Selamat pagi semua..ok ..pagi ni aku saje nk kongsi satu info iaitu yang aku dengar di corong radio Ikim f.m semalam...rase aku mcm perlu je kte berkongsi...tapi aku pesan awal2 ok...bukan aku menggalakkan perbuatan ni ok!!! ok berbalik dgn tajuk aku post kali ni... mari kte renungannya...selamat beramal ~~
ingatlah setiap kali kita melakukan perkara yang mungkar tehadap Allah.. ada sahaja makhluk yang akan menggalakkan kita~~ syaitan durjana!!!
- mengumpat apabila perkara untuk berbentuk kezaliman pada diri kita
misalnya, apabila ada orang melakukan kezaliman kepada kita, tidak kira lah aspek mental dan fizikal ke, kita boleh bercerita pada orang lain. Dengan ini dapat dijadikan tauldan kepada orang lain agar tidak melakukan kezaliman seperti orang yang kita katakan itu... ok ade fham?? hehe...so, mengumpat scra berhikmah k, pasal kezaliman orang tu je k..bukan pasal diri orang yang kenakan kita...lebih2 kalau hal ni naik mahkamah...jadi boleh la cerita pada si hakim... jangan lebih2 sudah...
- mengumpat ketika sedang bermesyuarat
haa...soal ni jangan plak kata aku ni galakkan semua orang mengumpat waktu sedang bermesyuarat ok!! sebenarnya, macam ni boleh berlaku perbuatan mengumpat ini dengan tujuan kita sedang membangkitkan isu ataupun tentang seseorang dengan tujuan untuk memperbaiki kesalahan orang tersebut mahupun masalah yang dihadapi organisasi tersebut...
harap maklum..jadi gerak kerja kita biarlah mendatangkan kebaikan bersama... termasuk juga dalam institusi kekeluargaan...
- mengumpat ketika meminta fatwa daripada mufti
misalnya apabila kita ada masalah dan pergi ke pejabat Agama untuk selesaikan masalah kita.. jadi, dalam soal ini kita boleh mengumpat tentang apa yang perlu diungkit dan dibangkitkan pada mufti berkenaan...dedahkan la apa yang perlu sahaja k..jangan plak dengan niat nak mengaibkan orang lain..Allah amat mungkar dengan hamba-Nya mengaibkan orang lain..
- mengumpat ketika memberi amaran
ok bagi point ni plak, kita diharuskan mengumpat dengan niat agar apa yang cuba disampaikan adalah supaya orang disekeliling tidak tertipu mahupun terpedaya dengan orang tersebut... jadi, dah memang wajar kita perlu bercerita tentang orang yang suka memperkenakan orang lain...
- mengumpat dengan panggilan mashyur
apa yang dimaksudkan ini?? mcm ni kalau kita memanggil2 si polan dengan apa gelaran sekalipun...sebenarnya akan dikira mengumpat.. jadi apabila ingin bercerita tentang seseorang itu, haruslah orang yang hendak diceritakan memang tidak kisah dengan panggilan yang sentiasa dimain2kan oleh orang disekelilingnya...
- mengumpat kesalahan orang yang tidak malu dengan kefasikannya
berbicara tentang last point kali ni, aku merasakan orang yang membaca sudah pasti faham...
kan2??? yela, maksud senang sangat, ini bermakna kita diharuskan mengumpat bagi mereka yang tidak malu dengan kefasikan dirinya sendiri.. misalnya, orang tu sudah tahu perbuatan dia akan memalukan tetapi dia masih hendak lakukannya.. so,diharuskan bercerita tentangnya dengan niat kita tidak melakukan perkara yang membawa malu pada diri kita sendiri...
mengumpat apabila 6 perkara di atas sahaja k!!
p/s
- ok post aku kali ni adalah sekadar perkongsian yang mana aku hanya sekadar mendengar di radio smlm..jadi banyak yang telah diadaptasikan dalam versi aku sendiri bukan ustaz yang menyampaikan itu k..
- hmm lagi satu aku merasakan topik ni menarik...bukan niat aku untuk menggalakkan lagi perbuatan yang mmg tidak disukai dan dimurkai Allah ini...
- bagi menentukan yang mana benar dan wajar tindakan yang perlu kita..
- erm, merasakan setiap perkara yang ingin kita lakukan seharusnya dengan niat yang suci dan murni..
- pengajaran bagi aku setelah mendengar segmen ini d ikim f.m aku membuka mata bahawa rupa2nya ada perkara yang diharuskan kita untuk mengumpat sebenarnya...bermakna bukan semua perkara yang kita bicarakan adalah umpatan~~(betul ke frasa aku gunakan ni ek) huhuhu
- mohon maaf jika perkongsian ni tidak disukai mahupun tersalah kata... aku hanya insan lemah sekadar menyusun bicara melalui pendengaran aku melalui radio...
- Insya-Allah sama2 lah kita tingkatkan kemajuan diri..kurangkan kontroversi...
- Ingat lah setiap kali ingin berbicara tentang apa hal sekalipun fikir kan niat dan tujuan kita..
- biarlah segalanya dengan niat yang baik menjadi lebih baik dan memperbaiki kelemahan..walaupun kesempurnaan itu mustahil buat diri kita yang kerdil di sisi-Nya...
- Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment