Thursday, 14 April 2011

NiGhT Of InSpiRaTioN 2011

tanggal 12/4/2011 baru2 ni aku menghadiri ke Jamun Fakulti Pergurusan Perniagaan UITM N9 untuk semester ni...nak ikutkan selang bagi setiap semester plak acara ni diadakan..dulu waktu aku berada di semester 2 sekarang semester 4...erm memang tema pilihan aku kali ni biru + ungu yang mana warna kesukaan aku adalah biru hehe =D i like so much ~~ erm tak mampu berbicara panjang biarlah sekadar gambar2 merungkai cerita.. lagipun pakaian aku malam ni adalah pilihan aku yang paling ringkas..malas la nak vogue2 yang mesti aku selesa dan suka =) namun dalam kegembiraan tetap aku merasakan kedukaan dalam jamuan nie..pe2 pun kebanggaan menjadi ahli fakulti dan Business Management Association (BMA) menutup kelaraan diri aku~~ jom layan gambar2...













Universiti Blogger Malaysia



ok2 daripada pagi tadi aku duk join je kan..so ni last contest aku masuk untuk minggu nie sahaja hehe =D~~ Memandangkan contest ni pun akan tamat pada hari ni 15/4/2011 tepat jam 12.00 tgh malam nie..so saje la masuk ~~nak tambah kenalan blogger2 dalam kalangan universiti blogger...

berikut antara butir-butir yang perlu diisi secara mandatori (wajib) untuk join:

  1. letakkan banner UBM dalam entry anda.
  2. nama anda dan nama blog anda.
  3. sejak bila mula berblog.
  4. apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.
  5. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
Tarikh Tutup bagi penyertaan ini : 15 April 2011 |12.00 Tgh Mlm (jumaat)

ok2 huraian butir2 daripada aku yang ikhlas nie hehe =D..korang jugak nak masuk klik [sini]


  • Nama diberi Syazwani Bt Mohamad
  • Nama blog saya Kebahagiaan Penuh Keharuman ~~ nak tahu kenapa begitu nama blog saya klik post lama saya ini bertajuk '' Mengapa?''
  • Aku bermula berblog ni pada 1.2.2010 so sehingga pada hari ni ianya dah berusia 1 tahun 2 bulan 1 minggu 6 hari (hehe nasib aku de letak counting pada blog kalau tak berkerut2 aku mengira nie~)
  • Pandangan aku terhadap dunia blog darsawarsa (dekad) kini semakin menjadi2 dalam kalangan dunia remaja selain laman2 sosial yang sediaada Selain itu, blogger2 juga boleh menceritakan luahan rasa diri masing2 mahupun berkongsi isu2 dan bahan ilmiah yang mereka peroleh kpd semua pembaca blog~ begitu buat diriku sendiri..aku turut melabelkan setiap post2 aku agar dapat dikategorikan oleh pembaca. Antaranya suka-suki, perkongsian dan menarik =)
  • Pandangan saya mengenai Institut Pengajian Tinggi Maya (IPTM) pertama ini... adalah wajar namun masih bergantung kepada setiap individu yang menilai..kerana bukan semua orang mampu untuk sepakat bersetuju dengan adanya institut ini. Namun melalui benak minda saya dan diri ini merasakan ianya satu kebaikan jika kita mampu menjadikan satu medium yang terbaik dalam kehidupan.Kadangkala bukan semua orang mampu berkomunikasi secara berhadapan jadi secara maya nie la mampu mempamerkan segalanya..
p/s :
  • ok ni dah macam karangan bahasa Melayu aku mengarang... tapi no bad la kan hehe =D ( sje nk perasan sebentar wink (*_*)
  • sebenar banyak je nak karang lagi ni tapi malas la nanti menang la plak kan~~hehe sje skali lagi.dah bosan sangat (bukan nak stdy final dah dkt) huhu~ =(
  • ok2 coz contest ni dah nak dekat tutup jadi saya nak tag pada s'orang je kawan saya ~blogger tegar ni : cik puteri natassia ahmad daud


