Sunday, 3 April 2011

PeTua CeRia 1

ok malam ni sebelum aku melelapkan mata aku nak berkongsi sesuatu iaitu petua2 nak menjadi ceria dalam kehidupan kita =) petua ni aku dengar dalam sebuah motivasi Dr.fadzilah Kamsah baru2 ni jugak la yang bertajuk Petua dalam menceriakan hari2 dalam kehidupan~aku dengar ni nak bagi semangat & ceriakan diri aku..so aku rasa nak kongsikan kepada sesiapa yang membaca blog aku lah...nak bagi korang pun rsae bersemangat dan ceria juga macam gurl comey nie hehe ~~



ok2 jom kita layan petua2 nak ceria mcam gurl gediks ckit kat ats ni hehehe =D
  • Jangan lupa/ingkar ibadah kita kepada Allah
ermm...kalau soal ni aku rase tak perlu berbicara panjang lebar krana Insya-Allah semua orang akan patuh kepada perintah Allah S.W.T ~dengan mengamalkan amal makruf nahi mungkar... haa..ingat ye kita sme2 berusaha melakukan ibadah dengan sempurna dengan ikhlas kerana-Nya...

  • sentiasa memasang niat setiap hari
ok dalam petua ni kita seharusnya ingat sepanjang masa dalam seharian terutamanya pada awal pagi dan malam hari kita, tentang niat kita yg ingin capai dalam masa 1 hari tu~~ : misalnya, hari ni aku ingin sentiasa ceria walaupun akan menempuh banyak dugaan yang tak diduga.. sentiasa juga mengharapkan segala yang akan berlaku mahupun telah berlaku sudah mempunyai hikmah tersendiri sama ada ianya baik mahupun tidak~~yakin la segalanya adalah ketentuan dari-Nya buat kita..

  • memaafkan semua orang sebelum tidur
kita selalu dengarkan memaafkan orang sebelum tidur, tetapi pernah kita lakukan tak? jadi, nak jadikan diri sentiasa ceria sepanjang hari, pastikan la kita setiap malam hari sebelum tidur kena memaafkan orang disekeliling kita dengan ikhlas dengan harapan tiada wujudnya kebenciaan dalam diri kita pada sesiapa pun...Insya-Allah...

  • programkan minda setiap malam
setiap malam sila ulang ayat ini :
'' Esok aku bangun pagi dalam keadaan positif,ceria,hebat dan cemerlang''
Insya-Allah pagi indah kita akan lebih bermotivasi~ =) Cuba lakukan kita mesti akan mendapat keberkesanan hasilnya...

  • bangun tidur terus senyum + berdoa (^__^)
lepas tu esoknya bangun tidur je terus senyum...dan berdoa dengan rasa syukur dengan rendah dirinya pada Yang Maha Esa...kerana memberi peluang untuk kita masih bernafas... serta memohon hari ni lebih baik daripada hari semalam..Insya-Allah...


p/s : oklah aku dah keletihan la nak mengarang, so sambung esk ke ble untuk petua ceria 2~~~
hehe =D bukan malas...no mood n no direction~jadi aku nak amalkan ni semua sebelum tidur ~~
Alhamdulillah slps ni dgr motivasi aku semakin ceria ~~






Saturday, 2 April 2011

STOP

holla...ok2 berdasarkan tajuk entry aku kali ni aku nak bagi thu semua orang jika ade yg membaca blog aku la kan~~ STOP = BERHENTI~~ tajuk yang menarik...dah terpanggil dari benak minda aku lagi...sebenarnya, aku dah nak dekat final exam rupanya...so stop la facebook= fb aku sementara waktu...macam sem-sem aku sebelum ni...tapi blog kesayangan ni owh tidak akan ku tinggalkan hehe =D ibarat kekasih hati dah ni ('',) jadi lepas nie nak tahu perkembangan aku layan blog la ye... exam aku bermula 20/4-27/4 ni~~ so sekejap je tu~~Insya-Allah lepas ni banyak perkongsian yang akan cuba kongsikan bersama..Selamat membaca jika ade la kan yg nak membaca~~ hehe ...yela nak kejar ''kebahagiaan penuh keharuman'' dalam hidup kan ~~



enjoy ye~~hehe =D


Friday, 18 March 2011

KuRaNgKaN TeKaNan PeRaSaaN

munink semua..ok2 pagi ni sahaja nak berkongsi tajuk yang aku postkan kali ni..haa..siapa dkt cni tiada perasaan dekat cni??semua orang sudag pasti ada kan?? so, pagi ni aku bukan la de masalah nak buat luahan perasaan cuma sekadar nak kongsi apa yang aku baca daripada sebuah buku motivasi.. bagus je jika kita semua dapat manfaatkan bersama...Insya-Allah...tips2 macam mana nak kurangkan tekanan perasaan~lumrah manusia tertekan dengan perasaan dalam diri..

apabila kita tertekan begini la riak wajah kita~~btul tak??

