Friday 20 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak 1433 Hijrah




Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah petang ni dapat sea_lavender menaip untuk sampaikan ucapan 

" Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" beberapa jam sahaja lagi kita dah boleh menunaikan tarawih 
Insya-Allah moga Allah permudahkan segalanya~ entry ni jugak nak kongsikan fadilat berpuasa Ramadhan yang sea_lavender baca dalam surat khabar hari ni ^_^ sememangnya kita dah tahu namun ianya dapat menjadi panduan agar kita terus tingkatkan amalan ni seikhlas mungkin kerana Allah..

Fadilat berpuasa di bulan Ramadhan

  1. Dibukakan pintu langit
  2. Dibukakan pintu syurga
  3. Bulan yang penuh keberkatan
  4. Mempunyai satu daripada malamnya adalah lebih baik daripada 1000 bulan (Lailatul Qadar)
  5. Ganjaran berganda malam sunat sama ada dengan solat fardhu
  6. Solat fardu mendapat ganjaran 70 kali ganda
  7. Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga
  8. Bulan menambah rezeki
  9. Bulan keampunan dan makbul berdoa ( Doa yang paling makbul iaitu ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam)








Di sini juga sea_lavender a.k.a Syazwani Binti Mohamad ingin mengucapkan selamat berpuasa buat teman2 blogger mahupun sesiapa yang mengenali diri ini dan tidak lupa bagi semua umat Islam di dunia.. Moga Ramadhan   kali ini memberi 1001 makna dalam kehidupan dalam meningkatkan ibadah serta pengabdian diri pada Maha Pencipta.. Moga juga segala yang bakal dilaksanakan kelak menjadi istiqamah pada diri kita semua.. 
Insya-Allah.. 
Segalanya biarlah penuh tulus ikhlas kerana Allah SWT. Memohon kemaafan kekhilafan diri sepanjang ukhuwah yang terbina.. :)  

p/s 

  • Moga segala amalan kita mendapat redha Allah dunia dan akhirat
  • Jom kita tingkatkan amalan pahala.. Kita ada pilihan nak masuk syurga mahupun neraka. Sumber mencari pahala banyak. Ayuh tambahkan pahala.. Kita memohon hidayah Allah..
  • "Kamu" - bisikan doa tidak putus agar kamu terus mencari Allah Yang Esa.. usah putus ukhuwah yang pernah terbina ; mereka yang memutuskan silaturrahim hatinya gelap.. Ingatan pada diri ini juga..
  • Mudah-mudahan kita mendapat cahaya Allah sepanjang bulan penuh keberkatan dan rahmat ni dan berterusan akan datang sehingga menghembuskan nafas terakhir..
  • Ayah sea_lavender demam 2 hari dah, Alhamdulillah hari ini dah beransur sihat, doakan agar terus sihat dan dapat mengerjakan ibadat dengan mudah.. Insya-Allah... :)
  • Jom imarahkan masjid mahupun surau malam ni kerjakan Tarawih ;) tak sabar2 nak pergi dengan mak,ayah malam ni heee ;D
  • Terima kasih teman2 yang mendoakan sea_lavender dapat peluang sambung belajar ke peringkat Ijazah.. Alhamdulillah dapat  .. ;)




13 comments:

Ardini Humaira said...

salam ramadhan al-mubarak
selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia ini... semoga segala amalan kita diberkati Allah, amin

:)

sea_lavender said...

ardini humaira- Selamat berpuasa jugak :) Amin..moga segalanya dprmudahkn Allah..

cet said...

salam ramadhan al-mubarak :)congratulation dpt smbg degree :D

sea_lavender said...

cet ; terima kasih ye :)
Alhamdulillah rezeki dapat sambung :)

Nurina Izzati said...

salam ramadhan..

jemput singgah baca2 cerpen ^^

L said...

salam ramadhan akak..=) huu.. bnyk2 kanla amalan kita di bulan puasa ni..=)

Unknown said...

salam ramadhan.. selamat berpuasa dan berterawih.:)

ewanthology said...

sama sama la kita mengejar rahmat dan keampunan-Nya

sea_lavender said...

nurina izzati ; Salam Ramadhan kembali :) Insya-Allah.. sye akn singgah.

L; Tak akak sgt la ;p mmg pun byk ibadat kte dpt laksanakn :)

shera haifa ;Selamat berpuasa dan bertarawih juga :)


the malay male; Insya-Allah..Amin.. moga Allah redha sgalanya...

Unknown said...

selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga amalan kita mendapat redha Allah.

sea_lavender said...

nasuha- Insya-Allah, Amin.. moga Allah permudahkn segalanya.. :)

Unknown said...

terlalu banyak fadilat Ramadhan...

sea_lavender said...

seduyzone~ pada kta je nk tunaikn mahupun..,ingatan pd diri