Jom Masuk Bloglist blog2 terbaek

bila sekali dah masuk contest nak masuk lagi aku nie~~ hehe =D



Senang je nak join ~~ok je la syarat2 nie...
  • Buat entry khas dengan tajuk Jom Masuk Bloglist blog2 terbaek.
  • copy banner kt atas ni ke dalam entry tersebut dan linkkan terus ke entry tu
  • pastekan URL blog kowg di ruangan komen2 entry tu nanti k
ok2 kalau korang rase nak join klik je [sini]


hati aku rasa bergolak nak ajak kawan2 ku join la hehe





YaNa Yassin 1st Giveaway




Munink..ok2 pagi ni aku dah join contest yg d tag oleh kwn ku sorg ni cik puteri natassia~~ mekaseh ye tag sye =)

aku ni dah kre 1st time la nk join2 contest coz dh ramai gak tag aku utk join..maaf la slame ni cbuk ckit n aku pn bukan thu2 sgt psal tag2 nie hehehe..maaf ye sume..tapi jujur la tak de mase jgak...masa benar2 cemburu kan aku ~~huhu ...

dah skg pasal contest..senang je korang follow je syarat2 nie~~


* Letak banner nie dengan link kan ke Entri nie.
* Buat entri dengan tajuk : YaNa Yassin 1st Giveaway
* Follow Blog nie ( senang nanti nak tau pasal GA nie )
* Tag 3 orang bloggers dan pastikan diowng tau yg diowg di tag eh.
* Link kan Post Entri anda ke Bahagian komen dibawah entri ini.
* Tarikh tutup 30 April 2011.

senang je kan~~so just klik kat [sini]~~

sye nak tag 3 orang kawan bloggers sye :










Sunday, 10 April 2011

TINGGaL 10 HaRi

Assalamualaikum semua~~ post kali nie bukan nak buka cerita panjang lebar pun just nak inform pada diri aku merangkap pada mereka student2 dbs d uitm diploma part 4... yela tak de pela sangat sebagai ingatan tentang tarikh final exam kita semua.. dalam sedar tak sedar dah tinggal 10 hari je dah nak final exam..fb dah tutup coz katenya nak fokus study tapi blog sudah pasti tidak hehe~~ akak sulong aku dah bising tu...'' wani sedar tinggal bape ari je dah nak exam tu..study la~~ok2 ni jadualnya~~





p/s
  • doakan la kejayaan aku untuk final sem nie..harap aku dapat meningkatkan prestasi pelajaran aku..
  • agak stress la kerana 1 hari ada 2 paper..moga aku mendapat ketenangan dari-Nya.. Insya-Allah..






pagi2 aku nie saje la duk edit2 aku pnya setting blog sume ..tgk2 aku pnya counting utk yang mengintai sudut hati aku nie dah macam expired~~
so aku pun buat la yang baru~~huhu yg lama dah sampai 1000 lebih .. tak pela ni buktinya ada orang rajin membaca blog aku nie ke tak hehe =D ...Pe2 pun aku mengalukan kunjungan daripada anda semua~ =) pernah juga post pasal yang mengintai sudut hati nie jugak dlu yang tajuk postnya : SuDut HaTi DiiNTai 700 KaLi ..waktu zaman keterujaan buat blog hehe~ skg jom counting lain la layan la blog kesayangan aku nie '' KEBAHAGIAAN PENUH KEHARUMAN''




p/s
  • blog ni hak cipta pelihara...
  • sekadar perkongsian daripada diri aku sendiri...
  • jika ada sebarang masalah or pandangan sila komen2 ye~~ =)
  • tajuk blog : kerana aku ingin capai apa yang diinginkan semua hehe =D


TuKaR LaGi

haa sape je baru membaca blog aku nak kasi tahu ni sye ni Ratu tukar lagu di blog...hehe sje la..coz ske letak lagu2 yang mempunyai maksud yang indah dan mendalam...dan kadangkala relate dgn my life =) ok2 jom layan lirik lagu baru di blog kesayangan aku nie~~


Pasti ini terasa begitu menyakitkan
Saat kau kehilangan sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin itu yang terbaik
Ada rahasia terindah yang diinginkanNya

Ku hanya ingin agar engkau bisa pahami

Memaknai yang terjadi dengan tulus hati
Meski kuakui tak mudah untuk terima
Segala yang tlah menjadi ketetapanNya

Bridge:


Leraikanlah gundah Tabahkanlah hati

Dan yakinilah semua itu rencana dariNya

Reff:

Sudahlah lupakan segala yang membuatmu merana
Hanya kan membuat dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan berlalu dengan apa adanya
Karena dibalik yang terjadi pasti ada hikmahnya untuk kita

Kreatif JuGa Aku

zaoshang hao semua.. saje pagi2 nak post aktiviti aku semalam..nak tahu weekend sye semalam...sye tak stdy...uruskan urusan blog sye..kerana ade ''Pertandingan 5S'' yang terdiri daripada :sisih,susun,sapu, seragam dan sentiasa amal kat kolej aku pagi Ahad...kira pagi nie la...bertungkus lumus aku roomates aku bersihkan bilik dan rumah...sampai kan roomates aku sanggup plak nak tdur atas lantai coz sayang kan katilnya yang dah kemas...ok2 aku tak dapat post la gambar proses kemas2...tapi pagi ni saje nak share berdasarkan tajuk post aku di atas hehe =D

Rupanya aku ni kreatif jugak la ye ngege (saje nk masuk lif tekan sendiri = perasan lebih2 hehe )
haa semalam setiap unit rumah di blok aku diminta menghantar wakil untuk settlekan board2 yang perlu dibuat untuk blok kesayangan aku SRI MENANTI 4 ~~nak dijadikan cerita aku bertemu dengan mereka yang tak pernah aku berkomunikasi selama nie t'tapi kenal2 macam tu...jadi kenalah bekerjasama dalam menyelesaikan tugas...tercipta la ukhuwah kemesraan .. i like it~~mestilah bermula dari aku yang bising nie~~ hehe...berbalik tajuk post aku ni kan..yela waktu nak sumbang saran idea2 yang mencurah tu, akhirnya idea aku terima pakai...so sweet dah macam zaman kanak2 d taska...ukiran kayu,bunga2 n rumput...untungla aku dpt mereka yang mmg bdk2 seni hehe~~terdiri daripada bdk diploma sains & dgree ladang..plus aku plak student diploma business study... pe2 pun terima kasih semua yang bagi idea dan kerjasama..dan ni hasil kite bersama...i'm proud with u all : yana,kirah, zue dan sape lagi sorang tu~~maaf terlupa la...huhu takpe2 gambar membuktikan aku menghargai korang semua k?
ok2 jom layan gambar2 yang sempat di pose2 hehe =D




setelah selesai~~



peace ^_^ aku je yang lebih2 hehe =D




Sebelum dilekatkan di blok baik kteorang berposing dlu dgn
hasil kerja yang terbaik nie~~



tuan memberi idea hehe~~ tu tunjuk nama yg siap ditulis tu
sbg kenangan



ni partner board yang akan ditampalkan~~
dieorang punya ala warna-warni like flora~~
kteorang ukiran kayu bersama bunga2 d taman hehe =)


Wednesday, 6 April 2011

PuBLic ReLaTioNs SeMiNaR

Assalamualaikum semua.. ok malam nie aku just nak berkongsi pengalaman aku mengikuti public relations seminar sepanjang hari ni....aku sebenarnya sem ni kena ambil subjek public relations...aku suka subjek ni tapi dalam test tak skor pun..hehe...speaker2 bagi seminar ni agak interesting...sumenya yang hebat2...kteorang ade 3 slot so sume ade aim2 sendiri dalam mencapai aim sebenar seminar nie..maaf la aku kurang peka tajuk2 slot kerana keterujaan dgn speaker2 nya...heheh =D ~~ kalau nak tahu sape speaker yang aku nyatakan klik pada nama mereka saja... speaker ke-2 tak klik pun mesti korang dah kenal punya..hehe..tapi link pun aku tak de tu~~


speaker pertama~~ Barnie Redzan




perkongsian menarik oleh beliau tentang public relation~~
ape yang penting katenya ''keyakinan kita dalam perhubungan awam''
apabila kita yakin, penyampaian kita akan diterima orang lain...


speaker Puan Wan Maimunah Bt Wan Abdul Aziz



sepanjang seminar kteorang disuruh memanggil beliau dgn panggilan ''ibu''
beliau seorang ibu yg penyayang... terbaik la ibu =D
apabila ibu dah baik byk la gambar brsma yang aku ambik hehe =)


speaker ketiga~
Anizon Husin



ni la bekas editor dara.com...yang bawah karangkraf...
hehe=D keterujaan aku bertemu beliau...yela lagi2 bila dara.com telah pun menjadi majalah kesukaan aku~~hehe
kak anizon mmg style la..i like her..
hmm pesan die pada aku~
''jangan terlalu memikirkan perspektif orang pada kita, yang penting kita kenal diri kita''
pesanan die pada semua peserta seminar ingat ye :
apa yang penting PR ni sentiasa berada di hadapan sekali so kena la all out ~~
haa korang kalau nak beli 2 tudung or nak tips penampilan layan la blog die..
klik je pada nama beliau~~


ok2 aku tak mengarang panjang pun...hanya sekadar dapat diungkapkan melalui bingkisan gambar sepanjang hari nie..jom layan hehe =D


ni pic bila aku sampai Kompleks RAKAN MUDA, Kuala Pilah, N9
dalam nampak aku cam bergaya & ala wanita koprat ni ..
ada jugak s'orang tu buat ayat perli
somebody :''u ni tak kena la pakai tu rainbow, klu ala suit koprat lengkap mstila blue black dan
hitam je''
me : ala, u ni, i saje je nak kelainan, btw dah pernah je dgn shawl hitam tapi dah bosan la
huhu~~(ni adalah gaya sye, terima kasih tegur dan atas ingatan tu)




ni pulak bersama RATU uitm n9~~Hehe =D
Student hebat dbs nie ~ RaZALia Razaali
nak jadi cite kak anizon memuji abis penampilan si ratu ni..
apabila si ratu bertanya tentang warna pink kesukaan dia~~



ni sje aku pose2 sebelum seminar bermula ngege~~



haa nie kwn2 ~~




ok2 pic ni sje la aku capture byk2 coz kteorang cam dah sme je~~
(tema tudung pelangi= pelangai)



pose2 lagi hehe =D



Ok kat ats tadi kan aku dah bagi thu kan sape speaker2 seminar
so, ni la salah sorgnya..aku ape lg bergambar kalah artis dh tu~~hehe
pose tanda bagus lagi tu~~



tgk tu bape kali dah aku ambik gambar



sebelum balik sempat gak aku bergambar dengan lec kesayangan aku dari sem 1 lagi
hehe...sangat comey & ayu orangnya..



ni last pic dari aku selepas abis seminar..
penat2 pun sempat bergambar lagi tu~~

Sunday, 3 April 2011

PeTua CeRia 2

ok2 sambungan bagi entry petua ceria 1 semalam ye~tambahkan lagi keceriaan dalam diri dengan petua2 yang berikut... Insya-Allah kehidupan kita akan senantiasa dalam keadaan ceria dan bersemangat..sambungan ni selepas kita mulakan hari yang baru ok~~

  • memakai warna yang sesuai mengikut naluri jiwa kita
pemilihan warna pakaian yang sesuai amat penting dalam perjalanan hidup kita sepanjang hari...warna ni juga mampu tentukan kita untuk ceria (^_^)..jadi di sini beberapa pilihan warna yang sesuai bagi memulakan hari baru bagi kita semua.. buatlah pilihan warna yang sesuai mengikut naluri jiwa untuk wujudkan keceriaan buat diri =)

~hijau = ceria + tenang
~merah jambu = ceria +bersemangat
~merah = ceria + laju
~biru muda = ceria + kasih sayang
~coklat = ceria + matang
~ungu,emas dan perak = ceria + berjaya

  • mencari butang hijau kita
haaa..apa yang dikatakan dengan butang hijau nie...sebenarnya dalam diri kita punyai 2 butang iaitu butang merah dan butang hijau~sudah pasti kita tahu untuk memilih yang terbaik buat diri..jika memilih butang merah ibarat memberhentikan perjalanan tanpa mencipta keceriaan dan kebahagiaan..diri hanya menjadi marah,tertekan dan bosan...jika butang hijau sudah pasti kita akan meneruskan perjalanan hidup dengan laju untuk mencipta keceriaan dan semangat berkobar2 dalam melaksana apa2 jua perkara pun...

  • lakukan setiap perkara penuh kesungguhan
dalam petua nie, kita akan kata ''ah, buat keje sungguh2 buat ape...buat penat aku je...bukan ape2 pun sangat yang aku dapat''~~ btul tak?? jadi cuba kita tukar kan mindset kita ke arah lebih positif...iaitu kita cuba terapkan dalam diri kita untuk melaksanakan segala tugasan dengan sebaik mungkin dengan kesungguhan yang jitu dan dalam masa sama ikhlaskan diri serta yakin dengan Maha Kuasa bahawa keberangkalian ianya akan membuahkan hasilnya..mungkin bukan buat masa sekarang namun pada saat akan datang mahupun saat kita memerlukan... Insya-Allah dalam masa sama dosa2 kecil kita akan diampunkan setiap kali melakukan kerja2 dengan bersungguh-sungguh...memang penat dan keletihan ditanggung namun nikmat di syurga, bakal diperoleh....

  • serikan orang lain
macam mana petua yang dimaksudkan ni..cuba kita memahami maksud ni slogan bahasa Inggeris ni ''what goes to your life is coressponding to what goes out of your life'' ~~ bagi pandangan dan kefahaman aku sendiri ianya bererti dalam apa jua perkara yang berlaku dan dilakukan kita dalam kehidupan kita akan ianya mencerminkan buat mereka disekeliling kita.. jadi kita haruslah sentiasa menceriakan diri sepanjang hari secara tidak langsung ianya akan memancarkan keceriaan buat mereka yang berada bersama kita..sama2 menceriakan kehidupan untuk yang bahagia dan tenang..

  • persekitaran yang merangsangkan
cari lah tempat2 yang indah untuk menceriakan hari2 dalam kehidupan kita.. rajin la pergi ke taman bunga, mahupun melihat keagungan Yang Maha Pencipta dengan penciptaan bukit-bukau yang indah berwarna hijau..berusaha menggunakan strategi diri untuk membentuk kebahagiaan dalam kehidupan..


Subhanallah ..indahnya ciptaan-Nya buat kita
untuk mencari ketenangan =)
  • sebelum berpisah bermaafan
saling bermaafan dalam meninggalkan sesuatu tempat mahupun beredar ke tempat lain.. dalam erti kata bermaafan serta mengharapkan pertemuan yang akan datang dengan lebih rasa nikmat ceria berbanding pertemuan pertama =_=

  • menjaga kesihatan
haa kalau nak ceria dalam hidup kita kena la juga menjaga kesihatan diri... dari segi diet harian, senaman dan rehat yang cukup..sudah pasti diri akan menjadi ceria jika kesemua ni terjaga dengan rapi dan sempurna ...



makan la scara seimbang k~~
piramid makanan pun dah ade ..
kita je tentukan diri..kalau tak sakit kita mesti sentiasa ceria =)
  • lakukan amalan untuk mengurus tekanan
apabila kita tertekan sudah pasti tiada ceria dalam diri kita..jadi ambil langkah dengan melakukan amalan yang dapat menguruskan tekanan diri kita..misalnya lakukan aktiviti yang kita amat gemar ataupun sesuatu yang baru bagi diri kita... Insya-Allah kita akan mencipta senyuman tanda keceriaan telah kecapi (^__^) ... contoh amalan main game komputer kesukaan kita, tengok cerita2 kartun yang memboleh kan minda kita dalam keadaan relax dan ketawa ala kadar~~ziarah kawan2 dan bertya khabar...bkan gosip ye~~ haa last yang aku sendiri ske bergurau2 dengan baby...msti sweet kte sndiri akan ceria melihat gelagat baby2 yg comey tu~

haa tengok baby comey ni kita sendiri rse ceria kan =)
  • jangan jadikan masalah sebagai masalah
anggap segala masalah sebagai batu loncatan,cabaran, serta kaedah inovasi dalam diri kita.. apabila kita mampu beranggapan sebegitu kita akan langsung berasa tertekan malah lebih ceria + bersemangat untuk tempuhinya..Insya-Allah kita mampu lakukan...Allah tidak akan menguji tanpa kemampuan kita...

