

Saya bertudung dan saya sangat Pretty


Assalamualaikum semua..aku join contest lagi... dah saudari manis tag sye..sye pun join je la.. Syukran Jazakaallah khairan ya anti ~fiqra

bukan bermakna saya perasan cantik..join je contents ni~~haa kat bawah ni syarat2nya... so kalau nak join klik sini~ cik dya

1. Mestilah warganegara Malaysia yang beralamat di Malaysia.
2. Mesti mempunyai blog dan akaun facebook.
3. Mesti menjadi follower blog CikDya.
4. Mesti LIKE CikDya[dot]com fan page di facebook.
5. Mesti klik SINI dan SINI.
6.Buat satu entry di blog dengan tajuk : Saya bertudung dan saya sangat Pretty.
7. Letak satu gambar korang yang bertudung.Tudung syria ke, shawl ke, tudung bawal ke, tudung express ke,tudung saji ke...yang penting cover rambut korang kay!hehe.
8. Mesti letak link htt://www.cikdya.com/ di bloglist korang.
9. Tag seorang kawan.Make sure she knows.
10. Kemudian tinggalkan link korang kt blogger yang anjur nie k.


aku nak tag



Thursday, 7 July 2011

InSan LeMah


Assalamualaikum semua..Alhamdulillah...pagi yang indah ini Allah memberikan nyawa untuk aku meneruskan hidup...bersyukur sekali.. aku bangun awal pagi... dalam menyiapkan assignment tertunggak~~semalam aku terlalu keletihan dan emosi yang kurang stabil huhu..jadi awal tidurnya...entah la akhir2 ni kekuatan ku hilang... mengapa?? mungkin begitu~~kerana aku merasakan diri ku tak dihargai orang sekeliling..Astagfirullahalazim wani...tak baik bersangka buruk begitu.. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu... ='( Ya Allah kuatkan aku saat ini.. setiap manusia melakukan kesilapan..begitu juga...aku hanyalah insan yang kerdil dan hina disisi-Mu.. aku tak mampu laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan aku sebaik mungkin dek kerana kealpaan dan kelalaian ku~~ Ya Allah aku memohon kekuatan kepada-Mu, agar setiap amanah yang bakal dan kini aku pikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin tanpa kealpaan daripadaku ...aku tidak mahu ianya berulang kembali~~ aku tahu setiap sesuatu tentu ada hikmah di sebaliknya... Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..Ujian itu rahsia Allah...petikan artikel yang aku terbaca

''Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.''


p/s : hanya sekadar luahan rasa aku saat ini yang agak down~~ Ya Allah kuatkan aku menempuhinya...Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan ( dan inilah aku juga cuba lakukan~~)





Tuesday, 5 July 2011

TeRiMa KaSiH TeMaN (^__^)


Assalamualaikum semua... lama plak rasa tak mengupdatekan diri di blog nie~~ huhu kesibukan kini melanda diri..meeting itu ini nak settlekan tanggungjawab, assignment, kuiz dan test semakin tiba... post kali ni pun sekadar luahan rasa buat 2 teman baru aku,bagi semester ni yang agak mengambil berat terhadap aku..~~ terima kasih banyak teman (^_^) walaupun kita baru bermula sahaja perkenalan untuk semester ni secara lebih rapat namun anda benar2 memahami dan support saya.. saya sangat menghargainya..( walaupun dah semester 5 baru kenal betul2 dieorang nie..yela dah semua subjek kteorang same group ) nice to meet them =D

perbualan semasa pulang kelas OB petang semalam :

aku : alamak malam ni aku meeting la bila plak nak stdy eco261 ni huhuhu~~

azrul : eh ko ni tak penat ke?tak bosan ke? hari2 meeting...

aku : tanggungjawab dan amanah tak kan la aku nak tinggal cam tu je...

tasya : ha'ah aku ni pun dah macam s/u die je.. g mana je aku follow...

aku : ala..tasya sory la..thnkx wei, teman aku selama nie...

tasya : its ok, btw dah last2 sem ni patut tak payah la...fokus stdy je...

