Assalamualaikum semua =) pagi yang indah ni aku sekadar mencoretkan kata Salam RAMADHAN buat semua muslimin dan mslimat di muka bumi Allah ini.. moga kehadiran bulan yang mulia ini kita sama2 dapat tingkatkan amalan ibadah kita ikhlas kerana Dia.. Insya-Allah sepanjang Ramadhan aku cuba aktif mengupdate entry2 aku walaupun dengan coretan yang pendek.. Bertemu kembali kita di ruang kebahagiaan yang dicari kerana Allah dan inginkan keredhaan hidup dari-Nya..Insya-Allah... Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (^_^) gembira3x berusaha tingkatkan amal ibadat bersama ~~
Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!
Sunday, 31 July 2011
SaLaM RaMaDhaN
Assalamualaikum semua =) pagi yang indah ni aku sekadar mencoretkan kata Salam RAMADHAN buat semua muslimin dan mslimat di muka bumi Allah ini.. moga kehadiran bulan yang mulia ini kita sama2 dapat tingkatkan amalan ibadah kita ikhlas kerana Dia.. Insya-Allah sepanjang Ramadhan aku cuba aktif mengupdate entry2 aku walaupun dengan coretan yang pendek.. Bertemu kembali kita di ruang kebahagiaan yang dicari kerana Allah dan inginkan keredhaan hidup dari-Nya..Insya-Allah... Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (^_^) gembira3x berusaha tingkatkan amal ibadat bersama ~~
Saturday, 30 July 2011
SeManGat DengAN JaDuaL PeNuH
Wednesday, 20 July 2011
CINTA VS NAFSU
1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.
Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.
Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya, orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks.
2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).
3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi
Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.
Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.
4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?
Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.
Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.
Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.
5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.
.
Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..
post ni sekadar perkongsian dan hanya copy paste..maaf bagi pihak ku...
sumber: Aku Islam
Tuesday, 12 July 2011
UJIAN ALLAH
Saturday, 9 July 2011
MOduL 5 : 1 MaLaySia ~ 8 NiLai
Assalamualaikum semua...haa..semua tengah buat ape tu??~~ aku ni keje mengonline je jadi aku ambik kesempatan la nak share modul yang aku join bagi semester ini..aku rasa start aku buat blog di semester 2 lagi aku akan cite serba sedikit pengalaman2 modul aku join...pejam celik-pejam celik dah join sampai modul 5 ~ ianya merupakan modul terakhir bagi semua student UITM sebelum nak grad..Alhamdulillah...akhirnya berakhir juga..ok2 semangat benar aku nak merungkai modul semester ni kerana apa?? kerana kena dengan jiwa aku yang sayangkan tanah airku tercinta ~~ wah2x dah over plak cik wani kan...konon bersemangat la katakan..yela aku pernah plak join Program Latihan Khidmat Negara..lagi la bertambah semangat apabila dah jadi wirawati negara hehe =D ( dalam kem PLKN je la ) tapi isu2 politik dan negara tak ambik tahu sangat pun :p apa la nak jadi ni~~ hari ini merupakan perhimpunan BERSIH ..aku buat relaz je..sedangkan tu menentukan keamanan negara..maaf sebenar bukan tak nak ambik tahu tapi ntah la, aku sayangkan negara namun aku masih pelik dan kekeliruan segelintir yang porak-peranda kan negara sendiri..huhu jadi tak nak rungkai bab2 ni k~~ namun berbalik dengan modul 5 yang aku join ni pun intipatinya berkenaan : Kenegaraan~~ tapi aku tak de la nak buka soal politik ye..aku nak rungkai apa itu dikatakan dengan 1 Malaysia dan nilai2 yang terkandung dalam slogan ni...korang semua tahu tak?? tak kan la Perdana Menteri kita ini saja2 nak buatkan... dah pastilah nak selamatkan negara untuk mencipta keamanan dan keharmonian hidup buat rakyat2.... jom kita selongkar nilai2 yang terkandung dalamnya :
- Kecemerlangan ~ berbicara soal ni kita haruslah memainkan peranan diri masing2 tak kira la sebagai mahasiswa,anak,rakyat dan paling penting khalifah yang perlu memakmurkan muka bumi ini..teruskan pencarian dan berusaha dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat demi keredhaan-Nya (belajar untuk menepati masa)
- Ketabahan ~ Nilai mesti semua orang akan faham, kita haruslah tabah dalam apa jua rintangan yang bakal kita hadapi...kita tak mampu menduga apa akan berlaku kelak.. jadi sematkan la diri dengan nilai ketabahan agar kita dapat kekuatan tika berhadapan dengan musibah kelak...dan perlu diingatkan apabila kita tabah, pendirian kita haruslah kukuh k...
- Rendah Hati ~ tak perlu la kita bersikap membangga2 kan apa2 pun tak kira la harta,pangkat yang ada pada kita kini.. ini hanya la sementara ...jadi kan la ianya sebagai ukuran dalam kehidupan agar mengubah diri ke arah lebih baik dan bermanfaat buat orang di sekeliling...dengan nilai ini kita hebat dengan kekuatan dalaman kita kerana dapat menilai sesuatu...Insya-Allah...
- Penerimaan~ kita haruslah menjadi insan yang boleh menerima seadanya..dalam erti kata lain sikap bersyukur terhadap apa yang telah kita peroleh kini...dalam skop negara bersikap adil bagi para pemimpin adil dan saksama pada rakyat
- Kesetiaan~nilai perlu pupuk dalam diri kerana apa bukti kita menghargai sesuatu dengan rasa penuh jujur dan luhur.. kunci perhubungan pun nilai ni menjadi amat penting sekali jika tidak musnah la..
- Meritokrasi ~ ok bagi aku nilai bermaksud kita menekankan persaingan secara terbuka.. bermakna kita jangan la terlalu bersaing dengan kelompok2 kita sahaja..berusaha la untuk membuka minda dan bersaing dengan mereka2 yang dah berjaya dan maju
- Pendidikan~ haa...kalau ni dah pasti la membuktikan nilai yang perlu pada diri setiap insan kerana apa, dengan adanya nilai pendidikan kita bijak mengatur langkah dalam kehidupan kerana mampu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Tak kira la, pendidikan secara formal dan tidak formal
- Integriti~ nilai ni rasanya semua dah faham kot..lagipun aku dah pernah cite kat post sebelum nie : integriti dibina kecemerlangan dijana..tak pe aku huraikan sedikit ye, integriti tu adalah nilai gabungan nilai murni seperti jujur,amanah,tulus dan tepati masa dan benar sikapnya...
Alhamdulillah kemenangan padaku~~
Istikharah cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa...
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta..
Friday, 8 July 2011
Saya bertudung dan saya sangat Pretty
Assalamualaikum semua..aku join contest lagi... dah saudari manis tag sye..sye pun join je la.. Syukran Jazakaallah khairan ya anti ~fiqra
2. Mesti mempunyai blog dan akaun facebook.
3. Mesti menjadi follower blog CikDya.
4. Mesti LIKE CikDya[dot]com fan page di facebook.
5. Mesti klik SINI dan SINI.
6.Buat satu entry di blog dengan tajuk : Saya bertudung dan saya sangat Pretty.
9. Tag seorang kawan.Make sure she knows.

Thursday, 7 July 2011
InSan LeMah
Tuesday, 5 July 2011
TeRiMa KaSiH TeMaN (^__^)
Assalamualaikum semua... lama plak rasa tak mengupdatekan diri di blog nie~~ huhu kesibukan kini melanda diri..meeting itu ini nak settlekan tanggungjawab, assignment, kuiz dan test semakin tiba... post kali ni pun sekadar luahan rasa buat 2 teman baru aku,bagi semester ni yang agak mengambil berat terhadap aku..~~ terima kasih banyak teman (^_^) walaupun kita baru bermula sahaja perkenalan untuk semester ni secara lebih rapat namun anda benar2 memahami dan support saya.. saya sangat menghargainya..( walaupun dah semester 5 baru kenal betul2 dieorang nie..yela dah semua subjek kteorang same group ) nice to meet them =D
Sunday, 3 July 2011
SAYA NAK GA DARI KOREA DAN BANDUNG!
Saturday, 2 July 2011
GiveAway : " One Klik One Present by Lyssasecret "
Friday, 1 July 2011
HuLURKan SumBANgan SeIKHLas MuNgkiN
Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-
Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..
Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....
p/s: aku nak membantu mungkin tak mampu cuma aku sentiasa mendoakan segalanya dipermudahkan oleh-Nya buat keluarga ini... Insya-Allah...sme2 la kte doakan moga di luar sana ada insan2 yang dapat memberikan sumbangan seikhlas mungkin kerana Allah SWT...
TENANG (^__^)
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.. diberi kesempatan dan masih bernafas untuk menulis entry blog kesayangan aku nie~~ Tenang di pagi penghulu hari nie.. Alhamdulillah... bersyukur sekali~ Jadi, hari ni mengharapkan dipemudahkan segalanya... Insya-Allah...
JuLai 2011
