Wednesday, 22 June 2011

HaRi Ini...


gambar ni dah macam aku tadi lepas dah kuar daripada tandas
yang masih menahan sakit yang tak tahu puncanya... ='(

Assalamualaikum semua... apa khabar semua??sihat?? erm hari ni aku just nak kongsi apa yang berlaku pada aku hari ini~~ huhu... aku ade kelas jam 10 pagi..so aku ni selalu je la excited kalau ke kelas ni ~so, aku lepak2 dulu d library kononnya dapat la prepare ckit2 apa nak diajar lec untuk hari ni tapi tengok2 aku suka la plak mencapai buku2 yang menarik aku untuk membaca tak pun sudut surat khabar kt library tu aku yang kuasai...hehe =D ... Ok tepat jam 10 pagi aku pun berangkat ke kelas untuk mengikuti subjek hari ini iaitu ECO 261 - Malaysian Economy... dalam tengah belajar tiba2 aku sakit perut sangat2 huhu...bukan nak ke tandas ke pe tapi ntah la sakit sangat...memang aku tak fokus la..dengan rasa nak pitam dengan loya nak muntah...( maaf kalau baca entry ni cam tak suka..) just luahkan apa aku rasainya...aku siap pegang kawan aku takut jadi pe2 ke... dalam hati aku ingatkan aku ni cam bese la sakit perempuan setiap bulan...tapi aku yakin memang tak pun..huhu then aku gagahkan diri juga untuk berada dalam kelas sampai habis chapter hari nie..lagi2 hari ni dalam bilik seminar,bergabung kelas plak dan aku plak duduk paling hadapan sekali..memang tak la nak keluar,kan?? cam mengganggu kelas je...walaupun aku ambik keputusan untuk duduk dalam kelas namun kefokusan aku cam (telur ayam = 0 ) lepas abis je kelas aku ajak kawan aku pergi tandas mana la tahu...memang aku ni ke~~.. huhu tapi memang tak pun... masalahnya sakit tu memang teruk la..aku siap jumpe lec minta maaf coz tak dapat fokus dalam kelas beliau...nak jadikan cerita plak hari ni ade kelas ganti bagi subjek yang sama sambung jam 12-2 petang.. so aku terus inform lec aku awal2 yang aku tak boleh fokus dalam kelas beliau tapi hanya dapat menghadirkan diri ke kelas.. (yela kehadiran tu penting k untuk carry marks 10% )nasib la lec aku sporting... Alhamdulillah...ok2 berbalik dengan sakit yang aku alami tadi aku terus terlintas dengan penyakit yang aku risau akan ku lalui jika tak menjaga kesihatan diri... erm sebab apa dua2 nie selalu akan kena pada mereka yang suka sangat makan masakan pedas dan makan tidak mengikut waktu... kalau tengok2 ciri ni pun kita dah tahu sakit apa kn?? appendik dan gastrik.. ~ huhu abis kelas awal nasib la jugak...balik aku makan sikit then solat dan makan panadol terus rehat~~ sekarang dah bangun terus cari kat mr.google tentang simptom2 penyakit nie.. ade gak la kena dengan apa yang aku rasai tadi...harap2 aku tak la kena...lepas ni aku berjanji pada diri untuk lebih menjaga kesihatan diri...thankx bagi yang bagi nasihat...sye sayang anda semua =) jom kita baca sama2 fakta 2 penyakit nie...


GASTRIK

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan (tidak berlaku pada aku tadi k)
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan (paksa diri untuk makan jugak tadi)
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)~~ (tak de la smpai cam tu)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrikberbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


APPENDIK

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .


FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.disebabkan tu selalu orang yang selalu kena appendik yang suka pada makanan yang pedas2 dan aku akui itulah diri aku~~huhu tanda makanan pedas aku kurang selera makan...smlam pun makan ade la aku saje beli ikan msak merah... sedap2 tapi Ya Allah pedasnya sampai aku menangis caya tak~~huhu dalam mse sama ske makan pun tk dpat tahan...ngege~~

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu


P/S :

disebabkan sye merasai siptom2 ni pada pagi tadi jd sye bertindak untuk berkongsi maklumat yang sye cari untuk perkongsian bersama...i'm scared rite now~~
ok entry fakta2 ni pun aku just copy paste je la ye~~ lagipun aku bukan student sains yang nak jadi doktor kena wat research semua bagai..sekadar perkongsian buat semua termasuk diri ni yang dalam ketakutan kalau2 terkena penyakit2 ni huhu~~ doakan insan bernama Syazwani Mohamad tidak mengalami penyakit2 nie.. Ya Allah jauhkan la aku daripada kedua2 penyakit nie...Amin... baik la lepas ni sye berjanji menjaga kesihatan diri dan jaga makan minum~~... jadi orang sekeliling yang sayang sye tolong forces2 sye k~~ hehe...sye memang cam nie..mak sye pun dah kenal anak dara die sorang nie..mak sye dah abis kuat membebel sye ikut tapi kadang2 kalau dah bz sume sye akan lupa huhu...Insya-Allah moge2 semua tiada apa2... ~~


Tuesday, 21 June 2011

tanggungjawab~


Assalamualaikum semua~ munink... erm entry pagi ni serba ringkas je...kerana apa? coz aku lepas nak siap prepare untuk presentation OB aku jam 2 petang ni..then ade kelas jam 12 plak...huhu~ wish me luck =D k~so tajuk entry pun tanggungjawab... jadi aku ambik kate2 ni sebagai semangat aku petang nie!!!