aku : tak de la tugas aku kan s/u organisasi ni so dah habis prgm baru la kena bertindak
keje.. lagipun wei, smlm aku terbaca pernyataan yang kiamat semakin dekat apabila
kita mendapat amanah dan dipersia2kan...takut aku..akhirat nanti apa aku nak jawab
amanah yang diberi ini..

azrul : ha'ah btul tu, dah sem depan tak pyh join2 stdy je la~~ kesian aku tengok bz je
memanjang ko tu...

aku : monolog dalaman ( Ya Allah bersyukur sekali punyai teman yang mengambil berat
seperti mereka.. Alhamdulillah ..hikmah di sebalik semester 5 ni buat diri ni.. yang pada mulanya benar2 malu dengan diri sendiri memandangkan keputusan semester lepas yang kurang memberangsangkan...)



Sunday, 3 July 2011

SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!

Assalamualaikum~~Pagi2 dah nak join contest ~jom3x!!



simple je letak banner, tajuk entry seperti di atas dan link kan kat 2 tuan blog nie

klik ni :



jangan lupa follow dan tag la kawan2,dieorang mesti tahu la~

tarikh tutup: 15 Ogos 2011

serta link kan entry ke sini ~~ adik

tag kepada :




Saturday, 2 July 2011

GiveAway : " One Klik One Present by Lyssasecret "

Assalamualaikum...aku join contest lagi, kali ni pun sama d tag kawan baik aku seorang nie cik puteri natassia~~thnkx ye... tak perlu bicara banyak...just letak tajuk entry korang sama di atas, letak banner dan link kan entry korang kat tuan blog contest yang comey nie~~ cik lyssa






ni hadiah2 nya~~



HADIAH - HADIAH UTAMA :

Tempat Pertama - RM 50
Tempat Kedua - RM 30
Tempat Ketiga - RM 20

HADIAH SAGUHATI :
5 Orang akan Mendapat Wang Berjumlah RM 10 seorang.


tarikh tutup : 30 Julai 2011

dan jangan lupa tag kepada 4 orang bloggers or lebih....
so aku pun tag la kawan2 bloggers baru aku~~
nama2 blog mereka yang aku gunakan :





Friday, 1 July 2011

HuLURKan SumBANgan SeIKHLas MuNgkiN

Assalamualaikum semua.. ok entry kali ni sekadar berkongsi entry...aku terbaxca daripada kawan sekolah aku dulu si cik puteri natassia... jadi entry ni pun hanya copy dan paste.. untuk sama2 kita menghulurkan mana yang mampu~~


Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....



p/s: aku nak membantu mungkin tak mampu cuma aku sentiasa mendoakan segalanya dipermudahkan oleh-Nya buat keluarga ini... Insya-Allah...sme2 la kte doakan moga di luar sana ada insan2 yang dapat memberikan sumbangan seikhlas mungkin kerana Allah SWT...



TENANG (^__^)


Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.. diberi kesempatan dan masih bernafas untuk menulis entry blog kesayangan aku nie~~ Tenang di pagi penghulu hari nie.. Alhamdulillah... bersyukur sekali~ Jadi, hari ni mengharapkan dipemudahkan segalanya... Insya-Allah...

''semoga hari ini lebih baik daripada semalam''

''gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit dan rendahkan dirimu serendah mutiara di tengah lautan''

''selamat memberi, moga kita dijanjikan untuk menerima yang terbaik''

''senyuman tidak hanya akan menampilkan wajah yang ceria namun juga menghangatkan jiwa''

Insya-Allah... menyambung keje sambil mendengar ikim fm (^__^)