jadi jom kita sma2 ikuti tips kurangkan tekanan perasaan~~
  • laksanakan sembahyang wajib dan sunat

amalkan ibadat seikhlas mungkin..serta tingkatkannya..
kekuatan yang meredakan tekanan perasaan~

dalam soal ni tak perlu la aku huraikan secara panjang lagi ..sudah pasti semua orang mengertikan bagaimana~~ setelah kewajipan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W serta mengabdikan diri pada Allah S.W.T..Kita tambahkan la lagi sembahyang2 sunat untuk mengurangkan tekanan perasaan yang tertanggung..bukan bermakna apabila bermasalah sahaja tunaikan...namun jadikanlah ianya menjadi amalan...Insya-Allah ianya akan berkurangan...
  • masa aktif
berbicara tentang masa aktif bermaksud kita melaksanakan perkara2 kesukaan kita yang dapat meredakan tekanan perasaan kita...secara tidak langsung minda kita sentiasa dalam berada di tahap positif dan merasai nikmat bahagia yang penuh harum dan indah itu (tett dah ala promote tajuk blog sendiri plak hehe =D)
  • mengamalkan bacaan Al-Quran
Alhamdulillah jika tip ni menjadi amalan kita semua..sudah pasti diri kita sentiasa dalam ketenangan dan dalam keberkatan dari-Nya sepanjang waktu...
  • meluahkan perasaan
apabila kita merasakan diri tertekan salah satu langkah bagi kurangkan tekanan tersebut dengan meluahkan perasaan terhadap teman2 yang memahami kita...sudah pasti kita akan berasa puas setelah semua diluahkan tanpa kita pendamkan dalam diri...
  • mengalirkan tekanan kepada aktiviti positif dan memberi semangat pada diri
Ok dalam soal ni kita perlulah sentiasa berfikiran positif walaupun tika itu ketika berasa terlalu down or tak bersemangat..minda kena sentiasa di puncak positif k~~ scara tidak langsung kita akan lebih bersemangat dalam melaksanakan apa jua perkara ketika itu...
  • menjaga waktu tidur
tip ni aku merasakan amat penting~krana apa??krana aku suka tidur hehe (kantoi di stu) ... hanya yang mengenali ku thu la sape aku ni kan hehe =D~ Ok2 berbalik dgn tip menjaga waktu tidur iaitu yang bermaksud kita haruslah rehat secukupnya jadi waktu tidur sudah pasti lebih sistematik k~ jangan la fikir nak stdy3 tpi dalam keadaan tertekan ...no point la stdy kita tu kn3x?? jadi biarlah masa keletihan kita manfaatkan dengan menjaga waktu tidur dan rehat kita..dapat la kurangkan tekanan perasaan kita tu~~
  • lakukan teknik pernafasan yang betul
haaa.. ni tip terakhir...kalau yang ni semua msti fahamkan macam mana nak lakukan kn??hehe sebenar aku pun tak de la thu sgt pn..just salu aku amalkn teknik bernafas dengan 3 cara ni :
  1. tarik nafas dalam2~~
  2. kemudian hembuskan perlahan2...
  3. and the last say Alhamdulillah... aku diberikan kesempatan untuk hidup.. Ya Allah, lapangkan dadaku dan berikan ketenangan kepada hamba-Mu ini...
haa..Insya-Allah lepas tu rasa tenang sekali cuba buat ok (^_^)

p/s : ske nak kongsi2 apa yg aku telah baca..dan aku juga telah melaksanakan sebahagiaan tips2 ni..Alhamdulillah..ianya memang membuahkan hasil~ jom kita amalkan bersama untuk kecapi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat..pesanan ikhlas dr aku yang kerdil di-sisi-Nya : lakukan apa jua perkara niat ikhlas kerana Allah S.W.T ..Insya-Allah diri akan dberkati-Nya... ketenangan menghampiri dan kurang la tekanan perasaan~~




perasaan yang kita inginkan dalam kehidupan iaitu : kebahagiaan ~


Wednesday, 16 March 2011

PeTuA MeMiKat HaTi RaKan SeBaYa

Assalamualaikum semua..ok2 perkongsian aku malam nie berkenaan macam mana la kita ni nak memikat hati rakan sebaya kita..yela kita nie kalau dah sama umur kadangkala tak sedar pernah wat kawan2 kita terasa so sekarang aku nak kongsikan petua2 yang dapat kita ambil bagi ikatan ukhuwah terjalin berpanjangan kerana Dia Yang Esa...Insya-Allah...

  • timbulkan rasa minat dalam diri kita bagi mengetahui cerita dan kisah kawan-kawan kita...
ok kalau dalam soal ni, kita bagi la kefokusan kepada kawan2 kita yg sedang bercerita..lagi2 yg penuh semangat macam aku nie..serius kalau aku, memang terasa abis la kalau aku punya b'semangat tapi kwn2 tak buat tak tahu..semua orang ada perasaan jadi kalau kawan merajuk sebab kita fikirlah sendiri


  • kita perlu menghargai apa-apa sahaja pertolongan atau pemberian kawan2 kita
erm..petua ni menyuruh kita agar sentiasa menghargai segala bantuan kawan2 kita sepanjang perkenalan...biarlah perkenalan itu sebuah perkenalan yang ikhlas tanpa paksaan..jadi kita akan sentiasa rasa ianya bernilai dan menghargai kawan2 sepanjang masa

  • Senyum (^_^)
wah petua ni je pun dah boleh pikat hati kwn kita yang baru gaduh ke ataupun yang sebelum ni kita selalu bermasalah dengan dia...senyuman terukir mencipta kebahagiaan itu sendiri.. jadi perkenalan itu makin indah ...kerana kita sentiasa merasakan kebahagiaan dalam diri bersama..

  • bercakap hanya perkara baik mengenai kawan kita
jadi apabila macam tu ckup2 la kalau kita selama ni mengata kawan2 or mengumpat... belajar la sentiasa bercerita tentang yang baik sahaja..Insya-Allah diri pun bahagia~

  • sebut nama mereka dengan baik
bagi petua ni aku rasa memang lah amat wajar kerana kalau aku sendiri tak selesa dan gemar mereka panggilan diri aku yang membuatkan aku tidak selesa..jadi sebut dan panggilah panggilan kawan2 buat mereka selesa...

