Cinta Allah Yang hakiki dan segalanya...
Assalamualaikum semua...ok2 hari ni aku ade mase sikit dan line nak on9 pun laju je..so saje la nk post satu entry gempak ... tajuknya ~~ ''CINTA'' ....tettt Syazwani Mohamad dah gatal yew... ala tak de la sebenarnya saje aku nak kongsi2 cite bersama walaupun aku sendiri tak ada pengalaman bercinta.. ye la selalu je jadi Dr.Cinta pada orang lain je hinggakan diri sendiri pun malas nak fikir untuk bercinta... hehe =D ni pun aku plak baru terbaca artikel tentang cinta di laman
i luv Islam : CINTA ITU FITRAH lagi la aku rase bersemangat nak kongsi2 hehe~~ erm, nak dijadikan cite jugak semalam hari pertama kelas untuk semester ni...sempat aku singgah library pinjam 2 buku iaitu :
Panduan bercinta dan berdating dan buku Solat Sunat Pilihan... Wow...mmg dah macam over plak kan nak bercinta je cik waniey oi!!!~~ ala2 tak de pun sebenarnya saje je baca2 nak tambahkan input bantu2 rakan2 dalam percintaan hehe ~ so dalam masa sama mungkin dapat mengajar untuk diri aku sendirikan~~ngege~~erm bagi aku sendiri makna cinta itu luas sekali susah untuk diungkap namun hanya hati mampu merungkai segalanya... wah aku plak nak bermadah~~ tapi idaknya puitis...aku ni jiwang jugak tapi tak romantik so cam ne coz tu la tak bercinta sampai sekarang..hehe ok la tu~~ layan diri sendiri sudah, senang cite... dalam bercinta banyak komitmen la kena lakukan so bagi aku tak sampai lagi la kot... nanti aku ni jadi over plak, yang sedia nie pun dah ngade2 sume cam ne la kalau dah bercinta~~~huhu belajar pun tak pandai dah nak bercinta-cintun plak.. my 1st sis mmg cukup bising coz die nak adik2 dia berjaya dlu baru fikir soal nie...bru2 ni result sem lepas aku plak sgt2 la teruk so, aku kena tingkatkan balik prestasi aku ~~ huhu so kate akak aku'' nak bercinta ke pe pelajaran no 1!!'' ok2 berbalik dgn tajuk entry nie CINTA ~~ bagi aku ianya perlukan pengorbanan namun sentiasa tetapkan di iman bahawa CINTA hakiki kpd Yang Esa adalah segalanya... dan baru la cinta sesama insan... dalam percintaan bagi aku sendiri mesti ada 6 prinsip yang perlu ada...tu untuk aku la kalau nanti dah nak bercinta2 kui2x =D
- keimanan
- keikhlasan
- kejujuran
- ketabahan
- kesetiaan
- kepercayaan
insan manakah bakal mencintai dan memiliki hatiku ini~~
Hanya Dia Maha Mengetahui...
bagi aku kalau dalam bercinta cukup 6 prinsip ni dalam pasangan tu, Insya-Allah akan bahagia...yela iman semua orang ada namun bagaimana keimanannya dalam mengabdikan diri kepada Allah dan memimpin kita insan yang lemah ni dalam meniti kehidupan berlandaskan syariat.. keikhlasan? kita kalau sentiasa merelakan sesuatu tanpa mengharapkan pembalasan sudah pasti kecapi nikmat kebahagiaan penuh manis kerana ianya tanpa 1 paksaan hati..kejujuran? soal jujur ni kita sentiasa untuk berterus terang tanpa keraguan dalam menyampaikan apa2 jua pun dan tidak perlu berlakon untuk menjadi orang lain...serta menyatakan isi hati masing2 tanpa penipuan mahupun sembunyikannya...ketabahan? erm.. apabila dah bercinta nie mestilah ada jua cabaran dan halangan jadi cuba lah untuk tabah dalam menghadapinya~~kesetiaan?? paling penting tak perlu la kita menduakan insan yang disayangi, tapi cam ne la aku ni kan kalau bercinta, huhu aku ni mudah menyayangi dan sukar untuk mencintai~~ hmmm...segala mengambil masa agaknya... kepercayaan? kalau dah bercinta saling mempercayai tanpa keraguan pasti hubungan berpanjangan Insya-Allah... ''bukti terbaik cinta adalah kepercayaan''~~ eermm sebelum nak akhiri post nie... aku nak kongsikan beberapa madah2 cinta yang aku dapat daripada buku yang aku baca tu~~ hehe =D
comey2 baby ni kan kecik2 dah bercinta hehe =D
''Bila mata bertentang mata, hati berdegup menjadi satu, getaran mula terasa, mengalir laju di segenap ruang kosong, meninggalkan satu rasa, yang dinamakan CINTA''
''Cinta bukanlah kata-kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesucianya''
''Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati untuk kita? kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...''
# wah madah2 cinta yang sungguh indahkan?? puitis tapi bukannya terungkap daripada diri aku hanya sekadar berkongsi daripada buku yang aku baca =)
7 comments:
Assalammualaikum..
jom join contest ni..
http://luvisus.blogspot.com/2011/05/my-anniversary-giveaway.html
Waalaikumussalam..thnkx invite 4 that contest.. i will join it~ =)
best an bila bercinta? yg bruk semua jadi baik untuk pasangn kita...cari cinta sejati yang akan memimpin kita ke gerbang syurga Allah...mcm mana nak cari cinta sejati? cari cinta Allah..maka cinta manusia akan datang mencari kita..=)
Araj: erm,nikmat tu mungkin indah semnatara tpi sememangnya cinta hakiki pd Dia adalah yg terbaik... Insya-Allah... moge sme2 la kte memperoleh cinta yg sejati dgn keredhaan-Nya... =D
insyaAllah amin...=)
Kadangkala, manusia mengatakan dia mabuk cinta dengan Allah...namun, apakah pengertian itu difahaminya dengan jelas saat dia menjumpai sesorang yang dia amat cintai? hakikatnya, Allah itu musabab untuk kita bercinta...dan pasangan itu adalah asbabnya...kerana cinta dan rindu, kehadirannya adalah daripada Allah...yakni anugerah dari-Nya kepada kita yang bergelar hamba...melengkapkan kasih sayang-Nya...
tongkat jibril : setuju namun mabuk cinta itu, Insya-Allah.. cuba d pertahankan dgn keikhlasan dalam mencintai seseorang insan itu krn Allah semata2 demi keredhaan-Nya...
memandangkan cinta hakiki yang kite sme2 untuk miliki buat Dia Maha Pencipta...Alhamdulillah..bersyukur dgn apa yg dkurniakan kini... =)
Post a Comment