Saturday, 18 June 2011

AmaLan PemBuKa Rezeki

Munink~~ sihat semua?? Alhamdulillah aku diberi nafas untuk meneruskan hidup...ok pagi ni sekadar perkongsian bacaan aku tentang amalan2 yang menjadi pembuka rezeki kita sebagai hamba2-Nya..ayuh kita segerakan amalan2 nie untuk tingkatkan lagi amalan2 ibadat kita kepada Dia Yang Maha Pemberi... dalam masa sama kita dapat mendambakan diri pada-Nya.. Insya-Allah...kita juga harus ingat bahawa konsep rezeki dalam Islam yang sering diperkatakan : Allah memberi laluan bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.. Antara amalan2 yang dapat kita amalkan~~~

  • senantiasa menyempatkan diri untuk beribadah pada Allah
Allah tidak sia2 kan pengabdian kita kepada-Nya seperti firman :

'' Wahai anak Adam sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu menjadi kaya dan menutup kefakiranmua. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.''

jadi lakukan lah ibadah2 yang dapat tingkatkan keimanan kita pada Allah misalnya solat2 sunat seperti solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat..Insya-Allah..kita doa2 kita diperkenankan dan dimurahkan rezeki...


  • tinggalkan perbuatan dosa
kita sama2 lah berusaha untuk tidak terus untuk melakukan dosa... banyak2 kan la beristighfar untuk tidak laku di sisi Allah jika kita masih terus melakukannya... Dosa bukan sahaja membuat kita resah malah menutup pintu rezeki kita..
Sabda Rasullullah S.A.W ''... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya''...bukan bermakna kita sebagai kaum Hawa bebas melakukan dosa namun renung2 kan la sabda ni sebagai hamba-Nya yang kerdil harus sedar akan diri nie

  • sentiasa ingat Allah
kita haruslah sentiasa mengingat Allah dalam setiap perilaku kita..apabila kita sentiasa mengingati-Nya sudah pasti perbuatan kemungkaran pada-Nya terhalang daripada kita untuk melakukannya...Apabila kita senantiasa mengingat Dia hati akan menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang sekali =)

  • memperbanyakkan istighfar
istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa kita kepada Allah...yang akan menjadi kan penghubung antara kita dengan-Nya..ini juga menjadikan Allah jatuh kasih dan kasihan kepada kita lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan kita.

  • kekal berwudukItalic
seharusnya kita berada dalam keadaan berwuduk seelok2 nya kerana tika kita berkeadaan suci dan bersih ini kita mampu melakukan amalan2 yang baik seperti membaca Al-Quran, mengerjakan solat sunat dan jadi kita dapat mendambakan pada-Nya...
Baginda bersabda :
'' sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadis) nescaya Allah akan memurahkan rezeki''...

  • berbuat baik dan menolong orang yang lemah
kita perlu la sentiasa berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah untuk menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin juga isteri dan anak2 yang masih kecil

sabda Nabi " Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang2 lemah dalam kalangan kamu''...

  • mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
ok amalan ni bukan la bermakna kita memilih ayat2 Al-Quran tertentu je tapi amalkan ayat2 ni dengan lebih kerap agar menjadi 1 doa buat diri... zikir daripada ayat2 Al-Quran atau Asma'Ul Husna selain menenangkan,menjernihkan dan melunakkan hati..ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman, dan dilapangkan rezeki... Contohnya,dua ayat terakhir surah At-Taubat (128-129) jika dibaca secara konsisten 7 kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki...Insya-Allah...mari kita amalkan...di samping amalan bacaan Al-Mathurat setiap pagi dan petang juga baik..dan aku sendiri merasai ketenangan apabila berusaha mengistiqamahkan amalan nie.. Alhamdulillah...

p/s :

~hanya perkongsian melalui pembacaan aku..sabda dan firman hanya diambil daripada bahan bacaan...moga dapat dijadikan renungan bersama..
~ayuh kita tingkatkan amalan2 kita untuk memohon daripada-Nya agar senantiasa dimurahkan rezeki... Amin...
~ok2 nak siapkan assgmnt yang tertunggak...jika ade penambahan perkongsian ni inbox2 k? =)
sangat mengalu2kan~~
~moga ini dapat dimanfaatkan buat kita semua..Insya-Allah...



No comments: