Assalamualaikum semua..Alhamdulillah...pagi yang indah ini Allah memberikan nyawa untuk aku meneruskan hidup...bersyukur sekali.. aku bangun awal pagi... dalam menyiapkan assignment tertunggak~~semalam aku terlalu keletihan dan emosi yang kurang stabil huhu..jadi awal tidurnya...entah la akhir2 ni kekuatan ku hilang... mengapa?? mungkin begitu~~kerana aku merasakan diri ku tak dihargai orang sekeliling..Astagfirullahalazim wani...tak baik bersangka buruk begitu.. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu... ='( Ya Allah kuatkan aku saat ini.. setiap manusia melakukan kesilapan..begitu juga...aku hanyalah insan yang kerdil dan hina disisi-Mu.. aku tak mampu laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan aku sebaik mungkin dek kerana kealpaan dan kelalaian ku~~ Ya Allah aku memohon kekuatan kepada-Mu, agar setiap amanah yang bakal dan kini aku pikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin tanpa kealpaan daripadaku ...aku tidak mahu ianya berulang kembali~~ aku tahu setiap sesuatu tentu ada hikmah di sebaliknya... Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..Ujian itu rahsia Allah...petikan artikel yang aku terbaca
''Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.''
p/s : hanya sekadar luahan rasa aku saat ini yang agak down~~ Ya Allah kuatkan aku menempuhinya...Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan ( dan inilah aku juga cuba lakukan~~)
No comments:
Post a Comment