  • menyayangi haiwan kesayangan
apabila tersenarai petua ni aku tergelak juga sorg2 kerana sorg kawan aku ni pn ada la haiwan kesayangan die iaitu ayam..so sweet la kan ..die nak ceria kan hidup salu main ayam la rupanya...hehe =D tapi bagus juga sebenarnya menyayangi haiwan kesayangan krana apabila kebosanan blh jgak kita berteman haiwan-haiwan tu~~

mcm ni la haiwan kesayangan kawan aku sorg tu~~
comey la kata die kan...hehe =D




PeTua CeRia 1

ok malam ni sebelum aku melelapkan mata aku nak berkongsi sesuatu iaitu petua2 nak menjadi ceria dalam kehidupan kita =) petua ni aku dengar dalam sebuah motivasi Dr.fadzilah Kamsah baru2 ni jugak la yang bertajuk Petua dalam menceriakan hari2 dalam kehidupan~aku dengar ni nak bagi semangat & ceriakan diri aku..so aku rasa nak kongsikan kepada sesiapa yang membaca blog aku lah...nak bagi korang pun rsae bersemangat dan ceria juga macam gurl comey nie hehe ~~



ok2 jom kita layan petua2 nak ceria mcam gurl gediks ckit kat ats ni hehehe =D
  • Jangan lupa/ingkar ibadah kita kepada Allah
ermm...kalau soal ni aku rase tak perlu berbicara panjang lebar krana Insya-Allah semua orang akan patuh kepada perintah Allah S.W.T ~dengan mengamalkan amal makruf nahi mungkar... haa..ingat ye kita sme2 berusaha melakukan ibadah dengan sempurna dengan ikhlas kerana-Nya...

  • sentiasa memasang niat setiap hari
ok dalam petua ni kita seharusnya ingat sepanjang masa dalam seharian terutamanya pada awal pagi dan malam hari kita, tentang niat kita yg ingin capai dalam masa 1 hari tu~~ : misalnya, hari ni aku ingin sentiasa ceria walaupun akan menempuh banyak dugaan yang tak diduga.. sentiasa juga mengharapkan segala yang akan berlaku mahupun telah berlaku sudah mempunyai hikmah tersendiri sama ada ianya baik mahupun tidak~~yakin la segalanya adalah ketentuan dari-Nya buat kita..

  • memaafkan semua orang sebelum tidur
kita selalu dengarkan memaafkan orang sebelum tidur, tetapi pernah kita lakukan tak? jadi, nak jadikan diri sentiasa ceria sepanjang hari, pastikan la kita setiap malam hari sebelum tidur kena memaafkan orang disekeliling kita dengan ikhlas dengan harapan tiada wujudnya kebenciaan dalam diri kita pada sesiapa pun...Insya-Allah...

  • programkan minda setiap malam
setiap malam sila ulang ayat ini :
'' Esok aku bangun pagi dalam keadaan positif,ceria,hebat dan cemerlang''
Insya-Allah pagi indah kita akan lebih bermotivasi~ =) Cuba lakukan kita mesti akan mendapat keberkesanan hasilnya...

  • bangun tidur terus senyum + berdoa (^__^)
lepas tu esoknya bangun tidur je terus senyum...dan berdoa dengan rasa syukur dengan rendah dirinya pada Yang Maha Esa...kerana memberi peluang untuk kita masih bernafas... serta memohon hari ni lebih baik daripada hari semalam..Insya-Allah...


p/s : oklah aku dah keletihan la nak mengarang, so sambung esk ke ble untuk petua ceria 2~~~
hehe =D bukan malas...no mood n no direction~jadi aku nak amalkan ni semua sebelum tidur ~~
Alhamdulillah slps ni dgr motivasi aku semakin ceria ~~






Saturday, 2 April 2011

STOP

holla...ok2 berdasarkan tajuk entry aku kali ni aku nak bagi thu semua orang jika ade yg membaca blog aku la kan~~ STOP = BERHENTI~~ tajuk yang menarik...dah terpanggil dari benak minda aku lagi...sebenarnya, aku dah nak dekat final exam rupanya...so stop la facebook= fb aku sementara waktu...macam sem-sem aku sebelum ni...tapi blog kesayangan ni owh tidak akan ku tinggalkan hehe =D ibarat kekasih hati dah ni ('',) jadi lepas nie nak tahu perkembangan aku layan blog la ye... exam aku bermula 20/4-27/4 ni~~ so sekejap je tu~~Insya-Allah lepas ni banyak perkongsian yang akan cuba kongsikan bersama..Selamat membaca jika ade la kan yg nak membaca~~ hehe ...yela nak kejar ''kebahagiaan penuh keharuman'' dalam hidup kan ~~



enjoy ye~~hehe =D


Friday, 18 March 2011

KuRaNgKaN TeKaNan PeRaSaaN

munink semua..ok2 pagi ni sahaja nak berkongsi tajuk yang aku postkan kali ni..haa..siapa dkt cni tiada perasaan dekat cni??semua orang sudag pasti ada kan?? so, pagi ni aku bukan la de masalah nak buat luahan perasaan cuma sekadar nak kongsi apa yang aku baca daripada sebuah buku motivasi.. bagus je jika kita semua dapat manfaatkan bersama...Insya-Allah...tips2 macam mana nak kurangkan tekanan perasaan~lumrah manusia tertekan dengan perasaan dalam diri..

apabila kita tertekan begini la riak wajah kita~~btul tak??

jadi jom kita sma2 ikuti tips kurangkan tekanan perasaan~~
  • laksanakan sembahyang wajib dan sunat

amalkan ibadat seikhlas mungkin..serta tingkatkannya..
kekuatan yang meredakan tekanan perasaan~

dalam soal ni tak perlu la aku huraikan secara panjang lagi ..sudah pasti semua orang mengertikan bagaimana~~ setelah kewajipan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W serta mengabdikan diri pada Allah S.W.T..Kita tambahkan la lagi sembahyang2 sunat untuk mengurangkan tekanan perasaan yang tertanggung..bukan bermakna apabila bermasalah sahaja tunaikan...namun jadikanlah ianya menjadi amalan...Insya-Allah ianya akan berkurangan...
  • masa aktif
berbicara tentang masa aktif bermaksud kita melaksanakan perkara2 kesukaan kita yang dapat meredakan tekanan perasaan kita...secara tidak langsung minda kita sentiasa dalam berada di tahap positif dan merasai nikmat bahagia yang penuh harum dan indah itu (tett dah ala promote tajuk blog sendiri plak hehe =D)
  • mengamalkan bacaan Al-Quran
Alhamdulillah jika tip ni menjadi amalan kita semua..sudah pasti diri kita sentiasa dalam ketenangan dan dalam keberkatan dari-Nya sepanjang waktu...
  • meluahkan perasaan
apabila kita merasakan diri tertekan salah satu langkah bagi kurangkan tekanan tersebut dengan meluahkan perasaan terhadap teman2 yang memahami kita...sudah pasti kita akan berasa puas setelah semua diluahkan tanpa kita pendamkan dalam diri...
  • mengalirkan tekanan kepada aktiviti positif dan memberi semangat pada diri
Ok dalam soal ni kita perlulah sentiasa berfikiran positif walaupun tika itu ketika berasa terlalu down or tak bersemangat..minda kena sentiasa di puncak positif k~~ scara tidak langsung kita akan lebih bersemangat dalam melaksanakan apa jua perkara ketika itu...
  • menjaga waktu tidur
tip ni aku merasakan amat penting~krana apa??krana aku suka tidur hehe (kantoi di stu) ... hanya yang mengenali ku thu la sape aku ni kan hehe =D~ Ok2 berbalik dgn tip menjaga waktu tidur iaitu yang bermaksud kita haruslah rehat secukupnya jadi waktu tidur sudah pasti lebih sistematik k~ jangan la fikir nak stdy3 tpi dalam keadaan tertekan ...no point la stdy kita tu kn3x?? jadi biarlah masa keletihan kita manfaatkan dengan menjaga waktu tidur dan rehat kita..dapat la kurangkan tekanan perasaan kita tu~~
  • lakukan teknik pernafasan yang betul
haaa.. ni tip terakhir...kalau yang ni semua msti fahamkan macam mana nak lakukan kn??hehe sebenar aku pun tak de la thu sgt pn..just salu aku amalkn teknik bernafas dengan 3 cara ni :
  1. tarik nafas dalam2~~
  2. kemudian hembuskan perlahan2...
  3. and the last say Alhamdulillah... aku diberikan kesempatan untuk hidup.. Ya Allah, lapangkan dadaku dan berikan ketenangan kepada hamba-Mu ini...
haa..Insya-Allah lepas tu rasa tenang sekali cuba buat ok (^_^)

