Berfikir tentang kebahagiaan bererti tentang apa yang berlaku sebelumnya dan apa yang akan berlaku selepasnya. Terkadang,berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri... Berbahagialah hari ini,jangan menangguhnya hingga ke hari esok!
Monday, 6 June 2011
Integriti dibina kecemerlangan dijana
Sunday, 5 June 2011
pesanan insan yang aku sayangi
Assalamualaikum semua...aku kebosanan tahap yang maximum nie...jadi saje2 la nak kongsikan 1 entry iaitu pesanan insan yang aku sayangi~~ siapa?? haa tettt.. ala akak kesayangan aku la...hehe =D pesanan ni adalah 1 artikel yang mana akak sulong kesayangan aku ni serahkan pada semester 1 aku menjejakkan kaki di universiti... sampai sekarang artikel ni aku simpan dan akan ku lekatkan di board yang aku buat dalam bilik setiap semester... artikel ni banyak memberi kekuatan dan semangat dikala aku jatuh mahupun kurang keyakinan... pesan akak aku sendiri, simpan dan baca bila kamoo terleka dengan apa yang ada disekeliling sepanjang belajar nanti...mungkin ramai telah membacanya namun aku sekadar berkongsi sebagai santapan rohani bagi yang belum pernah terbacanya...jom sama2 hayati artikel ni...
Bersederhana itu kekayaan yang nyata
''mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin...''
jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usahlah terlupa dengan perkataan SABAR..
jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG..
jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN..
jika mahu MISKIN, miskinlah..tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR..
jika mahu KAYA, kayalah..tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH..
jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA..
kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah...selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA..
kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS
kalau mahu MENIMBUN HARTA, berkeras-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAT..
kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT..
kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang lain, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya..
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya...
Beserdahanalah dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara
ok2 sebenar ada lebihan lagi dalam artikel nie.. tapi aku merasakan nie pun dah cukup untuk berkongsi tentang kesederhanaan dalam kehidupan kita... Terima kasih my beloved sis yang serahkan artikel ni pada aku... ni dah macam azimat buat diri ni lebih kuat dan tabah dalam menuntut ilmu semata2 kerana Allah S.W.T. Insya-Allah... =)
Saturday, 4 June 2011
Menitiskan airmata kerana -Mu Ya Allah
Friday, 3 June 2011
1st Giveaway from Mizayusofcom
My Anniversary Giveaway .
Syarat-syaratnya
- Terbuka kepada semua blogger
- Buat entry tentang giveaway ni..letakkan banner di atas dalam entry dan link ke entry saudari ni
- Rajin follow blog tu k~
- Tag 3 orang yang lain..pastikan kawan2 yang kte tag tahu k..
- Tarikh tutup penyertaan pada 10 Jun 2011, Jam 10 pm
- Sila tinggalkan link anda di entry INI..
Tuesday, 31 May 2011
♥ CinTa ♥
- keimanan
- keikhlasan
- kejujuran
- ketabahan
- kesetiaan
- kepercayaan
''Bila mata bertentang mata, hati berdegup menjadi satu, getaran mula terasa, mengalir laju di segenap ruang kosong, meninggalkan satu rasa, yang dinamakan CINTA''
''Cinta bukanlah kata-kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesucianya''
''Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati untuk kita? kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...''
# wah madah2 cinta yang sungguh indahkan?? puitis tapi bukannya terungkap daripada diri aku hanya sekadar berkongsi daripada buku yang aku baca =)
Kadangkala kita tak sedar
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
# terima kasih kepada teman2 yang memberikan kekuatan kepada aku tika nie.. aku benar2 menghargainya =_=
Thursday, 26 May 2011
Kemampuan Wanita
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerana itu kuingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Aku begitu banyak kekurangan.. Maka ketahuilah....
Kepadamu yang memilihku kelak...
'Aku tidak sebijak bonda KHADIJAH, kerananya ku ingin kau tahu. Aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihatilah aku dengan hikmah, kerana bagiku kau lah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu...
Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin kerana aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja kerana kesibukan hal pengurusan kerja-kerja rumah, tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Mungkin kerana atas kecuaianku jua...
Padamu yang akan menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tidak sesabar FATIMAH. Ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa. Aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu... Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku...
Janganlah kau membentakku, tapi cukuplah andai kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untukmu...
Padamu yang menjadi imam dalam solatku kelak...
Ketahuilah, aku tidak secerdas AISYAH.. Maka janganlah pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNYA, walau kadang aku begitu bebal, tapi jangan pernah letih mengajarku... Jangan letih mengingatkan untuk terus bersamamu menjulang pahala dalam amalan-amalan sunnah... Bimbing tanganku ke JannahNYA, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...InsyaALLAH...
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kerepot. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku... Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cinta padamu...
Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, tiap minit,dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu... Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku... Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna... Maafkan aku kerana aku bukan puteri... Aku hanyalah wanita biasa.....
