Friday, 2 December 2011

Menanti di Barzakh

Assalamualaikum semua..Apa khabar ye? Moga semua sihat2 hendak-Nya... Alhamdulillah hari ini kita dapat melangkah hari berikutnya segala atas kurniaan-Nya...2 Disember 2011 bersamaan 6 Muharram 1433 Hijrah .. hari Jumaat, hari Penghulu segala hari ~~ bersyukur sekali pada-Nya..kali ini aku minta maaf sangat2 kerana kadangkala aku tak dapat laksanakan kata2 entry aku sebelum ini untuk cuba berkongsi tafsiran Al-Quran pada setiap Jumaat namun aku cuba berkongsi segala yang dapat dimanfaatkan kita bersama..Insya-Allah... hmm akhir2 ini, aku tidak tahu la mengapa tubuh badan ku terlalu letih,lenguh2 badan dan dadaku sakit~~ ~~bukan aku mengeluh dengan apa yang aku terima…cuma kadangkala aku rasa lemah sekali..adakah noktah perjalanan aku akan berakhir tidak lama lagi~~?? Hanya Dia Maha Mengetahui..aku juga merasa sebak sekali, jika aku pergi tanpa memberi sebarang manfaat pada insan2 sekeliling aku terutama kedua2 ibu bapa aku sendiri ='(

Ya Allah kuatkan aku dalam meneruskan saki baki kehidupan ini..Alhamdulillah...sehingga kini Engkau masih memberikan aku kehidupan untuk tingkatkan amal ibadah ku pada-Mu...Tika sujud ku titisan air mata ni tidak berhenti2 dek kerana malu dan takut aku pada-Mu..hebat, segalanya kuasa-Mu...Aku hanya hamba yang kerdil dan lemah yang terlalu meminta-minta..Ya Allah, aku pertaruhkan segala kebergantungan pada-Mu..Aku yakin dengan-Mu..Janji-Mu tiada dusta ~~sambil aku mengarang entry ni aku mendengar lagu ''Menanti di barzakh’’ penuh sayu sekali… cuba kita hayati liriknya bersama :

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Di sini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Ke dalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Di dalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasad ku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Menggigil Ketakutan Gelap Pekat Di pandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


p/s :

  • sekadar ku coretkan rasa hati, saat ini...Ya Allah berikan aku kekuatan dalam mengabdikan diri pada-Mu bagi menjadi ianya bekalan aku kelak...
  • doakan la agar kita sama2 dipanjangkan usia serta diberi kesihatan yang baik, sihat dan kuat bagi meneruskan ibadah2 kita pada-Nya ..Insya-Allah..
  • maaf buat teman2 fb hari ini aku melabuhkan tirai fb sementara jadi perkongsian bersama tiada sementara..
  • sudah cukupkan ibadah2 kita kini bagi menjadi bekalan kita di akhirat kelak?? tepuk dada tanya iman kita..
  • ini sekadar aku coretkan di pagi hening Jumaat melalui luahan hatiku saat ini ='(
  • doa yang selalu aku amalkan selepas solat subuh yang terkandung dalam Al-Mat'surat

'' Ya Allah, berilah kesihatan pada badanku,Ya Allah berilah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah berilah kesihatan pada penglihatanku'' Amin...


8 comments:

Unknown said...

salam.. maaf nak bertanya.. adik ni sakit ker? apa2 pun sama2 lah kita berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur kita spy kita dpt terus berbakti kpd org tua kita dan juga meningkatkan amal ibadat kita.. InsyaAllah..

Faizal Ismail said...

hari ini ramai yang sakit . tapi tak semua org yang sakit paham itu islam yang sebenar . malah ade yg sanggup marah2 pd ALLAH ..
tapi jadilah seorang yg sakit tp paham islam yang sebanar agar kita mudah syukur dan sabar . sbb , tak semua org ALLAH uji dgn sakit

http://melakarpelangiindah.blogspot.com/2011/10/saya-merasa-mereka-memerhati-kita.html

Bulan Syurga Firdausi said...

mmm knp ni sea..?ade ap2 skt ke..?
lagu alam barzakh memg best....

sekamar rindu said...

salam..

Ya Allah..Ya Tuhan ku..berikanlah kesihatan yang baik pada pemilik blog ini..permudahkanlah segala urusan beliau...berikanlah rahmat pada pemilik blog ini...


sr

budak penjara said...

ak pon penah layan nasyed ni..mmg best

sea_lavender said...

Queen Teratai : Wasalam...erm sakit..tak de la..mgkin terlalu letih..dan suasana kampus ni terlalu sjuk semua..huhu..Insya-Allah...Amin.. moga Allah kurniakn kesihatan yg baik buat kita semua dn dpt berbakti pd ibu bapa =)

faizal ismail: benar sye setuju sekali..klu kte ingt Dia tatkala susah senang, sihat dn sakit..Dia akn berikan kita segala kekuatan...
terima kasih perkongsian entry awk tu =_=

bulan syurga firdaus:Alhamdulillah tak sakit mybe letih je kot..mmg best lagu ni beri keinsafan buat diri ini sndiri...

sekamar rindu : wsalam..Amin...syukran jazakallah khairan ats doa tu.moga saudari dirahmati-Nya dunia akhirat..Insya-Allah..

budak penjara : nice song kan~~ benar2 berikan diri ini kesedaran ~~

Bulan Syurga Firdausi said...

yup kte as manusia memg kne dgr lagu ktuhanan mcm 2..
p/s mm sea teman sy 2 da setahun tingal sy....die xtau pn sy wish utk die...

sea_lavender said...

Insya-Allah..benar2 lagu bgini memberikn kita kekuatan utk dambkn pd-Nya...

owh yeke~~ xpe la banykkn doa pada dia,sbg kawan itulah yg terbaik =)