Thursday, 1 December 2011

Amalan Sunat di Bulan Muharram

Assalamualaikum semua..apa khabar semua?? moga dikurniakan kesihatan yang baik..aku, Alhamdulillah masih diberi nafas sehingga hingga kini bagi meneruskan saki baki kehidupan yang masih tidak ketahui noktahnya~~ pagi ini sekadar berkongsi amalan-amalan sunat di bulan Muharram..pejam celik2x sedar tak hari ini kita dah 5 Muharram 1433 Hijrah ~~ jadi sebagaimana amalan2 sunat kita?? semakin bertambah mahupun semakin berkurang?? tepuk dada tanya iman ^_^ ~ jadi mari kita selongkar amalan2 sunat yang dapat kita laksanakan di dalam bulan ni dalam mendekatkan diri pada-Nya dan mencari redha-Nya dunia dan akhirat..Insya-Allah...


: Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam ~

  • Berpuasa~~ Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

haa...lagi 5 hari lagi amalan2 ini pula disunatkan pada kita~~ Hari Asyura

( yang ada bubur asyura tu macam2 bahan dicampurnya ~~hehe =D sedap~~ alamak puasa plak hari ini, buat perkara makhruh plak ngeee~~)


:14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram) ~

  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  • Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  • Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


p/s

  • Alhamdulillah sekadar berkongsi tentang amalan2 yang disunatkan pada bulan Islam ini~ agar kita sama2 dapat terus dan terus meningkatkan amalan dan ibadah ikhlas kerana Allah..
  • Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu kerana memberi kekuatan buat hamba-Mu yang lemah ini dalam mengistiqamahkan amalan2ku semata-mata kerana-Mu...Alhamdulillah...

11 comments:

Anonymous said...

insyaALLAH akan amalkan..
thankx!

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

ilmu yg berguna =)

cik wanie Lovela (CWL) said...

tq sayang mmg tgah cari pasal ni.

sea_lavender said...

lelaki ini : welcome~Insya-Allah..sme2 la tingktkn amal kte =)

khumaera: Alhamdulillah..sekadar berkongsi bersama ~~

cik wanie Lovela (CWL) : Welcome~ =)
Alhamdulillah..sebarkan..

adventure mama said...

thanks share ilmu ni...i folo u..byk2 la lgk share k..:)

Unknown said...

perkongsian yg sgt bagus.. terima kasih di atas informasi yg sgt berguna utk kita semua menuju jln yg diredhai oleh Allah SWT.. semoga kita sama2 dpt pahala dariNya dari setiap perkara yg kita lakukan..

Wanie-san said...

gud info...tq ya! ^_^
Kena start puasa la...berpuasa time bukan bulan ramadhan ni mmg menguji keimanan sungguh..hehe

Unknown said...

suke

mekasihhh

Bulan Syurga Firdausi said...

InsyaAllah...tq 4 sharing :)

peRmaTa_ aGamA said...

Alhamdulillah..
perk0ngsian yg menarik..m0ga Allah redha..

~ sharing is caring..(^_~) ~

sea_lavender said...

iedchan : welcome ~ thnkx follow me =) Insya-Allah cbe kongsikan mana2 info yg dapat d mnafaatkn bersama ~

queen teratai : Alhamdulillah..sme2 la kte memanfaatkannya...trima kasih =)

wanie-san : welcome ^_^ its ok cuba la pose yg kte mampu =)

iffah affefah : ske ye~~ jom amalkan yg perlu =D

bulan syurga firdaus : Welcome.. Insya-Allah...

permata_Agama : Alhamdulillah.. Insya-Allah..moge2 hendak-Nya.. ayuh terus kte berkongsi =)