Sunday 6 March 2011

10 TiPs TinGkAtkAN NiLai BerBudi BaHaSa

Munink semua...haa..pagi ni aku saje nak share ape yg aku terbaca dalam majalah kesukaan aku hehehe...yang aku rasekan boleh dijadikan panduan hidup.. dalam menjadi insan berbudi bahasa dan orang akan lebih suka =)

antara tip menjadi insan yang lebih berbudi bahasa :

  • Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab
ok2 dalam soal ni aku rase korang pun faham kan mcm mane kan tindakan yang perlu kita ambik.. walaupun korang tak kenal orang tu, tolong la gunakan lah bahasa yang bersopan dan berhemah lebih2 apabila berkomunikasi.. tak perlu la nak kurang ajar semua ni bukan mendatangkan manfaat pun...buktikan rakyat Malaysia penuh dgn sopan santun k (eh2 tibe2 plak semangat patriotisme plak aku pagi2 nie hehe =D)

  • Banyakkan membaca buku2 tentang akhlak dan motivasi..
seronok sebenarnya, ambik la buku kisah2 nabi,Rasulullah,para isteri baginda dan para sahabat...haa serta buku2 sirah yang penuh dan kaya dengan adab budi pekerti yang mulia dapat dijadikan tauladan buat kita bersama =)

  • Kembali kepada asas agama
dalam soal ini aku tak naklah berbicara panjang lebar,kerana aku juga insan yang lemah dan biasa soal agama...tetapi aku yakin bagi yang membaca sudah pasti faham apa yang dikatakan kembali dengan asas agama.. kita dari kecil lagi sebenarnya dipupuk dengan didikan agama..cum mungkin apabila besar ni dah jadi kurang pratikalnya...hmm lagi2 Islam agama pegangan aku sendiri satu2 -nya agama yang penuh dengan pratikal... atas diri sendiri untuk m'aplikasi sesuatu itu tanpa sebarang paksaan pun..Islam juga mengajar kita umatnya agar menjadi insan yang berakhlak mulia.. Insya-Allah marilah kita sama2 berubah ke arah kebaikan..

  • Menghormati orang lain, tanpa mengira latar belakang
bagi tips ni plak aku rasakan memang wajar sekali perlu ada dalam diri jika nak tingkatkan nilai berbudi bahasa dalam diri tu.. kerana apa ?dalam Al-Quran pun menggalakan kita saling menghormati orang lain, tidak kira apa2 warna kulit, agama dan bangsa apa pun.. ni juga prinsip diri aku, kerana apabila berbicara soal hormat ni aku rase, kita memang wajar hormat sape2 pun tidak kira la orang tu berpangkat,lebih berusia atau muda daripada kita..yang pasti nilai hormat wajib ada..lagi2 nak orang lain hormat kita...orang akan hormat kita jika kita turut saling menghormati mereka..Di samping itu, tunjukkan sikap bertolak ansur dan bantu membantu tanpa mengharapkan balasan..Insya-Allah kebahagiaan penuh keharuman bakal kecapi..
(tett promote blog sendiri plak hehe =D)

  • Contohilah akhlak Rasullullah dan para sahabat
haa..tadi kita berbicara banyakkan bacaan buku tentang para nabi dan Rasulullah serta sahabat.. sekarang kita berusaha untuk mencontohi sikap2 mulia mereka..kerana mereka memiliki keperibadian yang tinggi.. inilah buktinya kita mengaplikasikan bahan bacaan yang murni tu~

  • Bermuafakat
Pernah dengar peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana apa?? kerana~~muafakat...haaa pandai pun nasib belajar kalau dah kerja ke pe alamat lupa la semua peribahasa2 ni hehe~~ marah cikgu bm kesayangan aku (maaf ye ckgu Hamidah ) ok2 dah merepek plak..ingat la dengan muafakat kita mendapat keberkatan dari-Nya..jadi tanamkan la semangat bermuafakat kpd semua lapisan masyarakat...

  • Bertimbang rasa, sabar dan baik hati
inilah ciri-ciri orang yang berbudi bahasa...kerana apa?mereka mementingkan orang di sekelilingnya...jadi mari kita tolonglah tanamkan sikap ini ke dalam diri kita kerana ia menunjukkan diri kita seorang yang berakhlak dan berbudi bahasa =)

  • Tertib dalam semua perkara
jaga kelakuan dan adab sopan dalam melakukan apa2 perkara sekalipun... Pertahankan maruah diri dan jangan lah mudah terjebak dengan budaya asing dan budaya kuning di luar sana tu...
Insya-Allah kita mampu lakukannya bersama (^_^)

  • Menepati masa
ok2 tipsni aku sangat suka sekali kerana aku suka berkawan dengan orang yang menepati masa... cam mat salleh kata salu ''on time'' ..ini lah orang2 yg berjaya kerana hidup dengan disiplin...orang cam ni juga lah orang berbudi bahasa.. jadi jangan amalkan sikap 'leka' sehingga mengabaikan temujanji yang telah dibuat..lagipun itu sikap orang munafik..Allah pun tak suka hamba-Nya mencontohi orang munafik... bagi yang benar2 nak tingkatkan nilai budi bahasa ni, pastikan anda mengubah tabiat 'mungkir janji' k~

  • Bersedia membantu tanpa diminta
haa ni la last tips menjadi insan yang lebih berbudi bahasa...dalam menjadi insan seperti ini kita hendaklah sentiasa bersedia dalam apa2 sekalipun..yela bila orang berbudi sudah tentu berbahasa...orang pun suka berkawan jadi di mana2 je ada orang memerlukan pertolongan daripada kita..jadi sedia2 la menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan demi keberkatan hidup dan keredhaan dari-Nya buat kita... Insya-Allah...

p/s : ok ni sahaja sekadar perkongsian aku kali ini...aku syukur sangat dapat luangkan masa mengarang tips2 nak tingkatkan nilai berbudi bahasa dalam diri..Harap2 aku juga mampu laksanakan seperti 10 tips yang aku baca ni dan dimanipulasikan ayat2 bagi setiap tips daripada luahan hati aku sendri ~~



2 comments:

KatANoTA said...

insyaallah..info yg berguna ;)

sea_lavender said...

Insya-Allah..harap bergune utk sume =)thnkx visit my site ye~~