p/s : ske nak kongsi2 apa yg aku telah baca..dan aku juga telah melaksanakan sebahagiaan tips2 ni..Alhamdulillah..ianya memang membuahkan hasil~ jom kita amalkan bersama untuk kecapi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat..pesanan ikhlas dr aku yang kerdil di-sisi-Nya : lakukan apa jua perkara niat ikhlas kerana Allah S.W.T ..Insya-Allah diri akan dberkati-Nya... ketenangan menghampiri dan kurang la tekanan perasaan~~




perasaan yang kita inginkan dalam kehidupan iaitu : kebahagiaan ~


Wednesday, 16 March 2011

PeTuA MeMiKat HaTi RaKan SeBaYa

Assalamualaikum semua..ok2 perkongsian aku malam nie berkenaan macam mana la kita ni nak memikat hati rakan sebaya kita..yela kita nie kalau dah sama umur kadangkala tak sedar pernah wat kawan2 kita terasa so sekarang aku nak kongsikan petua2 yang dapat kita ambil bagi ikatan ukhuwah terjalin berpanjangan kerana Dia Yang Esa...Insya-Allah...

  • timbulkan rasa minat dalam diri kita bagi mengetahui cerita dan kisah kawan-kawan kita...
ok kalau dalam soal ni, kita bagi la kefokusan kepada kawan2 kita yg sedang bercerita..lagi2 yg penuh semangat macam aku nie..serius kalau aku, memang terasa abis la kalau aku punya b'semangat tapi kwn2 tak buat tak tahu..semua orang ada perasaan jadi kalau kawan merajuk sebab kita fikirlah sendiri


  • kita perlu menghargai apa-apa sahaja pertolongan atau pemberian kawan2 kita
erm..petua ni menyuruh kita agar sentiasa menghargai segala bantuan kawan2 kita sepanjang perkenalan...biarlah perkenalan itu sebuah perkenalan yang ikhlas tanpa paksaan..jadi kita akan sentiasa rasa ianya bernilai dan menghargai kawan2 sepanjang masa

  • Senyum (^_^)
wah petua ni je pun dah boleh pikat hati kwn kita yang baru gaduh ke ataupun yang sebelum ni kita selalu bermasalah dengan dia...senyuman terukir mencipta kebahagiaan itu sendiri.. jadi perkenalan itu makin indah ...kerana kita sentiasa merasakan kebahagiaan dalam diri bersama..

  • bercakap hanya perkara baik mengenai kawan kita
jadi apabila macam tu ckup2 la kalau kita selama ni mengata kawan2 or mengumpat... belajar la sentiasa bercerita tentang yang baik sahaja..Insya-Allah diri pun bahagia~

  • sebut nama mereka dengan baik
bagi petua ni aku rasa memang lah amat wajar kerana kalau aku sendiri tak selesa dan gemar mereka panggilan diri aku yang membuatkan aku tidak selesa..jadi sebut dan panggilah panggilan kawan2 buat mereka selesa...

  • sokong cita-cita kawan
haa..ni la 1 perkara aku suka kerana apa??kerana kita ni hidup biarlah berjemaah jadi perlu la saling menyokong antara 1 sama lain..jadi menyokong la teman sebaya kita yang punya cita2 yang tinggi...jika yang tiada kita bagi la pandangan~~ok?

  • elakkan diri daripada menjadi seorang yang terlalu sensitif dan mudah kecil hati
petua terakhir ni amat la sesuai untuk diri aku ni..huhu entah la aku ni memang seseorang yang sgt sensitif..so aku mengambil masa utk berubah ...harap maklum~~

p/s

perkongsian menarik bagi aku~hidup ni kadangkala kita tidak sedar akan perilaku yang membuatkan orang tidak selesa serta kita sendiri membuatkan orang tersinggung..jadi sama2 berusaha memperbaiki diri..dan terus merapatkan ukhuwah tercipta ikhlas kerana Allah...