''tugas kita adalah sebagai khalifah,pegawai ataupun orang kepercayaannya. Tanggungjawab kita berkhidmat dan berbakti kerana Allah, iaitu menjaga,menggunakan dan membangunkan hartanya yang diamanahkan dengan baik dan betul''

''dengan kekuatan jiwa,ilmu dan iman, kefahaman dan kesedaran, kita menjalankan tugas yang kedua iaitu membangunkan dan memajukan bumi. Memaju dan membangunkan bumi dan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia sesuai dengan kehendak Allah...''


p/s : memang nampak macam tak kena mengena je entry ni dengan tanggungjawab aku yang nak kena present hari ni dalam kelas~~tapi aku saje2 nak merungkai tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ni~Insya-Allah marilah kita sme2 menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita ni sebaik mgkin.. so, sekarang aku berusaha laksanakan amanah iaitu tanggungjawab untuk present dalam kelas kepada kawan2... aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswi yang masih menuntut ilmu Allah untuk berbakti pada agama, bangsa dan negara kelak~~ Amin... Go2x waniey u can do it!! all the best =D



Sunday, 19 June 2011

AyaH TeRsAYanG

insan yang ku kagum,idolaku, jantung hatiku~~
wani syg ayah (^_^)

Assalamualaikum semua... ok2 hari ni tanggal 19 jun bersempena hari bapa sedunia sebelum hari ini melabuhkan tirainya aku pun nak buat entry pasal my beloved dad ~~ Haji Mohamad B. Abd Rahman... beliau insan yang terbaik di mata aku~ walaupun beliau seorang yang sangat kuat membebel kalah my mum...hehe =D (ayah maafkan wani tapi ayah la memang best dan terbaik) ~~ erm dalam adik beradik pun aku yang la paling rapat dengan ayah kot.. sebab dari kecik sampai sekarang salu je nak berkepit ngan ayah ngege~~ malu d ctu (=_=) erm ntah la kalau bercita pasal ayah aku mesti nak nangis~~ ='( wani sayang ayah...maafkan wani kalau ada salah silap sepanjang 20 tahun wani bersama ayah...ayah banyak mengajar aku erti kehidupan, beliau mendidik kteorang 3 beradik untuk hidup susah dan jangan terlalu memanjakan diri. walaupun Alhamdulillah kehidupan kteorang sekeluarga sederhana..aku memang susah nak terima untuk belajar semua nie...lagi2 aku anak yang last..semua memakan masa...yela nak apa selalu semuanya dapat...tapi kadangkala aku terfikirkan sejenak memang wajar pun tindakan ayah..kerana apa??apabila kita belajar merasakan kesusahan setidak2nya usaha kita untuk dapatkan sesuatu akan penuh dengan kesungguhan,dan dalam masa yang sama kita belajar nilai untuk menghargai sesuatu dalam diri.. misalnya, ayah selalu pesan kalau kita naik kenderaan tak kira la basikal, motorsikal,kereta ke?? tengok orang sekeliling kita yang berjalan kaki, secara tak langsung kita sudah merasa bersyukur dengan apa yang kita ada dan nilai simpati menguasai diri pada mereka yang dalam kesusahan.....orang kena hujan panas semua atau keselamatan semasa berjalan tak terjamin..dan kita?? sudah cukup memadai terlindung daripada hujan panas dan mungkin terselamat daripada bahaya...Insya-Allah... Alhamdulillah aku bertuah mempunyai super hero seperti ayah~~~ yang cukup banyak mengajar nilai2 murni dalam diri anak2 nya..ayah juga seorang yang amat mementingkan agama pada anak2nya..tapi tak dela sampai memaksa anak2 pakai jubah semua..cuma lebih selesa dan berbangga kalau anak2nya pandai menjaga adab kesopanan dalam berpakaian... syukur kami masih mengikuti didikan beliau sejak kecil berpakaian yang tidak pelik dan mencolok mata..Alhamdulillah...ingat pesan ayah dan mencari keredhaan Allah dalam kehidupan... hmm kalau bicara soal agama ni ugak bab solat la paling dititik beratkan..daripada kecik sampai kami semua dah bergelar anak dara pun beliau masih menjaganya (kantoi sudah anak dara kena bising sokmo kalau lewat solat) hehe tapi Alhamdulillah.. skg dah tak de la semua dah gerak sendiri tanpa bunyi bising daripada ayah.. kalau dulu lewat solat atau buat2 malas gamaknya rotan la dibaginya..ala tapi tak sakit pun..kteorang men lari2 dalam rumah dan siap men sorok2 rotan kerana tak nak bagi ayah rotan hehe =D ..Yang paling lucu sekali bab solat ni apabila solat subuh..kalau anak2 beliau nie liat sangat nak bangun...ayah akan ambik air letak dalam bekas then beliau percik2 kat muka daripada atas waktu kteorang sedang enak lena tido dibuai mimpi , kteorang dah pelik abis la~~ pastu ayah akan cakap'' eh tak de pela, dinding rumah bocor tu..then kteorang pe lagi bangun terus cabut solat la...'' hehe ni la zaman kecik2 sekarang dah besar semua sendiri la...yela dah jauh di perantauan masing2 dalam mengejar ilmu dan belajar berdikari dalam kehidupan.. ayah aku seorang anggota polis..dari kecik kteorang anak2 diajar dengan disiplin...walaupun tak ade anak2 lelaki tetapi ayah tetap tegas dengan anak2..mandi pagi sume kenal awal kalau tak dengar la bebelan kalah mak aku tu~~ ...ayah aku ni kira garang la.. kerana kawan2 aku dan kakak2 pun agak takutla..hehe =D Pak cik Mohamad ni garang sangat la..sampai kalau tyme raya pun memang susah la umah aku nak dikunjungi kawan2 lelaki ...tettt garangnya...ayah aku ni memang menjaga anak2 nya...namun tak bermakna menghalang terus untuk bergaul dengan lelaki terus cuma mengawal...namun bagi aku sendiri, sapa2 kawan aku lelaki dan perempuan aku akan citekan...anak manja ayah semua nak cite~~ =) ok la..kalau nak bercerita tentang ayah aku ni, aku rasa sampai esok pagi pun tak abis kot~ so , sudah2 la nak tahu lebih lanjut jemput datang rumah jumpa ayah sendiri~~hehe ( tapi yang pasti kena kenal aku dulu la~~ngege..jom layan gambar2 ayah kesayangan aku~



