Saturday, 3 December 2011

Yakin Kerana Allah bersama

Assalamualaikum semua..selamat pagi semua..Alhamdulillah masih bernafas bagi meneruskan kehidupan pada hari ini..semalam entry aku berbunyi agak kesedihan..namun Alhamdulillah hari ini ketenangan dan kebahagiaan itu muncul kembali..hebat sungguh kuasa-Nya...apa2 pun terutama sekali aku amat bersyukur sekali ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat-Nya aku kuat dan masih bernafas sehingga kini... Alhamdulillah...dan hadirnya kedua ibu bapa aku sebagai kekuatan setelah kebergantungan pada-Nya..diikuti teman2 di sekeliling dan juga teman2 blogger atas doa kalian =) Semalam sakit yang ku rasa masih merasai namun kerana kekuatan kurniaan-Nya membuat aku jadi leka tentangnya dan yakin atas dugaan-Nya sudah pasti disebabkan kifarah2 aku..dan mungkin ianya sebagai peringatan agar aku untuk terus dan terus mendekati-Nya..Alhamdulillh..aku yakin kerana Allah bersama...hmm, nak dijadikan sekarang ini aku dapat hubungi ayah dan mak aku setiap hari dan hampir setiap jam plak ~~hehe =D suka sangat2(nampak tak di situ kemanjaan aku yang amat terselah kui3x ) selama ni orang nampak aku ni matang, kuat dan anak sulung semua apa la~~namun hakikatnya insan yang kerdil dan lemah ini seorang anak bongsu yang sangat manja ;p ~~ tett dah kantoi dekat situ... apa2 pun sekarang aku bahagia dengan kehidupan aku bersama keluarga =) aku mengadu sakit2 aku pada ayah dan mak semua sambil menangis2 ='( ~~ risau benar mereka namun sesi membebel tentang makan,minum dan jaga kesihatan berpanjangan pada aku...

mak : jangan buat main2 sekarang ni,macam2 penyakit tak di duga tengok2
kena penyakit itu ini...bukan doa tapi nak suh kamoo tu jaga diri sikit, makan
banyak2..gemuk sikit...balik je dari U kurus duduk rumah makan banyak plak''

aku : ala mak ni menakutkan plak~huhu erm, tapi kan kat kampus ni memang dah sorang
kena tahan wad syak kena denggi ~~ orang kesihatan datang sembur semua dah
pun.cuba makan tak selera la dekat sini..bukan tolak rezeki ke apa..tak lalu la mak..
rumah lain la mak masak sedap hingga menjilat jari hehe =D

mak : haa tengok tu, ish2 bahaya betul tu..duk sakit2 badan tu pergi la check..ambik ubat ke
pe~~banyak minum air tu, makan buah2 jangan duk makan merepek2~~

aku : ala..tengok la sekarang ok lagi cuma letih tapi tak buat apa2 =_=' huhu memang sekarang
banyak minum air masak pun~~malas bancuh milo ke apa~~ ngeee.. (sedangkan air
masak la paling aku tak suka dlu~~) tula, ni duk makan nasi percuma pisang hehe =D
baru nak mencari buah kat pekan esok~~untung la dapat free ;p


apa2 pun perbualan berakhir dengan titisan airmata aku walaupun dibebelkan mak dan ayah aku sendiri..(belum perbualan dengan ayah lagi tu~~) hehe =D Alhamdulillah nikmat kasih sayang mak dan ayah tak ternilai memberi kekuatan buat diri aku kini...


ok ni sekadar saja2 nak kongsikan perbualan dengan ayah plak ( tibe2 +_= ngeee...nak tahu tentang apa ?? jodoh?) percaya tak? ikut suka korang la...sebenar perbualan ini memang benar2 akan menjadi ingatan buat aku...kerana 20 tahun aku bernafas tak pernah ayah bicarakan~~
( tapi logik la kan, takkan la kecik2 dah gatal sangat pasal jodoh2 ni ...hehe =D) pada waktu petang 2 hari yang lalu ketika aku menghubungi ayah sekadar suka2 =)

aku : Assalamualaikum..ayah buat apa??

ayah: tengok berita ini..amboi2 tahu la kol free,setiap jam nak kol..

aku: ala ayah ni dah dapat kol free, hari2 dan setiap jam la nak kol hehe =D da tak da pakwe nak kol baik kol mak, ayah~~

ayah : aik, mana boleh macam tu~~ dekat U tu kawan2 la dengan ustaz2, kawan2 lelaki yang baik..berkawan je pun...kenal2

aku : sentap =_=' ayah ke nie?? (dalam fikiran kalau mak aku boleh terima lagi nie) coz selalu pesan...ayah dalam sejarah hidup aku tak pernah kot...eh2 bila masa plak ayah cakap cam nie..selalu garang je soal nie ;) erm ni dah bosan wani kol sepanjang masa la tu~~huhu yela lepas ni kurang2 kan la kol... =(

ayah : tak de la cakap je...tiba2 keluar semangat belajar pada aku, solat jangan tinggal dan sebagai2nya~~

tengok ayah aku dah mula greenlight pada aku~~ biar betul ini...pilihan pun nak taste2 aku ek~ tapi sebenar dalam hati waktu ayah cakap tu, aku sebenar dah malas pun memikirkan soal ini...kini hanya mampu berdoa pada-Nya ~~ dan aku sematkan dalam hati dengan kata2
''Tamatkanlah penantian soleh itu dgn m'percepatkn pembinaan solehah diri'' ~ mungkin kata2 ayah macam tu kerana melihat penghijrahan diri ini..Alhamdulillah...segalanya kerana Allah memberi petunjuk buat aku.. Jodoh urusan Allah...dia yang pernah hadir telah banyak merungkai buat diri ini..Syukran jazakallah khairan pada kamoo ='(





ini lah talian memberi peluang kol mak dan ayah aku free hehe =D
Suka sangat2~~ baru je beli no ni dah jadi no ketiga aku...
yang kat atas dan sah2 bukan no aku ye~~ ;p
3 panggilan percuma dari jam 12 tghmalam sampai 6 petang
sekarang mak dan ayah.. 1 dalam kekosongan nak letak no sape ye...
tettt...erm untung benar guna no ni~~
(dah jadi promoter digi plak aku ni (=_=') )


p/s

  • terima kasih buat2 teman2 yang memberi kekuatan dan mendoakan aku =) Moga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat
  • sekadar kongsikan kasih sayang mak ayah aku tidak ternilai (terus rindu mak ayah lepas nie nak terus kol hehe =D)
  • hari aku akan menghadiri kenduri lec aku di Rembau,N9 lepas tu akan berangkat tengok cite ''ombak rindu'' Hehe bersama kawan2 ~~ Alhamdulillah dah merancang lama harap segalanya berjalan lancar..Insya-Allah
  • soal jodoh tadi sekadar kongsi nak buktikan yang ayah aku dah memikirkan soal masa depan aku hehe =D sapa nak masuk meminang kui2x lawak je~~ dan itu la kata2 yang aku sematkan dalam diri tentang jodoh..solehahkan diriku terlebih dahulu =_=
  • buat dia, aku doakan kebahagiaanmu dunia akhirat,ku mohon pada-Nya agar ditambahkan iman dan kekuatan pada kamoo dalam meneruskan khidupan..kamoo tetap temanku dunia akhirat...benar jodoh urusan Allah ..kita hanya mampu berdoa...aku telah jelaskan segalanya kata hati ini...
  • bagi mereka yang m'aniayai aku, memang aku sedih namun aku kuatkan diri kerana aku yakin kerana Allah bersama..tidak aku ingin bersangka buruk..aku mahu buang segala sifat mazmumah dalam diri dan dihiasi dengan sifat mahmudah dengan sentiasa bersangka baik..Insya-Allah..Hanya Allah Mengetahui isi hati aku
  • ketulusan dan keikhlasan seseorang tidak nampak dengan mata kasar, namun ingat dan yakin jika kerana Dia segalanya...kebahagiaan itu dimilikki kita.. Amin...
  • Yakin dan sematkan dalam jiwa seorang blogger dalam memanfaatkan insan sekeliling kita....Firman Allah SWT :
“ Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka tetap akan dihitung”
(Surah Al-Zalzalah ayat 7-8)

12 comments:

Ce'gu JAERA said...

alhamdulillah.. semoga semuanya akan baik2 saja yaa...

nurpiska said...

semoga sentiasa dalam keadaan baik kawan ku:)

Anonymous said...

betul2!
minum air kosong n buah byk2!

sekamar rindu said...

salam..

semoga dipermudahkan segala urusan..amin..

Bulan Syurga Firdausi said...

May Allah bless u...
yup Allah always with us :)

Cik_Shiqah said...

Alhamdulillah.
semoga tabah menjalani apa jua situasi yg singgah dlm kehidupan.
may ALLAH bless! :)

Daddylicious said...

serahkan secara total kepadanya ...insyaallah.

sea_lavender said...

Gen2Merah : Alhamdulillah ^_^ syukran atas doa itu..Amin..

nuspiska: thnkz dear (^^,)

lelaki ini : eh2 da macam my mum plak ;p btw thnkx ingt kn~~ngeeee...

sekamar rindu : wasalam..Amin..
Syukran =)

bulan syurga Firdaus: thnkz =)
Insya-Allah...

cik shiqah : Alhamdulillah..Amin..
syukran jazakaallah khairan =)

daddylicious: benar sma sekali itu yg terbaik bergantung pd-Nya setelah usaha mahupun merancang ~~

PUTERI NATASSIA said...

saye pun ade jugak . . :)

sea_lavender said...

pu3 : amboi3x die gne jugak ye no ni ;p

fRaMe+LenSeS said...

byknya num dia. hihihi. Nadh suka la lagi kamu ni. tenang ja dengar. :) ni yang nak lepak sini lama2 ni. ;)

L said...

hehe.bagoslaa.. ingat pesan ayah ngn ibu.. jaga kesihatan..=0