  • sokong cita-cita kawan
haa..ni la 1 perkara aku suka kerana apa??kerana kita ni hidup biarlah berjemaah jadi perlu la saling menyokong antara 1 sama lain..jadi menyokong la teman sebaya kita yang punya cita2 yang tinggi...jika yang tiada kita bagi la pandangan~~ok?

  • elakkan diri daripada menjadi seorang yang terlalu sensitif dan mudah kecil hati
petua terakhir ni amat la sesuai untuk diri aku ni..huhu entah la aku ni memang seseorang yang sgt sensitif..so aku mengambil masa utk berubah ...harap maklum~~

p/s

perkongsian menarik bagi aku~hidup ni kadangkala kita tidak sedar akan perilaku yang membuatkan orang tidak selesa serta kita sendiri membuatkan orang tersinggung..jadi sama2 berusaha memperbaiki diri..dan terus merapatkan ukhuwah tercipta ikhlas kerana Allah...




Saturday, 12 March 2011

KeAyuAn WaNiTa TeRsErLaH



Ok2 post kali ni sekadar perkongsian bagi kaum WANITA~ tips2 yang mungkin dapat diambil bagi meningkatkan keayuan anda semua..Insya-Allah...
  • Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Dalam Islam pun tidak benarkan kita berhias over2 k...
  • Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. (kalau tidur lewat stdy dan lakukan perkara bermanfaat tak pe la k..tapi belajar merancang dalam lakukan apa jua)
  • Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. (kalau cam aku ni orang tak suka la cakap kuat ckit, so aku kenalah berubah2x)
  • Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.(aku salu amalkan, jadi diri sentiasa rasa bahagia, kerana kata maaf mmg sukar sebenar orang nak kuarkan)
  • Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
  • Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulamyang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
  • Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka.
  • Jangan banyak berangan.nanti angan2 sahaja namun tiada tindak-tanduknya..
  • Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. Namun bertudung lebih terserlah keayuaanya...rambut hanya buat insan yang akan bersama kita dunia dan akhirat..sudah tentu suami...
  • Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak.(jalan kena nampak berketerampilan k dan berkeyakinan ~)
  • Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
  • Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silapanggung. Jangan mengangkang.
  • Tangan jangan terlalu digerakkan apabila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. tapi tak perlu lakukan kerana terpaksa, tidak terserlah keayuan tu nanti~
  • Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.nanti orang kata kita ni tak betul plak kan~~
p/s : sekadar perkongsian aku tingkatkan keayuan buat kaum Wanita hehe.. =D termasuklah aku kui3x..ok la yang mana ambik la, yang tidak jadikan sempadan..


Friday, 11 March 2011

KeGaGaLan

Assalamualaikum semua...post aku kali sekadar luahan rasa tentang kegagalan..apabila kita berbicara tentang gagal, adakah ianya bermakna kita akan terus merancang untuk gagal???tidak akan maju ??? tidak mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik??? persoalan nilah yang sering bermain di minda aku apabila aku bertemu dengan kegagalan...huhu...tak tahu la nak berbicara bagaimana....hari ini berlaku kegagalan pada aku setelah memperoleh keputusan bagi test law aku baru2 ni..agak mengecewakan..aku turut berasa down..Namun, Alhamdulillah aku amat bersukur sekali apabila dikurniakan dengan ahli keluarga dan teman2 yang benar memahami serta memberi sokongan buat aku untuk meningkatkan lagi motivasi aku saat ini... aku juga kuat dan mampu berdiri kembali apabila aku membaca sebuah buku yang baru sahaja aku pinjam daripada perpustakaan di kampus aku.. buku motivasi tu ~Menuju Puncak Kecemerlangan: Tip-tip Sukses Dari A ke Z... Aku baru sahaja baca 2 bab tapi dah mula jatuh dengan buku ini..dan nak khatam kan bagi aku lebih bersemangat dan terus memotivasikan diri aku ini... antara petikan kata2 yang memberi semangat pada aku adalah

  • kecemerlangan bermula daripada azam yang kental. Asalkan kita berazam mahukan sesuatu perkara, apa jua cabaran dapat kita tempuhi.Gunung rela didaki, lembah sanggup dituruni, lautan sanggup diharungi.Soalnya sejauh manakah azam kita hendak berjaya?
  • ingatlah pada setiap saat yang berlalu,minit yang berlepas,jam yang berdetik dan hari yang menyinggahikita dari masa ke masa,tanamkan tekad,bulatkan azam dan kukuhkan cita-cita ; aku ingin meraihkan kejayaan ,aku ingin meraih kecemerlangan,aku ingin mencapai cita-cita walau apapun rintangan. Insya-Allah kita boleh meraih kejayaan
inilah sebahagian kata2 yang memberi aku semangat..Alhamdulillah dan sekali lagi aku amat bersyukur kerana punyai insan2 yang memahami dan memberi kekuatan ...terima kasih semua...bagi mereka yang down seperti aku...cuba renungkan kata2 ni dan show out.. try yur best...thatz also 4 myself..Insya-Allah...