setiap kali hari raya anak sorg ni tak terlepas bergambar
dengan ayah kesayangan hehe =D~


Ni waktu aku f3 tak silap baju nak sama je ngan ayah~~
i like it~


ayah setelah bergelar Hj. Mohamad b. Abd Rahman
haa serban tu sye yang buat k~~men gulung2 hehe =D
Sebelum ayah pergi menunaikan solat jumaat~


ayah bersama my mum ~~
wah3x merpati sejoli nie sama warna tu...
boria orang penang kate~~


ucapan buat ayah :

Selamat hari bapa buat ayah tersayang ~ i luv u so much...mmmuah3x~~ terima kasih banyak sepanjang 20 tahun kini mengajar aku banyak erti kehidupan .. jasa dan pengorbananmu tak termampu aku balas namun akan berusaha menjadi anak yang terbaik mu di dunia dan akhirat Insya-Allah... Amin... =)

sepanjang mengarang cerita tentang ayah nie..aku menangis teresak2 ='( teringat dan merindui ayah d rumah~~ aku berada d kampus skg..huhu..tapi hari2 kol hehe =D

Saturday, 18 June 2011

AmaLan PemBuKa Rezeki

Munink~~ sihat semua?? Alhamdulillah aku diberi nafas untuk meneruskan hidup...ok pagi ni sekadar perkongsian bacaan aku tentang amalan2 yang menjadi pembuka rezeki kita sebagai hamba2-Nya..ayuh kita segerakan amalan2 nie untuk tingkatkan lagi amalan2 ibadat kita kepada Dia Yang Maha Pemberi... dalam masa sama kita dapat mendambakan diri pada-Nya.. Insya-Allah...kita juga harus ingat bahawa konsep rezeki dalam Islam yang sering diperkatakan : Allah memberi laluan bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.. Antara amalan2 yang dapat kita amalkan~~~

  • senantiasa menyempatkan diri untuk beribadah pada Allah
Allah tidak sia2 kan pengabdian kita kepada-Nya seperti firman :

'' Wahai anak Adam sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu menjadi kaya dan menutup kefakiranmua. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.''

jadi lakukan lah ibadah2 yang dapat tingkatkan keimanan kita pada Allah misalnya solat2 sunat seperti solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat..Insya-Allah..kita doa2 kita diperkenankan dan dimurahkan rezeki...


  • tinggalkan perbuatan dosa
kita sama2 lah berusaha untuk tidak terus untuk melakukan dosa... banyak2 kan la beristighfar untuk tidak laku di sisi Allah jika kita masih terus melakukannya... Dosa bukan sahaja membuat kita resah malah menutup pintu rezeki kita..
Sabda Rasullullah S.A.W ''... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya''...bukan bermakna kita sebagai kaum Hawa bebas melakukan dosa namun renung2 kan la sabda ni sebagai hamba-Nya yang kerdil harus sedar akan diri nie

  • sentiasa ingat Allah
kita haruslah sentiasa mengingat Allah dalam setiap perilaku kita..apabila kita sentiasa mengingati-Nya sudah pasti perbuatan kemungkaran pada-Nya terhalang daripada kita untuk melakukannya...Apabila kita senantiasa mengingat Dia hati akan menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang sekali =)

  • memperbanyakkan istighfar
istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa kita kepada Allah...yang akan menjadi kan penghubung antara kita dengan-Nya..ini juga menjadikan Allah jatuh kasih dan kasihan kepada kita lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan kita.

  • kekal berwudukItalic
seharusnya kita berada dalam keadaan berwuduk seelok2 nya kerana tika kita berkeadaan suci dan bersih ini kita mampu melakukan amalan2 yang baik seperti membaca Al-Quran, mengerjakan solat sunat dan jadi kita dapat mendambakan pada-Nya...
Baginda bersabda :
'' sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadis) nescaya Allah akan memurahkan rezeki''...

  • berbuat baik dan menolong orang yang lemah
kita perlu la sentiasa berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah untuk menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin juga isteri dan anak2 yang masih kecil

sabda Nabi " Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang2 lemah dalam kalangan kamu''...

  • mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
ok amalan ni bukan la bermakna kita memilih ayat2 Al-Quran tertentu je tapi amalkan ayat2 ni dengan lebih kerap agar menjadi 1 doa buat diri... zikir daripada ayat2 Al-Quran atau Asma'Ul Husna selain menenangkan,menjernihkan dan melunakkan hati..ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman, dan dilapangkan rezeki... Contohnya,dua ayat terakhir surah At-Taubat (128-129) jika dibaca secara konsisten 7 kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki...Insya-Allah...mari kita amalkan...di samping amalan bacaan Al-Mathurat setiap pagi dan petang juga baik..dan aku sendiri merasai ketenangan apabila berusaha mengistiqamahkan amalan nie.. Alhamdulillah...

p/s :

~hanya perkongsian melalui pembacaan aku..sabda dan firman hanya diambil daripada bahan bacaan...moga dapat dijadikan renungan bersama..
~ayuh kita tingkatkan amalan2 kita untuk memohon daripada-Nya agar senantiasa dimurahkan rezeki... Amin...
~ok2 nak siapkan assgmnt yang tertunggak...jika ade penambahan perkongsian ni inbox2 k? =)
sangat mengalu2kan~~
~moga ini dapat dimanfaatkan buat kita semua..Insya-Allah...



Tuesday, 14 June 2011

GeGaRan

Subhanaallah.. kuasa Dia Yang Maha Kuasa ... awal pagi tadi aku baca utusan online tengok2 berita gempa bumi...then baru 1 jam yang lalu aku tertengok status blogger terkenal tu si budak comey tu ~~ irine nadia marcello di facebook yang berstatus ''Gud mowning shume. Pagi td ada gegaran ke? nape aku tak rasa. huuuu.''~ tiba2 aku terus terasa bergegar..aku ingat roomates aku panggil sambil tarik2 kerusi aku rupanya...memang gegaran...Ya Allah tika t$u aku dah takut jugak yela walaupun ianya hanya seketika dalam beberapa saat sahaja.. teruskan terlintas bertapa kerdil kita pada-Nya,...kekuasaan-Nya tiada tolok bandingnya.. jadi mari lah kita sedar sama2 tingkatkan amalan ibadah kita kepada-Nya..Yakin segala ketentuan-Nya...Allah menunjukkan kekuasaan-Nya agar kita dapat memuhasabahkan diri ...buat renungan bersama...Insya-Allah...



bila kita bersama ~ ♥

Penambahan entry~~ apabila aku dah rajin dengan kelas yang batal hehe =D~ tak de pe sangat pun just nak berkongsi entry ''bila kita bersama'' buat ex-roomates aku semester lepas dan merangkap housemates aku bagi semester 1, 2,3, dan 5 kini~~iaitu miss Raifana Najlaa~~ korang nak kenal die lebih dekat klik je nama die tu..nama die pun unik dan menarik..~~ wah orgnya pun bagus jugak...hehe =D .jom terjah die~~..kita orang dapat keluar bersama juga minggu lepas~ janji aku telah dikotakan untuk keluar bersama dan akhirnya... Alhamdulillah...kita dapat bersama cik lala...bagi memulakan semester baru kita bersama~ ~



sesi makan d mcd~~ post pic die dlu la kan.. dan nk bercite tntg die... hehe =D


dan akhirnya tuan pnya blog~ (^_^)


bersemangat abis cik lala nk cari barang yang die nak sangat2 tu~~
tettt.... ;p


aku sempat jugak pose hehe~~ =D
harap maklum sye tidak memborong k, tu sume cik lala pnye barang sje la wat syarat k~


Dalam bus perjalanan pulang ke kampus..



selepas pulang sempay jugak nak bergambar lagi...
kenangan buat diri la katakan~~ credit bg cik lala ambik untuk saya~


cik lala termenungkan sapa tu??
tett buah hati ye...haha kantoi sudah ;p


nice2
(perasan sebentar, kalau tak puji diri sendiri sapa la nak pujikan so tekan lif tekan sendiri la aku)
mekaseh sekali lagi cik lala..

ok2 sekadar luahan cite dengan pilihan gambar2 daripada aku buatmu teman...
nice ti be frends wif u.. i hargai la =_=
mekaseh jugak temankan sye bertemu seorang teman yang lain...
Insya-Allah ukhuwah terbina antara kita berkekalan dan dirahmati Allah...
gud luck 4 this sem..kasi skor sme2 ..
all out gurl!!
sayang kamoo ~~




Make Me Strong

sekadar berkongsi lirik lagu daripada Sami Yusuf~ bermakna lirik..jadi ini lah bagi tingkatkan kefokusan kembali dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan liku dan onak duri.. Insya-Allah... hayati lah ~~kalau korang nak dengar serta menghayati lagi lirik g ke link nie~~ nice song.. Sami Yusuf

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long




MeMaLukaN KuLiaH Semester Ni~




Assalamualaikum semua...entry aku di pagi hari...saje gatal2 nak mengarang cite... hehe =D ok2, story mory aku nak cite ni kali ni sebenarnya saje2 jela...aku rasa persitiwa ni akan menjadi 1 kenangan menarik buat diri aku sendiri bagi semester 5 ni~~ al kisahnya bermula pada minggu pertama kelas aku bagi semester ni...iaitu pada 2 minggu lepas yang bermula
(30 Mei 2011- 3 Jun 2011)... hari pertama semester ni memang aku agak sibuk kerana kena terpaksa selesaikan tugas aku sebagai setiausaha Minggu Destini Siswa (MDS) yang perlu masih belum selesai...aku perlu memastikan bilik rehat untuk siswi di kampus aku yang dijadikan sebagai bilik gerakan dalam keadaan kemas, teratur kembali seperti sediakala..serabut2x juga macam2 kena urus..huhu...hari pertama ni juga tiba2 aku menjadi seorang insan yang tidak ada keyakinan pada diri dan malu untuk menghadirkan diri ke kuliah disebabkan keputusan semester aku yang lepas kurang memberangsangkan... =( ... aku sampai menangis2 juga kerana ni semua..stress...dan akhirnya muncul insan2 yang memberi kekuatan pada aku saat memerlukan...dengan memberi kekuatan,keyakinan dan ketenangan...terima kasih tak terhingga buat anda semua....aku sayang semua sangat2 =) Kelas pertama aku bermula jam 12.00 tengahari jadi aku pun menyelesaikan tugas setiausaha aku tu terlebih dahulu dan bersemangat untuk masuk kelas setelah minda akun nie telah d 'brainwash'...hehe yela pada mulanya sangat down~~hmm...aku pun pergi la kelas tepat pada masanya...namun kelas masih kosong ketiadaan orang...yela hari pertama kelas kan...aku sorang jela terlebih excited ~~huhu...semester ni aku mengambil keputusan untuk memilih bersendirian to go on with my life at campus...erm ntah la nak pembaharuan kenal kawan2 baru..(nak ikutkan bukan la baru mana pun cuma aku ni jarang kenal orang tapi orang je kenal~~kui3x perasan sebentar) bukan niat riak or ujub k~~...hinggakan aku tidak memberitahu sape2 pun group(kelas ) yang aku ambil bagi semester ni..Alhamdulillah setelah 3 minggu nie, aku bersyukur sekali telah bertemu coursemates yang sama jiwa dan Insya-Allah boleh bekerjasama...haaa hikmah aku tak memilih la sangat group aku ...hehe =D..~~kerana nak new life la kata kan~~...tapi ada je beberapa orang yang aku pernah kenal dan kelas bersama daripada semester 1 aku jumpa n say ''hye2'',''bye2'' je la ~~minggu pertama ni agak jenaka la ckit, yela jadual tak betul sangat dan sikap terleka aku plak menguasai diri...ye la..korang boleh bayang tak, aku boleh masuk kelas semester 1 yang sedangkan yang aku ni student semester 5 ... Ya Allah malu tu jangan kate ape la, aku siap boleh msg lec yang pernah ajar aku lagi bunyinya cam nie

aku : '' miss mengajar part 5 lagi kew? (dah muka seronok2 (*_*)best2 wah kelas sye lagi....apabila aku sampai depan kelas tengok2 semua student part 1 ~~malu la =_= sambung sms.. miss, maaf salah kelas huhu~~jadual depan pintu pun untuk student part 1..

nak ikutkan kelas aku pada hari tu jam 2-4 petang, tapi aku boleh datang dengan penuh semangat jam 4 kerana ingat kelas bermula 4-6 petang~~rupa2 nya aku tersalah salin jadual part 1 untuk hari tu sahaja.. budget abis senior la sangat kn???

Masuk minggu kedua plak ( 6 Jun-10 Jun 2011), minggu lepas tak sangka ianya berulang kembali~~ aku sendiri kepelikan...mana perginya kefokusan aku dalam mengerjakan sesuatu nie..huhuhu ... dah bersemangat abis sem nie nak tingkatkan keputusan untuk lebih terbaik...~~ Insya-Allah...haa..tapi jadi camni plak... kisah minggu ni~~aku setiap hari khamis ade 1 subjek tapi 2 kelas : pagi kuliah dan petangnya tutorial...agak stress yela subjek (fin 329)-investment then belajar men2 saham lagi~~huhu...coursmates dan aku punya risau kalau pagi belajar2 petang dah kena ambik kuiz or test ..HoHo... apa la keputusannya nanti~~ok2 berbalik cite nie, aku ni pagi2 dah bersemangat g kelas...then balik la jam 10 pagi apabila dah abis kuliah...then aku ni wat la kemas2 bilik sementara nak g kelas kul 2 plak ~~ haaa...lepas zohor aku ni terus bergegas ke kelas~~ konon takut terlewat masuk kelas...apabila sampai...tettt...perkara sama berulang silap kelas lagi!!! malu3x betul aku..rupanya aku salah lagi salin kedudukan masa subjek tu pada jadual di bilik n pada notes yang aku buat~~ aku tengok jadual di luar kelas tu, subjek bel 311 bagi student part 3..aku dh pelik terus kol coursemate~~ huhu akhirnya kawan aku cakap

tasha :'' aik, ko nie kelas kul 4 la~~ Aku tengah relax2 nie..la ko relaxla thu ar bersemangat nak belajar finance~~ (baik nya punya perli ~~)
aku :'' Ya Allah...wei, malunya aku nasib tak masuk kelas lagi ...la kira aku salah salin jadual lagi ke nie??? haa... blur..agak geram...akhirnya ambik keputusan g lepak di library je prepare subjek finance sampai la dekat kul 4 baru masuk kelas~~huhu


p/s: pengajaran al-kisah ni bagi siapa2 yang membacanya :


~~sila pastikan kefokusan mental anda apabila bermula semester baru... jangan jadikan aku contoh...tapi ambik sebagai pengajaran diri..
~~ buat diri ni aku berjanji akan berusaha untuk memfokuskan diri dalam sesuatu perkara seperti sebelum2 nie!!! azam dan semangat bermula minggu ketika hingga akhir semester nie~~
(ntah la berangan apa la cik waniey sorang nie..ish3x!!!)
~~post ni saje2 kerana hari nie kelas aku,memang batal confirm!! bukan 1 khayalan aku k ~~ akan diganti esok..huhu
~~ok la nak mandi dan solat Dhuha..ayuh kita kerjakan sama2~malu dengan apa berlaku nie maybe boleh terima namun malu bertemu dengan Dia Yang Maha Esa...itu yang perlu ada






Beralih mencari Dia Yang Esa

Alhamdulillah... ok2 pagi ni post aku sekadar berkongsi lirik lagu baru di blog aku... lagu nie cukup memberi kesedaran pada aku dan merasakan sangat kerdil dan hina disisi-Nya.. Ya Allah ampunkan dosa2 ku .....~~ jom kita layan bersama bait2 liriknya...

