Wednesday 22 June 2011

HaRi Ini...


gambar ni dah macam aku tadi lepas dah kuar daripada tandas
yang masih menahan sakit yang tak tahu puncanya... ='(

Assalamualaikum semua... apa khabar semua??sihat?? erm hari ni aku just nak kongsi apa yang berlaku pada aku hari ini~~ huhu... aku ade kelas jam 10 pagi..so aku ni selalu je la excited kalau ke kelas ni ~so, aku lepak2 dulu d library kononnya dapat la prepare ckit2 apa nak diajar lec untuk hari ni tapi tengok2 aku suka la plak mencapai buku2 yang menarik aku untuk membaca tak pun sudut surat khabar kt library tu aku yang kuasai...hehe =D ... Ok tepat jam 10 pagi aku pun berangkat ke kelas untuk mengikuti subjek hari ini iaitu ECO 261 - Malaysian Economy... dalam tengah belajar tiba2 aku sakit perut sangat2 huhu...bukan nak ke tandas ke pe tapi ntah la sakit sangat...memang aku tak fokus la..dengan rasa nak pitam dengan loya nak muntah...( maaf kalau baca entry ni cam tak suka..) just luahkan apa aku rasainya...aku siap pegang kawan aku takut jadi pe2 ke... dalam hati aku ingatkan aku ni cam bese la sakit perempuan setiap bulan...tapi aku yakin memang tak pun..huhu then aku gagahkan diri juga untuk berada dalam kelas sampai habis chapter hari nie..lagi2 hari ni dalam bilik seminar,bergabung kelas plak dan aku plak duduk paling hadapan sekali..memang tak la nak keluar,kan?? cam mengganggu kelas je...walaupun aku ambik keputusan untuk duduk dalam kelas namun kefokusan aku cam (telur ayam = 0 ) lepas abis je kelas aku ajak kawan aku pergi tandas mana la tahu...memang aku ni ke~~.. huhu tapi memang tak pun... masalahnya sakit tu memang teruk la..aku siap jumpe lec minta maaf coz tak dapat fokus dalam kelas beliau...nak jadikan cerita plak hari ni ade kelas ganti bagi subjek yang sama sambung jam 12-2 petang.. so aku terus inform lec aku awal2 yang aku tak boleh fokus dalam kelas beliau tapi hanya dapat menghadirkan diri ke kelas.. (yela kehadiran tu penting k untuk carry marks 10% )nasib la lec aku sporting... Alhamdulillah...ok2 berbalik dengan sakit yang aku alami tadi aku terus terlintas dengan penyakit yang aku risau akan ku lalui jika tak menjaga kesihatan diri... erm sebab apa dua2 nie selalu akan kena pada mereka yang suka sangat makan masakan pedas dan makan tidak mengikut waktu... kalau tengok2 ciri ni pun kita dah tahu sakit apa kn?? appendik dan gastrik.. ~ huhu abis kelas awal nasib la jugak...balik aku makan sikit then solat dan makan panadol terus rehat~~ sekarang dah bangun terus cari kat mr.google tentang simptom2 penyakit nie.. ade gak la kena dengan apa yang aku rasai tadi...harap2 aku tak la kena...lepas ni aku berjanji pada diri untuk lebih menjaga kesihatan diri...thankx bagi yang bagi nasihat...sye sayang anda semua =) jom kita baca sama2 fakta 2 penyakit nie...


GASTRIK

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan (tidak berlaku pada aku tadi k)
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan (paksa diri untuk makan jugak tadi)
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)~~ (tak de la smpai cam tu)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrikberbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


APPENDIK

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .


FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.disebabkan tu selalu orang yang selalu kena appendik yang suka pada makanan yang pedas2 dan aku akui itulah diri aku~~huhu tanda makanan pedas aku kurang selera makan...smlam pun makan ade la aku saje beli ikan msak merah... sedap2 tapi Ya Allah pedasnya sampai aku menangis caya tak~~huhu dalam mse sama ske makan pun tk dpat tahan...ngege~~

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu


P/S :

disebabkan sye merasai siptom2 ni pada pagi tadi jd sye bertindak untuk berkongsi maklumat yang sye cari untuk perkongsian bersama...i'm scared rite now~~
ok entry fakta2 ni pun aku just copy paste je la ye~~ lagipun aku bukan student sains yang nak jadi doktor kena wat research semua bagai..sekadar perkongsian buat semua termasuk diri ni yang dalam ketakutan kalau2 terkena penyakit2 ni huhu~~ doakan insan bernama Syazwani Mohamad tidak mengalami penyakit2 nie.. Ya Allah jauhkan la aku daripada kedua2 penyakit nie...Amin... baik la lepas ni sye berjanji menjaga kesihatan diri dan jaga makan minum~~... jadi orang sekeliling yang sayang sye tolong forces2 sye k~~ hehe...sye memang cam nie..mak sye pun dah kenal anak dara die sorang nie..mak sye dah abis kuat membebel sye ikut tapi kadang2 kalau dah bz sume sye akan lupa huhu...Insya-Allah moge2 semua tiada apa2... ~~


10 comments:

PUTERI NATASSIA said...

uit , take care dear .

sea_lavender said...

pu3: thnkx dear~~jauh dr fmilykan...
huhu..doakan tk de pe2 =)

islamic teenager said...

salam...terima kasih atas komen di blog sy..

sea_lavender said...

islamic teenager : wasalam.. afwan..
sekadar berkongsi =)

Unknown said...

makan ubat...as student ini diantaranya dugaan yang kita perlu hadapi...namun, hadapi dengan senyuman...

sea_lavender said...

araj : ye2 thnkx ~~ btw mmg dh mkn =)
Alhamdulillah skg dah ok ~~ harap2 tk de pe2...Insya-Allah..mampu tersenyum sediakala =D

Anonymous said...

jaga diri tow!
moga2 sumenya baek2 saja!

sea_lavender said...

lelaki ini :thnkx =)~~ Insya-Allah... Amin..moge2 baik dari-Nya...

Unknown said...

Alhamdulillah...takpe ujian tu...ada hikmahnya...=)...

sea_lavender said...

araj: Alhamdulillah...syukur kerana masih ade kekuatan dgn ujian ini =_=