Thursday, 10 March 2011

MaJLis PenYeRaHan TuGaS MPP

Selamat pagi semua..post kali ni hanya sekadar gambar meceritakan sepanjang Majlis Penyerahan Tugas MPP Sesi 2010/2011 kepada MPP Sesi 2011/2012.. jom layan bersama...




ni pic ketika aku dah pun pulang dari majlis~


cenderahati buat kami semua setelah bekerja keras dalam
membantu pentadbiran HEA dan HEP di UITM N9
(sje kasi post tu haha =D) tpi sijil aku masih tak dapat de masalah...
orang baru la katekan~~



ni sekuntum mawar merah jambu yang segar~~
i like it..until this munink pun masih segar hehe =D
btw, if ade bf i tak nk mawar ye..nak sea-lavender je kui3x



erm...tett aku dengan sape ni???sape lagi la kan aku pnye ketua la~~
Saudara Mohamad Azam Akmal ~ mantan YDP MPP 2010/2011 UITM N9
&
Saudara Sulaiman~mantan NYDP MPP 2010/2011 UITM N9



dengan sape pulak la kan nie~~hehe =D
ni adalah penasihat MPP sir jamil namanya...
btw lec masih baru lagi ..so aku kenal bese2 je~~
erm..tapi pernah je minta maaf pd beliau krna apa?
rahsia hatiku~kui3



ok yg si comey kurus ni la partner exco aku~
susah kte bersama ye syg ~
haha =P
Miss u miss siti nur badriah .. thnkx a lot n sory everything



ok2..dah mcm artis plak~~
hmm..ni adalah Fathine Najiha~
gamaknya sweet die ble mkan kui2x
sampai kena muka sekali td...
just lawak jiha~



ni miss nurfarahwahida~~
insan yang menjaga blok seri menanti 4
sejak aku tinggal di UITM N9 ni
kwn2 aku salu kate karakter kteorg sme...
i like~ coz mmg pn...
everything perubahan sikap bergantung kpd keadaan~



apabila kami semua bersatu delegasi mantan MPP Sesi 2010/2011
bersama delegasi MPP Sesi 2011/2012


ini ialah Puan Dalila Daud~
orang kuat HEP UITM N9...
berbangga habis dapat gambar bersama...
ermm Puan ni mmg sporting n alwayz be supporting us...
i'm proud to be lady gud leader like u madam =)


haaa ni 3 dara pinggiran kui2x~
lawak je k cheten,sya n jannah...
merangkap mereka dah jd warga NR kan...
i will miss u all..thnkx n sory everything



miera,jieha dan nadia syazana...
dh ala artis pose2 ye~~hehe...

p/s :
  • perkongsian majlis yang aku hadiri semalam petang.. hi tea bersama mantan MPP serta degelasi MPP baru~
  • maaf kepada faizura kerana maklumat yang tidak kesampaian pada saudari..
  • sedih apabila selepas ni msg2 akan menguruskan hal sendiri..namun segala kenangan dalam hati ku hehe~
  • terima kasih dan maaf segala kepada semua..
  • moge kehadiran MPP baru dapat memimpin dengan lebih baik..Insya-Allah...
  • maaf sesiapa jika saya tidak berbicara tentang anda..pe2 pn sye syg kamoo semua (^_^)

Wednesday, 9 March 2011

6 PeRkaRa Yang DiHaRuskan MenGumPat

Selamat pagi semua..ok ..pagi ni aku saje nk kongsi satu info iaitu yang aku dengar di corong radio Ikim f.m semalam...rase aku mcm perlu je kte berkongsi...tapi aku pesan awal2 ok...bukan aku menggalakkan perbuatan ni ok!!! ok berbalik dgn tajuk aku post kali ni... mari kte renungannya...selamat beramal ~~

ingatlah setiap kali kita melakukan perkara yang mungkar tehadap Allah.. ada sahaja makhluk yang akan menggalakkan kita~~ syaitan durjana!!!

  • mengumpat apabila perkara untuk berbentuk kezaliman pada diri kita
misalnya, apabila ada orang melakukan kezaliman kepada kita, tidak kira lah aspek mental dan fizikal ke, kita boleh bercerita pada orang lain. Dengan ini dapat dijadikan tauldan kepada orang lain agar tidak melakukan kezaliman seperti orang yang kita katakan itu... ok ade fham?? hehe...so, mengumpat scra berhikmah k, pasal kezaliman orang tu je k..bukan pasal diri orang yang kenakan kita...lebih2 kalau hal ni naik mahkamah...jadi boleh la cerita pada si hakim... jangan lebih2 sudah...

  • mengumpat ketika sedang bermesyuarat
haa...soal ni jangan plak kata aku ni galakkan semua orang mengumpat waktu sedang bermesyuarat ok!! sebenarnya, macam ni boleh berlaku perbuatan mengumpat ini dengan tujuan kita sedang membangkitkan isu ataupun tentang seseorang dengan tujuan untuk memperbaiki kesalahan orang tersebut mahupun masalah yang dihadapi organisasi tersebut...
harap maklum..jadi gerak kerja kita biarlah mendatangkan kebaikan bersama... termasuk juga dalam institusi kekeluargaan...

  • mengumpat ketika meminta fatwa daripada mufti
misalnya apabila kita ada masalah dan pergi ke pejabat Agama untuk selesaikan masalah kita.. jadi, dalam soal ini kita boleh mengumpat tentang apa yang perlu diungkit dan dibangkitkan pada mufti berkenaan...dedahkan la apa yang perlu sahaja k..jangan plak dengan niat nak mengaibkan orang lain..Allah amat mungkar dengan hamba-Nya mengaibkan orang lain..

  • mengumpat ketika memberi amaran
ok bagi point ni plak, kita diharuskan mengumpat dengan niat agar apa yang cuba disampaikan adalah supaya orang disekeliling tidak tertipu mahupun terpedaya dengan orang tersebut... jadi, dah memang wajar kita perlu bercerita tentang orang yang suka memperkenakan orang lain...