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Ku angkat tanganku
Ku lafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Verse
Tuhan lihatlah aku
Ku berserah kepadaMu
Ku letakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Chorus
Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Ulang Verse

Ulang Chorus

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu





Wednesday, 8 June 2011

(✿◠‿◠) ♥ ♥ ILMU & KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. pagi ni aku ade terbaca sebuah artikel tentang ilmu dan kehidupan.. aku rasakan ianya 1 artikel yang menarik dan dapat dikongsikan bersama..dalam masa sama menyedarkan kita tentang kepentingan ilmu untuk kehidupan kita kelak~~ tetapi maaf la aku hanya sempat copy dan paste kerana kesuntukan masa untuk mengedit artikel nie... ok pe2 jom kita layan k~~

Keindahan ilmu pada penuntutnya umpama orang yang buta kemudian celik dan boleh melihat keindahan dunia...

ILMU....

Sebuah perkataan yang indah, akan tetapi tidak semua orang yang menyedarinya. Majoriti manusia belajar dan menuntut ilmu hanya untuk populariti dan mengejar kemewahan dunia, kononnya kalau belajar tinggi nanti kerja akan mendapat gaji yang tinggi. Akan tetapi hakikatnya adalah salah bagi orang yang mempunyai fikiran sedemikian. Hal ini kerana ilmu adalah suatu yang indah dan bukan untuk dijual beli. Orang yang mencari ilmu hanya untuk dunia maka ia hanya akan memperoleh dunia sahaja, akan tetapi orang yang menuntut ilmu dengan ikhlas dan mencari redha Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya dan menambah ilmunya dengan berlipat ganda serta memperoleh redha Allah, serta akan dihormati oleh manusia.

Setiap manusia diberi peluang untuk menuntut ilmu, akan tetapi tidak semua orang menyahut peluang yang tersedia itu. Kemiskinan dan perkahwinan bukan suatu masalah bagi orang yang ingin menuntut ilmu. Orang miskin yang berilmu lebih baik daripada orang kaya yang bodoh. Hal ini kerana orang miskin yang berilmu dan menggunakan ilmu yang dimilikinya maka ilmunya akan bertambah, akan tetapi orang kaya yang sentiasa menggunakan hartanya maka harta tersebut lambat laun akan habis dan kemungkinan dia akan jatuh miskin. Sebagaimana kata Abdullah bin Abbas:

"Ilmu akan menambah kemuliaan orang yang mulia, dan meninggikan darjat pemiliknya di tengah manusia, serta menundukkan para raja laksana tawanan"

Dalam kehidupan sekarang ini, wanita selalu mendapat masalah apabila hendak menuntut ilmu. Hal ini kerana ada yang mengatakan bahawa wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana nanti dapur juga tempat kediamannya. Ini adalah satu fikiran yang salah, kerana seorang ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Ini kerana apabila seseorang itu bodoh maka ia akan mendidik anak dengan kebodohannya, manakala orang yang berilmu akan mendidik anak dengan ilmu yang dimilikinya.

Jika kita lihat pada zaman ini, ramai wanita yang telah mendirikan rumah tangga pada usia muda. Pada hakikatnya tidak salah bagi wanita yang telah berkeluarga untuk terus menuntut ilmu, sama ada menuntut ilmu di sekolah-sekolah formal atau sang suami yang menjadi guru bagi sang isteri, kerana perkara sebegini merupakan kewajiban seorang suami untuk mendidik isterinya dan menjadikan isterinya seorang yang berilmu. Jadilah seperti Aisyah binti Abu Bakar,seorang isteri nabi yang menjadi tempat untuk para sahabat bertanya pelbagai soalan. Walaupun dia hanya seorang wanita, akan tetapi dia adalah seorang wanita yang cerdas yang sentiasa memperoleh ilmu dari sang suami iaitu Rasulullah S.A.W. Oleh itu, sebagai seorang islam kita hendaklah sentiasa mengejar ilmu, kerana ilmu tidak akan datang dengan sendirinya dan orang yang mencari ilmu akan bertambah dahaga mencari ilmu, kerana ilmu itu sangat luas. Semakin dalam digali semakin banyak perkara yang tidak diketahui. Ilmu juga akan mengangkat darjat orang yang berilmu.


p/s:

~ artikel ni sekadar perkongsian bersama dan telah membuka mata aku sendiri tentang peri penting nya ilmu dalam kehidupan kita..bukan hanya dunia semata2 namun kepentingan akhirat jua...Ingat lah ilmu itu penting buat kita.. dengan ilmu juga salah satu amalan yang dibawa selepas mati~~

: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

~ok2 maybe ni post last... dalam 2 minggu lagi baru dapat ketemu kembali ya kerana aku nak menghantar laptop aku untuk direpair~~huhu... sedey ='(


