Wednesday, 14 December 2011

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah..terus bernafas pad 18 Muharram 1433 Hijrah kerana Dia Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.. maaf la last post 15 Muharram 1433 Hijrah tentang '' Ayuh Muhasabahkan Diri '' jadi hari ini aku ingin kongsikan bersama apa amalan yang dapat kita amalkan dalam kehidupan seharian dalam memuhasabahkan diri bukan sekadar sia2.. setidak-tidaknya dengan amalan ni mungkin dapat menjadi bekalan di akhirat kita kelak..ganjaran pahala dan dosa kita belum pasti yang mana beratnya pahala mampu untuk membawa kita ke syurga... sudah pasti amalan role model kita iaitu ''Nabi Muhammad S.A.W'' yang dapat dijadikan contoh bersama..sunnah baginda kita cuba dan berusaha kerjakan..moga hidup kita sentiasa dirahmati Allah kerana berusaha mengejar amalan seperti kekasih Allah... Insya-Allah..

7 Sunnah Rasulullah S.A.W seperti :

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan solat di masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditepis sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

InsyaAllah,sama2 kita hidupkan sunnah dalam kehidupan kita..Amin Ya Rabb...

p/s :

  • Alhamdulillah akhirnya dapat juga kongsikan perkongsian ni.. dah lama namun tidak berkesempatan...
  • Bagi teman yang ada tag contest terima kasih sangat2, maaf la tak dapat join kerana sebab2 tertentu..
  • Semakin hari aku semakin sibuk berkecimpung dunia perniagaan hehe =D tak sangka menjadi komited dalam bidang ini yang dulu hanya sekadar suka2~~ Alhamdulillah rezeki Allah...
  • ''Ya Allah kadangkala aku menjadi lemah kerana itu, berikan aku kekuatan dalam mengatasi ini sebaik mungkin..Sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui Segala isi hati hamba-Mu ini '' ='(
  • buatmu '' jika kau kuat kerana Allah dalam mengatasi ujian dan dugaan, yakinlah Dia sentiasa membantu bagi mereka yang memerlukan'' Allah tidak pernah mungkir janji.. aku sentiasa mendoakan padamu...
  • buat teman yang mungkin aku termungkir janji, maaf bukan sengaja dek kerana komitmen aku..Insya-Allah akan aku tunaikan janji itu..
  • doakan aku dan perniagaan aku join dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan ikhlas kerana Allah ..Insya-Allah...
  • bagi amalan2 ini buat kaum Adam berusaha melaksanakannya sedangkan baginda mampu melakukan mengapa kita tidak? buat kaum Hawa laksanakan semampu kita.. Aku yakin dan pasti ketenangan dan kebahagiaan bakal anda rasainya..aku melalui apabila menjadikan sebahagian amalan harianku.. dalam usaha terus mengistiqamahkannya.. Insya-Allah..
  • buat teman2 jika kebanyakan entry aku selama berblogging ini ada merasakan aku ni insan yang berlagak, menunjuk2 mahupun terlalu meluah rasa, maaflah ini adalah diriku... segalanya hadir dari benak fikiran dan naluri hati aku dalam berkongsi buat mereka yang merasakan bermanfaat..Insya-Allah tiada niat yang lain biarlah semata-mata kerana Allah.. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...
Blogger Templates

9 comments:

Faizal Ismail said...

syukran kak atas perkongsian itu...
bergerak untuk menjadi hamba yg semakin lama samakin baik , lalu istiqamah ~ amin

# alhamdulilah , skarang sy di bahagian publisiti JPM . untuk gemersik nurani thn ni maybe tak de , sbb sy sakit lagi , insyaALAH sem akan dtg sy kembali . Jemput ke fb mediaJPM & youtube mediajpmag ^^

Anonymous said...

thankx kongsi..
insyaALLAH..
akan sy amalkan!

Juliet_iRa~" said...

thanks share :)

smoga kita sm2 amalkan..

LAici KAng Ais said...

niceeeeeeeeee :)

p/s : uitm mmg dihatiku :P

khaifaiz said...

sama2lah kita laksanakan

Bulan Syurga Firdausi said...

tq share :) lame x ziarah cni.....
mmm die da tukar back ground die ;) cantik ~~~

sea_lavender said...

faizal ismail: afwan =) sme2 kte cuba m'pratikkan diri ~~ Insya-Allah.. Amin..owh ye~ awk sakit? moga cpt sembuh..Insya-Allah..kte hadir pn krn d jmput je~

lelaki ini: welcome..Insya-Allah.. sme2 kte amalkan..

juliet_ira :welcome ^_^ Insya-Allah.. sme2 kte..

laici kang ais : Alhamdulillah sme2 kte kongsi kan~ UiTM di Hatiku jua =D

khaifaiz: Insya-Allah sme2 kte cuba laksanakn =_=

bulan syurga firdaus : welcome =)
awk bz kot hehe lama la tk mnyinggah ;p ~ nice kan hehe sye ske ~

ღKekunangpelangiღ said...

Moga terpelihara segala yang ada. :)

sea_lavender said...

Epol kekunang pelangi : thnkx.. Insya-Allah..