JuLai 2011

Assalamualaikum semua... ok2 sebenar semalam terlalu bz~~ jadi tak sempat nak m'gupdatekan entry~~ huhu...banyak sangat keje2 perlu diuruskan...sekarang pun ada~ tapi aku gatal2 online blog jugak...nak mengarang just nak bagi tahu semua orang yang kita dah masuk bulan Julai bagi tahun ni 2011~~ wOW cepat benar masa berlalu...aku merasakan baru sahaja memulakan semester ni tapi rupa2nya dah hampir 1 bulan lebih pun aku dah masuk kelas semua... ok sekarang pun nak siapkan assigment aku~~ subjek CRITICAL THINKING ~~ so memang aku pun jadi kritikal saat ni ..alamat tidur lewat menyiapkan keje~~esok kena submit!!! bayangkan my lec dah bagi task ni minggu lepas lagi...(saya bukan pemalas tapi ada sebab tertentu juga tidak dapat siap dengan awl~~)tapi baru nak buat walaupun esok dah nak kena hantar~ kenapa??? bukan malas...baru benar2 dapat idea... thnkx bagi yang sumbangkan idea.. (^_^) esok 1 kelas je~~ just nak hantar assgment ni la and lec dah bagi thu awal2 akan menyusul task yg lebih mencabar... (padahal task sekarang buat biodata je pun tapi dengan cara yang critical n creative) cm ne tu...?? sekarang la aku nak membuatnya..doakan aku dapat buat yang terbaik~~ so hari ini 1 Julai 2011 bersamaan dengan 29 Rejab 1432 M ingat tu~~mood serabut + tekanan dengan subjek nie... layan je~~


Wednesday, 29 June 2011

SaLAM IsRAk MIKraJ


Assalamualaikum semua... sihat? Alhamdulillah pagi ni aku diberi peluang meneruskan kehidupan seperti sediakala oleh Allah Yang Maha Berkuasa..Begitu hebat kuasa Allah SWT untuk menghidup dan mematikan kita~~='(.... Subhanaallah... Alhamdulillah hari ni juga aku diberi berpeluang melakukan ibadah sunat iaitu berpuasa ~~ suke3x =D ~~ aku ni nak ikutkan dah online blog ni dari lepas subuh tadi lagi sampai sekarang.. Astagfirullahalazim...apa ni~~ dah hampir 3 jam menghadap laptop... huhu...tapi, Alhamdulillah.. bukan la aku melakukan perkara lagha aku hanya ziarah2 entry bloggers yang aku follow, yang dapat mendatangkan manfaat pada diri aku ini... ok la dah nak out~ hari ni entry hanya sekadar ingin mengucapkan salam israk mikraj buat semua muslimin dan muslimat... marilah kita sama2 menghayati peristiwa israk mikraj dan mengambilnya sebagai pengajaran melalui oleh Rasullullah SAW.. untuk mengetahui lebih lanjut peristiwa klik Peristiwa Israk Mikraj ~aku telah membacanya semalam..Ya Allah ianya benar2 membuka mata..semalam juga aku menghadirkan diri ke Ceramah Israk Mikraj yang telah diadakan di kampus aku~~ sangat ramai siswa dan siswi yang hadir..aku bersyukur kerana tergolong dalam kalangan itu.. menghadiri majlis ilmu yang bermakan... perkongsian tentang israk mikraj juga..dalam masa sama menekankan peri penting ibadat solat dalam kehidupan kita.. Ya Allah akan berusaha memperbaiki kelemahan diri kerana inginkan keredhaan-Mu di dunia dan akhirat.. Insya-Allah...

terima kasih kepada seorang junior yang baru sahaja aku dia kenal pada awal semester ni kerana dia meminjam buku daripada aku..dia mengirimkan sms berbunyi

''Salam Israk Mikraj ..banyak2 la melakukan ibadah dan berdoa pada malam ini.. Semoga Allah merahmati kita semua.. Amin...''

tika aku menerima aku benar2 tersentuh junior yang baru kenal boleh mengirimkan sms seperti itu tanda ingatan dan nasihat..Alhamdulillah bertuah sekali... terima kasih Adik =) moge ukhuwah terbina berkekalan.. Insya-Allah..


pagi ni sms dari teman baik aku jannah ~ yang kini masing2 sibuk jarang bersms

akhiri sms dengan ''.sayang wani kerana Allah, study dengan semangat tau'' thnkx a lot jannah ~

semua ini menggembirakan diri aku saat ini.. mungkin semalam aku amat la sedih... namun Allah sentiasa bersamaku memberikan kekuatan..Alhamdulillah... ayuh kita kerjakan solat dhuha sekarang moga2 pagi ni dah hari ini kita sentiasa dirahmati-Nya... Insya-Allah...~~ entry out ~~







