Saturday, 10 December 2011

Mekarnya Hijrah diHatiku

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah pagi ini aku mampu bernafas dalam meneruskan saki-baki kehidupan yang tidak ketahui bila noktahnya..Allah Maha Menghidupkan dan Mematikan.. Subhanaallah..hebat kuasa-Nya.. =) hari ini luahan rasa aku dan perkongsian Forum Perdana yang aku join di kampus hari khamis lepas~ Forum ini bersempena Maal Hijrah~ Jadi topiknya dijadikan tajuk entry aku~~ hmm menarik kan, tajuknya? membuat hati ini untuk tergerak untuk menghadirkan diri... Alhamdulillah.. bermanfaat~aku kongsikan intipati forum tu sedikit mengikut kefahaman aku yang jelas dan nyata hehe =D

  • hijrah : perubahan sikap, tingkah laku kita ke arah lebih baik~~ jadikan Rasulullah S.A.W sebagai role model dalam kehidupan : baca entry blog ini ''Sebutir kasih sejuta sayang'' Rasullullah yang hebat =)

  • dalam berhijrah kita perlu kuatkan iman..sebagai benteng kita dalam melakukan penghijrahan itu..tak perlu secara drastik..biarlah ianya sedikit demi sedikit dan hasilnya mampu kekal lama dan semata-mata kerana Allah...jika secara drastik tetapi kerana manusia mahupun niat lain dan akhirnya kembali kepada yang asal ''meaningless for me'' huhu betul tak teman2???


  • apabila melakukan penghijrahan itu perlu la berstrategi~ haaa cam mana tu?
  1. Betulkan niat kita dalam melakukan hijrah itu,letak kerana Allah yang pertama dalam hati itu yang paling penting kerana kita inginkan keberkatan dan keredhaan-Nya dunia dan akhirat..jika ada niat kerana ingin mengubah hidup ke apa2 pun sekali letak no 2~~ sucikan hati kita terhadap segala sifat2 mazmumah ke sifat2 mahmudah~
  2. Jelaskan setiap matlamat penghijrahan itu yang sebenar.. bunyi macam sama dengan niat tadikan? cuma yang bezakan ni buat secara bertulis dan lisankannya setiap hari misalnya dan contoh daripada sye sendiri ; ''Ya Allah penghijrahan aku ini semata2 hanya kerana-Mu..Aku ingin mencari redha-Mu di dunia dan akhirat..jika hijrahnya diri ini kerana seseorang yang telah Engkau hadirkan, aku bersyukur kerana Engkau memberi petunjuk dan hidayah buat diri ini, istiqamahkan segalanya kerana-Mu... kuatkan iman aku dan hiasilah diri ini dengan sifat2 mahmudah yang mana agama-Mu Islam syumul dan rabbani yang Engkau hadirkan'' Amin Ya Rabbalamin... anda jelas?
  3. Istiqamahkan kerana Allah...kaitkan kembali langkah 1 dan 2 ~~
  4. Berpegang teguh dan penuh iltizam dengan segala hijrah itu...Insya-Allah.. kekuatan dari-Nya akan hadir buat kita yang ingin lakukan penghijrahan ke arah kebaikan =)


pagi ini status aku di fb :

Dgn mengeluarkan kata2 agama,tidak semestinya sye seorang ustazah....
Bertudungnya sye,tidak semestinya sye seorang yg alim....Dgn menasihati org lain,tidak pula bermaksud sye ini adalah org yg sebaik-baiknya....sye cuma insan kerdil dan lemah, yg mempunyai keinginan & kelemahan seperti teman2 smua jga~.. Cuma sye berkongsi, apa yg sye pelajari dan apa yg sye tahu..Dan mengingati diri sendiri dan teman2, supaya kita sama2 menjadi lebih baik..


haaa semua orang nak like2 plak ye~ erm aku jujur di situ~~ jadi sebelum akhiri entry aku nak letak tafsiran Al-Quran yang bererti bagi aku dan video nasyid bagi penghijrahan sebagai kekuatan diri ini dan kita semua.. ~~Insya-Allah ...suka sangat2 lagu ini.. potongan ayat itu :

Sesiapa berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu yang dijanjikan Allah pasti dtg ~ Al-Ankabut ; 5



video

14 comments:

shairazi sharizan said...

Alhamdulilah2x,,

langkah dengan yakin
perubahan menuju pasti

sea_lavender said...

shairazi : Alhamdulillah... Insya-Allah sme2 menuju penghijrahn itu ke arah yg lebih baik ikhlas dn ihsan kerana Allah =)

Iffah Afeefah said...

ermmmmm lame xdgr nasyid

sea_lavender said...

iffah afeefah : layan la~~ sye hari2 dgr..tk blh la sehari tk dgr.. jiwa bercelaru nti hehe =D

ahsfantasy24 said...

Nice quote,
setuju, tak perlu menjadi yang terbaik
untuk menegur. Kita hanya manusia biasa,
sama-sama saling beringat kiranya ada
yang terlalai :)

Salsabila said...

:)

semoga Allah redha dengan usaha kamu, inshaAllah :)

sekamar rindu said...

salam..

moga hari ini lebih baik daripada semalam..

sea_lavender said...

ahsfantasy24 : =_= Insya-Allah.. saling beringat sesama kita =)

salsabila : Amin..Insya-Allah semoga awak juga begitu dpermudahkan segalanya..

sekamar rindu : wsalam..Insya-Allah.. Amin..moga2 dperkenankn-Nya.. =_=

Cik tikah said...

salam maal hijrah :)

sea_lavender said...

thnkx cik tikah~ Salam Maal Hijrah jugak =)

Cik_Shiqah said...

Apabila seorang insan melakukan penghijrahan,
maka banyak perubahan yang akan dia rasakan.
Khususnya hati, jiwa dan kehidupan.
Semuanya akan lebih baik dan menenangkan.

Allahu Allah, indahnya penghijrahan~

Joe_Hans said...

insyAllah, niat yang baek Allah akan perkenan.. amin..

sea_lavender said...

cik shiqah: benar sye akui dan setuju sekali~ penuh ketenangan yg d peroleh penghjrahan ke arah yang lebih baik...krana Dia...

Joe_hans : Amin..Insya-Allah..

sea_lavender said...

cik shiqah: benar sye akui dan setuju sekali~ penuh ketenangan yg d peroleh penghjrahan ke arah yang lebih baik...krana Dia...

Joe_hans : Amin..Insya-Allah..