Semoga ALLAH merestui dan memelihara cinta suci ini di dunia dan di Akhirat dalam keredhaanNYA....

# sesuai lagu yang aku letak di blog aku sekaran, artikel nie pun mengenai kaum Hawa =)
# sudah pasti ramai sudah membacanya namun bagi aku sendiri hanya luahan rasa bagi membuktikan kemampuan wanita tatkala kini~
Monday, 9 May 2011
Puteri Ku Sayang
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Permaisuri Hatiku
Permaisuri Hatiku
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi
Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi
Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana
Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu
Monday, 2 May 2011
SimPLe
Friday, 29 April 2011
Segmen Blog Review Semanis Tart Cherry
1 . korang letak header kat atas nie dalam entry korang .2 . follow blog putry ( tak nak pun xpe , putry tak pakse )3 . letakkan tajuk entry korang " Segmen Blog Review Semanis Tart Cherry " .4 . Nyatakan nama penuh and nama yang korang gunakan dalam berblogging nihh .5 . Bende ape yang korang tingin sangat-sangat but sampai sekarang masih lagi tak tertunai .6 . apa pandangan korang tentang blog " Semanis Tart Cherry " .7 . then , tag kan dekat 2 orang rakan blogger korang .8 . Link kan entry korang tuhh dekat ruangan komen ye .
ok2 jawapan untuk persoalan2 tersebut adalah~~

Thursday, 21 April 2011
JOIN SEGMEN PULAK
''Kenali Diri dari Miss Fyqa''
ok kawan bloggers semua aku telah ditag CIK PUTERI NATASSIA merangkap kawan sekolah menengah aku dan blogger so join je la.. aku pun nak dekat2 diri dengan bloggers lain~ =Dnak join kte kena la penuhi kriteria2 ni~~
1 . nama famous korang dalam dunia blog nie
- dalam dunia blog dunia aku membahasakan diri sebagai sea_lavender di mana2 je blog orang lain aku singgah itu la nama panggilan yang aku gunakan~~nak tahu kenapa?? hehe malu la nak bagi tahu ngege~~hmm..sebenarnya aku sukakan haruman lavender yang sungguh memberikan ketenangan dan akhirnya tercipta sebuah kebahagiaan dalam diri...haaa kena la plak dengan nama blog kesayangan aku ni~''KEBAHAGIAAN PENUH KEHARUMAN' hehe~~layan...
dalam masa sama aku suka jugak bunga lavender hehe tapi kalau sebut bunga sea_lavender ade kew? so kalau sape2 nak jadikan bakal teman lelaki sye sediakan sejambak lavender bukan mawar hehe~~ (Lawak je tu~~saje2 meluahkan rase)
2 . asal dari mane ?
aku sebenar dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur duk d gombak dari kecik sampai darjah 2...
then berhijrah ke Penang follow ayah aku yang bertukar tempat mencari rezeki daripada darjah 3 sampai la sekarang..kre membesar d sana la~~but bukan anak mami ye~~ lepas tu sekarang plak dah berhijrah ke Kedah plak~~rakyat Kedah semua terima kedatangan aku ye~~hehe =D
3 . hobi waktu lapang .
4 . kenapa suka berblog ?
kalau soal persoalan ini, aku hanya suka menjawab suka berblog kerana sekadar perkongsian apa2 daripada diri ni yang kerdil dan lagi hina disisi-Nya... segala meluahkan apa2 perlu diluahkan serta berkongsi apa yang aku rasakan menarik untuk dikongsikan bersama =)
5 . blog feveret korang .
ok so bagi memeriahkan lagi segmen dan dunia blog ni aku nak tagkan kpd
Monday, 18 April 2011
Hubungan sesama MaNusiA
- Rasulullah S.A.W (tidak sempurna iman if seseorang mencintai ibubapa mereka melebihi cinta kepadaku; Rasulullah S.A.W
- Ibu bapa ( wani selalu contact parents kan =D)
- 'Alim ulama
- Para pemimpin
- Guru-guru kita
- Orang yang lebih tua daripada kita
- Rakan sebaya
- Mereka yang lebih muda daripada kita..
- ok post aku kali nie sekadar perkongsian yang menarik yang aku rasekan untuk kita semua bersama...agar kita dapat menjaga hubungan sesama manusia serta dapat mengkategorikan yang mana perlu didahulukan~~
- minta maaf di atas penggunaan bahasa campur malay+english just copy n paste sms tersebut
- bukan membanggakan diri apabila sahabat nie mention kan nama aku yg selalu menghubungi parents aku~~btw, mmg aku ske kol parents ari2 hehe =)
- renung2 kan la & selamat beramal
- terima kasih buat sahabat ku nie yang banyak berkongsi pandangan dengan aku..sangat menghargai dan bertuah kerana dapat bersahabat sebeginie.. Alhamdulillah...


