Tuesday, 28 June 2011

SMART SOLAT

Assalamualaikum semua...haaa..pe kabar?rasa lama plak tak mengupdate entry hehe~ pada hal last post hari sabtu lepas..ni hari baru selasa kan?? 28/6/2011 2 hari je pun tak de entry...ada ke orang merindui aku??? huhu~~~ok je nak kongsikan pengalaman menguruskan program yang lebih menjerus ke arah Allah S.W.T..bukan la sebelum ni aku uruskan program lagha2 cuma tak de la spesifik cam event ni ''SMART SOLAT'' sebut je mesti orang dapat tahukan apa purposes program nie kan?? dah pasti2 la perkara2 solat seperti amalan sunat Rasulullah dalam solat serta pratikalnya sekali..penceramah pun meletup k =) ok program ni dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Insaniah (PPI) kampus UiTM Negeri Sembilan~~ Aku hanya ahli biasa yang baru sahaja bergerak aktif walaupun dah join persatuan ni dari semester lepas... sebelum ni aku hanya observer je~~ yela nak tahu jugak cara pengerakan persatuan ni bagaimana..lagipun persatuan ni kebanyakan terdiri daripada mereka yang benar hebat2 dalam ilmu agama~aku agak malu namun aku hanya ingin mendekatkan pada-Nya dan mencari ilmuagama sebanyak mungkin..Insya-Allah...dalam program ni aku ditugaskan menjadi urusetia~Biro makanan~~ agak pelik di situ... hehe =D dah la tak de pengalaman langsung dalam tugas ni namun aku cuba lakukan terbaik~~sebelum ni dengan MPP mahupan MDS sekadar biro simple2 je~~apa yang aku tahu dalam setiap program biro makanan selalu dikomen~~ huhu terima je la nasib badan~~ok jom layan gambar2 yang sempat diambil sepanjang program..



bukti aku adalah urusetia program hehe =D
Bukan nak bangga sekadar berkongsi pengalaman ~~



nak kenal lagi penceramah berpengalaman klik Ustaz Zamihan



ok ni si ayu dan comey~~perasan sebentar...
yang pakai tudung labuh tu my junior~humairah..
umo 19 tahun...orangnya sangat baik dan banyak beri nasihat
diri ini,apabila aku lemah dan jatuh ... aku sendiri malu =_=




ok2 ni 2 orang kawan kos aku : business stdy~
sapa kata student2 business tak minat nak join persatuan2 macam nie...
tolong ckit ye ;p ~~ erm aku jgak la yang ajak mereka ni join hehe =)
yang penting mereka ikhlas kerana Allah SWT



ok bila dah jadi biro msti la ada ajk2 nya...
dan ni ajk2 makanan bagi program ''SMART SOLAT''
terdiri daripada student semester 1...
bagus budak2 ni baru sem 1 dah cari pengalaman tapi kesian plak
dapat ketua yang garang macam aku hehe ~
erm pe2 pn terima kasih banyak2 ye adik2...
farah,aini dan amira =)
pertolongan anda semua hanya Allah mampu balas....


haa..ni tambah sorang lagi pembantu daripada salah seorang kawan dieorang nie..
Alhamdulillah ringan sedikit keje2.. dan dapat berjalan dgn lancar


ok ni adalah buku yang dijual ketika program ni
aku sempat belikan untuk kawan aku..
aku tak sempat coz abis stok..so rasanya lepas ni pinjam meminjam le hehe =)



thatz is me =D ni la aku setelah selesai keje sedang tunggu
student datang ambik makanan je ~~


~~ pengalaman dalam menguruskan program ni banyak juga cabarannya...namun aku cuba untuk belajar serta berkongsi pengalaman2 yang pernah aku lalui.. Alhamdulillah dapat berjalan dengan baik namun masih kekurangan yang tetap berlaku melalui kelemahan diri ini... Insya-Allah dalam proses memperbaiki~~