Monday, 6 June 2011

Integriti dibina kecemerlangan dijana

Assalamualaikum dan selamat pagi semua ♥ pagi ni aku sekadar berkongsi entry berkenaan tajuk yang diketengahkan baru2 ni ketika aku menghadiri Forum Perdana di kampus aku... Alhamdulillah, aku teruja sangat dapat hadiri program nie.. seyes aku tak tahu pun langsung ade program ni... dah lah tak naik memo ke ape, nasib aku sempat on9 dan tengok post d wall mpp uitm n9~~ ish2, terukkan aku ni?? ( yela, dah tak jadi warga mpp nie semua info lambat je disalurkan ~~ lagi2 dah jadi mantan nie...huhu) pe2 pun bersyukur sangat la aku telah menjadi insan terpilih olehi-Nya pada hari Sabtu yang lalu untuk hadirkan diri dan dapat menunaikan solat Isyak jemaah bersama2 warga kampus yang lain... Program ni jugak bersempena program Institut Intergrit Malaysia (IIM)i bersama anak2 yatim seluruh n9~~ Memang ramai la, aku bersyukur sekali...kerana masih ramai siswa dan siswi mengisi masa lapang untuk mengikuti program cam nie...(ye la bukan senang lagi2 dengan dunia sekarang ni~~ malam sabtu kan, malam minggu mcam2 lagi aktiviti lain bagi mereka dapat dilaksanakan~~bukan bermakna aku memperlekehkan mahasiswa sekarang tapi memang itu realiti kini )erm..ok2 berbalik tajuk forum ni, mula2 aku kebluran la jugak, yela aku ni bukan la pandai sangat isu2 berat nie~~ tapi apabila keluar je tajuk nie daripada mulut moderator forum ni terus mindset aku terfikir '' erm integriti tu mesti ade kaitan denga nilai2 mahmudah dalam Islam sendiri seperti amanah, jujur dan nilai2 yang baik lagi ~~ haaa tepat sekali...dan itu la jugak sebahagian huraian yang disampaikan oleh moderator pada malam tu~~(wah merepek2 pun kena!!! tu dalam minda je ~~ ngegege) panel2 malam tu pun memang terbaik dan hebat2 la~~ terdiri daripada Timbalan Presiden Institut Intergriti Malaysia dan Timbalan Mufti Negeri Sembilan ..aku suka sangat kerana apa mereka cuba sampaikan dan kaitkan pun masuk dalam jiwa siswa dan siswi..hehe =D hmm...lagi2 contoh yang dikaitkan semuanya kena la pada diri aku sendiri.. kui3x malu la~~~(jadikan rahsia ) penyampaian pun mudah difahami..lagi2 hadirin juga terdiri daripada anak2 yatim yang berusia 13 tahun - 17 tahun jadi tak ade la penggunaan bahasa yang susah waktu disampaikan...apa yang cuba aku rungkaikan dekat sini, kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni tidak kira apa sekali pun berbeza agama, bangsa, warna kulit sememangnya wajar untuk sematkan nilai intergriti dalam diri demi memperoleh kecemerlangan dunia dan akhirat..bukannya susah dalam kehidupan amalkan nilai2 mahmudah, namun aku tahu ianya memang memakan masa...jadi berusaha sedikit demi sedekit la (renungan buat diri ini juga )...kerajaan kita sendiri pun dah membuat penekanan khusus tentang usaha dalam mengukuhkan nilai intergriti ni dalam jiwa rakyat Malaysia.. misalnya,pelan tindakan khas iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) yang ditubuhkan khas Institut Integriti Malaysia (IIM)...jadi wajar lah kita sahut sama2~~ Dalam forum ni jugak lebih menekan nilai integriti dalam jiwa mahasiwa sendiri di kampus dalam perjuangan menuntut ilmu ke jalan Allah.Melalui forum ni sendiri banyak membuka mata aku tentang soal perjuangan menuntut ilmu itu sendiri dengan melalui jalan yang benar.. Misalnya, dalam proses menuntut ilmu itu sendiri bagaimana usaha kita untuk kecapinya?? nilai integriti memang sepatutnya penuh dalam jiwa raga perlu tersemat dalam hati kerana apa? kita inginkan keredhaan-Nya bukan la ianya semata2 hanya kecemerlangan di mata dunia... namun sudah pasti di akhirat kelak... kita juga kena sedar kegemilangan Islam sendiri perlu bersandarkan kekuatan insaniah. Jadi inilah buktinya nilai intergriti !!!yang perlu ada pada diri kita semua ~~(wah dah abis bersemangat aku ni hehe ~~) secara tidak langsung bukti pegangan akhlak dan intergriti yang utuh dalam jiwa kita sememangnya perlu wujud... kita kena ingat bahawa pembentukan sahsiah yang hebat bukan menjadi satu pilihan dalam kehidupan namun adalah teras,tunjang dan kewajipan dalam Islam padai setiap insan dalam melahirkan kehidupan berakhlak~~ ok2 setakat tu sahaja nukilan aku pagi nie dah siap2 nak ke kelas~~ hehehe ... Azam dan semangat intergriti buat diri ini sendiri meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu kerana Allah..Insya-Allah... ayuh kita sama2 : INTERGRITI DIBINA KECEMERLANGAN DIJANA!!!! ~~ pesan seorang insan yang aku menghargainya berbunyi lebih kurang begini la~~ '' Jangan berbicara soal perjuangan kalau tak berani dan mampu untuk tanggung risiko'' akan ku sematkan ianya dalam hati untuk meneruskan liku2 kehidupan sebagai mahasiswa yang berketerampilan... Insya-Allah... Amin...


