Friday, 1 July 2011

HuLURKan SumBANgan SeIKHLas MuNgkiN

Assalamualaikum semua.. ok entry kali ni sekadar berkongsi entry...aku terbaxca daripada kawan sekolah aku dulu si cik puteri natassia... jadi entry ni pun hanya copy dan paste.. untuk sama2 kita menghulurkan mana yang mampu~~


Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.

cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....



p/s: aku nak membantu mungkin tak mampu cuma aku sentiasa mendoakan segalanya dipermudahkan oleh-Nya buat keluarga ini... Insya-Allah...sme2 la kte doakan moga di luar sana ada insan2 yang dapat memberikan sumbangan seikhlas mungkin kerana Allah SWT...



15 comments:

nor amira said...

Ya Allah sebaknya. moga mereka diberi ketabahan menghadapi ujian dari Allah ni. inilah realiti, ble kte rasa kte ni byk masalah sebenarnya ble kte pandang ke luar sana lagi ramai org kat luar sana yang lebih menderita, lagi berat ujian yang harus ditanggung. Manusia tu mudah lupa bila dikelilingi keadaan yang selesa. Ya Allah semoga kita dalam golongan yang sentiasa bersyukur padaNya.

Moga kta semua dapat hulurkan bantuan walaupun dengan sekeping doa. Moga beliau cepat sembuh :)

sea_lavender said...

mira : erm..sme la waktu mula2 baca sebak juga... btul tu, lihat la ble kte stress dgn masalah fkir kt luar tu lg berat pe mslh yg perlu tanggung... jd sme2 kte bersyukur walaupn kte d timpa masalah, Alhamdulillah masih dapat diatsi ckit demi ckit... =) Terus utuskan doa moga keluarga nie d permudahkan sgalanya..Insya-Allah...

Khairy said...

hmmm....sy penah kes macam ni kat hospital. Sama kes...memang sedeh. Tapi bantu apa yang termampu...semoga Allah memudahkan rezeki mereka...insyaAllah

ARAJ said...

hmm mungkin saye pon tak sekuat dia...mudah2an dia diberikan kekuatan dan diteguhkan keimanan..

sea_lavender said...

khairy : hmm ye... tk pe la dugaan yg diberi itu tndanya Dia Maha Penyayang pd hamba2nya yang diberi dugaan.. Insya-Allah moge keluarga ni dmurhkan rezeki dan dpt harunginya...

araj : ntah la kdgkala tak kuat bgaimnapun mereka perlu hdapinya dgn tabah..trmasuk la diri kte ble diuji-Nya...seharusnya kuat dan tebalkan iman srta selalu mndkti-Nya.. Insya-Allah... renungan buat diri ini juga~~

Wanie said...

kesiannye..huhu
sy hanya mampu berdoa..
semoga die cepat sembuh..

fuad ansari said...

besar sungguh ujian.. mereka insan2 terpilih yg cukup kuat utk menghadapinya.. sama2 doakan kesembuhan dia..

p/s: syazwani uitm n9 erk.. erm, tiba2 teringat kenangan kat sana.. hehe.. (",)

sea_lavender said...

wanie: erm mmg kesian...tk pe la, kte yg mne mampu ikhlaskan diri berdoa pd Dia...moge kluarga ni dapat jalan penyelesaian terbaik...

fuad: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dgn memberikan ujian ni buat mereka..Allah sygkan mereka, pe2 pn doakn yg terbaik buat keluarga ini..yupz sye uitm n9~~ npe yew? prnah blajar cni kew?? rse still br klu kmpus beting excpt kampus melang~~

Eyra. said...

Semoga Kak Norma cepat sembuh dan suami sentiasa tabah. Amin.

fuad ansari said...

xde ape.. cuma saya dulu blaja kampus melang.. best kan dok sana.. sesuai utk pelajar2 sbb persekitaran yg menenangkan.. hehe..

PUTERI NATASSIA said...

wanie , aku tag kamu dalam GA .

http://lovelytasya32.blogspot.com/2011/07/giveaway-one-klik-one-present-by.html

sea_lavender said...

eyra: amin..moge2 begitu hendak dr-Nya...

fuad: owh ye~~ erm ctu pra dip la kn~~ then sem lps bdk dip busness dtmptkan situ..skg br beting balik.. sne just pra dip je skg~~ blh la, tenang coz suasananya tu..tpi beting pun sme gak..jemput la datang~~

pu3: ok2 thnkx~~de mse aku wat =)

fuad ansari said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said...

dulu kat situ, ada dip dan pra dip.. masa sy kat sana, kampus beting tak siap lagi..

sekarang ni, tinggal pra-dip je erk kat tempat tu.. tempat tu nampaknya telah mengalami revolusi..(",)

sekejap je masa berlalu kan.. sedar2 sudah 6 tahun meninggalkan tempat tu.. usia semakin tua.. kematian semakin dekat.. (",)

.: F@!n :. said...

Ya Allah tersentuh bila membaca...moga family cik talib tabah mghadapinya..as a muslim we a 1 family, so sama2 la kita berdoa akan kekuatan dan ke rahmatan sentiasa meengiringi keluarga cik talib..