Sunday 19 June 2011

AyaH TeRsAYanG

insan yang ku kagum,idolaku, jantung hatiku~~
wani syg ayah (^_^)

Assalamualaikum semua... ok2 hari ni tanggal 19 jun bersempena hari bapa sedunia sebelum hari ini melabuhkan tirainya aku pun nak buat entry pasal my beloved dad ~~ Haji Mohamad B. Abd Rahman... beliau insan yang terbaik di mata aku~ walaupun beliau seorang yang sangat kuat membebel kalah my mum...hehe =D (ayah maafkan wani tapi ayah la memang best dan terbaik) ~~ erm dalam adik beradik pun aku yang la paling rapat dengan ayah kot.. sebab dari kecik sampai sekarang salu je nak berkepit ngan ayah ngege~~ malu d ctu (=_=) erm ntah la kalau bercita pasal ayah aku mesti nak nangis~~ ='( wani sayang ayah...maafkan wani kalau ada salah silap sepanjang 20 tahun wani bersama ayah...ayah banyak mengajar aku erti kehidupan, beliau mendidik kteorang 3 beradik untuk hidup susah dan jangan terlalu memanjakan diri. walaupun Alhamdulillah kehidupan kteorang sekeluarga sederhana..aku memang susah nak terima untuk belajar semua nie...lagi2 aku anak yang last..semua memakan masa...yela nak apa selalu semuanya dapat...tapi kadangkala aku terfikirkan sejenak memang wajar pun tindakan ayah..kerana apa??apabila kita belajar merasakan kesusahan setidak2nya usaha kita untuk dapatkan sesuatu akan penuh dengan kesungguhan,dan dalam masa yang sama kita belajar nilai untuk menghargai sesuatu dalam diri.. misalnya, ayah selalu pesan kalau kita naik kenderaan tak kira la basikal, motorsikal,kereta ke?? tengok orang sekeliling kita yang berjalan kaki, secara tak langsung kita sudah merasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan nilai simpati menguasai diri pada mereka yang dalam kesusahan.....orang kena hujan panas semua atau keselamatan semasa berjalan tak terjamin..dan kita?? sudah cukup memadai terlindung daripada hujan panas dan mungkin terselamat daripada bahaya...Insya-Allah... Alhamdulillah aku bertuah mempunyai super hero seperti ayah~~~ yang cukup banyak mengajar nilai2 murni dalam diri anak2 nya..ayah juga seorang yang amat mementingkan agama pada anak2nya..tapi tak dela sampai memaksa anak2 pakai jubah semua..cuma lebih selesa dan berbangga kalau anak2nya pandai menjaga adab kesopanan dalam berpakaian... syukur kami masih mengikuti didikan beliau sejak kecil berpakaian yang tidak pelik dan mencolok mata..Alhamdulillah...ingat pesan ayah dan mencari keredhaan Allah dalam kehidupan... hmm kalau bicara soal agama ni ugak bab solat la paling dititik beratkan..daripada kecik sampai kami semua dah bergelar anak dara pun beliau masih menjaganya (kantoi sudah anak dara kena bising sokmo kalau lewat solat) hehe tapi Alhamdulillah.. skg dah tak de la semua dah gerak sendiri tanpa bunyi bising daripada ayah.. kalau dulu lewat solat atau buat2 malas gamaknya rotan la dibaginya..ala tapi tak sakit pun..kteorang men lari2 dalam rumah dan siap men sorok2 rotan kerana tak nak bagi ayah rotan hehe =D ..Yang paling lucu sekali bab solat ni apabila solat subuh..kalau anak2 beliau nie liat sangat nak bangun...ayah akan ambik air letak dalam bekas then beliau percik2 kat muka daripada atas waktu kteorang sedang enak lena tido dibuai mimpi , kteorang dah pelik abis la~~ pastu ayah akan cakap'' eh tak de pela, dinding rumah bocor tu..then kteorang pe lagi bangun terus cabut solat la...'' hehe ni la zaman kecik2 sekarang dah besar semua sendiri la...yela dah jauh di perantauan masing2 dalam mengejar ilmu dan belajar berdikari dalam kehidupan.. ayah aku seorang anggota polis..dari kecik kteorang anak2 diajar dengan disiplin...walaupun tak ade anak2 lelaki tetapi ayah tetap tegas dengan anak2..mandi pagi sume kenal awal kalau tak dengar la bebelan kalah mak aku tu~~ ...ayah aku ni kira garang la.. kerana kawan2 aku dan kakak2 pun agak takutla..hehe =D Pak cik Mohamad ni garang sangat la..sampai kalau tyme raya pun memang susah la umah aku nak dikunjungi kawan2 lelaki ...tettt garangnya...ayah aku ni memang menjaga anak2 nya...namun tak bermakna menghalang terus untuk bergaul dengan lelaki terus cuma mengawal...namun bagi aku sendiri, sapa2 kawan aku lelaki dan perempuan aku akan citekan...anak manja ayah semua nak cite~~ =) ok la..kalau nak bercerita tentang ayah aku ni, aku rasa sampai esok pagi pun tak abis kot~ so , sudah2 la nak tahu lebih lanjut jemput datang rumah jumpa ayah sendiri~~hehe ( tapi yang pasti kena kenal aku dulu la~~ngege..jom layan gambar2 ayah kesayangan aku~



setiap kali hari raya anak sorg ni tak terlepas bergambar
dengan ayah kesayangan hehe =D~


Ni waktu aku f3 tak silap baju nak sama je ngan ayah~~
i like it~


ayah setelah bergelar Hj. Mohamad b. Abd Rahman
haa serban tu sye yang buat k~~men gulung2 hehe =D
Sebelum ayah pergi menunaikan solat jumaat~


ayah bersama my mum ~~
wah3x merpati sejoli nie sama warna tu...
boria orang penang kate~~


ucapan buat ayah :

Selamat hari bapa buat ayah tersayang ~ i luv u so much...mmmuah3x~~ terima kasih banyak sepanjang 20 tahun kini mengajar aku banyak erti kehidupan .. jasa dan pengorbananmu tak termampu aku balas namun akan berusaha menjadi anak yang terbaik mu di dunia dan akhirat Insya-Allah... Amin... =)

sepanjang mengarang cerita tentang ayah nie..aku menangis teresak2 ='( teringat dan merindui ayah d rumah~~ aku berada d kampus skg..huhu..tapi hari2 kol hehe =D

2 comments:

Aqila Borhan said...

BerSyukurlah.. :)

sea_lavender said...

cik kyla: Alhamdulillah..sgt bersyukur di ats kurnia Dia pada sye ayah yang terbaik