Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!
Saturday, 10 September 2011
FiNaL ExaM
Friday, 26 August 2011
SaLaM AiDiLfiTri & SaLaM KemeRdeKaaN
Monday, 22 August 2011
5 Pandangan Berpahala
- melihat Mashaf (Al-Quran)
- melihat kaabah
- melihat air zam2
- melihat wajah ibu bapa
- melihat laut yang terbentang luas
semester 5
Friday, 19 August 2011
Al-Fatihah
Assalamualaikum semua...sedang aku bersahur,tiba2 aku menerima 1 pesanan sms daripada ahli BMA ( Business Management Association )tentang perginya teman sebatch kami...
Friday, 12 August 2011
12~ 14 Ramadhan 1432 Hijrah
Thursday, 11 August 2011
KisaH HaTi
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini… di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Wednesday, 10 August 2011
LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".
H.R Termizi
MaLuKu Pada-Nya
Tuesday, 9 August 2011
SeGaLaNya KeRana-Mu Ya Allah
Monday, 8 August 2011
SeGaLaNya TeRuNGkai
Saturday, 6 August 2011
TeMaN
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..harap ukhuwah in hingga ke jannah hendaknya...
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh, bukan kerana selain daripada-Nya..
Friday, 5 August 2011
BuKa MaTa HaTi ~ SaMbUNgaN
Thursday, 4 August 2011
BuKa MaTa HaTi
Assalamualaikum semua...selamat berpuasa pada hari ini...hari ini entry pendek je daripada aku... kerana nak tunggu waktu dhuha dan bergegas ke kelas yang bermula jam 8.10 pagi~ hmm... tajuk ni sebenar aku nak rungkai apa yang aku lalui semalam..panjang la story morynya..tak sempat la kalau nak mengarang...so, kita jumpa next entry perkongsian aku tentang 1 perkara yang korang akan rasa macam tak percaya je...20 tahun aku meneruskan kehidupan namun masih ada lagi insan seperti ini....kita perlu dekatkan mungkin ianya dapat menjadikan ikhtibar buat kita bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini ..Insya-Allah...
Tuesday, 2 August 2011
Ketenangan Abadi
Assalamualaikum semua..hari ni kita telah melangkah ke 2 Ramadhan 1432 Hijrah.. Alhamdulillah.. lihatlah bertapa hebat kuasa-Nya dalam menghidupkan dan mematikan kita hamba-Nya... Allah Maha Kuasa dalam setiap sesuatu...aku tidak mahu berbicara tatkala kita di bulan Ramadhan ini segalanya perlu dijaga demi ingin keberkatan dan barakahnya bulan yang mulia ini..Insya-Allah... seperti janji ku yang lepas akan mencoretkan walaupun sedikit untaian hatiku buat teman2 mayaku... jika ada yang sudi membaca... tajuk entry ketenangan abadi... sudah pasti hadirnya dari Allah S.W.T dan bukan yang lain...Alhamdulillah dan bersyukur sekali atas nikmat-Nya...mungkin semalam aku terasa agak tertekan dengan memikirkan tugasan2 yang aku telah senaraikan di entry ''SEMANGAT DENGAN JADUAL PENUH'' tajuk entry hanya sekadar semangat...huhu namun apabila tiba aku menjadi agak tertekan..namun Alhamdulillah...ini la dikatakan dengan keberkatan Ya Ramadhan... hadirnya ketenangan dari-Nya apabila aku banyak mengingati dan meluangkan masa dengan singgah ke rumah Allah...pada mulanya masih tertekan namun selepas pulang dari rumah Allah aku menjadi lebih kuat dan yakin segala dugaan-Nya kerana sayang aku sebagai hamba-Nya.. Alhamdulillah... Ya Allah aku amat bersyukur di atas ketenangan kurniaan-Mu ini =) ok la ingin melabuh tirai.. maaf la entry di bulan Ramadhan banyak merungkai perasaan di hati ini.. dan juga semalam terungkai segalanya setelah sebulan lebih tentang penantianku..Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil ...
Monday, 1 August 2011
1 RaMaDHaN 1432 HIJRaH
Assalamualaikum...Alhamdulillah bersyukur aku terhadap Allah S.W.T kerana memberi nafas untuk aku meneruskan kehidupan pagi ini di bulan yang mulia dan barakah ini.. Ramadhan bulan yang dinanti2kan kita untuk meningkatkan amal ibadat bagi menampung amalan2 kita yang mungkin masih belum mencukupi di akhirat kelak..Insya-Allah sama2 la kita tingkatkn prestasi amal ibadat kita ikhlas kepada-Nya..pupuk kan rasa ihsan pada diri...Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar =) sempena bulan Ramadhan ni juga aku akan mungkin hanya mengaktifkan diri di medan maya, blog kesayangan aku je~~ kerana acc sosial aku baru sahaja melabuh tirai untuk sebulan ini.. jadi sebarang perkongsian mahupun ingin berhubung di sini la bagi menyusun bicara (^_^)
Sunday, 31 July 2011
SaLaM RaMaDhaN
Assalamualaikum semua =) pagi yang indah ni aku sekadar mencoretkan kata Salam RAMADHAN buat semua muslimin dan mslimat di muka bumi Allah ini.. moga kehadiran bulan yang mulia ini kita sama2 dapat tingkatkan amalan ibadah kita ikhlas kerana Dia.. Insya-Allah sepanjang Ramadhan aku cuba aktif mengupdate entry2 aku walaupun dengan coretan yang pendek.. Bertemu kembali kita di ruang kebahagiaan yang dicari kerana Allah dan inginkan keredhaan hidup dari-Nya..Insya-Allah... Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (^_^) gembira3x berusaha tingkatkan amal ibadat bersama ~~
Saturday, 30 July 2011
SeManGat DengAN JaDuaL PeNuH
Wednesday, 20 July 2011
CINTA VS NAFSU
1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.
Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.
Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya, orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks.
2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).
3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi
Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.
Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.
4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?
Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.
Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.
Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.
5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.
.
Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..
post ni sekadar perkongsian dan hanya copy paste..maaf bagi pihak ku...
sumber: Aku Islam




























