Sunday, 11 December 2011

Ayuh Muhasabahkan Diri



Assalamualaikum semua.. selamat pagi =) sihat semua? Alhamdulillah..bersyukur di pagi yang hening ini aku terus bernafas..terima kasih Ya Allah, atas nikmat-Mu tidak ternilai memberi ruang buat diri ini menambahkn sedikit bekalanku ke akhirat kelak..Insya-Allah..moga2 perkongsian hari ini dapat dimanfaatkan bersama bagi mereka yang membacanya..

pagi2 terus buka laman web I luv Islam..pengisian dan santapan rohani selalu apabila diri memerlukan kekuatan ~~ erm, ntah la hati ini kadang2 semangat kdg2 down... Ya Allah kuatkan hamba-Mu ini =_= jadi artikel tentang muhasabah aku kongsikan buat tatapan kita semua... bukan muhasarawak k ;p ayuh kita bermuhasabahkan diri

Mengikut Ibnu Qudamah:

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenal pasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."

Ibnul Qaiyim pula berkata:

"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."

intipati tentang kepentingan apabila kita bermuhasabah~~

Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.

Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bila mana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama apabila mengalami kekalahan), pasti akan diadakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.

Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.

Sabda Rasulullah saw :

"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

Apa pula kelebihan yang kita peroleh apabila bermuhasabah??

  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu diperbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah S.W.T ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.


jadi baguskan apabila kita dapat memuhasabahkan diri setiap hari...Insya-Allah... =)


Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.

Moga Allah merahmati kita semua dalam memuhasabahkan diri dari semasa ke semasa serta dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita. Lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini...Insya-Allah...



p/s :
  • maaf hari2 aku selalu nampak seperti menyakiti hati dia~ Ya Allah semua itu tidak terlintas di benak hati dan fikiran aku..
  • ''Ya Allah, moga hari2 yang bakal aku lalui, aku terus kuat dalam mengharunginya.. tiada terdaya diri ini dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu...''
  • moga hari ini lebih baik daripada semalam..
  • hari ini program penuh join aktiviti kolej ^_^ walaupun dah part 6 (final sem) mula dengan aerobik kelas g tu hehe =D

semalam status aku d fb : ramai pula yang like2x ye~~ lucu je rasa...

suasana d kafe :
aku : part bpe? masuk sukol ek..rajin2x
hamba Allah : part 1 ~ ha'ah minat... hehe =D
aku : bagus la..teruskan semangat tu smpai final sem ye...
hamba Allah : awk part bpe? tak join?
aku : part 6 , zaman sek and men je, ble masuk u abis sume terkubur...huhu
hamba Allah : owh akak pm ek, untung la da nk abis belajar..
aku : Alhamdulillah.. tak de la bese je..pernah rasa macam korang jgak.. aktif2 kan diri ye.. seimbangkan dua2..belajar dan sukan, jgn jadi macam org ni... ngeee
(dalam hati dah rasa macam tua je diri ni tapi tak pe la orang nmpk sye muda kui3x =D)


12 comments:

uyaitusaya said...

muhasabah diri jom! :)

Joe_Hans said...

muhasabah diri itu penting.. :)o

Anonymous said...

thankx for sharing!

Cik_Shiqah said...

sbb itu dlm kehidupan, pentingnya muhasabah dlm diri. jika rasa jauh dri lndasan, kembali semula ke pangkal jalan.. ^_^

sea_lavender said...

uyaitusaya: jom2 kte bermuhasabah~

joe_hans: sgt2 penting dalam hidup ari2 kte berusaha memuhasabahkn diri..itu yg terbaik =D

lelaki ini : welcome ^_^

cik_shiqah: benar sma skali~ ble dah terseungkur mahupun hampir ayuh sme2 bermuhasabahkn diri itu mgikut aliran yg betul kembali~ Insya-Allah..

Faizal Ismail said...

kerana kita manusia , maka kita seharusnya kene selalu muhasabah . selalu berpesan2 , hatta al-quran sendiri sentiasa mengulangi bebebrapa perkara penting dalam surah .

# maaf , dh lama tak bukak blog , ade show nasyid ?

Unknown said...

mmg muhasabh dr terbaik

sekamar rindu said...

salam...

setiap hari muhasabah diri..

Liyana Zahim said...

post-mortem ye.. Haaa buleh ke ayt ni haa? Gegege... Nice entry... Smtg gud shud be shared wif da rest.. Mirror urself so tat we can b beter.. :)

khaifaiz said...

muhasabah agar tidak hanyut

Pakaian Muslim Formal said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

sea_lavender said...

faizal ismail : benar sgt2 stuju..Al-Quran dn As-sunnah panduan hidp kte ke arah kebenaran..Insya-Allah..

iffah affefah: yupz.. kte akn menyedari kekhilafan diri dan berusaha menjadi yg terbaik..Insya-Allah..

sekamar rindu: wasalam..Insya-Allah.. sme2 kte memuhasabahkan diri kte ke jalan yg dredhai-Nya..


liyana zahim : i'm agree wif u gurl =) pantulkn apa yg kte cuba cerminkn dgn hasil yg terbaik..Insya-Allah.. thnkx hnya sekadar berkongsi..

khaifaiz: benar..agr kte tidak lalai dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar pd Allah..

pakaian muslim formal: Alhamdulillah.. tq..sme2 berkongsi dan mnfaatkan~