Sunday, 5 June 2011

pesanan insan yang aku sayangi

Assalamualaikum semua...aku kebosanan tahap yang maximum nie...jadi saje2 la nak kongsikan 1 entry iaitu pesanan insan yang aku sayangi~~ siapa?? haa tettt.. ala akak kesayangan aku la...hehe =D pesanan ni adalah 1 artikel yang mana akak sulong kesayangan aku ni serahkan pada semester 1 aku menjejakkan kaki di universiti... sampai sekarang artikel ni aku simpan dan akan ku lekatkan di board yang aku buat dalam bilik setiap semester... artikel ni banyak memberi kekuatan dan semangat dikala aku jatuh mahupun kurang keyakinan... pesan akak aku sendiri, simpan dan baca bila kamoo terleka dengan apa yang ada disekeliling sepanjang belajar nanti...mungkin ramai telah membacanya namun aku sekadar berkongsi sebagai santapan rohani bagi yang belum pernah terbacanya...jom sama2 hayati artikel ni...

Bersederhana itu kekayaan yang nyata

''mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin...''

jika perlu MARAH, marahlah...tetapi usahlah terlupa dengan perkataan SABAR..

jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG..

jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN..

jika mahu MISKIN, miskinlah..tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR..

jika mahu KAYA, kayalah..tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH..

jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA..

kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah...selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA..

kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS

kalau mahu MENIMBUN HARTA, berkeras-keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAT..

kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT..

kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang lain, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya..

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya...

Beserdahanalah dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara

ok2 sebenar ada lebihan lagi dalam artikel nie.. tapi aku merasakan nie pun dah cukup untuk berkongsi tentang kesederhanaan dalam kehidupan kita... Terima kasih my beloved sis yang serahkan artikel ni pada aku... ni dah macam azimat buat diri ni lebih kuat dan tabah dalam menuntut ilmu semata2 kerana Allah S.W.T. Insya-Allah... =)



Saturday, 4 June 2011

Menitiskan airmata kerana -Mu Ya Allah


Assalamualaikum...tajuk entry kali ni bukan la aku ingin mengubah perasaan orang yang sedang berbahagia mahupun bergembira kepada kesedihan...namun aku hanya sekadar ingin berkongsi perasaan aku saat ini di pagi hari ni..hmm ntah la hati aku membuka minda untuk berkongsi perasaan yang senantiasa menyelebungi diri aku akhir2 ni~kalau baca tajuk entry pun mesti semua orang sudah tahu apa yang cuba aku sampaikan...menitiskan air mata? yaa Syazwani Mohamad yang orang sekelilingnya sebelum ni beranggapan matang dan kuat, kadangkala menjadi satu pembohongan... apabila sentiasa menitiskan airmata bagi menenangkan jiwa yang semakin hari semakin lemah..aku tak tahu mengapa? namun aku sentiasa bersyukur dan bertuah sekali kerana titisan airmata aku mengalir tika aku menunaikan ibadat pada-Nya.. Ya Allah hebat benar kekuasaan-Mu... aku sedar akan kekerdilan diri serta diri yang masih belum cukup dengan ilmu-Mu..aku malu dan takut pada-Mu, Ya Allah... aku selalu titipkan doa inginkan yang terbaik dari-Mu...setiap kali aku mengabdikan diri pada-Mu... aku hanya insan yang lemah yang masih mencari jalan yang terbaik untuk membawa arus kehidupan ini.. Ya Allah bermohon limpah dan rahmat-Mu berikan kekuatan dan pelindungan kepadaku serta insan-insan yang banyak memberi kekuatan dalam hidupku.. Aku tahu Kau Maha Segala-gala-Nya... dan niatkan segala apa yang aku lakukan hanya kerana-Mu....Amin....='(



Friday, 3 June 2011

1st Giveaway from Mizayusofcom

Assalamualaikum.. aku datang nak post entry join contest yang telah d tag oleh kawan aku yang dah jadi blogger tegar ni si CIK PUTERI NATASSIA



contest ni senang je post banner cam kat atas then letak link entry kita buat pada cik miza ni..
haa jangan lupa follow dan tag la kepada 3 orang kawan blogger kita ... tarikh luput 30 jun 2011 ni...so jom join sekarang ~~

jadi aku tag kan kepada




My Anniversary Giveaway .

Assalamualaikum semua di pagi Jumaat bulan Rejab yang dinanti2kan =D ... Alhamdulillah.. aku diberi nafas untuk meneruskan kehidupan... pagi2 ni aku singgah blog kesayangan tengok2 de penambahan followers ..mekaseh bagi yang follow blog sye yang tak seberapa nie... then aku sempat check inbox komwen entry de blogger ajak aku join contest.. mekaseh kepada Ukasyah jemput sye join contest ni.. contest ni mudah je ..


Syarat-syaratnya

  • Terbuka kepada semua blogger
  • Buat entry tentang giveaway ni..letakkan banner di atas dalam entry dan link ke entry saudari ni
  • Rajin follow blog tu k~
  • Tag 3 orang yang lain..pastikan kawan2 yang kte tag tahu k..
  • Tarikh tutup penyertaan pada 10 Jun 2011, Jam 10 pm
  • Sila tinggalkan link anda di entry INI..

ok2 aku sendiri nak tag kepada