  • mengumpat dengan panggilan mashyur
apa yang dimaksudkan ini?? mcm ni kalau kita memanggil2 si polan dengan apa gelaran sekalipun...sebenarnya akan dikira mengumpat.. jadi apabila ingin bercerita tentang seseorang itu, haruslah orang yang hendak diceritakan memang tidak kisah dengan panggilan yang sentiasa dimain2kan oleh orang disekelilingnya...
  • mengumpat kesalahan orang yang tidak malu dengan kefasikannya
berbicara tentang last point kali ni, aku merasakan orang yang membaca sudah pasti faham...
kan2??? yela, maksud senang sangat, ini bermakna kita diharuskan mengumpat bagi mereka yang tidak malu dengan kefasikan dirinya sendiri.. misalnya, orang tu sudah tahu perbuatan dia akan memalukan tetapi dia masih hendak lakukannya.. so,diharuskan bercerita tentangnya dengan niat kita tidak melakukan perkara yang membawa malu pada diri kita sendiri...



mengumpat apabila 6 perkara di atas sahaja k!!


p/s
  • ok post aku kali ni adalah sekadar perkongsian yang mana aku hanya sekadar mendengar di radio smlm..jadi banyak yang telah diadaptasikan dalam versi aku sendiri bukan ustaz yang menyampaikan itu k..
  • hmm lagi satu aku merasakan topik ni menarik...bukan niat aku untuk menggalakkan lagi perbuatan yang mmg tidak disukai dan dimurkai Allah ini...
  • bagi menentukan yang mana benar dan wajar tindakan yang perlu kita..
  • erm, merasakan setiap perkara yang ingin kita lakukan seharusnya dengan niat yang suci dan murni..
  • pengajaran bagi aku setelah mendengar segmen ini d ikim f.m aku membuka mata bahawa rupa2nya ada perkara yang diharuskan kita untuk mengumpat sebenarnya...bermakna bukan semua perkara yang kita bicarakan adalah umpatan~~(betul ke frasa aku gunakan ni ek) huhuhu
  • mohon maaf jika perkongsian ni tidak disukai mahupun tersalah kata... aku hanya insan lemah sekadar menyusun bicara melalui pendengaran aku melalui radio...
  • Insya-Allah sama2 lah kita tingkatkan kemajuan diri..kurangkan kontroversi...
  • Ingat lah setiap kali ingin berbicara tentang apa hal sekalipun fikir kan niat dan tujuan kita..
  • biarlah segalanya dengan niat yang baik menjadi lebih baik dan memperbaiki kelemahan..walaupun kesempurnaan itu mustahil buat diri kita yang kerdil di sisi-Nya...
  • Wallahu'alam...




Tuesday, 8 March 2011

7 TipS tANGani 'secret admire'



ok2 pagi2 ni saja nak karangkan perkongsian yang menarik berdasarkan tajuk di atas hehe...eh2 bukan sye yang ade secret admire ok~ sye hanya sekadar membaca.. dan rase cm menarik je... hmmm sebenar nak kongsikan 7 tips untuk tangani 'secret admire' ni... ok2 jom kita layan..


1.Jangan terpedaya


ok dalam soal ni kamu jangan la mudah terpedaya dengan sikap ramahnya di dalam telefon.. hmm..mereka ni kadangkala 'over dan di luar batas pemikiran. kita boleh menjadi pendengar yang setia tetapi bukan untuk mempercayainya bulat2 apa yang diungkapkan...(bagi aku sendiri biarlah jujur je apabila nak bercerita tu janji ikhlas kedua2nya..


2. Siasat dalam diam


jika kamu mengesyaki ada yang menjejak diri kamu, kamu pun siasatlah terlebih dahulu. tetatpi jangan terlalu menunjukkan yang kamu sedang menyiasat. bertindaklah secara bijak dan teratur. Contohnya, kamu mungkin boleh mengenal pasti seseorang itu darripada tulisannya ataupun ikuti perkembangan secret admire kamu itu. jangan plak sampai tersalah orang akibatnya malu sendiri la..hehe

3. Jangan terlalu ghairah

ini adalah kali pertama kali kamu mempunyai 'secret admire'. walaupun kamu begitu gembira kerana ada insan yang meminati kamu, namun kamu jangan terlalu ghairah. kawal perasaan dan emosi kerana mungkin secret admire kamu tidak sehebat yang disangkakan. kalau tidak, masakan dia menyembunyikan dirinya.


4. Elak daripada menghebahkannya


biarpun kamu terlalu mahu tahu siapa 'secret admire' itu, janganlah terlalu menghebahkan ke seleruh dunia. Paling penting, elak daripada membangga2kan diri sendiri sehingga ramai yang meluat melihat tingkah laku kamu. berhati2 lah, ini mungkin juga akan memalukan kamu andainya ia hanyalah satu permainan untuk mengenakan kamu

5. Jangan terlalu fikirkan

anggap situasi ini sering berlaku pada semua orang. Jangan kamu terlalu memikirkannya sehingga tugas2 harian macam orang gila bayang. Selagi dia tidak muncul, anggap sahaja tidak akan ada apa2 pun yang berlaku.



