Saturday 9 July 2011

MOduL 5 : 1 MaLaySia ~ 8 NiLai


Assalamualaikum semua...haa..semua tengah buat ape tu??~~ aku ni keje mengonline je jadi aku ambik kesempatan la nak share modul yang aku join bagi semester ini..aku rasa start aku buat blog di semester 2 lagi aku akan cite serba sedikit pengalaman2 modul aku join...pejam celik-pejam celik dah join sampai modul 5 ~ ianya merupakan modul terakhir bagi semua student UITM sebelum nak grad..Alhamdulillah...akhirnya berakhir juga..ok2 semangat benar aku nak merungkai modul semester ni kerana apa?? kerana kena dengan jiwa aku yang sayangkan tanah airku tercinta ~~ wah2x dah over plak cik wani kan...konon bersemangat la katakan..yela aku pernah plak join Program Latihan Khidmat Negara..lagi la bertambah semangat apabila dah jadi wirawati negara hehe =D ( dalam kem PLKN je la ) tapi isu2 politik dan negara tak ambik tahu sangat pun :p apa la nak jadi ni~~ hari ini merupakan perhimpunan BERSIH ..aku buat relaz je..sedangkan tu menentukan keamanan negara..maaf sebenar bukan tak nak ambik tahu tapi ntah la, aku sayangkan negara namun aku masih pelik dan kekeliruan segelintir yang porak-peranda kan negara sendiri..huhu jadi tak nak rungkai bab2 ni k~~ namun berbalik dengan modul 5 yang aku join ni pun intipatinya berkenaan : Kenegaraan~~ tapi aku tak de la nak buka soal politik ye..aku nak rungkai apa itu dikatakan dengan 1 Malaysia dan nilai2 yang terkandung dalam slogan ni...korang semua tahu tak?? tak kan la Perdana Menteri kita ini saja2 nak buatkan... dah pastilah nak selamatkan negara untuk mencipta keamanan dan keharmonian hidup buat rakyat2.... jom kita selongkar nilai2 yang terkandung dalamnya :

1 Malaysia ni merupakan gagasan daripada Perdana Menteri kita sekarang Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.. kerana beliau tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali...tak perlu kot aku rungkai panjang2 tentang ni...kerana aku sekadar berkongsi 8 nilai yang boleh menjadi panduan kita sebagai rakyat yang sayang akan negara~~


8 Nilai dapat dicontoh dalam kehidupan rakyat Malaysia.. biarlah kita dapat terap sama2 k dalam diri...Insya-Allah...

  • Kecemerlangan ~ berbicara soal ni kita haruslah memainkan peranan diri masing2 tak kira la sebagai mahasiswa,anak,rakyat dan paling penting khalifah yang perlu memakmurkan muka bumi ini..teruskan pencarian dan berusaha dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat demi keredhaan-Nya (belajar untuk menepati masa)
  • Ketabahan ~ Nilai mesti semua orang akan faham, kita haruslah tabah dalam apa jua rintangan yang bakal kita hadapi...kita tak mampu menduga apa akan berlaku kelak.. jadi sematkan la diri dengan nilai ketabahan agar kita dapat kekuatan tika berhadapan dengan musibah kelak...dan perlu diingatkan apabila kita tabah, pendirian kita haruslah kukuh k...
  • Rendah Hati ~ tak perlu la kita bersikap membangga2 kan apa2 pun tak kira la harta,pangkat yang ada pada kita kini.. ini hanya la sementara ...jadi kan la ianya sebagai ukuran dalam kehidupan agar mengubah diri ke arah lebih baik dan bermanfaat buat orang di sekeliling...dengan nilai ini kita hebat dengan kekuatan dalaman kita kerana dapat menilai sesuatu...Insya-Allah...

'' ikutlah seperti resminya padi semakin berisi tunduk ke bumi semakin berilmu merendah diri''

ni kan sifat terpuji..dalam rendahkan diri..kita mendambakan diri juga pada Yang Esa...

  • Penerimaan~ kita haruslah menjadi insan yang boleh menerima seadanya..dalam erti kata lain sikap bersyukur terhadap apa yang telah kita peroleh kini...dalam skop negara bersikap adil bagi para pemimpin adil dan saksama pada rakyat
  • Kesetiaan~nilai perlu pupuk dalam diri kerana apa bukti kita menghargai sesuatu dengan rasa penuh jujur dan luhur.. kunci perhubungan pun nilai ni menjadi amat penting sekali jika tidak musnah la..
''mengkritik secara betul terhadap kesilapan mahupun kekurangan adalah lambang setiakawan''
  • Meritokrasi ~ ok bagi aku nilai bermaksud kita menekankan persaingan secara terbuka.. bermakna kita jangan la terlalu bersaing dengan kelompok2 kita sahaja..berusaha la untuk membuka minda dan bersaing dengan mereka2 yang dah berjaya dan maju
  • Pendidikan~ haa...kalau ni dah pasti la membuktikan nilai yang perlu pada diri setiap insan kerana apa, dengan adanya nilai pendidikan kita bijak mengatur langkah dalam kehidupan kerana mampu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Tak kira la, pendidikan secara formal dan tidak formal
  • Integriti~ nilai ni rasanya semua dah faham kot..lagipun aku dah pernah cite kat post sebelum nie : integriti dibina kecemerlangan dijana..tak pe aku huraikan sedikit ye, integriti tu adalah nilai gabungan nilai murni seperti jujur,amanah,tulus dan tepati masa dan benar sikapnya...
kesimpulannya, dengan adanya 1 Malaysia banyak manfaat kita dapat jika menerapkan 8 nilai yang terkandung di sebaliknya..Insya-Allah mari la kita sama2 mengamalkan... niat ikhlas kerana Allah SWT... Ya Allah, mohon kami menerapkan nilai2 ni agar kehidupan di bumi Malaysia senantiasa aman,makmur dan harmoni... ok2 sampai di sini je la (nak siapkan keje tertunggak hehe =D jadi dapat semangat pergi modul nie 8 nilai dikongsikan)

kenangan PLKN ayu dengan hiasan bunga di dinding



aku dah macam pejuang negara hehe =D




2 comments:

starzieti said...

bestnye dapat pegi plkn. sy tak pena g pun. :)

teringat pulak mase speaking test ritu, dapat soklan sal plkn. then, terdiam kejap kot sbb tatau nak jawab pe. itupun naseb baik sblom naik atas pntas, ade dgr2 mmbe cite sal plkn. so, ckp je ape yg saye dgr. yg laen reka2 je. ehehe ~ Alhamdulillah, result unt speaking test takde la teruk mcm yg dsangkakan. lect baik sgt. :D

sea_lavender said...

starzieti: hehe mmg best~~ pengalaman...sye sgt ske join prgm cm ni..Alhamdulillah rezeki dpt prgi =) Xpe2 la goreng dgn reka result speaking terbaik ~ Alhamdulillah..