Saturday, 25 June 2011

RinDu + SeDih = GemBiRa

Assalamualaikum semua~~ haa..semua tengok tajuk entry ni mesti pelik kan?? huhu~~ ok2 ni la mood aku untuk hari ni... pagi tadi lepas post 2 entry aku terus mandi2 dan kemas bilik semua.. pastu tunaikan solat dhuha.. Alhamdulillah aku bersyukur kepada-Nya kerana memberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan seperti sediakala...setelah menunaikan ibadat sunat tu, aku tiba2 berasa sebak sekali kerana berasa malu dan takut kepada-Nya... ='( aku pun tak tahu mengapa perasaan begitu menyinggah ruang diri ini~~Ya Allah kuatkan aku~~ dan tiba2 plak aku terus menangis teresak2 kerana merindui ahli keluarga aku mak,ayah, kak long dan kak ngah di rumah .... dah macam orang tak betul aku dibuatnya ~~meraung3 gak la~~huhu nasib roomates aku tak ade di bilik kerana keluar ada latihan badminton... aku menatap gambar family sambil mengenang tanggungjawab aku sebagai anak..dan terus menangis ='(~~lalu terus membuat panggilan di rumah... mak mengangkatnya

aku: Assalamualaikum~ mak wat pe tu?
mak:Waalaikumussalam...baca surat khabar...sihat?
aku : Alhamdulillah..semua ayah, kak long dan kak ngah wat pe?
mak: ni ada je tak wat ape..kami kat padang serai...
aku : owh ye...untung la semua ada~~ huhu
mak:tak de kelas? dah makan?
aku: mak ni hari ni kan hari Sabtu mana ada kelas...dah makan roti je breakfast kan lunch nanti cari lain~~
mak: duit ada? kamoo tu makan la..jaga diri dan belajar rajin2
aku: Ade je...tak selera.. ok2 mak jangan risau la...( dalam masa sama bertambah sebak) k mak nanti kol lagi kirim salam semua~~


dalam keadaan bertelekung aku masih menangis teresak2..serta memohon kekuatan dari-Nya.. agar aku lebih kuat dalam meneruskan kehidupan di sini... padahal aku dah masuk semester 5 kot...aku pun sendiri tak faham mengapa perasaan ni menyelebungi diri...dan saat itu aku
cuba menghubungi teman yang aku hargai selama ni namun tiada respond agak sedih ketika kerana tiada tempat luahan rasa... huhu =( ~~ then telefon lagi seorang teman~~ masih ketiduran rupanya...namun aku tak jadi bercita beralih ke topik lain bagi menukar perasaan aku saat itu...dan mengakhirinya dengan kata2 ''maaf ggu ko tidur plak''...
namun aku kuat semangat dan gagah diri dan terus berdoa pada-Nya agar dapat menempuh dengan sabar perasaan ini...apabila dan menangis teruk ni, apa lagi pening kepala aku menghinggap diri huhu~~sakit3x!! aku terus bangun dan melenakan diri di atas katil bagi merehatkan diri dalam keadaan bertelekung..akhirnya terlena sambil off kan kedua2 hp~~ hampir sejam menangis dan terlena dalam 30 minit..sedar aku terus menghantar ssms kpd housemates aku tanya sudah lunch ke belum ? katanya dah...so, bertambah malas aku untuk lunch apabila tiada teman~~huhu.. then tgu azan zohor dan menunaikan solat..aku meneruskan amalan dengan membaca Al-Quran selepas solat bagi menambahkan ketenangan diri selepas merehatkan diri tadi~~Alhamdulillah aku temui ketenangan itu.. mood belajar aku masih kurang... jadi aku mengambil keputusan mendapatkan movie2 yang menarik daripada kawan kelas aku yang telah dijanjikan..setelah dapat aku layan semua : Maharaja lawak, gelak sorang3 nora elena dan banyak lagi tapi tak terkhatam lagi hehe =D~~ segalanya menghiburkan hati ini yang pada mulanya rindu dan sedih sekarang bertukar gembira sekali tanpa memikirkan apa2...
Thankz tasya bagi aku smua nie.. hehe =D ~~ I'M HAPPY RITE NOW!!! Ok nak solat dan nanti nak sambung semua yang tak abis lagi nie~~~ Alhamdulillah akhirnya mood gembira hadir~




SaBaR


Assalamualaikum dan hye~~aku nak kongsi lagi la pembacaan aku~~ hehe =D ~~ erm kalau kita sebut perkataan sabar mesti kata, orang tu kuat kan?? ok jadi di sini aku nak kongsikan pembahagian sabar dalam kehidupan kita~



SABAR dapat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :

  1. sabar dalam melakukan ketaatan kepada-Nya

~ misalnya, sikap istiqamah kita dalam melakukan sesuatu perkara kepada Allah... senang kita ambil contoh solat lima waktu la...walaupun ibadat ni adalah wajib, tetapi masih ada mereka yang meninggalkannya?? betul tak? hal ini adalah kerana mereka tidak sabar untuk terus mentaatkan diri kepada Allah...Alhamdulillah bag
i kita yang masih punyai nilai sabar ni terus kentalkanlah diri untuk sabar dalam meneruskan ketaatan kepada Allah S.W.T demi memperoleh keredhaan-Nya dunia dan akhirat..sabar ini juga dalam konsep zahir dan batin kita kepada Allah..

2. sabar dalam meninggalkan larangan-Nya

~sabar ni kita berusaha untuk menerapkan dalam diri dengan '' amar makruf nahi mungkar''
Insya-Allah apabila slogan ni kita sematkan dalam diri, kita mampu untuk sabar dalam meninggalkan larangan-Nya kepada Allah..hidup di dunia tanpa istilah ini tiada ke mana haluan hidup kita..kerana semua yang ada pada kita kini adalah kurnia daripada-Nya, Allah Yang Maha Memberi Kekayaan (Al-Mughni) lihat bertapa agungnya Allah... adakah kita mahu hidup dengan terus melakukan kemungkaran?? sudah pasti tidak.. kita sama2 berubah sedikit demi sedikit daripada tidak berubah~~


3. sabar dalam menerima ujian dan musibah daripada-Nya


~ nilai sabar ni selalu diingatkan kepada kita dalam diri..kerana apa? kerana ni adalah bukti kita meredai dengan segala apa yang dikurniakan-Nya buat kita..ingat sabar dalam diri mampu memantapkan iman kita kerana itu orang selalu kata '' sabar itu separuh daripada iman'' walaupun ianya sebahagian namun bukan semua orang mampu untuk punyai sabar nie~~jadi, marilah kita sama2 terapkan nilai s
abar dalam menempuhi onak duri dan liku2 kehidupan ..


p/s : entry ni hanya aku ingin berkongsi melalui pembacaan tentang pembahagiaan sabar...huraian dikarang m
elalui luahan hati aku sendiri..aku juga bukan mampu menguasai ketiga2 sabar ni ...namun aku akan cuba untuk kuasainya..Insya-Allah ..mari kita sama2 ~~ bukannya 1 kerugian buat kita namun 1 kebaikan besar di dunia dan akhirat untuk menjalani kehidupan =) mari kita baca doa untuk menjadi orang yang sabar (=__=)



Amin.....


tidur selepas subuh


Gambar kena mengena dengan tajuk entry aku k~~
Assalamualaikum semua... munink2 =) ... ok, pagi aku ni aku sekadar ingin berkongsi kepada semua blogger pembacaan aku pada sebuah majalah iaitu ''solusi''~~ sye ske membacanya...tapi jarang membelinya..huhu selalu je dah kehabisan stok...jarang langgan2 majalah nie~~hehe =D
Ok, jom kte basuh minda kte pagi nie perkongsian tentang isu ''tidur lepas subuh'' ~~ yela macam2 versi kte dgr kan...ini hanya ringkasan dan kefahaman daripada pembacaan insan bernama Syazwani Mohamad..sekiranya ada kekurangan ataupun sila tegur2 dan rujuk kepada insan2 lebih mendalami ilmu agama~~

sebenarnya tak ada dalil pun yang melarang untuk tidur selepas subuh nie.. cuma ianya adalah perkara mubah iaitu harus dan tidak berdosa jika tidur selepas solat subuh ~~ so, faham2 la ye makna tak de masalah pun kita tidur lepas subuh.... erm ...tapi aku sendiri tak suka tengok dan tahu ade orang tidur lepas subuh ni (namun kadangkala diri ni jugak terlantar tidur selepas subuh huhu) ~~jadi aku cuba memuhasabahkan diri untuk elak tidur selepas subuh.... Alhamdulillah.. di kampus aku hampir berjaya namun apabila terlalu letih kerana statyup di malam terbokang tidur jugak la~~kat rumah jadi lain entah nape la semangat tidur selepas subuh membuak2...walaupun ayah aku akan bising 1 rumah bila anak2 dara dia tidur selepas subuh ni hehe =D Jom kita selami keburukan2 tidur selepas subuh ni