6. Kata-kata melalui surat


isi surat yang berjela-jela biasanya lebih kepada rekaan. so, hati2 ye.. ayat yang tersusun dalam SMS pula mungkin juga sudah dirancang. jangan mudah terpedaya dengan mereka yang hipokrit

7. Dapatkan pandangan daripada teman


kamu mungkin boleh berkongsi dengan teman rapat kamu akan tentang perkara ini. tanyakan lah pendapat daripadanya. mungkin dia boleh memberikan idea, apa yang harus kamu lakukan. mungkin juga dia boleh mengagak siapa 'secret admire' kamu tu hehe...



wah...dah macam surat cinta nie, kalau aku dapat malunya (dalam hati dah de taman bunga sbenarnya tu)
hehehe =D



p/s post kali ni saja2..aku rasakan ianya menarik..lagipun mungkin boleh jadi tips buat yg sedang admire2 ni kan...btw bukan sye k sdg 'admire2' ni ~




Sunday, 6 March 2011

10 TiPs TinGkAtkAN NiLai BerBudi BaHaSa

Munink semua...haa..pagi ni aku saje nak share ape yg aku terbaca dalam majalah kesukaan aku hehehe...yang aku rasekan boleh dijadikan panduan hidup.. dalam menjadi insan berbudi bahasa dan orang akan lebih suka =)

antara tip menjadi insan yang lebih berbudi bahasa :

  • Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab
ok2 dalam soal ni aku rase korang pun faham kan mcm mane kan tindakan yang perlu kita ambik.. walaupun korang tak kenal orang tu, tolong la gunakan lah bahasa yang bersopan dan berhemah lebih2 apabila berkomunikasi.. tak perlu la nak kurang ajar semua ni bukan mendatangkan manfaat pun...buktikan rakyat Malaysia penuh dgn sopan santun k (eh2 tibe2 plak semangat patriotisme plak aku pagi2 nie hehe =D)

  • Banyakkan membaca buku2 tentang akhlak dan motivasi..
seronok sebenarnya, ambik la buku kisah2 nabi,Rasulullah,para isteri baginda dan para sahabat...haa serta buku2 sirah yang penuh dan kaya dengan adab budi pekerti yang mulia dapat dijadikan tauladan buat kita bersama =)

  • Kembali kepada asas agama
dalam soal ini aku tak naklah berbicara panjang lebar,kerana aku juga insan yang lemah dan biasa soal agama...tetapi aku yakin bagi yang membaca sudah pasti faham apa yang dikatakan kembali dengan asas agama.. kita dari kecil lagi sebenarnya dipupuk dengan didikan agama..cum mungkin apabila besar ni dah jadi kurang pratikalnya...hmm lagi2 Islam agama pegangan aku sendiri satu2 -nya agama yang penuh dengan pratikal... atas diri sendiri untuk m'aplikasi sesuatu itu tanpa sebarang paksaan pun..Islam juga mengajar kita umatnya agar menjadi insan yang berakhlak mulia.. Insya-Allah marilah kita sama2 berubah ke arah kebaikan..

  • Menghormati orang lain, tanpa mengira latar belakang
bagi tips ni plak aku rasakan memang wajar sekali perlu ada dalam diri jika nak tingkatkan nilai berbudi bahasa dalam diri tu.. kerana apa ?dalam Al-Quran pun menggalakan kita saling menghormati orang lain, tidak kira apa2 warna kulit, agama dan bangsa apa pun.. ni juga prinsip diri aku, kerana apabila berbicara soal hormat ni aku rase, kita memang wajar hormat sape2 pun tidak kira la orang tu berpangkat,lebih berusia atau muda daripada kita..yang pasti nilai hormat wajib ada..lagi2 nak orang lain hormat kita...orang akan hormat kita jika kita turut saling menghormati mereka..Di samping itu, tunjukkan sikap bertolak ansur dan bantu membantu tanpa mengharapkan balasan..Insya-Allah kebahagiaan penuh keharuman bakal kecapi..
(tett promote blog sendiri plak hehe =D)

  • Contohilah akhlak Rasullullah dan para sahabat
haa..tadi kita berbicara banyakkan bacaan buku tentang para nabi dan Rasulullah serta sahabat.. sekarang kita berusaha untuk mencontohi sikap2 mulia mereka..kerana mereka memiliki keperibadian yang tinggi.. inilah buktinya kita mengaplikasikan bahan bacaan yang murni tu~

  • Bermuafakat
Pernah dengar peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana apa?? kerana~~muafakat...haaa pandai pun nasib belajar kalau dah kerja ke pe alamat lupa la semua peribahasa2 ni hehe~~ marah cikgu bm kesayangan aku (maaf ye ckgu Hamidah ) ok2 dah merepek plak..ingat la dengan muafakat kita mendapat keberkatan dari-Nya..jadi tanamkan la semangat bermuafakat kpd semua lapisan masyarakat...

  • Bertimbang rasa, sabar dan baik hati
inilah ciri-ciri orang yang berbudi bahasa...kerana apa?mereka mementingkan orang di sekelilingnya...jadi mari kita tolonglah tanamkan sikap ini ke dalam diri kita kerana ia menunjukkan diri kita seorang yang berakhlak dan berbudi bahasa =)

  • Tertib dalam semua perkara
jaga kelakuan dan adab sopan dalam melakukan apa2 perkara sekalipun... Pertahankan maruah diri dan jangan lah mudah terjebak dengan budaya asing dan budaya kuning di luar sana tu...
Insya-Allah kita mampu lakukannya bersama (^_^)

  • Menepati masa
ok2 tipsni aku sangat suka sekali kerana aku suka berkawan dengan orang yang menepati masa... cam mat salleh kata salu ''on time'' ..ini lah orang2 yg berjaya kerana hidup dengan disiplin...orang cam ni juga lah orang berbudi bahasa.. jadi jangan amalkan sikap 'leka' sehingga mengabaikan temujanji yang telah dibuat..lagipun itu sikap orang munafik..Allah pun tak suka hamba-Nya mencontohi orang munafik... bagi yang benar2 nak tingkatkan nilai budi bahasa ni, pastikan anda mengubah tabiat 'mungkir janji' k~

