Thursday, 4 November 2010

KeLeBiHan LeLaKi PaDa AkaLnYA


erm post kali ni saje lah plak nak berbicara tentang kaum Adam...sejak 2 menjak ni pasal kaum Hawa je dengan kelebihannya so jom kita cungkil ape plak lebihnya kaum Adam ni ek~~nak jadi cite la plak tadi aku de sembang2 dengan housemate aku tentang lelaki pilihan....haha (gelak besar aku)..aku kalau soal ni ske je tapi bukan gatal ye~ cuma memikirkan siapa la yang malang apabila jadi pilihan aku nanti hehe~~ no komen la ye..aku hanya mengharapkan yang terbaik.. (demand jugak aku nie..ngegege) Amin.. Insya-Allah segala ketentuan-Nya..ni juga sebahagian artikel yang telah aku baca dan diadaptasi versi aku sendiri...layan~~zazzz...

Allah Maha Bijaksana dan menjadikan makhluk berpasang-pasang, lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya segala-galanya berpasangan dan saling melengkapi...sebenar banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu kita renungkan dan menjadikannya bukti keagungan dan keesa-Nya...Misalnya dalam kejadian manusia, Allah S.W.T telah menjadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu(ni fakta ye~)

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki sebagai penjaga bagi kaum wanita.So,kaum Adam tolonglah buka mata luas2 lihat betapa pentingnya peranan anda ye sama la juga cam post aku sebelum ni iaitu lelaki pemimpin wanita...Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki, contohnya dalam hal penyaksian. Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini.Masing2 akan melakukan perkara yang menjatuhkan maruah dan juga mafsadah terhadap maqasid yang diamanahkan dalam diri setiap insan iaitu salah satunya memelihara maruah dan kehormatan (wah penjelasan macam ustazah la plak hehe ye la baru abis paper CTU kan hehe...~~ ske3x...kesilapan sila betulkan ye....Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.Tengok tu, untung lelaki ni kalau guna akal yang ada ni sebaik mungkin. Dieorang mesti dah jadi hebat dan makin dihormati... tapi sekarang??no komen la...pelik dan sedih jugak aku soal kepupusan lelaki dalam pengurusan organisasi or something yang kena beri komitmen sume..huhu..ntah nape ye~ mungkin dieorang tak sedar kot yang sememangnya mereka hebat jika guna akal yang dikurniakan-Nya 100% dah confirm2 merekalah yang paling terselah~ape yang aku sedar sebenarnya mereka ni cuma memerlukan penggerak dalam nak lakukan tu~~terutama dari kaum Hawa~ (daripada pandangan dan pengalaman aku setelah berkawan2 dengan insan bergelar Adam...yang tak diragui lagi kan Adam dan Hawa saling melengkapi dan memerlukan~~

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi, bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula.Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi, lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala kes buang bayi dan lelaki dengan gejala mat rempit. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.So,renungkanlah jangan zaman lahirnya kata2 ''dunia dah akhir zaman''... jadi bila plak kita nak laksana dan selesaikan segala tanggungjawab kita terhadap diri,keluarga,masyarakat dan keluarga~~

Kata orang tua-tua - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini sudah hampir berkubur. Apa tindakan kita sekarang? Jadi, seharusnya kita hari2 memuhasabahkan diri dan merenung serta bertindak berubah sesuatu perkara negatif kepada sudut positif~

p/s
:nukilan ini terpelihara namun tidak terselah kerana aku mengejar masa utk study dan kurang mood mengarang~so belajar2 la memahami ayat2 yang maybe anda sendiri kurang faham..huhu
:benar2 buat renungan diri aku jua~
:maaf jika ada membuat mane2 pihak terasa..bagi aku ni sekadar perkongsian dalam masa membuktikan apa yang dah berlaku dan agr akan berlaku perubahan ke arah yg lebih baik~


Blogger Templates

No comments: