Wednesday 16 March 2011

PeTuA MeMiKat HaTi RaKan SeBaYa

Assalamualaikum semua..ok2 perkongsian aku malam nie berkenaan macam mana la kita ni nak memikat hati rakan sebaya kita..yela kita nie kalau dah sama umur kadangkala tak sedar pernah wat kawan2 kita terasa so sekarang aku nak kongsikan petua2 yang dapat kita ambil bagi ikatan ukhuwah terjalin berpanjangan kerana Dia Yang Esa...Insya-Allah...

  • timbulkan rasa minat dalam diri kita bagi mengetahui cerita dan kisah kawan-kawan kita...
ok kalau dalam soal ni, kita bagi la kefokusan kepada kawan2 kita yg sedang bercerita..lagi2 yg penuh semangat macam aku nie..serius kalau aku, memang terasa abis la kalau aku punya b'semangat tapi kwn2 tak buat tak tahu..semua orang ada perasaan jadi kalau kawan merajuk sebab kita fikirlah sendiri


  • kita perlu menghargai apa-apa sahaja pertolongan atau pemberian kawan2 kita
erm..petua ni menyuruh kita agar sentiasa menghargai segala bantuan kawan2 kita sepanjang perkenalan...biarlah perkenalan itu sebuah perkenalan yang ikhlas tanpa paksaan..jadi kita akan sentiasa rasa ianya bernilai dan menghargai kawan2 sepanjang masa

  • Senyum (^_^)
wah petua ni je pun dah boleh pikat hati kwn kita yang baru gaduh ke ataupun yang sebelum ni kita selalu bermasalah dengan dia...senyuman terukir mencipta kebahagiaan itu sendiri.. jadi perkenalan itu makin indah ...kerana kita sentiasa merasakan kebahagiaan dalam diri bersama..

  • bercakap hanya perkara baik mengenai kawan kita
jadi apabila macam tu ckup2 la kalau kita selama ni mengata kawan2 or mengumpat... belajar la sentiasa bercerita tentang yang baik sahaja..Insya-Allah diri pun bahagia~

  • sebut nama mereka dengan baik
bagi petua ni aku rasa memang lah amat wajar kerana kalau aku sendiri tak selesa dan gemar mereka panggilan diri aku yang membuatkan aku tidak selesa..jadi sebut dan panggilah panggilan kawan2 buat mereka selesa...

  • sokong cita-cita kawan
haa..ni la 1 perkara aku suka kerana apa??kerana kita ni hidup biarlah berjemaah jadi perlu la saling menyokong antara 1 sama lain..jadi menyokong la teman sebaya kita yang punya cita2 yang tinggi...jika yang tiada kita bagi la pandangan~~ok?

  • elakkan diri daripada menjadi seorang yang terlalu sensitif dan mudah kecil hati
petua terakhir ni amat la sesuai untuk diri aku ni..huhu entah la aku ni memang seseorang yang sgt sensitif..so aku mengambil masa utk berubah ...harap maklum~~

p/s

perkongsian menarik bagi aku~hidup ni kadangkala kita tidak sedar akan perilaku yang membuatkan orang tidak selesa serta kita sendiri membuatkan orang tersinggung..jadi sama2 berusaha memperbaiki diri..dan terus merapatkan ukhuwah tercipta ikhlas kerana Allah...




2 comments:

sekamar rindu said...

salam...

petua yg sangat bagus....:))

* folo ur blog...*90

sea_lavender said...

wsalam..Insya-Allah..thnkx sekamar rindu