  • Bersedia membantu tanpa diminta
haa ni la last tips menjadi insan yang lebih berbudi bahasa...dalam menjadi insan seperti ini kita hendaklah sentiasa bersedia dalam apa2 sekalipun..yela bila orang berbudi sudah tentu berbahasa...orang pun suka berkawan jadi di mana2 je ada orang memerlukan pertolongan daripada kita..jadi sedia2 la menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan demi keberkatan hidup dan keredhaan dari-Nya buat kita... Insya-Allah...

p/s : ok ni sahaja sekadar perkongsian aku kali ini...aku syukur sangat dapat luangkan masa mengarang tips2 nak tingkatkan nilai berbudi bahasa dalam diri..Harap2 aku juga mampu laksanakan seperti 10 tips yang aku baca ni dan dimanipulasikan ayat2 bagi setiap tips daripada luahan hati aku sendri ~~



Wednesday, 2 March 2011

KeNaNGan

erm just post tajuk nie..n aku nak upload pic ni sekadar kenangan aku sebagai exco MPP
tak bermakna tak boleh pakai lagi baju ni walaupun dah jadi mantan hehe =D~




Saturday, 26 February 2011

3 TeSt BaKal HaDaPi- SeRaBuT

Selamat pagi sabtu semua~ ok2 pagi ni aku just nak kongsikan yang aku bakal hadapi minggu depan iaitu 3 test ..aku dah jadi serabut la kerana tak prepare lagi~~huhu.. smlm jd urusetia event- fashion show... nasib sume ok la..walaupun agak penat...so hari ni dapat la rehat tapi kena la menghabiskan masa dengan study~~saat ni aku perlukan ketenangan... Ya Allah kuatkan aku..lepas tu dengan banyak plak assignment nak kena submit minggu depan huhu~~harap semua dapat aku selesaikan dengan mudah...Alhamdulillah malam ni ade wat Qiyamulai di kampus aku..Insya-Allah aku nak pergi mohon kekuatan dan ketenangan dari-Nya... antara test aku minggu depan yang aku akan hadapi
  • test public relation MKT 31O - 1/3/2011
  • test business IT MGT 300- 3/3/2011
  • test finance FIN262- 4/3/2o11
doakan la aku dapat lakukan yang terbaik~ all the best n gud luck 2 me!!!


Friday, 25 February 2011

PiLihAn RaYa

bagi yang bergelar mahasiswa pilihan raya la hari yang akan menentukan siapa bakal pemimpin yang dapat mewakili diri mereka di kampus...termasuklah bagi diri aku sendiri...aku punya fikir lah sapelah bakal mewakili fakulti aku ni huhu~~dan akhirnya orang yang aku undi telah memegang takhta hahaha =D I like..(alamak dah tak jadi undi rahsia nie hehehe) aku pilih dia kerana aku yakin dan percaya dengan kewibawaaan si calon ni...ape2 pun tahniah la kepada calon2 bertanding kerana anda berani menampilkan diri bagi mewakili orang lain..tapi ingat tanggungjawab yang diberi haruslah diberi komitmen 100% demi dunia dan akhirat~walaupun aku tak pernah bertanding namun aku sudah merasai memegang jawatan dan tanggungjawab yang besar... mmg berat so kena kuat..Alhamdulillah aku masih mampu melakukannya walaupun ianya tidak sempurna..terima kasih dan maaf segalanya kepada mereka yang telah banyak membantu aku secara langsung atau pun tidak...ok2...sebenar aku nak cite kejadian pada hari mengundi... alkisah bermula ketika aku pergi mengundi

pegawai pilihan raya : eh2 kamoo ni bdk business?? laa ingtkan bdk sains ..salu je ade d beting..

aku :encik d sne sye jalankn tugas n tanggjwab sye la...ye sye bdk business la..
npe dah ala bdk sains ek...(wink3 bangga gak ak waktu tu yela ...
ak ni kan skema ckit orgnya hehehe )
pegawai pilihan raya :aik dah part 4 ?

aku :mstilah npe ingat baru part 1 ke??yahoo sye masih muda la nmpaknya..tanda perasan hahaha layan je la encik ni... k la sye nk mengundi nie...dah tak nak masuk bertanding mengundi org la...hehe

nak jadi cite waktu aku nak mengundi sistem plak breakdown dah confirm2 aku kena buat secara manual...aku pn tak kisah la janji tunaikan tanggungjawab mengundi...bila dah nak letak dalam box ade plak adegan


pengawal keselamatan : eh awak ni bukan mpp ke??tak masuk bertanding ke? tak blh ke?

aku :alamak pak cik ni kenal la plak aku ni (popular gak la ye hehe)
ha'ah sye pak cik..ala relaz la kte bg peluang orang lain la..sye dah penat...
letih dan besar tanggungjawab tu (dalam hati lepaskan luahan rase plak)
ramai lagi yang berwibawa kot...

pengawal keselamatan : la cam tu plak...(sambil tergelak2 dgn gaya aku)

p/s : story ni sekadar suka2...dah bosan sgt hehe..erm bukti aku dikenali walaupun tidak popular hehe...dan bukti sye skema cam budak sains..tak lupa juga sye masih muda yahooo =D...
yang penting post kali nie sye tunaikan tanggjwab sye sebagai mahasiswa dgn pergi mengundi calon fakulti sye!!! bagi para pemimpin perjuangkan segala komitmen demi dunia dn akhirat