  • orang yang tidur selepas subuh dipayahkan rezeki untuknya (Ibn Abbas r.a)
  • peluang yang menghalang rezeki tidur pada waktu pagi (Ibn Qayyum)
  • menyebabkan pelbagai penyakit ( melemahkan syahwat)
  • banyak tidur juga akan merosakkan hati : tidur pada waktu yang merosakkan seperti subuh dan asar
  • tidur yang dicela dalam budaya Arab yang dipanggil 'Khurq'
ingatlah kepada kita semua bahawa waktu pagi ni adalah waktu menuai pahala yang melimpah ruah kepada Allah S.W.T

p/s : sekadar berkongsi daripada sudut pembacaan aku~~ sebarang komen dialu2kan...
~ayuh kita sama2 untuk elak tidur selepas waktu2 yang boleh merosakkan hati ini..
Insya-Allah hidup dirahmati-Nya... dan dimurahkan rezeki.. (^_^)

Thursday, 23 June 2011

Contest Saya Suka Berimaginasi

Assalamualaikum semua~ online2 terus buka blog...selongkar blog2 orang lain...then baru nak mengupdate kan blog sendiri hehe =D~ Alhamdulillah...hari ni aku sihat... terima kasih kawan2 yang ambik berat serta beri nasihat dan mungkin ada yang mendoakan cik Syazwani Mohamad agar berada dalam keadaan sediakala...syukur sekali (^_^)...semalam je kesakitan melanda diri ~~huhu...hari ini i'm ok =D ok2 entry ni just nak join contest blogger yang baru sahaja aku kenal~ btw thankx coz invite me to join yur contest~~ but sorry coz i'm just make it simple =)




  • nak join korang kena la letak entry tajuk macam aku buat nie kan iaitu ''Contest Saya Suka Berimaginasi'' then letak banner kat atas ni dalam entry..dan jangan lupa linkkan pada cik punya blog ni k~~ cik fiqra
  • ok lepas tu kena wat la sikit note ringkas or berjelar korang tentang :
" Jika anda ditugaskan untuk menyelamatkan dunia, anda ingin kuasa seperti apa dan jelaskan kenapa?"

ok kalau aku ni nak berimaginasi lambat sikit la coz nak kena loading lagi.. bukan gaya aku nak berimaginasi2 nie ~~ngege...cuma aku ni dapat rungkaikan melalui pernyataan di atas k..

jika aku : Syazwani Mohamad ditugaskan untuk menyelamatkan dunia, aku ingin menguasai kuasa minda!! bagi setiap manusia...hehe =D Jahat dan kejam tak~ kira dah abis tamakkan?? apabila nak menguasai... tahu tak kerana apa aku ingin kuasa minda nie~kerana aku nak semua minda manusia dalam dunia ni dapat dikawal..dan dalam masa sama aku dapat membawa mereka semua sama2 ke jalan kebenaran... iaitu jalan Allah.. Agama Islam kita yang syumul dan indah nie... semua tak kira orang kafir ke ape~~huhu... kuasa minda ni juga dapat mengawal perilaku mereka jadi tiada kejahatan dalam dunia ni lagi..semua orang hidup dengan penuh keamanan..wujud kasih sayang, keharmonian...erm..msti bestkan...so doakan la kuasa dapat pada aku hehe =D ~~ lawak je...aku tahu semua perkara ini mustahil kerana hanya Allah S.W.T Maha Berkuasa terhadap setiap sesuatu.. mari lah kte sme2 tingkatkan amal ibadah kepada-Nya..yakin la pada Dia.. Insya-Allah kehidupan akan penuh bahagia.. =) maaf la ni la coretan aku tentang kuasa yang aku ingin miliki dan mustahil untuk ianya berlaku.. dan jika pelik cik fiqra faham2 la ye hehe

  • ok dah buat entry ni tag la kawan2 korang plak~~ so aku tag kawan2 blog aku nie :

  • haa jangan lupa bagi emel korang pada tuan punya blog tu k~~
  • selamat mencuba~kalau rajin klik la nuffnang tuan blog itu juga~~