Monday, 21 February 2011

TeRbAiK

Assalamualaikum semua...erm hari ni aku saje nak post something kerana ade kesempatan masa dan line pulak tibe2 elok so cayala...hmmm...sebenarnya aku nak luahkan yang sekarang aku telah bebas daripada tanggungjawab yang selama ini banyak mengajar aku dalam mengorak langkah kehidupan sebagai mahasiswa yang berketerampilan...tapi bukan bermakna aku tak kan berketerampilan lagi selepas ini...cuma aku akan lebih fokus ke arah matlamat sebenarnya aku d menara gading~~ aku merasakan ini adalah keputusan terbaik yang telah aku lakukan... pandangan daripada kedua ibu bapa n akak2 aku sangat memberi perangsang utk aku lebih rajin belajar selepas ini..Insya-Allah...jadi aku selepas ini aku mengharapkan segalanya yang terbaik buat diriku ini...dan esok adalah hari mengundi di kampus aku untuk tentukan siapa bakal pemimpin yang menerajui fakulti aku dan juga universiti aku sendiri...aku amat mengharapkan pemimpin yang berwibawa dan mampu mentadbir demi kepentingan dunia dan akhirat... aku sendiri pernah mentadbir organisasi dan merasai bagaimana besarnya tanggungjawab itu.. Alhamdulillah aku mampu lakukankannya walaupun masih ade kekurangan daripada kelemahan diri aku sendiri...aku berbangga dengan diri aku... Aku cuba lakukan yang terbaik... namun tidak mampu untuk menjadi yang sempurna...Hanya Dia Segalanya....


Thursday, 17 February 2011

LaW??

Assalamualaikum semua...bertemu kembali dalam sesi luahan rasa bersama aku huhuhu...ari ni aku pening3x~~kerana esok aku ada test law 251~~ dah macam aku ni student law la plak sedangkan aku ni cuma la budak yang ambik kos business study je pn~~huhu...serabut la apa la nak jawab ni esok...huhu banyak gak la kena cover sume...hampir 6 chapter... aku nak senaraikan la bukti aku ni ade semangat gak la nak ambik test ni esok jam 6.00-7.00 petang~~ HoHo~~
  1. OFFER
  2. ACCEPTANCE
  3. CONSIDERATION
  4. CAPACITY
  5. INTENTION
  6. CERTAINTY
yahooo...dapat aku senaraikan gak walaupun belum cover semua lagi~~ wish me luck semua...doakan aku boleh lakukan dgn terbaik...nasib esok tak de kelas langsung...so hadirkan diri untuk ambik test je la esok...chaiyok3 waniey u can do it !!! try yur best gurl~~hehe (^__^) sempat lagi nak m'update blog aku ni kan...hehe...xpe janji terlepas luahan rase ni yang bebankan aku dengan stress nak ambik test esok ni~~




..Selamat tinggal dunia sibuk..

Assalamualaikum semua... dah lama aku tak singgah laman kesayangan aku ini...rasanya masih tak terlambat untuk aku mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua teman2 bloggers..bersyukur juga kita masih bernafas ke hari ini dan juga meraikan Hari Kebesaran dan Keagungan kekasih Allah...Alhamdulillah...aku tidak mahu berbicara banyak sebenarnya kerana aku sekarang tengah sibuk menyiapkan assgment Public Relation aku yang masih tertangguh kerana keadaan masa aku yang agak padat..nafas lega juga selepas ni segalanya berakhir kesibukan diri ku selama ini ...aku akan fokus dan utamakan mana yang perlu dalam hidup aku..Insya-Allah...ok la dah tak nak panjang2 lagi kerana aku nak settlekan kerja2 aku dulu~~terima kasih jika ade membaca coretan aku kali ni~~Selamat tinggal dunia kesibukan... (^__^)




Tuesday, 8 February 2011

AkU kEnA KuAt~

Assalamualaikum...lebaran aku di bulan febuari ini~~hehe bertemu kembali kepada pembaca2 blog kesayanganku~~...(jika ada la kan ngege~~) hmm...tak de pela sangat nak bercerita... huhu...
sekadar luahan rse yang aku perlukan kekuatan~~huhu...Tolong3x~~...
Ya Allah kuatkan hamba-Mu ini....

urusan yang perlu aku uruskan, dan tanggungjawab aku sebagai seorang mahasiswa :

  • MPP (11/2/2011-15/2/2011) uruskan segala program2 ~ Maulidur Rasul yang telah dirancang mengikut tugas2 yang diamanahkan...banyak sekali program...hampir 7 semuanya~~
  • 8/2/2011 jam 10 malam- meeting untuk perbincangan secara lebih terperinci bersama semua ketua blok di kolej, semua presiden program,ketua projek dan ajk2 yang terlibat terdiri daripada aku sendiri...
  • 9/2/2011 submit take home test law 251 by individual huhu.. dalam proses tak siap lagi aku...
  • 14/2/2011 quiz 2 - fin 262: ratio huhu tak stdy lagi~~
  • 16 or 17 /2/2011-majlis anugerah dekan...aku sekadar menjadi urusetia~~huhu
  • MPP (20/2/2011-27/2/2011) Karnival seminggu di kampus~~ semua persatuan join...
  • include mpp dah pasti la~~
  • 18/2/2011 test 1- law 251...banyak gak chapter... quiz baru ni dah tak skor so test ni kena workhard~~
  • 21/2/2011 quiz 3-fin 262: cash budget ...mcm sem 2 dah belajar dalam subjek cost accouning~~tapi aku dah lupa~~huhu tolong aku!!!
  • 22/2/2011 test 1-mgt 310 subjek yang aku minat coz public relations hehe so kena kasi skor la~~
  • 1/3/2011 test 1 fin 262- chapter2 quiz semua kena cover bg dapat gud result~~
~~~harap aku dapat lakukan terbaik..Ya Allah aku mohon kekuatan dari-Mu... aku menuntut segala ilmu kerana-Mu...berkatilah segalanya~~